Memiliki sebuah kediaman di usia muda sememang menjadi idaman semua orang. Ini kan pula kediaman yang dimiliki terletak di tengah kota metropolitan Kuala Lumpur. Bagi si muda, kebiasaanya apabila memiliki kediaman sendiri, konsep dekorasi yang dipilih sudah pasti gaya yang terkini seperti tema industi, Scandinavian, electric dan sebagainya.
Namun tidak bagi jejaka yang dikunjungi IMPIANA baru-baru ini. Di kenali dengan nama Syed Saiful Fazli, jejaka berusia 34 tahun ini merupakan pengasas Charismatic Leaders Academy telah memilih dekorasi berkonsepkan Moden Inggeris sebagai dekorasi keseluruhan kediaman miliknya.MODERN INGGERIS SI BUJANG


Info kediaman
Nama pemilik: Syed Saiful Fazli
Jenis kediaman: Kondominium
Konsep: Modern inggeris
Keluasan: 1710 kaki persegi
spesifikasi: 3 bilik tidur, 2 bilik air, dapur, anjung, ruang tamu dan ruang makan


“Untuk menzahirkan dekorasi impian, saya telah melantik perunding rekaan dalaman. Namun, di saaat-saat akhir ketika proses perletakkan perabot, pereka telah lari di sebabkan item dihantar tidak sama seperti yang telah dicadangkan. Jadi saya tak boleh terima dan arahkan pereka untuk ikut seperti mana yang telah dicadangkan.” Pemilik membuka bicara

Walaubagaimanapun, apa yang dapat penulis perhatikan idea si pereka asal memang bijak. Ia jeles dapat di lihat melalui pembahagian ruang yang asalnya lebih bersifat terbuka diberi ruang pribadi mengikut kegunaan agar ia tampil lebih terancang. Menurut pemilik, dari awal pemilikkan rumah ini keluar sahaja dari lif peribadi tetamu akan disambut dengan pemandangan ruang dapur dan makan yang terbuka.

IKLAN

Memberi perivasi ruang tersebut, pemisah yang dibina menggunkan gypsum board membentuah sebuah entry way sebelum memasuki kediman ini. Begitu juga di ruang tamu. Keluar dari lif peribadi keunit kediman ini aura dekorasi mewah yang bertemakan moden inggeris sudah dapat di rasai. Dari entry way ke segenap ruang mempunyai perinci dekorasi yang diilhamkan pemilik.

Pegunaan wainscoting bagi dekorasi inggeris mewah bagaikan sesuatu yang wajib. Setiap inci dari ruang tamu sehingga ruang makan perincian pada dinding di utamakan. Memandangkan dinding dan permaidani yan ditempah khas telah sarat dengan perincian, pemilihan perabotnya harus lah ringkas.MODERN INGGERIS SI BUJANG MODERN INGGERIS SI BUJANG MODERN INGGERIS SI BUJANG MODERN INGGERIS SI BUJANG

IKLAN

Dari segi pemilihan perabot, jelas melihat citarasa orang muda. Tidak terlalu besar dan mempunyai sentuhan moden. Lebih gemar memilih perabot yang mempunyai design dan warna berbeza, namun ia masih mengekalkan keseimbangan pada keseluruhan dekorasi. Pemilihan arm chair yang mempunyai ciri-ciri neo classical tetap padan dengan keseluruhan dekor yang cuba ditampilkan dek penggunaan metarial kain baldu.

Memandangkan pemilik kerap dikunjungi sedara mara dan sahabat handai, paduan sofa chesterfield 3 tempat duduk tetap turut disediakan untuk memberi keselesaan. Menghangatkan lagi gaya mewah yang dibawa, pemilihan perincian terutamanya pada kaki meja sisi dan meja kopi yang di letakkan diruang tamu ini di sadur dengan rona emas.
Melihat pemandangan di laur balkoni bersebelahan dengan ruang tamu, jelas menunjukkan kenapa unit ini menjadi pilihan si pemilik. Sajian pemandangannya yang memaparkan keindahan kota metropolitan Kuala Lumpur sentiasa menjadi idaman ramai. Lokasi ini harus menjadi salah satu spot kegemaran buat tetamu yang hadir untuk mengabadikan sekeping foto peribadi.

IKLAN

Selesai menatap pemandangan KLCC, penulis dibawa ke ruang makan yang menjadi kegemaran si pilik. “walaupun hanya tinggal seorang, saya kerap di kunjungi oleh ahli keluarga yang lain. Sebab itu, saya peruntukkan satu meja makan yang mampu memuatkan 8 orang dalam satu masa. Namun, meja kaca berbentuk bulat menjadi pilihan. Ia bertujuan memberi ruang tambahan di sekitar yang pada asalnya terlalu terhad”. Ulas pemilik

Kelihatan, pemilik bijak memanipulasi ruang. Ruang makan yang kelihatan terhad, di suaikan dengan dinding yang diberi kemasan cermin. Secara tidak langsung, penggunaan cermin tersebut berupaya memberi ipak visual yang luas. Tak cukup hanya di situ, membangkit gaya kemewahan di dalam dekorasi engglings moden yang disampaikan, pencahayaan dari lampu chandelier kaca dipadankan pada siling ruang makan ini.
“Dapur, bukan lah ruang yang menjadi kepentingan kerana saya jarang sekali memasak. Hanya apabila dikunjungi ibu, barulah dapur ini berasap. Namun, ia tetap penting dalam sesebuah kediaman. Oleh itu, penataan di ruang dapur seringkas yang mungkin.” Terang pemilik. Pemilihan kabinet dapur yang berona putih mampu mengelak ruang dapur yang kelihatan kecil menjadi sempit.

Keterujaan penulis bertambah apabila melihat bilik utama dan kamar mandi yang berdidingkan tempered glass menyajikan pemandangan kota metropolitan Kuala Lumpur. Namun untuk perivasi, langsir jenis blackout curtain menjadi tirai penghadang di kamar beradu. Walaupun bujang, pilihan katil bersaiz queen dengan rekaan engglish moden menjadi keselesaan si pemilik.MODERN INGGERIS SI BUJANG MODERN INGGERIS SI BUJANG MODERN INGGERIS SI BUJANGSegenap ruang telah diterokai penulis. Puas menghayati gaya engglish moden yang diketengah oleh pemilik. Tanggapan selama ini si bujang lebih gemarkan gaya dekorasi yang terkini seperti minimalis, Scandinavian dan industri telah terpeleset jauh. Ada juga jiwa-jiwa sentimental yang gemarkan dekorasi engglish namun diolah dengan gaya yang tersendiri.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI