Kalau dah kreatif, benda yang nampak sampah bagi sesetengah orang jika diolah memang akan jadi produk yang cantik dan mahal. Seperti yang di lakukan oleh ratu DIY Puan Norpadilah yang selalu berkongsi idea-idea DIY yang unik bersama rakan-rakan di Facebook. Terbaru, Puan Norpadilah menghasilkan pasu gaya cottage dari upih yang baru gugur. Tahu tak, IMPIANA pernah jumpa pasu macam Puan Norpadilah buat di satu kedai jenama kraf terkenal di Malaysia. Harga pasu tersebut dekat RM 300. Bezanya, pasu yang dijual dikedai tersebut telah di cat dengan warna merah.
Apa kata, kita buat macma idea Puan Norpadilah ni. Tak perlu guna bahan-bahan yang rumit dan teknik yang susah pun untuk hasilkan pasu upih ni. Cara-caranya:
1. Siapkan dan bersihkan pelepah upih yang paling besar
2. ukur tinggi dan lebar pasu yang sesuai kemudian potongkan macam dalam gambar.
3. Gunakan stapler untuk cantumkan bahagian potongan menjadi tapak pasu
IKLAN
4. Ikat bahagian cantuman dinding apsu menggunkan tali jud untuk lebih cantik dan artistik. Dah ikat kukuh, boleh buka stapler yang tadi
5. Nak nampak cantik dan berkilat, boleh sembur dengan spray cear sebagai kemasan terakhir
Dekorasi Scandinavian nampak elegan, kemas dan praktikal, perabot pun tak banyak. Pilihan dekorasi ini sesuai untuk anda yang tidak mahu rumit tetapi masih mahu mencipta bilik yang kelihatan harmoni.
Nak tahu apa maksud dekorasi rumah ala Scandinavian? Ringkas, minimalis tanpa mengorbankan gaya serta rupa yang diinginkan. Itu adalah konsep ala Scandinavian. Konsep dekorasi rumah ala Scandinavian ini mula diperkenalkan pada awal abad ke-20 lagi. Mengapa dipanggil Scandinavian? Jawapannya ialah kerana ia berasal dari negara-negara Nordic seperti Norway, Sweden, Finland, Denmark dan Iceland.
Umum tahu konsep ini menekankan penggunaan perabot yang ringkas, mudah dan minimalis. Tetapi tahukah anda apakah gaya tulin dekorasi Scandinavian ini? Scandinavian Style menurut penjelasan Kerryn Harper dalam penulisan bukunya yang bertajuk Home Style (Choose and create the look that’s right for you and you home) menyatakan bahawa ianya merujuk kepada wilayah yang terletak di hemisfera utara diantara negara Norway serta Sweden.
Wilayah ini kekurangan sumber cahaya semulajadi iaitu dari matahari di sebelah siang terutamanya pada musim sejuk berikutan lokasi muka buminya yang bergunung-ganang dan dilitupi salji.
Bagi memastikan dalaman rumah mendapat cahaya yang sepatutnya, mereka akan mengecat setiap dinding dengan warna putih serta pada masa yang sama, material utama untuk kediaman di sini banyak menggunakan bahan berunsurkan kayu sebagai sokongan kepada elemen semulajadi.
Konsep seni bina ruang tamu Scandinavian yang bersifat minimalis sentiasa diminati ramai. Dekorasi Scandinavia mempunyai dalaman yang moden, ringkas dan berfungsi.
Selain itu, warna kayu itu sendiri berupaya untuk menerangi serta membiaskan cahaya dengan efisien di dalam kediaman apabila terkena cahaya dari luar atau sinaran lampu elektrik. Di samping itu juga, ada juga dinding kediaman yang ditekap dengan kayu panel untuk mendapatkan impak pencahayaan ekstra dari biasan cahaya
1) Kesesuaian Konsep Skandinavian Mengikut Personaliti
Konsep ini sesuai jika anda:
* Menyukai sesuatu yang moden tetapi tidak terlalu tradisional serta suka kepada susunan yang teratur.
*Suka warna cerah serta penambahan cahaya.
*Ingin nampak elegan.
*Suka kepada elemen semula jadi seperti perabot dan lantai kayu.
Skandinavia Tidak Sesuai Jika anda:
*Menyukai kepelbagaian warna dalam kediaman.
*Tidak suka kepada material kayu yang tidak berapa baik dalam menyerap bunyi tapak kaki.
2) Ciri-ciri konsep Skandinavia
*Dinding putih atau warna lembut.
*Banyak menggunakan material berasaskan kayu seperti dari pokok Birch dan Pine seperti kerusi, kemasan lantai, meja makan dan sebagainya.
*Tingkap memanjang untuk memaksimumkan kemasukan cahaya.
Sinki, mahal macam mana pun bila dah tiba masa ia akan mula kusam. Ia disebabkan tindak balas kimia yang membentuk permukaan seperti kapur. Permukaan sinki yang kusam ni, tak sesuai untuk disental kerana akan menyebabkan bahan tercalar. Ada cara paling mudah dan murah dengan hanya menggunakan bahan dapur
BAHAN-BAHAN:
Lemon
Garam
CARA-CARA:
1. Potong lemon seperti biasa.
2. Kemudian sentalkan lemon pada kerak-kerak sinki yang jelas kehitaman. Sental dengan kuat.
3. Letakkan sedikit garam di kawasan berkerak.
4. Kemudian gosok lagi dengan menggunakan berus gigi yang sudah tidak digunakan lagi.
5. Sental dan gosoklah hingga semua kotoran tertanggal.
6. Akhir sekali, cuci dengan air panas dan hasilnya sinki bukan hanya bersih tapi lebih berkilat.
Secantik mana pun kediaman kamu itu, tidak akan benar-benar hidup kalau tidak dihiasi dengan pepohon hijau. Bukan sahaja mendamaikan, tanaman rumah sangat penting untuk pengudaraan segar. Bagi anda yang mempunyai masalah sesak nafas, 5 tanaman ini dapat membantu anda memberi udara yang segar dan bersih. Harmoni dari alam semula jadi ke kediaman anda dengan pilihan 5 tanaman hijau seperti dibawah:
1 – Peace Lily
Seperti namanya begitu jugalah fungsinya. Memberi damai ruang rumah yang didiami. Tumbuhan ini memerlukan pencahayaan terus dari luar jadi pastikan ia di sudut yang betul. Peace Lily juga dikenali sebagai the communicative plant yang mampu memberikan isyarat apabila ia perlu disiram dan dijaga.
TIP: Ruang luas putih dan bersiling tinggi mampu menyerlahkan Peace Lily di kediaman.
2 – Dieffenbachia Camilla
Tempatkan di ruang cahaya. Suhu sesuai untuk tumbuhan ini adalah di bawah 65 darjah. Pun begitu, ia agak rapuh dan kering di hujungnya. Pastikan anda menjaganya dengan cermat. Apa yang pasti Dieffenbachia Camilla mampu memberi pengudaraan yang baik bagi setiap kediaman.
TIP: Perlu rajin menjaganya dan pastikan jangan dibiar ia kering. Tempatkan di ruang luas dan punya banyak sumber cahaya.
3 – Ficus Elastica
Permukaan daun tumbuhan ini berkilat dan berbentuk. Daunnya juga agak keras dan besar. Oleh itu, sesuai dijadikan ilham dekorasi yang mengisi kekosongan kediaman. Cukup hanya dengan menyiram sekali seminggu dan akan hidup dalam kediaman anda dengan memberi pengudaraan yang baik.
TIP: Rumit sedikit sebenarnya penjagaan Ficus Elastika kerana saiznya yang besar tetapi jika bijak dalam susun letak ia akan menjadi sudut tumpuan yang sangat menarik.
4 – Lidah Buaya
Juga dikenali sebagai Aloe vera dan mempunyai kandungan kira-kira 95 peratus air. Menurut kajian menanam Lidah Buaya dalam kediaman mampu menjadikan suasana dan persekitaran lebih sejuk dan tidak kering.
TIP: Jadi lebih kreatif dengan menanam Lidah Buaya dalam balang yang lebih kecil berbanding pasu besar.
5 – English Ivy
English Ivy memiliki bahan kimia organik yang mampu mengurangkan rasa sakit kepala dan mual. Mudah tumbuh dan mudah dijaga kerana tidak perlu disiram selalu. Tidak perlu pencahayaan terus. Tumbuhan malar menjalar ini boleh diletakkan di tepi tingkap atau gantungkan di tempat tinggi.
TIP: Kalau mahu menanam English Ivy di ruang kediaman, rajinkan diri untuk pangkas ya, kalau tidak tak ubahlah seperti semak di luar rumah.
Pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ruangan peribadi di bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami...