Pokok timun atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Cucumber’ tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia merupakan sejenis tanaman sayuran berbuah yang sangat popular di negara kita. Nama saintifiknya ialah Cucumis sativus dan ia tergolong dalam famili tumbuhan Cucurbitaceae.
Tumbuhan ini dikatakan berasal dari utara India. Pokoknya adalah dari jenis menjalar dan berbatang lembut. Oleh itu ia memerlukan sokongan untuk memanjat dengan melilit menggunakan sulur pautnya (tendrils). Pertumbuhan batangnya yang lembut itu boleh mencapai sehingga 5 meter panjang.
Pokok ini mempunyai sistem akar berserabut yang berkembang luas di sekitar kawasannya. Batang pokoknya berbulu dan bersegi empat dengan sulur paut yang ringkas. Daunnya pula berwarna hijau dan hijau kekelabuan serta berlekuk.
Pokoknya mengeluarkan bunga jantan dan juga bunga betina yang berasingan berwarna kuning. Bunga betina tumbuh di hujung putik buahnya yang berbentuk silinder memanjang berwarna hijau muda. Apabila disenyawakan dengan debunga jantan putik buah inilah yang menjadi buahnya yang bertukar warna menjadi sedikit kuning atau perang apabila masak.
Kepelbagaian kegunaan:buahnya boleh dimakan ketika masih segar, muda dan mentah sebagai ulam atau salah satu ramuan mentah dalam masakan seperti nasi ayam, nasi lemak, rojak dan laksa. Namun buahnya juga sedap digandingkan bersama ikan dalam masakan kari atau gulai atau dibuat jeruk atau acar. Namun ramai yang tidak mengetahui bahawa pucuk timun juga boleh dijadikan sayuran seperti dibuat masakan sayur lemak.
Buahnya juga mampu melicinkan kulit bagi mengekalkan awet muda. Oleh itu ia sering digunakan dalam pembuatan pelbagai barangan kosmetik atau dikisar mentah disapu pada muka sebagai maskara. Jus dari buahnya yang dikisar juga boleh dijadikan minuman yang berkhasiat yang dikatakan mempunyai antioksiden yang tinggi dan boleh mencegah kanser. Malah timun dikatakan sebagai ‘The World Most Healthy Foods – Vegetables’ atau makanan dari jenis sayuran yang paling berkhasiat di dunia ini
Penanaman:Pokok timun boleh ditanam menggunakan biji benih dari buahnya yang telah masak. Sebagai pilihan biji benihnya juga boleh dibeli dari pusat tanaman atau pasaraya.
Ads
Penanaman Di Tanah
Untuk penanaman di tanah sebaiknya ditanam atas batas yang digembur terlebih dahulu dan disuburi dengan kandungan kompos atau najis haiwan seperti ayam atau kelawar. Kaedah penanamannya mudah sahaja iaitu dengan menanam terus dua biji benih dalam satu lubang tanpa perlu disemai terlebih dahulu (foto 2).
Manakala jarak penanaman di antara satu pokok dengan yang lain ialah 35 sentimeter dan jarak di antara batas atau barisan ialah 1.5 meter. Sebagai pokok pemanjat ia memerlukan sokongan seperti pancang atau junjung untuk pokoknya tumbuh subur dan berbuah.
Ads
Pokok timun juga sesuai ditanam dalam pasu dan juga bekas tanaman lain. Gunakan campuran medium tanaman untuk pokok berpasu dalam nisbah 3:2:1 (Tanah peroi: Bahan organik: Pasir sungai) untuk menanamnya.
Penjagaan:
1) Siram air dua kali sehari, waktu pagi dan petang pada hari panas. Ini perlu dilakukan supaya medium tanamannya sentiasa berkeadaan lembap sentiasa agar pokok dapat tumbuh subur dengan daun, bunga atau putik buahnya tidak layu dan gugur secara tiba-tiba. Siram bila perlu sahaja pada hari hujan.
2) Dedahkannya kepada banyak cahaya matahari bagi menggalakkan ia berbunga dan berbuah lebat.
Ads
3) Baja organik seperti najis ayam, kambing atau kelawar adalah terbaik untuk membajai pokok ini semasa membesar sehingga berbunga dan berbuah. Pastikan diikuti arahan pengggunaannya seperti tertera di pek baja yang digunakan.
Tip: Tutup bahagian atas medium tanaman di sekeliling pokok dengan bahan sungkupan seperti sabut kelapa, dedaun lalang dan sebagainya untuk mengelakkan medium tanamannya cepat kering bertujuan mengekalkan kesuburan pokok.
Penghargaan: Abu Bakar Mat Daud, Penulis Buku Variasi Tanaman Hiasan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Siapa sahaja yang tidak gemarkan ruang dalaman kediaman yang tampak luas, betul tak? Boleh dikatakan, hampir semua orang gemarkan untuk memiliki sebuah kediaman atau ruang dalaman rumah yang luas.
Bagi anda yang memiliki sebuah rumah yang ruang dalamannya kecil dan terhad, sudah pasti ingin mengetahui cara dan langkah yang boleh dilakukan supaya ruang dalaman rumah tampak lebih luas dari sebelumnya.
Malah, tidak dinafikan juga perkara sedemikian turut telah menjadi persoalan orang ramai. Maka oleh itu, IMPIANA kongsikan 3 tip dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan konsep minimalis untuk dijadikan sebagai panduan.
1.PEMILIHAN PERABOT
Untuk memiliki dekorasi hiasan dalaman rumah yang luas dan bertemakan konsep minimalis seperti ini, pemilihan perabot sangat memainkan peranan penting. Ini kerana, seperti umum mengetahui, pemilihan perabot yang bersaiz besar boleh memberikan impak terhadap sesuatu ruang dalaman rumah.
2.WARNA DINDING
Perkara kedua yang anda perlu tahu adalah dalam soal pemilihan warna dinding dalaman rumah. Anda disarankan untuk menggunakan warna yang terang seperti putih bagi mahu menampakkan ruang dalaman rumah yang lebih luas.
3.LANTAI
Bukan sahaja warna dinding memainkan peranan penting, malah pemilihan warna lantai juga turut penting terhadap ruang dalaman rumah. Untuk maklumat anda, pemilihan warna yang terang membolehkan sesuatu ruang dalaman rumah anda tampak lebih luas.
Sumber: Twitter Idea DEKO
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Selain ruang tamu, ruang dapur juga merupakan antara salah satu ruang yang penting bagi sesebuah kediaman. Mana tidaknya, memang tidak akan lengkap sebuah rumah jika tiada ruang dapur untuk memasak dan sebagainya.
Bukan sahaja ruang tamu, bilik tidur dan kawasan laman rumah sahaja yang perlu mempunyai dekorasi yang cantik dan menarik, malah ruang dapur juga harus dititikberatkan dan dihias dengan cantik.
Buat anda yang sedang mencari sumber idea inspirasi dekorasi ruang dapur yang cantik, mari IMPIANA kongsikan bersama anda idea inspirasi dekorasi ruang dapur yang menarik ini.
Lihatlah hasil sebelum dan selepas transformasi yang telah dilakukan, sememangnya sangat menakjubkan! Betul tak?!
Untuk dekorasi ruang dapur di kediaman ini telah memilih kemasan rona emas dan putih yang nyata tampak begitu sangat sesuai dan cantik.
Bukan itu sahaja. renovasi serta dekorasi yang telah dilakukan telah membuatkan ruang dapur ini kelihatan lebih elegan dan mewah.
Foto: Facebook Kelab Dekor Viral
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Pernah tak jumpa serangga yang mempunyai kelongsong seperti kuaci tapi permukaannya bertektur pasir? serangga perosak ini bila tiba tempoh dewasanya akan bertukar menjadi kupu-kupu. Kelihatan menarik, namun serangga ini bahaya kepada anda.
Nama saintifiknya adalah Phereoeca Uterella atau lebih dikenali dengan nama kemitep. serangga ini dianggap bahaya disebabkan ia pemakan fabrik untuk meneruskan kehidupan. Sebab itu, kebiasanya serangga ini dijumpi di dalam almari atau timbunan pakaian lama. Untuk membentuk kepompom, serangga ini memerlukan debu, tanah atau pasir. adakalanya, kepomponya terbentuk dari kulit kayu yang lembut. Sebab itu, ia juga dikenali sebagai plaster bageorm.
Serangga ini memerlukan habitat yang lembab. Jenis fabrik yang menjadi ancaman utama untuk dimakan oleh serangga kecil ini adalah seperti sutera, fabrik berbulu dan adakalanya rambut manusia.
UNTUK MENGATASINYA, INI YANG WAJIB ANDA LAKUKAN 1. pastikan almari atau ruang simpanan baju anda tidak lembap 2. Jaga kebersihan rumah terutamanya dari longgokkan habuk dan barang-barnag yang tidak digunakan. 3. Pastikan pakaian betul-betul kering sebelum disimpan di dalam almari
Jika anda mengesan kehadiran kemitep, segera lakukan penyelenggaraan pada keseluruhan ruang dan musnahkan serangga yang dijumpai
Apakah nama dia? Stressful sebab selama ni ingat tak bahaya. Sekali dia menggigit plak..Update : Already found out. It is Kamitetep / Phereoeca Uterella
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.