Dalam mendapatkan sebuah gerbang yang indah tentulah pilihan tanaman memanjat berbunga menjadi pilihan. Ia harus menepati warna tunggal kegemaran pembaca ataupun kombinasi pelbagai warna supaya dapat menjadi titik tumpu di perkarangan kediaman. Terdapat tiga langkah mudah boleh dipraktikkan untuk mendapatkan gerbang taman memanjat berbunga lebat. Kaedah pertama adalah melakukan pemangkasan kerap supaya daun dan bunga dapat bercambah dengan cepat. Seterusnya, taburkan penggalak bunga bagi mendapatkan impak segera dan akhir sekali lakukan pinched back atau dead heading untuk menanggalkan bunga yang telah layu bagi pertumbuhan bunga baru.

Di Malaysia terdapat pelbagai pilihan tanaman memanjat yang mempunyai warna-warna terang dan cerah. Antaranya, Pyrostegia venusta yang juga dikenali sebagai Flame Vine atau Firecracker Vine yang berasal dari Brazil. Terang bunga tanaman ini yang berwarna jingga bergayutan di hujung sulur paut menjadikannya tarikan yang sangat kuat kepada pintu masuk kediaman anda. Bunga-bunga yang memanjang dan berkelompok begitu menonjol seumpama gubahan bunga pada pintu gerbang.

Nak Pagar Kediaman Cantik? Tanam 5 Pokok Memanjat Ini Sebagai Pintu Gerbang

Seterusnya adalah tanaman memanjat Thunbergia laurifolia yang boleh didapati dengan kuntuman bunga berbentuk seperti trumpet. Tanaman ini sering kali menjadi pilihan untuk menghiasi struktur trellis, pergola dan gazebo kerana bunga-bunganya yang bersaiz besar dan ketara. Thunbergia mudah hidup di bawah sinaran matahari penuh ataupun separa teduh. Dengan bunga bersaiz hampir 5 inci berwarna biru, putih atau lavender pasti menggamit kedamaian bagi sesiapa yang melihatnya.

IKLAN

Nak Pagar Kediaman Cantik? Tanam 5 Pokok Memanjat Ini Sebagai Pintu Gerbang

Manakala bagi penggemar tumbuhan eksotik, Passiflora incarnata pasti menjadi pilihan kerana bentuk bunganya yang unik. Pertumbuhannya yang agresif sesuai bagi anda yang ingin impak segera untuk kediaman. Warnanya yang terang dan jelas pula pasti membuatkan tetamu berasa teruja apabila dapat melihat sendiri keunikan tumbuhan ini.

IKLAN

Nak Pagar Kediaman Cantik? Tanam 5 Pokok Memanjat Ini Sebagai Pintu Gerbang

Spesies Bougainvilla pula tumbuh sebagai tanaman memanjat tetapi ia juga boleh dibentuk menjadi renek. Kelopaknya boleh didapati pelbagai warna seperti merah terang, ungu, hot pink, jingga dan putih. Jika di negara empat musim Bougainvilla berbunga meriah pada musim salju, di Malaysia ia akan berkembang mekar apabila cuaca panas dan kering. Sama ada di tanam secara mendatar sebagai tanaman renek atau memanjat, perlu berhati-hati dengan duri panjang yang terdapat pada tanaman ini.

IKLAN

Nak Pagar Kediaman Cantik? Tanam 5 Pokok Memanjat Ini Sebagai Pintu Gerbang

Allamanda cathartica begitu kaya dengan warna diraja sesuai bagi pemilik yang sukakan tanaman memanjat mudah dijaga. Alamanda tumbuh dengan baik dan menghasilkan bunga apabila mendapat cahaya matahari penuh. Ia tidak dapat berbunga dengan banyak ataupun kuantiti bunga akan berkurangan apabila berada di bawah redup. Oleh sebab pertumbuhan yang cepat, Alamanda sesuai dijadikan hiasan di tembok pagar kediaman.

Nak Pagar Kediaman Cantik? Tanam 5 Pokok Memanjat Ini Sebagai Pintu Gerbang

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI