Bagi yang mendiami pangsapuri, sudah pasti, ruang anjung atau balkoni menajdi tempat untuk sidai baju. Tapi, memang tak cantik pemandangan kalau ada ampaian berjuntai-juntai di balkoni. Tambahan, pemandangan cantik tidak dapat dinikmati walaupun jemuran sudah diangkat. Nordin Nj ada idea lebih bernas. Sediakan ampaian mudah alih dari rod langsir dengan modal hanya RM 25.00
lepas habis sidai baju boleh simpan balik. Barang semua ikea
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Barang Dalam Rumah Penyumbang Penyakit Barah
Kanser adalah pembunuh no. satu di seluruh dunia. Untuk atasi nya sudah pasti gaya hidup sihat seperti penjagaan pemakanan amat di titik beratkan. Tapi pernah dengar tak orang yang telah berusaha dan hidup dalam gaya hidup sihat tetap menghadi barah?
Menurut Persatuan Kanser Amerika, kanser adalah disebabkan oleh perubahan dalam sel DNA. Perubahan ini boleh diwarisi, atau boleh disebabkan oleh faktor-faktor alam sekitar. Karsinogen tidak selalu menyebabkan kanser. Ia bergantung kepada berapa banyak seseorang itu terdedah kepada karsinogen dan juga genetik orang itu.
KENAPA PERKARA INI BERLAKU?
Sebenar secara tidak sedar ada objek isi rumah yang boleh menyumbang kepada pengaktifan sel kanser. Dan barang-barang atau objek tersebut anda gunakan setiap hari. Antaranya ialah:
Penyegar Udara
Kebanyakan penyegar udara – walaupun yang bertanda “semulajadi” atau unscented “mengandungi sebatian toksik berbahaya yang diketahui menyebabkan kanser. Satu kajian dari University of Colorado mendapati bahawa beberapa bahan kimia yang terdapat dalam kebanyakan penyegar udara mencetuskan pertumbuhan tumor.
Produk Pembersihan
Berhati-hati dengan bahan kimia alkylphenols, triclosan dan tetrachlorethylene. Menurut Tabung Kanser Payudara, ini adalah bahan kimia yang biasa terdapat dalam produk pembersihan yang telah didapati mengandungi karsinogenik.
Peralatan seni
Superglue, cat akrilik, pelarut, dan permanent marker biasanya mengandungi bahan kimia karsinogenik. Kalau anda kerap terdedah atau ada contact dengan bahan seni ini, mungkin risikonya tinggi. Elakkan menggunakan bahan seni yang mempunyai bahan kimia berbahaya dengan menggunakan alatan seni yang berasaskan air.
Lilin pewangi
Kebanyakan lilin wangi mempunyai sifat karsinogenik yang sama dengan penyegar udara. Sebagai alternatif, anda boleh memilih untuk menggunakan lilin lebah yang menggunakan sumbu kapas.
Bekas plastik
Plastik mengandungi bahan kimia yang dipercayai mengandungi endokrin yang boleh membawa kepada tumor kanser. Bekas plastik mengandungi ikatan BPA yang tidak stabil dapat menyebabkan sejumlah kecil zat kimia ini terlepas ke dalam makanan terutamanya ketika ia dalam keadaan panas atau di panaskan. Oleh itu, Walaupun ada bekas makanan yang di katakan sesuai untuk kegunaan gelombang mikro, sebenarnya tidak. Jadi anda perlu lebih hati-hati.
Menurut Universiti Harvard, anda boleh memindahkan makanan ke dalam gelas atau bekas seramik sebelum menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk mengelakkan plastik daripada mencemarkan makanan anda. Oleh itu, Anda digalakkan menggunakan bekas plastik tanpa bisphenol-A atau BPA.
Sumber: Asian Parent
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Menjadi Tanam Pokok Bendi Dalam Pasu
Bendi atau juga dikenali dengan nama lady finger dan okra dalam bahasa inggrisnya antara tanaman jenis sayuran yang amat digemari pelbagai bangsa di Malaysia. Antara menu yang paling enak dihidang bersama bendi adalah seperti kari, asam pedas dan sebagainya.
Tanaman sayuran yang berasal dari keluarga hibiscus ini mempunyai kandungan kalori yang rendah iaitu antara 25 hingga 40 kcal bagi setiap 100g. Disamping itu juga, ia diperkaya dengan vitamin A, C, kalsium dan pelbagai mineral lain.
Kebiasaanya, pokok bendi mampu mencapai ketinggian lebih 1.5 meter dan mempunyai jangka hayat yang agak lama. Sebab itu,kebiasaan nya pokok bendi ditanam terus di atas batas.
Sebenarnya, pokok bendi juga sesuai ditanam di dalam bekas atau pasu. Hanya ada beberapa perkara yang perlu anda teliti untuk memastikan tanaman ini mendapat keperluan optimum untuk tumbesara sihat. Antaranya adalah:
1. Pasu
Pokok bendi memerlukan saiz pasu yang dalam untuk menampung akar tunjangnya. Ideal saiz pasu yang diperlukan adalah antara 3-5 gelon bagi setiap batang pokok. Namun jika anda mempunyai saiz yang lebih besar, ia mampu memuatkan 2-3 batang pokok bendi dalam satu bekas. Pemilihan material tidak menjadi masalah. Sama ada plastik, tanah liat, fiber dan sebagainya sesuai untuk dijadikan sebagai bekas tanaman.
Namun, anda perlu pastikan pasu atau bekas yang digunakan mempunyai lubang saliran untuk air keluar. Batang bendi jenis tidak tahan air bertakung, ia akan mudah dijangkiti kulat.
2. Medium tanah
Seperti tanaman sayuran yang lain, pokok bendi memerlukan medium tanaman yang seimbang. Medium tanaman yang telah siap dijual di pasaran amat sesuai digunakan. Yang menjadi kepentingan dalam penyediaan medium tanaman pokok bendi ini ia harus mempunyai sistem saliran dan pengudaraan yang baik.
Untuk memastikan keperluan nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran pokok bendi mencukupi, medium tanaman seimbang yang telah siap dicampur tadi boleh diadun bersama sedikit bahan organik atau kompos.
3. Semai biji benih
Di pasaran terdapat pelbagai jenis benih bendi. Terbaru, jenis bendi renek. Sebaiknya, anda perlu pilih jenis bendi renek kerana ia lebih mudah diuruskan dan hasilnya cepat. Terdapat juga bendi berwarna ungu. Untuk jenis bendi biasa, ketinggian matangnya boleh mencapai 5 kaki.
Disebabkan pokok bendi mempunyai sistem akar tunjang, ia perlu di semai terus didalam pasu bagi mengelak masalah kerosakkan akar apabila pemindahan tanaman dilakukan. Sediakan lubang semaian antara 1/2 hingga 1 inci dalam di tengah-tengah pasu dan tanam 2-3 biji benih bagi setiap lubang. Tutup penuh lebung tersebut dan siram biji benih dengan air menggunakan penyembur. Letakkan pasu yang berisi benih tadi di kawasan yang mempunyai cahaya matahari terus dan pastikan medium tanamannya sentiasa lembap. Dalam tempuh 5 hingga 10 hari, biji benih yang disemai tadi akan mula bercambah
4. Lokasi
Pastikan pokok bendi menerima cahaya matahari terus sekurang-kurangnya 5 hingga 6 jam sehari. Sebaiknya, pastikan lokasi dipilih untuk meletakkan pasu yang telah ditanam pokok bendi tadi menghadap cahaya matahari di waktu pagi. Ini kerana, waktu pagi tanaman mula aktif menjalankan proses fotosintesis dan cahaya matahari amat diperlukan untuk proses ini
5. Siraman
Pokok bendi memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap. Oleh itu, pastikan siraman dilakukan paling tidak sehari sekali. Sebaiknya, siraman dilakukan di awal pagi. Ia bertujuan memberi sumber bekalan air yang diperlukan oleh pokok bendi untuk melakukan proses fotosintesis
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Gabungan Ubat Batuk Dan Susu Boleh Jadi Racun? Sejauh Mana Kebenarannya?
Pasti sudah ramai yang perdah mendengan tentang bahayanya campuran ubat batuk dengan susu lebih-lebih lagi apabila terdapat kes kanak-kanak yang telah menjadi ‘mangsa’ dua cecair tersebut. Tapi adakah fakta in be narataupun hanya mitos semata-mata?
Mari ikuti perkongsian dari Pusat Racun Negara dengan lebih terperinci.
UBAT BATUK CAMPUR SUSU MENJADI RACUN?
Sebenarnya tiada kajian yang menunjukkan campuran ubat batuk ke dalam susu boleh bertukar menjadi racun. Kita juga tidak tahu sama ada kes yang tular ini benar atau tidak. Jika ia adalah benar, tidak dinyatakan umur kanak-kanak yang terlibat dan dos ubat batuk atau ubat selsema yang dicampurkan ke dalam susu tersebut.
Terdapat banyak jenis ubat batuk atau ubat selsema yang berada di pasaran, sama ada didapati di klinik-klinik atau di kedai farmasi. Tetapi jenis ubat batuk atau ubat selsema yang paling biasa adalah daripada kumpulan ubat yang dipanggil ‘antihistamines’. Ubat jenis antihistamine tidak dibenarkan diberi kepada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun di Malaysia, sesetengah negara lain pula menyekat pemberian ubat ini kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun, ada juga di bawah umur 6 tahun (USFDA).
Kenapa?
Ubat antihistamine telah dilaporkan boleh menyebabkan kesan TEKANAN PERNAFASAN (respiratory depression) jika diberi kepada kanak-kanak dan boleh membawa maut. Maka dalam kes yang tular ini, tidak kira sama ada dicampurkan ke dalam susu atau minuman apa sekali pun, ubat batuk atau ubat selsema tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah 2 tahun atau diberikan dengan dos yang berlebihan kepada kanak-kanak lebih 2 tahun.
Benarkah susu meneutralkan ubat?
Jika ingin dibincangkan mengenai interaksi antara ubat dan makanan mungkin konteksnya terlalu luas. Bertumpu kepada susu, memang ada sesetengah ubat dan antibiotik menjadi kurang berkesan jika diberikan bersama-sama susu, contohnya antibiotik ciprofloxacin, doxycyline dan tetracycline kerana kandungan kalsium di dalam susu. Adalah TIDAK BENAR beranggapan SUSU MENEUTRALKAN SEMUA JENIS UBAT.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI