Wujudnya kabinet dapur “build-in” memang menjadikan dapur anda kelihatan lebih kemas dan tersusun. Bukan itu sahaja, ia memberi ruang pengstoran optimum terutamanya bagi dapur yang bersaiz mikro. Kalau sebelum ni, beberapa perkongsian DIY dapur dari IMPIANA pernah jadi viral, kali ni kit atengok pula DIY Kabinet dapur hanya dnegan bermodalkan RM 500 sahaja.
Menurut pemilik En. Saiful Bahrin, Counter top tidak termasuk di dalam kos pembinaan sebab ia telah dibina terlebih dahulu. Bila ada kelapangan dan rezeki, barulah bahagian pintu dan kabinet atas dibina. Rekabentuk pintu kabinet ini di panggil “shaker door”, Rekaanya ringkas dan kemas. Tak banyak perincian pada bahagian pintu. Menurut pemilik, material yang digunakan untuk membina kabinet ini adalah “Medium Density fiber board” (MDF). Vinyl untuk kemasan lantai pon dipasang sendiri pemilik.
Untuk lebih mudah dan mempercepatkan kerja, pemilik telah mendapatkan perkhidmatan memotong MDF dari kedai. Tapi sebelum itu, ukuran yang diperlukan harus lah tepat.
Di Malaysia banyak projek perumahan yang dijalankan berbentuk rumah teres semi-D, pangsapuri, kondominium dan banglow. Masih lagi relevan untuk dikatakan projek rumah jenis townhouse atau rumah bandar sudah banyak dibangunkan di negara ini dan disebabkan itu, IMPIANA kurang mendedahkan kepada umum dekorasi rumah jenis townhouse ini.
Sebelum kita pergi lebih mendalam tentang rumah townhouse dan trik dekorasinya, adalah molek untuk kita mengenalpasti ciri-cirinya terdahulu kerana ramai yang keliru rumah townhouse dengan rumah teres kerana fizikalnya yang dibina seakan sebiji rumah teres kerana dalam lot dan bumbung yang sama
Ciri-ciri am
Rumah townhouse kelihatan seperti sebiji rumah teres. Sebenarnya ia merupakan sebiji rumah yang dibahagi kepada dua pemilik atau unit kediaman. Setiap unit mempunyai akses sendiri. walaupun kelihatan dalam lot yang sama, bagi pemilik yang unit nya terletak di bahagian atas mempunyai pintu masuk dan tangga sendir. Ia bagi mengelak gangguan pemilik unit atas kepada kediaman dibahagian bawah.
Kebanyakkan unit townhouse yang dibina mempunyai plan lantai yang memanjang ke belakang. Di Malaysia, terdapat dua jenis townhouse iaitu pembinaan secara tiga tingkat serta dua tingkat. Jenis tiga tingkat membuatkan pemiliknya berkongsi sebanyak 1 1/2 tingkat yang mana tingkat bawah mempunyai ruang tamu, dapur dan bilik tidur manakala di sebelah atas pula adalah bilik tidur utama dan beberapa lagi bilik tidur. Manakala jenis dua tingkat dibina dalam satu tingkat yang mana tangga tambahan menjadi laluan untuk pemilik unit di sebelah atas.
Townhouse 2 tingkat dengan 2unit (setiap unit mempunyai keluasan ruang satu tingkat)
Townhouse 3 tingkat untuk 2 unit (setiap unit mempunyai keluasan ruang 1 1/2 tingkat)
Tips deko rumah bandar
Rumah townhouse selalunya dikenali dengan fizikal yang memanjang, jadi segala perancangan deko kediaman sebegini opitumum dan dirancang baik. Untuk memastikan setiap keperluan aktiviti mendapat ruangnya yang tersendiri, penyediaan partition perlu dilakukan.
Jika sudah memanjang, anda perlukan partition. Disini ianya bermaksud sempadan di antara ruang yang memisahkan antara seksyen dalam kediaman. Contohnya, jika balkoni anda terletak di sebelah hadapan, secara automatiknya, ruangan disebelahnya adalah ruang tamu, sempadankan ia dengan meja makan kerana pasti seksyen seterusnya adalah dapur dan terus ke bilik tidur belakang.
Trik lain berbentuk partition adalah dengan meletakkan tiang sebagai ilusi yang bertindak sebagai pembahagi di antara seksyen. Anda boleh meletakkan tiang sebagai pembahagi di antara ruang tamu dan makan. Ilusi sebegini berupaya membuatkan kediaman yang memanjang kelihatan luas dan lapang.
Selain itu, penggunaan dan pemilihan rona cat juga memainkan peranan yang penting. Jika ruang kediaman townhouse anda kecil dan kekurangan tingkap untuk pencahayaan di waktu siang, sebaiknya gunakan warna-warna yang cerah. Antara warna yang paling mudah untuk dipadankan adalah putih, kelabu cair dan sebagainya
Akhir sekali, rumah jenis ini sangat sesuai untuk golongan muda tidak kira masih bujang atau berkahwin. Purata harga jualannya sekitar RM400K kebawah, tetapi bergantung kepada harga pasaran semasa. Kapasitinya terdiri daripada 3 bilik tidur dan 2 bilik air disertai dengan balkoni.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Pelan rumah memanjang yang menyambungkan sekali ruang tamu dengan ruang makan pastinya boleh buat kita pening hendak memikirkan susun atur dan deko yang sesuai dan menjamin keselesaan. Oleh itu ruang seperti ini haruslah dirancang dengan berhati hati dan teliti agar tidak tersilap langkah, menjadikan ruang tidak nyaman didiami. Rugi nanti.
Jadi disini kami ingin kongsikan idea dekorasi daripada Puan Hasfarina Aziz yang telah berjaya menghias rumah beliau sehingga kelihatan lebih luas dan menarik. Kediaman yang terletak di Bandar Putra, Segamat, Johor ini merupakan rumah jenis teres satu tingkat telah diubah suai dalam masa sebulan berpandukan konsep minimal moden yang juga menerapkan sedikit gaya ala hotel yang menjanjikan eksklusiviti dan sudah tentunya keselesaan.
Dengan bermodalkan RM15k, gabungan barangan dari Kaison, IKEA dan Lazada telah menjadi pilihan tuan rumah. Ruang dengan ukuran 35 kaki x 10 kaki ini dicat warna cream disertakan wainscoting pada bahagian bawah menonjolkan lagi aura mewah rumah ini. Pada bahagian menonton televisyen dan dining area juga ada dipasang pembahagi ruang yang tampak ringkas tapi tetap menarik. Agar ruang tamu memanjang kelihatan luas, pemilik meletakkan tiang sebagai pembahagi di antara ruang makan dan juga ruang menonton tv. Ilusi ini berjaya membuatkan kediaman pemilik kelihatan luas dan lapang.
Mari IMPIANA bawakan pembaca lihat transformasi kediaman Puan Hasfarina sebagai inspirasi. Selamat menghias!
SEBELUM
SELEPAS
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Merealisasikan keinginan pemilik mengikut kesesuaian gaya hidup dianggap satu cabaran yan perlu digalas sempurna oleh pereka hiasan dalaman. Ketelusan dan ketelitian merias wajah kediaman yang diamanahkan semestinya antara perkara utama yang perlu dititikberatkan untuk mendapatkan hasil yang benar-benar memuaskan.
Itulah yang perlu pereka dalaman Shahreen Ghazali kendalikan apabila diminta menggarap sempurna kediaman jenis kondomininum milik Emasria Ismail ini. Dengan keluasan 952 kaki persegi, rumah ini ternyata mempunyai penataan seni hias yang menarik. Ringkas namum tetap eksklusif dengan konsep moden industri yang telah dipersetujui oleh tuan rumah dan juga pereka. Apa yang telah dilakukan oleh Shahreen ialah menampilkan konsep industri dengan beberapa elemen feminin yang sedikit sebanyak menggambarkan personaliti tuan rumah.
Menurut Emasria, kos keseluruhan renovasi kediaman yang dilengkapi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air serta dapur dan ruang tamu ini telah menelan belanja RM100k. Pemilik merasakan ia satu pelaburan yang berbaloi kerana tatkala berada didalam rumah ini terasa seperti sedang duduk berehat di kafe indah yang selesa.
Rona kelabu yang memenuhi segenap ruang kediaman ini telah di neutral kan dengan perabot serta aksesori yang diatur dengan pantulan cahaya lampu tepat, menyerlahkan lagi segenap sudut untuk tampil elegan. Selain itu, pembahagian antara satu ruang dengan ruang yang lain juga dilihat amat penting agar kediaman kelihatan lebih teratur tetapi tidak terlalu rigid. Pemilik memilih untuk menggunakan panel besi pada ruang makan untuk memisahkannya daripada dapur. Binaan dinding dengan kemasan cladding bertekstur batu bata merah dijadikan sebagai feature wall sudut ruang makan yang boleh memuatkan 4 hingga 6 orang tetamu. Segenap ruang yang ada telah dihias dengan rapi dan teliti mengikut konsep yang ditetapkan.
Jom IMPIANA bawakan pembaca cuci mata melihat kediaman indah persis kafe hipster ini. Semoga menjadi inspirasi dan ingat, jangan takut untuk mencuba!
" Kalau ko ada bajet kan, ko nak deko rumah macam mana?""Hmmm, aku nak rumah konsep macam kafe, hipster & nampak industrial"Bermula dari minat, ke mimpi kini jadi kenyataan….
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.