
Saluran outlet singki tersumbat, kebiasaanya orang akan cakap guna bahan kimia, garam, air panas dan pelbagai lagi. Tahu kah anda kaedah ini akan menyebabkan keadaan tersebut lebih teruk. Kerana, bahan yang menghalang aliran masih terperangkap di dalam saliran.
Kalau nak panggil plumber atau tukang paip, siap-siapkan sahajalah duitnya. Kalau plumber berlesan, harga boleh cecah RM 200-350. Sebenarnya, tak perlu peralatan rumit dan modal pun nak selesaikan masalah ini. Abang plumber dari youtube chenal Surihati Mr Plumber berkongsi trik mudah atasi masalah saliran singki yang tersumbat paling mudah dengan “0” kos. Jom tonton video yang disediakan
DIY Kabinet Dapur Bajet & Mampu Milik, Semua Barang Beli Online

DIY kabinet dapur bajet, mampu milik, semua barang beli online. Jika anda belum mempunyai bajet untuk menempah kabinet dapur, anda sebenarnya boleh sahaja buat sendiri kabinet dapur mengikut bajet yang anda ada.
Melalui perkongsian Ila Athilah dilaman Facebooknya, wanita ini berkongsi tip bagaimana dia dan suaminya memasang sendiri kabinet dapur rumahnya. Moga dapat membantu anda yang bercadang untuk memasang sendiri kabinet dapur.
“Kabinet dapur atas dan bawah saya dan suami buat sendiri. Kami custom made dan pasang sendiri. Rangka kabinet semua kami buat sendiri. Rangka kabinet daripada aluminium dan kabinet daripada chipboard.
“Mencabar juga hendak membuatnya mungkin sebab kami kali pertama melakukannya. Alhamdulillah siap juga. Kabinet mampu milik, kabinet dapur bajet. Tak mewah tapi janji sedap mata saya memandang…. Alhamdulillah…
“Mungkin ada kawan-kawan yang nak cuba DIY sendiri. Bolehlah buat rujukan. Chipboard, hinge, skru, handle dan aluminium, semuanya beli online. Taip sahaja, nanti banyak pilihan yang keluar. Tengok dulu product rating, review customer kemudian barulah beli.”
Berikut ‘perjalanan’ daripada mula hingga akhir proses memasang kabinet dapur kami. Moga dapat dijadikan panduan bersama.
Sumber: Ila Athilah
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Bina Sendiri “Breakfast Nook” Dengan Kos RM1.6K, Pasangan Ini Berjaya Siapkan Dalam Masa 5 Hari Saja!

Sesuai dengan namanya, breakfast nook (atau juga dipanggil kitchen banquette) terletak di ruang makan dan sesuai untuk ahli keluarga menikmati sarapan pagi yang nyaman di hujung minggu.
Nook dapat memberi kelebihan penjimatan ruang selain menjadikan kediaman kelihatan lebih menarik dengan nilai estetika yang tinggi bergantung pada rekabentuk yang pemilik inginkan.
Aksesori bantal atau kusyen sudah menjadi satu kewajiban yang perlu ada untuk menjadikan nook lebih selesa dan nyaman.
Lihat bagaimana pasangan ini merealisasikan impian dengan membina sendiri breakfast nook untuk keluarga mereka. Sudah tentu lebih jimat dan puas hati!
Akhirnya, projek suami isteri telah berjaya siap…puas hati dan berbaloi setelah 5 hari bekerja.
KOS YANG TERLIBAT
Kayu – RM700
Deco – RM900 (SSF)
PROSES PEMBINAAN
Hari Pertama – Binaan asas
Hari Kedua & Ketiga – kerja kemasan dan design
Hari Keempat & Kelima – mengecat dan deco..kami mencabar kemampuan diri dan menggunakan YouTube sebagai rujukan...zero knowledge dan kemahiran tapi mungkin sebab minat.
Pemuda Ini Dedahkan Rahsia Bagaimana Bangsa Cina Membina Kekayaan!

Baru-baru ini, ada seorang pemuda telah berkongsi cerita serta mendedahkan rahsia bagaimana bangsa Cina mencipta kejayaan dan membina kekayaan menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun media sosial Facebook bersama orang ramai.
Pemilik akaun yang bernama Adam Kelvin ini pada masa sama mendedahkan beberapa amalan yang sering dilakukan oleh bangsa Cina bagi membina empayar kekayaan mereka.
Menerusi entri berkenaan, untuk maklumat anda ada lima amalan yang sering dilakukan oleh bangsa Cina ini seperti yang didedahkan oleh individu tersebut. Jadi mari kita lihat perkongsian ini bersama!
1. Bantu Adik-Beradik
Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes dan bangunkan bisnes bersama-sama adik beradiknya.
Contoh paling dekat sepupu saya. Dia anak sulung dan berjaya buka kedai jual kereta mewah import. Kemudian, dia ajar adik-adiknya lagi 3 orang dibawah buat bisnes berkaitan kereta. Adik kedua buka kedai repair kereta, adik ketiga buka kedai servis aircond kereta dan yang bongsu buka kedai aksesori atau make up kereta.
Dan hasilnya mereka semua kaya dan jutawan underground. Kami tak sampai hati tengok adik-beradik susah sedangkan ada yang senang diantara kami. Jadi sama-sama belajar untuk bina kekayaan. Senang adik-beradik, senang hati kami. Kami pegang prinsip, if you want go fast, go alone. If you want go far, go together.
2. Harta Yang Ada Dikembangkan
Kalau ada cash banyak atau dapat duit ratus-ratus ribu, jarang kami plan nak kahwin banyak. Haha..sebab tambah beban dan harta lagi kecil portion bila dibahagikan.
Apa yang kami buat ialah kami beli rumah atau hartanah RM100k dalam 2-3 biji sebagai long term investment. Bina portfolio hartanah. Hartanah tu akan double up dua kali ganda ke dalam 10 tahun.
Sebab tu jangan pelik ada family Cina walaupun dah dewasa masih tinggal bersama dengan parents. Duit lebihan tu mereka beli rumah dan bagi orang sewa. Atau yang lebih hebat lagi, tetiba dah ada sebuah pasaraya hasil pakat kumpul sesama keluarga.
Kami jaranglah berebut harta. Selalunya kami berpakat untuk kembangkan harta yang ditinggalkan tu. Sama ada jual kemudian flip beli bangunan atau kedai untuk disewakan. Duit tu dibahagi sama rata.
WE LOVE PROPERTIES. HAHA..Tapi saya tak ada banyak rumah pun. Sebiji saja untuk duduk. Senduu.
3. Gembira Atas Kejayaan Orang Lain Terutamanya Ahli Keluarga
Perasan tak kalau kedai cina yang baru bukak, akan ada banyak jambangan bunga wish luck dan berjaya dalam perniagaan kepada bisnes owner tu.
Kami sangat gembira kalau ahli keluarga atau kawan-kawan berjaya dalam bisnes. Tandanya parents pun takkan hidup susah dan tidaklah anak sorang yang berjaya tu saja perlu menanggung parents. Lagi senang untuk berpakat bantu keluarga dengan hasil yang dituai.
Tak perlu nak dengki ke apa sebab kita sendiri menyaksikan betapa susahnya mereka nak bina sesebuah perniagaan.
Even ada je dengki. Tipulah kalau kata tak ada langsung kan. Tapi circle saya mostly tak ada nak dengki. Mereka even support beli produk atau guna servis kita. Trust tu dah ada dan lagi mereka sebarkan kepada kenalan yang ada.
4. ‘Save’ Dulu Baru ‘Spend’
Duit yang dapat kami akan simpan dalam unit trust, FD atau simpan je la dalam bank. Kalau nak beli apa-apa, kami akan tangguhkan keinginan tu sampai hujung bulan, bila ada lebihan, baru spend. Spend benda yang perlu dan benda kehendak tu sekali sekala.
Untung tau orang Melayu boleh simpan dalam ASB. Saya tengok ASB simpanan antara yang menguntungkan berbanding unit trust atau FD. So jangan lepaskan peluang untuk save dalam ASB.
5. Tak Suka Berhutang
Kami memang tak suka berhutang beli barangan kecil seperti fon, peti ais, perabot dan sewaktu dengannya.
Kami akan kumpul duit dan tahan nafsu supaya dapat beli cash. Penat sekali tapi for long term lega minda dari fikir nak bayar bulan-bulan. Tu tak masuk lagi interest. Rugi woo..
Selalunya kami hutang pun benda besar seperti rumah dan kereta. Kereta pun selalunya kami cuba settle cepat-cepat supaya cash flow tak rabak for long term. Kan kalau buat full settlement akan dapat rebate.
Lagi pula kereta susut nilai sangat cepat. Jadi tak berbaloi beli kereta mahal-mahal tapi tak cuba setel hutang secepat mungkin.
Tu sebab orang Cina sangat minat kereta Honda dan Toyota kerana kereta tu mampu milik dan tak perlu maintanance tinggi walaupun mereka mampu je beli kereta mewah.
Ada je orang Cina beli kereta mewah. Tapi ada trick la untuk kurangkan income tax dan selalunya mereka cepat-cepat settle kan hutang kereta tu.
Sumber: Facebook Adam Kelvin
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Antara Reka Bentuk Rumah Yang Cantik Dan Lokasi Kediaman Strategik, Mana Satu Paling Penting?