Adakala kita merasakan sebuah ruang kediaman itu, cukup cantik walaupun dihias dengan pelbagai warna dan aksesori. Namun apakah agaknya rahsia ruang kediaman seumpama ini boleh nampak cantik dan menarik sedangkan pelbagai warna dimasukkan seperti air batu campur?
Konsep yang selari. – Pastikan pemilihan perabot anda harmoni dan selari dengan imej ruang yang hendak anda paparkan. Selalunya gaya kedesaan yang humble, kolonial yang kreatif, konsep Inggeris yang bijak menyesuai padan dan kontemporari yang agak terbuka dalam mewarna hias ruang.
.
.
Ads
Pemilihan warna saya senada – Pastikan anda memilih warna yang senada. Elakkan memilih warna yang gelap dan kedam. Warna -warna bunga-bungaan adalah yang terbaik.
.
.
Ads
Pencahayaan semula jadi yang bagus – Pastikan ruang kediaman anda, terang dan sedap mata memandang. Tapisan cahaya semula jadi dengan langsir sheer menjadikan ruang tampil santai dan eksklusif.
Ads
Aksesori yang menarik – padanan aksesori dan juga kemasan lembut juga mampu memberi impak yang bagus. Padanan kontra antara perabot aksesori dan kemasan lembut menjadikan suasana nampak meriah. Cuma elakkan emilih terlalu banyak warna. Cukup dua atau tiga.
Warna latar utama membangkit aura – Selalunya putih dijadikan latar utama agar semua warna ini akan menarik dan menyerlah. Jika memilih fabrik bercorak pun jika boleh biarlah latarnya putih.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kenapa beli kuali atau periuk tidak melekat atau teflon mahal-mahal sedangkan fungsinya sama dengan yang murah? Banyak isu sebenarnya nak dijelaskan atas perbandingan ini. Tapi sebelum ini ramai mempunyai tanggapan yang salah terhadap barang memasak teflon.
Punca utama ada lah disebabkan produk teflon dikatakan mengandungi PFOA untuk mengikat lapisan tidak mudah melekat pada pekakas masakkan. Bahan tersebut adalah makanan sel barah dalam tubuh. Tapi, melalui perkongsian dari media sosial Ini Sains Beb.
Kebanyakkan pengusaha sudah tidak menggunakan bahan tersebut.
Jadi, kalau nak beli dan menggunakan teflon dengan selamat, ini tip yang dicadangkan oleh mereka:
1. Beli produk teflon yang berkualiti. Kembali pada isu yang awal-awal tadi. Mahal ke murah bukan menjadi pilihan, tapi cari yang berkualiti
2. Teflon berbahaya jika dipanaskan melebihi suhu 350 darjah selsius dalm tempoh 4 jam ke atas
3. Jika lapisan teflon terkoyak atau calar teruk, sebaiknya jangan digunakan lagi
4. Jangan gunakan senduk atau sudip besi untuk elak lapisan teflon cepat rosak dan koyak
5. Ramai yang buat silap, cuci periuk teflon ketika panas. Ia juga antara punca utama lapisaan teflon mudah rosak
Ada yang bertanya tentang periuk tidak melekat teflon dengan menunjukkan pautan dari halaman myportal health yang…
Bilik laundry merupakan satu ruang yang semakin popular di kalangan pemilik rumah. Sebuah rumah yang ideal sudah tentu memiliki bilik khas untuk kerja mencuci dan melipat baju.
Jika anda tertanya-tanya manakah bahagian yang paling sesuai untuk kita letakkan bilik laundry ini, perkara pertama yang perlu anda titik beratkan adalah kemudahan. Mudah atau tidak untuk bawa pakaian kotor ke bilik laundry? Serta mudah atau tidak untuk membawa pakaian bersih yang telah dilipat masuk ke almari di dalam bilik? Ada juga yang meletakkan ruangan ini berdekatan dengan dapur atau bilik air mengikut kesesuaian.
Selain itu, perkara lain yang perlu kita ambil kira ialah bunyi mesin basuh yang bising. Perkara ini nampak remeh tapi bila keadaan rumah tidak tenang, kita nak buat kerja pun tak boleh fokus. Bagi megelakkan bunyi yang terlalu kuat, boleh lapikkan mesin basuh anda dengan alas anti-vibrasi. Perlu juga kita ingat, kadangkala bilik ini boleh ‘banjir’ tanpa disengajakan. Oleh itu kita perlu lebih peka dan berhati-hati ya. Mari kita lihat 10 idea menarik untuk bilik laundry anda.
2. Laundry room bertemakan scandinavian moden serba putih dengan kemasan kayu sebagai counter top ini nampak segar dengan simbahan pencahayaan semulajadi iaitu cahaya matahari.
3. Warna mint green yang dipadankan dengan jubin bercorak geometri nampak lembut dan kemas. Kabinet built-in pula dibina untuk memastikan setiap inci ruang dapat digunakan.
4. Lantai gelap tampak menonjol apabila dipadankan dengan all white interior. Kabinet ceiling to floor di pasang untuk memberi lebih ruang penstoran agar anda dapat meletakkan pelbagai barangan yang berkaitan. Lebih nampak kemas dan tersusun.
5. Tingkap dua daun sebagai focal point ruang memberikan ilusi bilik yang luas. Warna kelabu kabinet sangat cantik digandingkan dengan warna hijau jubin backsplash. Membina laundry room sebenarnya tidak memerlukan ruang yang luas, ia boleh juga kelihatan seperti ruang rahsia yang disembunyikan.
6. Ruang kecil tidak menjadi penghalang untuk anda menyusun atur bilik cucian agar nampak kemas. Gunakan setiap penjuru yang ada dengan bijak agar dapat bergerak dengan selesa ketika melakukan kerja di bilik laundry.
7. Baju, tuala dan bahan cucian tersusun rapi di atas rak yang dipasang cermat. Jubin dinding dipasang agar ruang nampak menarik selain mudah untuk dibersihkan.
8. Rak dinding diisikan dengan bakul untuk baju yang telah dilipat atau barang keperluan di bilik cucian. Penyangkut juga boleh dipasang pada dinding untuk alatan seperti penyapu, penyodok dan berus.
9. Kombinasi warna biru, soft pink dan marble amat sesuai untuk jiwa yang lebih muda. Terdapat juga artwork yang digantung pada dinding untuk menaikkan mood ruang.
10. Layout yang memanjang mungkin membuatkan bilik nampak sempit tetapi dengan penggunaan warna putih dan siling gelap, ruang dapat ditransform menjadi lebih selesa dan tersusun.
Kredit gambar : Pinterest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Jika anda sedang berkira-kira untuk membeli peti sejuk baharu ataupun baru pertama kali ingin membeli untuk rumah anda, mungkin terdapat sedikit kebingungan di mana nak mula mencari. Maklumlah peti sejuk bukan macam baju, boleh nak cuba-cuba dulu. Kalau tersalah beli size baju boleh tukar, tapi kalau salah beli peti ais? Haa. Jadi terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum anda mulakan pencarian. Lihat list yang IMPIANA buatkan untuk memudahkan proses ini untuk anda. Selamat mendeko!
Kenali Perbezaan Peti Sejuk Berdiri Dengan Peti Sejuk Built-In Kebiasannya kita lihat peti sejuk berdiri digunakan di kebanyakan rumah di negara ini tetapi tahukah anda terdapat juga peti sejuk jenis built-in yang dibina mengikut citarasa dengan saiz yang anda inginkan. Jadi, adalah penting untuk mengetahui perbezaan antara kedua-duanya sebelum anda mula membeli-belah, terutamanya jika anda masih lagi tidak pasti tentang jenis peti sejuk yang diingini. Peti sejuk berdiri bebas dan mudah untuk dipasang kerana ia hanya perlu kan ruang yang cukup dan soket untuk berfungsi. Lain pula untuk peti sejuk built-in, ia dibina terus ke ruangan kabinet dan boleh dipadankan bersama keseluruhan dapur anda. Anda juga boleh binakan peti sejuk jenis built-in ini dengan seluas luasnya jika anda mahu.
Pilihan Orientasi Peti Sejuk Adakah anda mahukan peti sejuk jenis menegak, peti sejuk beku dibahagian atas atau bawah? ataupun peti sejuk jenis melintang, peti sejuk sebelah menyebelah? Apapun pilihannya, pastikan anda telah mengambil kira tentang cara penggunaan yang akan mempengaruhi pergerakan bagi memudahkan aktiviti di dapur.
Ciri-ciri Yang Sesuai Dengan Kegunaan Anda Lihat ke dalam peti sejuk anda ada sekarang dan fikirkan tentang semua perkara yang anda suka tentangnya, atau apa yang anda ingin ubah dan tambah. Buatkan satu checklist agar mudah anda lihat antara keperluan dan keinginan. Jangan terlalu ghairah memilih sampaikan fungsi yang tidak relevan pun anda mahu. Membazir namanya tu..
Ukuran Yang Tepat Sama ada anda sedar atau tidak, peti sejuk memang akan mengambil ruang yang banyak di dapur. Memang sesetengan kediaman telah menyediakan ruang khas untuk peti sejuk tetapi anda juga perlu ,mengambil kira ruang pada belakang peti sejuk untuknya “bernafas” dengan lancar. Jadi seelum pergi membeli, pastikan anda telah siap-siap mengambil ukuran ruang dan untuk lebih selamat biarkan ruang besar sedikit daripada saiz peti sejuk yang dibeli.
Kecekapan Tenaga Peti Sejuk Kebanyakan produk elektrik sekarang adalah lebih efisien dan mesra alam berbanding barangan yang dikeluarkan sepuluh tahun yang lalu. Jadi adalah lebih mudah untuk anda memilik peti sejuk baru yang menjimatkan tenaga dan bil elektrik anda. Di samping itu, penggunaan peti sejuk yang berteknologi hijau juga dapat membantu kita menyelamatkan bumi dari tercemar.
SUMBER : GOOGLE/ PINTEREST
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!