Dengan hanya bermodalkan RM10, tak perlu batas atas tanah, anda boleh menanam sayur dalam beg plastik. Sesuai sangat untuk kawasan rumah dengan keluasan terhad. Bukan sahaja tidak memerlukan belanja yang banyak tetapi juga cara ini lebih praktikal terutama bagi mereka yang baru mula berjinak-jinak dengan aktiviti berkebun.
Melalui satu hantaran yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Matt Pucuk Tunas Garden berkongsi tip cara-cara untuk menanam sayur dalam beg tanah plastik.
Istimewanya melalui teknik penanaman ini, anda tidak perlu membeli pasu dan membuat batas di atas tanah yang lapang. Anda hanya perlu menanam sayur-sayuran di atas ‘batas’ di dalam beg tanah plastik sahaja.
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Di bahagian bawah beg tanah plastik, cucuk dengan pensil lebih kurang dalam 30 biji lubang supaya akar serabut dapat turun ke bawah dan tahan lebih lama jika kurang disiram.
2. Potong bahagian atas beg tanah plastik bentuk kotak. Lipat bahagian atas sebagai penutup. Pastikan apabila dipotong petak pembukaan atas, ada lebih dalam dua hingga tiga inci dari tepi supaya tanah tidak terkeluar jika hujan. Setengah jam sudah siap semuanya.
IKLAN
3. Selepas itu boleh mula tanam benih pokok sayur yang anda ingin tanam.
IKLAN
4. Plastik akan mereput dalam tempoh satu tahun. Selepas itu gunakan semula tanah di dalam beg tanah plastik yang telah reput itu tadi. Tanah itu nanti akan ada lebih banyak bahan organik.
Teknik menanam sayur-sayuran di dalam beg tanah plastik ini sangat menjimatkan masa dan tenaga untuk mereka yang sibuk tetapi masih ingin hendak berkebun. Lubang ditebuk banyak di bahagian bawah beg tanah plastik supaya pokok sayur-sayuran dapat ditanam rapat-rapat. Jadi lebih banyak sayur-sayuran dapat ditanam dan dituai.
Jenama Signify(dahulu dikenali sebagai Philips Lighting), peneraju dunia dalam pencahayaan, telah melancarkan rangkaian WiZ terbaharu yang merangkumi produk tambahan Philips Smart LED dengan portfolio ketersambungan WiZ. Pelancaran baru ini merangkumi setiap pelusuk kediaman pengguna, daripada lampu mentol sehinggalah ke lampu mudah alih dengan sokongan aksesori bagi kegunaan mudah pengguna.
Produk WiZ menawarkan mod pencahayaan pra-tetap, pilihan suasana serta pilihan dinamik seperti simulasi kedipan lilin di mana pengguna akan dapat menikmati cahaya pintar berwarna penuh menerusi aplikasi WiZ terus dari telefon pintar anda.
Lampu Pintar Ketersambungan WiZ dan LED Pintar Philips dengan produk-produk ketersambungan WiZ kedua -duanya berfungsi dengan aplikasi telefon pintar WiZ. Pengguna juga mempunyai pilihan untuk menetapkan lampu mengikut kesesuain mereka saat tidur dan terjaga dari lena bagi tujuan tidur dan bangun tidur.
Malah pengguna juga boleh menggunakan dua pilihan warna yang berbeza untuk kesan pencahayaan ombre. Terdapat kawalan fizikal pada lampu termasuk WiZ Remote untuk memalap, mencerah, atau mengaktif mod pra-tetap, dengan pengunaan aplikasi WiZ atau kawalan suara dari jarak jauh.
Apa yang mengujakan dengan pelancaran baharu ini ialah, kini semua rangkaian produk WiZ tersedia dengan teknologi SpaceSenseTM dan diperakui Matter. Ciri -ciri baru ini kini boleh didapati di aplikasi WiZ V2 yang boleh dimuat turun dari kedai Google Play & Apple.
“Memahami trend peningkatan dalam penggunaan teknologi, kami amat teruja untuk mengembangkan pelbagai produk pencahayaan pintar kami, WiZ Connected untuk membawakan penyelesaian pencahayaan yang inovatif untuk kehidupan seharian dan membolehkan pengguna mengawal lampu dan aksesori sejurus dikeluarkan dari kotak,” ulas Sukanto Aich, Ketua Pegawai Eksekutif, Signify Malaysia.
“Seiring dengan peningkatan aliran dalam penggunaan teknologi pintar, kami amat teruja untuk membawakan rangkain lampu pintar WiZ Connected yang innovatif untuk penggunaan harian anda, dan membolehkan para pengguna untuk mengawal lampu serta aksesori terus daripada kotak.
“Kami juga ingin memperkenalkan teknologi terkini yang digabungkan didalam product WiZ Connected, iaitu SpaceSense™ dan Matter, dimana ianya dapat memperkasakan penggunaan WiZ ke tahap lebih tinggi dan dilengkapi dengan teknologi yang mudah untuk digunakan yang boleh menambah baik kehidupan harian serta menyerikan rumah anda,” tambah beliau.
WiZ SpaceSense™
Memperkenalkan WiZ SpaceSense™, dengan versi WiZ App V2 baru. Naik taraf dalam aplikasi termasuk SpaceSense™ membolehkan anda untuk menyalakan lampu pintar hanya melalui gerakan tanpa sebarang sensor tambahan. Ini merupakan salah satu inovasi futuristik di dalam industri pencahyaan, di mana pergerakan anda dapat dikesan melalui isyarat WiFi.
Teknologi pengesanan WiFi dapat memantau gangguan dalam isyarat yang menunjukkan sebarang pergerakan. Ini membolehkan pengesanan gerakan tanpa garis penglihatan atau keperluan untuk memasang sensor berasingan. Pengguna hanya memerlukan sekurang -kurangnya dua lampu di dalam bilik untuk menggunakan ciri ini. Pengguna kemudian boleh menyesuaikan tetapan sensitiviti sistem dalam aplikasi untuk membolehkan pelarasan tertentu contohnya bagi pergerakan haiwan peliharaan pada waktu malam.
Adopsi Teknologi WiZ Matter
Produk rangkaian WiZ adalah antara produk pencahayaan pintar pertama yang mendukung teknologi, Matter. Matter adalah standard universal yang membolehkan peranti dan sistem yang serasi untuk menyambung dan berinteraksi dengan selamat dan disokong oleh semua teknologi utama seperti Bluetooth atau WiFi. Dengan penggunaan Matter, pengguna boleh menikmati pengalaman yang lebih lancar dan mudah dari aspek pembelian dan kawalan kerana teknologi ini menyediakan standard untuk peranti berkomunikasi dengan lancar merentasi teknologi dan platform.
Matter membolehkan pengguna untuk:
Menyokong semua platform utama dunia tanpa perlu bimbang mengenai padanan sistem rumah pintar dengan sistem sedia ada di rumah.
Akses menyeluruh bagi pengalaman kawalan suara tanpa masalah rumit atau berlebihan.
Standard keselamatan yang tinggi untuk perlindungan pemilikan peranti dan privasi.
Akses mekanisme pelbagai-tadbir untuk kawalan multi sistem
Akses dan kawalan mudah untuk mengawal peranti menerusi Matter.
Temui kemudahan pencahayaan pintar dengan LED Pintar Philips yang dikuasai oleh WiZ dan WiZ Connected Lighting diwww.wizconnected.com
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Musim durian kembali. Memandangkan Perdana Menteri dah beri kebenaran rentas negeri, pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung bertemu keluarga yang terpisah lebih 3 bulan.
Dah lama tak balik, macam-macam buah tangan nak dibawa pulang. Salah satunya adalah durian. Siap ada yang buat sesi berjemaah makan durian pun ada. Tapi antara perkara yang sering dirungutkan dan tak boleh terima adalah bau durian yang melekat dalam kereta untuk tempoh yang lama. Ada tu, sampai seminggu.
Sebeanrnya, ada cara mujarab dan lebih cepat nak hilangkan bau durian terperangkap dalam kerete. Tak susah pun. No. 1 dan 2 memang ramai tak tahu.
1. Guna kotak dan surat khabar
Kebiasaanya, penjual akan menyediakan pelastik atau guni untuk tujuan pembukasan, Apa kata anda letak durian dalam kotak dan sebaiknya sekeliling durian tersebut diletakkan surat khabar. Kaedah ini berupaya mengurangkan kadar pembebasan bau durian di dlam kereta
2. Tukarkan tatapan air-cond.
Tip ini paling cepat dan mujarab. Masa membawak durian mahupun selepas, tukar tatapan aliran air-cond anda kepada pengudaraan bebas. Iaitu, angin yang disedut akan terus keluar dari kereta. Kalau yang menggunkan aliran biasa, udaranya akan berpusing dan terperangkap di dalam kenderaan. Hal ini akan menyebabkan bau durian yang terperangkap lambat hilang
3. Arang
Ini antara petua yangtelah digunakan sejak dulu lagi. Arang terutamanya dari buluh berupaya meneutralkan sebarnag bau busuk yang terperangkap dalam kenderaan termasuklah durian. Tapi, bukanlah bermakna anda pelu letak satu bongkah besar arang. Ia perlu di kecil-kecilkan untuk memudahkan penyerapan bau.
4. Baking soda
Kalau taka da arang, baking soda pon boleh. Namun, bukanlah sebarangan baking soda yang sesuai. Yang digunakan untuk membuat kek dan roti tu, kandungan nya tak begitu kuat. Anda perlu dapatkan baking soda dari hardware. Letakkan baking soda di dalam bekas terbuka untuk lebih mujarab.
5. Serbuk kopi
Perasan tak kala pergi counter perfume, penjual akan bagi kita biji kopi untuk hidu sebelum mencuba aroma lain? Kopi seperti arang bersipat menutralkan bau. Untuk dapatkan kesan yang lebih proaktif, gunakan serbuk kopi yang belum digunakan sebab aromanya masih kuat dan segar.
With the durian season in full swing.When your love of durian clashes with your wife who already warned you not to put it your in the car ?Credit: Tun M Faizul
Bagi anda yang tinggal di kawasan perumahan dan perkampungan, pasti pernah berdepan dengan masalah untuk menghalau haiwan perosak seperti tikus dan cencurut di rumah. Malah, mesti ada juga di kalangan anda yang sudah melakukan pelbagai cara untuk mengatasinya namun masih tidak berjaya untuk menangani masalah tersebut.
Tahukah anda, sebenarnya ada petua dan cara mudah untuk menghapuskan haiwan perosak tersebut buat selama-lamanya daripada terus membiak dalam kediaman anda dengan hanya menggunakan satu bahan sahaja.
Bahan apa yang cuma anda perlukan adalah serbuk belerang. Umum mengetahui, serbuk belerang adalah merupakan salah satu bahan kimia yang beupaya untuk menghalau haiwan berbisa dan berbahaya seperti ular. Selain itu, ia berupaya untuk menghalau haiwan perosak seperti tikus dan cencurut ini.
Caranya, ambil satu atau dua sudu serbuk belerang dan bungkus ia menggunakan sehelai kain kecil. Lalu, diikat seperti seakan-akan sup bunjut yang selalu kita guna untuk memasak.
Apabila bunjutan serbuk belerang itu telah siap, letakkan ia di kawasan yang tersorok di sekitar dinding luar dan dalam rumah terutamanya di dapur.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.