
Sekrang ni, IMPIANA lihat ramai yang suka akan konsep ruang simpanan terbuka di dapur. Jika dibandingkan dengan kabinet dapur, ruang simpanan terbuka lebih bersih kerana ia mengurangkan risiko pembiakkan bakteria dan serangga perosak seperti lipas.
Namun, ramai fikir ruang simpaann terbuka ini memerlukan modal yang tinggi. Apa kata kita cuba tiru konsep puan nani idayu ni. Hanya dengan bermodalkan RM 221, sebuah rak simpanan terbuka di dapur berjaya disiapkan
Berikut, barang dan bahan yang diperlukan:
1. Rak kayu 2 tingkat -6 pcs
2. Bracket rak kayu -8 pcs
3. Rak besi berjalur saiz kecil – 1
4. Rak besi berjalur saizpanjang -1 pc
5. Rak pinggan pasah – 1 pc
6. Penyagkut besi ‘s’
7. Balang kaca untuk penyimpanan Makanan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sebelum Rumah Anda Roboh. Ini Tanda-Tanda Awal Rumah Anda Diserang Anai-Anai.

Tanda-tanda Awal Rumah Anda Diserang Anai-anai
Oleh itu, amat penting untuk anda tahu serba sedikit bagaimana nak kesan kehadiran anai-anai di dalam atau luar serta sekitar rumah anda. Dengan sedikit pengetahuan berkenaan teknik mengesan kewujudan anai-anai ini, anda dapat bertindak lebih awal sebelum lebih banyak kerosakan dilakukan oleh anai-anai.
Berikut adalah tanda-tanda yang dapat menunjukkan bahawa ada kehadiran anai-anai di rumah anda:
- Kayu atau dinding terlopong kosong. Ini satu lagi kesan ketara berlaku pada kayu yang telah dirosakkan oleh anai-anai. Bila diketuk akan keluar bunyi menunjukkan bahawa ada ruang kosng di dalam katu tersebut. Biasanya anai-anai akan makan kayu bahagian dalam dan meninggalkan lapisan nipis sahaja pada bahagian luaran kayu.
- Kehadiran tanah lembab. Anai-anai tidak tahan dengan kekeringan dan cahaya. Oleh itu biasanya mereka akan membina lorong kecil yang diperbuat daripada tanah yang lembab. Pilihan utama anai-anai adalah membina lorong di dalam dinding kayu atau batu. Jika tidak ada pilihan, mereka akan keluar dan membina lorong diluar dengan binaan lorong tanah lembab tersebut.
- Kehadiran kelkatu. Samada anda melihat adanya kelkatu ataupun anda terjumpa sayap-sayap yang ditinggalkan oleh kelkatu, itu merupakan tanda bahawa ada aktiviti anai-anai di sekitar kawasan rumah anda. Jika anda rajin, elok cari dari mana datangnya kelkatu tersebut. Kelkatu biasanya keluar daripada koloni anai-anai yang telah melebihi had jumlah populasinya.
- Kayu berubah warna. Jika anda lihat kayu pada dinding atau bumbing atau siling rumah telah berubah warnanya, ia berkemungkinan telah dimakan oleh anai-anai. Ianya lebih ketara jika kayu tersebut telah disapu dengan varnish.
- Terjumpa anai-anai hidup. Sudah tentu jika anda berjumpa anai-anai hidup, menunjukkan rumah anda sedang diserang oleh anai-anai. Tetapi jika tiada anai-anai hidup ditemui, ia belum tentu bermakna tiada anai-anai di dalam rumah atau primis anda. Anai-anai yang ditemui biasanya bila anda buka tempat sembunyi atau lorong tanah yang dilaluinya. Biasanya anda akan jumpa samada askar atau pekerja.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Lelaki Ini Bina Pawagam Dalam Rumah, Anda Pun Boleh!

Pasti ramai antara kita yang suka menonton wayang sebagai aktiviti hujung minggu bersama keluarga dan rakan. Era endemic ini kita kena bijak untuk menjaga diri dan ahli keluarga sendiri.
Kita juga disarankan untuk duduk saja dirumah dan elakkan keluar jika tiada keperluan. Jadi, bagi mengisi masa terluang ni, apa kata kita deko sendiri ruang dirumah menjadi ala-ala panggung wayang. Tak perlu keluar rumah pun boleh berseronok!
Transformasi ini disongsi Roberto Gutyery di laman Facebook nya. Jom kita tengok.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
{VIDEO} Cara Nak Jual Rumah Cepat? Saat Anda Terdesak!

Masalah atau isu hartanah kini telah menjadi satu topik Nasional. Acap kali kita mendengar masa kini banyak rumah tidak dapat dijual kerana kini bukan mudah untuk mendapatkan pinjaman bank atau loan perumahan. Ini mungkin salah satu penyebab, tetapi sebenarnya mungkin ramai diluar sana sudah mempunyai aset sendiri, tetapi tidak boleh mengembangkan aset tersebut. Mungkin ramai diluar sana yang mempunyai masalah yang begini? Apa sebenarnya punca ini berlaku yang menyebabkan anda diluar sana menjadi terdesak dengan situasi begini.
Memiliki hartanah sendiri adalah satu perkara wajib yang perlu diambil kira dalam perancangan kehidupan. Tetapi ramai pula anak muda masa kini yang suka menyewa dari memiliki. Ini juga satu masalah yang dihadapi. Kali ini IMPIANA tidak mengupas isu rumah sewa atau sendiri, tetapi IMPIANA ingin berkongsi cerita atau topik lambakan hartanah atau rumah yang tidak terjual.
Baru-baru ini ada kajian yang mengatakan terdapat 20 billion rumah tidak terjual pada masa kini, tetapi yang paling tidak disangka rumah yang berharga bawah RM 400,000 yang paling banyak tidak terjual. Di manakah silapnya, adakah rakyat Malaysia tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri atau sebaliknya. Di sini IMPIANA menjemput Pejuang hartanah yang tidak asing lagi iaitu Ahyat Ishak dan Pemilik Hiasan Dalaman, Mamy Home untuk mengupas dan membantu pemilik kediaman yang berhasrat untuk menjual rumah mereka tetapi tidak ada jalan pada masa kini.
Kupasan yang cukup mantap dan jelas mengenai hartanah ini pastinya dapat membantu ramai pemilik diluar sana dalam menangani masalah hartanah ini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI