Bumbung dan siling adalah elemen paling penting bagi setiap kediaman. Tidak lengkap jika kediaman tanpa bumbung berkualiti untuk berfungsi melindungi keluarga tersayang daripada cuaca yang sukar.
Pelaburan untuk memasang bumbung adalah untuk jangka masa panjang, maka anda perlu bijak untuk memilih bumbung yang tahan lasak. Untuk membuat keputusan yang amat penting, inilah 5 ciri yang perlu ada pada setiap bumbung yang berkualiti dan tahan lama wajib anda tahu, sebelum meminta kontraktor memasang bumbung.
Ads
1.Bumbung mestilah mempunyai ketahanan yang tinggi untuk menahan sebarang jenis cuaca dalam tempoh yang panjang (15-20 tahun). Pilihlah bumbung yang mempunyai lapisan aluminium atau bersalut keluli kerana ia dapat memberi pelindungan berganda yang lebih berkesan dan panjang. Bumbung berkarat akan menyebakan kebocoran bumbung dan ia perlu dibaiki secepat mungkin.
2.Biasanya bumbung akan berlaku kakisan akibat daripada tindak balas antara kelembapan dan udara, khasnya di kawasan tropika yang kerap hujan dan panas. Pilihlah bumbung bersalut keluli Aluminium-Zink yang merupakan teknologi terbaru dalam pasaran yang mampu melambatkan process kakisan dari berlaku.
3. Jika anda seorang yang mementingkan kualiti dan dalam masa yang sama inginkan bumbung yang mempunyai rupa bentuk moden dan menarik, Bluescope ZACS®adalah jawapannya! Terdapat lebih daripada 20 warna menarik untuk dipilih, dari siri BlueScope ZACS(R) Natural mempunyai tekstur berkedut pada permukaan bumbungnya. Dari jauh kelihatan bersinar-sinar disimbah cahaya matahari. Mesti unik dan reflect citarasa anda!
Ads
4. Bumbung berkualiti biasanya akan membuatkan kediaman rasa lebih sejuk dan nyaman kerana teknologi salutan cat yang mampu merendahkan suhu permukaan bumbung, dan seterusnya merendahkan suhu dalaman.
5.Andai produk tersebut berkualiti, biasanya ia mempunyai jaminan tahan kakisan daripada pengeluar. Bluescope ZACS® menawarkan jaminan 10 tahun kerana teknologi Australia ini ternyata telah terbukti kehebatannya.
Ads
Ditubuhkan sejak 1996 di Malaysia, NS BlueScope Malaysia adalah peneraju dan lambang keluli bersalut premium untuk bumbung, façade siling, dinding dan aplikasi struktur yang unggul. Hubungi talian perkhidmatan pelanggan kami 1300 88 6288 atau email enquiries@bluescope.com untuk maklumat lanjut berkaitan produk kami.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Periuk, kuali yang dah bertahun memang akan wujud lapisan lerak hitam di bahagian bontotnya. Jika terlalu tebal, ia akan mempengaruhi kadar kepanasan periuk dan kuali anda. Lagi tebal, lagi lambat lah pamsa. Ade tu, kadar kepanasaannha tak konsisten. Oleh itu, kebiasaanya penyelesaian yang diambil adalah dengan menyental dan mengikis bahagian kerak tersebut.
Tapi, kerja menyental dan mengikis bontot kuali dan periuk tak lah semudah itu. Siapa yang pernah buat faham keadaan tersebut. Tangan dah lengoh, tapi kerak pada bontot kuali baru 10 % sahaja yang dapat dibersihkan.
Sebenarnya, ada satu cara paling mudah yang telah dikongsikan oleh Puan Salina Saad.
Assalamualaikum sekadar berkongsi. Saya bersemangat menyental kuali berusia 15 tahun ni lepas nampak posting guna berus dawai. Saya tak ada berus tu tapi ada yang beri tip double boil dengan asam keping dan kemudian sental menggunakan gosok periuk kasar dan sabun mandi jadi saya cuba. Saya double boil beberapa kali sebab agak tebal kena kikis sama mana yang tebal dan saya campo baking soda dan asam keping. Terima kasih buat yang berkongsi tip. Baking soda saya letak 3 sudu besar dan asam keping 5 kalau rasa degil sangat kerak nanti, ulang lagi langkah double boild dan tambah sesudu lagi baking soda. Guna semula air rebusan tu jangan buang.
Petua ni bukan bermakna tak perlu kikis dan sental tapi ia memudahkan kita nak kikis dan sental sebab kerak dah lembut. Bagi yg kerak degil atau takde kudrat nak sental cuba rebus mendidih biar lama pastu tutup api biarkan terendam semalaman, esoktu rebus mendidih 15 minit pastu kikis sental.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
IMPIANA mendapat luahan dari seorang pembaca tentang kipas angin yang baru dibelinya rekabentuk moden tapi angin perlahan.
” Kipas siling kawalan jauh semakin perlahan. Pada mulanya saya berpendapat hanya kipas siling dirumah saya sahaja mempunyai masalah ini, rupa-rupanya masalah yang sama terjadi pada kipas siling kediaman adik saya. Kipas kawalan jauh ini tidak berpusing laju dan kadangkala saya terfikir adakah fungsi kipas ini hanya sebagai untuk perhiasan”
Sebenarnya masalah ini berlaku biasanya berpunca daripada kerosakan kapasitor yang terdapat pada papan litar (PCB) yang ada di dalam kipas tersebut. Apabila menanggalkan kipas kawalan jauh yagn bermasalah itu, anda akan menemui PCB seperti dalam gambar dibawah ini.
Pada PCB ini, terdapat dua jenis kapasitor, iaitu kapasitor start dan kapasitor run yang mana saiznya lebih besar daripada komponen elektronik yang lain yang ada pad PCB tersebut. Kapasitor start berwarna hitam manakala kapasitor run pula berwarna kuning atau coklat. kapasitor start inilah yang sering menjadi punca kepad masalah kipas perlahan dan tidak berpusing. Sekiranya anda dapati kapasitor run menggelembung, ganti juga kapasitor tersebut. Tanggalkan kapasitor daripada PCB dan gantikan dengan yang baru. Pastikan kadar voltan kapasitor baru adalh lebih baik daripada 400VAC dan mempunyai nilai Farad yang lebih kurang sama dengan asal.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pernah tak anda guna microwave bertahun-tahun tapi jarang bersihkan pada bahagian dalam sehingga nampak hitam akibat sisa makanan yang terkumpul. Atau pun anda keliru nak gunakan pencuci yang bagaimana supaya nanti tidak lah microwave anda rosak atau bau sabun melekat pada makanan pula kan.
Impana nak kongsi satu cara hanya guna lemon untuk bersihkan bahagian dalam microwave. Murah, mudah dan senang saja untuk anda ikut. Jom tengok video yang dikongsikan oleh HomeStagingChanel
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...