Laci yang menggunakan rail atau track biasa, kalau dapat kat mak-mak yang jenis kerja cepat memang berdentum-dentum bunyi masa nak tutup. Apa kata, tukar track lama kepada jenis soft closer. Dulu memang mahal track ni, tapi dekat shopee harganya tak sampai RM 10 pun. Nak tukar pun mudah je. Tapi sebelum beli, pastikan saiz atau panjang track sama dengan yang lama. Hal ini turut dilakukan oleh Ahmad Ruim di dalam group Tukang Apa Hari Ini.
Umum tahu, kediaman berukuran 650 kaki persegi mempunyai keluasan dan ruang yang sangat terhad. Memberi cabaran kepada penghuni atau pemilik bijak menyusun atur agar semua keperluan dapat diisi dalam ruang yang terhad. Untuk kelihatan ruang kediaman lebih luas, kebanyakkan pemaju kini memilih konsep “open kitchen”. Jadi, ia memberi peluang dan ruang kepada pemilik untuk mengolah ruang mengikut keperluan. Seperti yang diakukan oleh Firdaus Hadzri dan pasangannya. Ruang dapur yang sangat terhad diolah sesuai dengan cita rasa dan keperluan.
Kami berdua memang sukakan sesuatu yang ringkas (minimalis) dan unsur-unsur segar dari alam sangat dekat dengan hati kami berdua. Kami berdua banyak mendapat idea atau inspirasi dari pinterest dan juga instagram.
Tema sebenar gaya bohemian ini adalah ringkas, sederhana serta sesuai untuk kediaman yang kecil supaya nampak tenang dan lapang. Perkara yang kami titik beratkan sekali adalah keluasan. Ini adalah kerana keluasan rumah kami adalah 650 sft. Keluasan ruang amat penting sekali untuk kami menentukan saiz, susunan serta jumlah kabinet, peralatan dapur, dan aksesori yang diperlukan supaya bersesuaian dengan ruang dapur agar tidak terlalu sempit atau terlalu kosong.
Pemilihan warna kabinet, peralatan dapur, dan aksesori yang bertepatan padanan warna juga amat mempengaruhi suasana ruang dapur. Warna yang tepat padanan akan dapat memberikan dimensi ruang yang kecil supaya nampak lebih besar dan luas. Selain itu juga, warna mampu memainkan sentuhan emosi kepada setiap orang yang memandangnya. Kami juga merancang untuk menukar pencahayaan (lampu) untuk menaikkan lagi mood bohemian pada masa terdekat ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tak kira tanaman jenis buah atau berbunga, untuk mendapatkan hasil yang optimum adalah melalui cantasan. Cantasan bukan sahaja dapat menggalakkan pengelurasan hasil, malah adpat pemngawal saiz pokok. Seperti yang dilakukan oleh Pyan Sempoy.
Tips untuk menumbuhkan banyak tunas & cabang baru pokok limau. Apa-apa jenis limau dan pokok yang lain pun boleh ikut cara ni
Potong ranting separuh atau ikut suka nak potong panjang mana. Lepastu buang daun hujung-hujung bekas potong tu. Banyak mana nk buang ikut suka juga ya. Lagi banyak daun yang dibuang lepas pangkas, lagi banyak tunas baru akan keluar nanti. Kalau cuma pangkas tapi tak buang daun, yang tumbuh mungkin 1-2 tunas sahaja.
Tak percaya?? boleh try sendiri.3 gambar ni sebagai bukti
Linear Landscape Sdn. Bhd., penyertaannya di dalam Malaysia Landscape Architecture Award yang dianjurkan oleh Institute of Landscape Architect Malaysia (ILAM) memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Syarikat perundingan landskap yang diasaskan oleh LAr. John Lew Thye Yong ini sering mendapat pengiktirafan disebabkan idea kreatifnya dalam menghasilkan sebuah reka bentuk landskap yang hebat.
161 Electic M adalah cetusan nilai seni bina Mediterranean yang telah digabungkan dengan elemen estetika tropika di Malaysia. Jika anda berada di perkarangan kediaman ini, rasa macam anda berada di kepulauan Mediterranean. Keseluruhan lot kediaman berkeluasan 21,085 kaki persegi di kelilingi dengan tanaman yang tidak memerlukan penjagaan yang rumit atau less maintenance.
“Pemilik mengimpikan sebuah kediaman sarat dengan latar landskap menghijau. Oleh itu sepanjang proses perbincangan dilakukan, penglibatan pemilik amat diperlukan bagi melancarkan urusan reka bentuk. Sebolehnya saya ingin merealisasikan impian pemilik di samping rekaan paling ideal buat kediamannya”, jelas pereka
Seluas 13,660 kaki persegi keluasan persekitaran kediaman ini diperuntukkan sebagai perimeter kawasan hijau semula jadi.
Melihat pada reka bentuk kediaman ini secara keseluruhan, terdapat tembok pagar padu melingkari garis sempadan kediaman yang memberi privasi optimum kepada pemilik. Di laluan pintu masuk kediaman, untuk kemasan driveway, pereka telah memilih material cobble stone sebagai kemasan. Kebaikan menggunakan cobble stone dengan konsep pemasangan interlocking ini secara tidak langsung menyelesaikan masalah water run off terutama ketika hujan.
Kalau dah kata konsep Mediterranean tu, tak lengkap tanpa ruang serbaguna atau plaza kan? plaza yang terbina harus dihiasi dengan elemen air sebagai elemen penyegar. Memercikkan lagi konsep yang di cadangkan, pemilihan jubin artisan dengan rekaan khas motif geometrik menjadi kemasan pada elemen air. ini.
Rimbunan Peltophorum pterocarpum yang sedia ada di hadapan lot kediaman di kekalkan untuk menyuntik suasana redup dan nyaman di kawasan parkir dan driveway. Memberi sokongan yang padu terhadap penataan gaya laman di ruang hadapan, pereka telah mereka sebuah laman subur di sudut hadapan kediaman dengan menghimpunkan pelbagai tumbuhan renek pelbagai tekstur dan warna. Menyeimbangi keperluan persekitaran agar ianya hadir dalam gaya semula jadi, pereka menyediakan sebuah kolam kecil yang menjadi habitat si teratai.
Selain itu, bagi memberi kemudahan kepada pemilik untuk menghayati sudut laman yang di gelar enchanted garden ini, laluan dari batu kelikir disediakan dalam bentuk organik dan ringkas. Laluan tersebut menghubungkan bahagian hadapan laman terus ke sisi kediaman yang menempatkan taman linear yang diberi nama The Creek.
“Nama ini di beri sempena terusan anak sungai yang dibina dari kolam teratai di bahagian hadapan, merintangi keseluruhan bahagian sisi lot kediaman ini. Secara tidak langsung aliran anak sungai yang mengalir menjadi instrumen alami menambah suntikan elemen semula jadi yang diimpikan pemilik”, Tambah pereka lagi.
Outdoor social space pemilik banyak tertumpu di bahagian belakang. Sebuah kolam renang menjadi ciri utama mendominasi keseluruhan gaya dekorasi laman belakang. Pemilihan masonite tile rona biru memberi impak air kolam renang jernih bak kristal.
“Memperjelaskan lagi suntikan Mediterranean yang cuba dibawa, pemilihan jubin bermotif geometrik rona biru sekali lagi diterapkan pada dinding water curtain tersebut”. Tegas pereka yang cuba menzahirkan laman impian pemilik.
Selain daripada binaan kejur, pereka turut melakukan pemilihan soft landscape yang teliti. Setiap tumbuhan atau tanaman yang digunakan untuk menghiasi laman ini disusun secara organik. Pemilihan pokok-pokok hutan seperti Muraya paniculata, Sandoricum koetjape, Eugenia syzyades, Eugenia campanulata menyatu membentuk kanopi padat menyuntik ambien segar.
Pereka memilih untuk menggunakan batu kerikil menghampari keseluruhan ruang kerana selain ia mudah dijaga, ia juga mampu menyelesaikan masalah ruang. Ini disebabkan oleh kawasan tersebut terlindung dari kanopi pokok yang memagari keseluruhan lot kediaman ini. Hal ini menyebabkan ruang tersebut tidak telus cahaya dan menyukarkan pertumbuhan rumput.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...