
Bila bayi anda mula merangkak atau berjalan, sudah pasti ini lah saat yang paling sukar untuk dikawal. Paling yang anda khuatir adalah isu keselamatan. Paham-paham je lah, habis semua hendak dicapai. Selagai nampak benda yang menarik, mesti nak sumbat dalam mulut.
Sebab itu, ada antara ibu bapa akan sediakan satu ruang atau bilik khas untuk letak anak mereka bermain dan terhindar dari sebarang ancaman bahaya. Kalau sebelum ni, Impiana ada tunjuk seorang bapa bina pagar untuk elak anak nya bermain di tangga dengan menggunakan kayu pallet [klik sini untuk artikel lanjut] kali ni,kita tengok pula cara Mohd Herman buat kid playpen dari batang paip PVC hanya dengan modal RM 148.00 untuk saiz 5 kaki x 5 kaki.
Bahan-bahan:
6 batang 15 kaki panjang PVC paip 20mm (RM 9 × 6 btg = RM54)
1 batang 10 kaki panjang PVC paip 15mm (RM 0.40/kaki x 10 = RM 4.00)
8 biji Sesiku PVC 20mm (RM 0.60×8 biji = 4.80)
72 biji PVC tee 20mm (RM 0.60×72=RM 43.20)
6 meter Net Hitam RM 6/m x 6 =RM 36
100pcs Cable tile 8 inci (RM 6)
TOTAL= RM 148.00
Rekaan ‘Wabi-Sabi’ Ini Mengekalkan Kelestarian Dalam Sturktur Rekaan Rumah Ini

Tertarik dengan rumah yang terletak di Petaling Jaya ini fasad kediaman ini diberi konsep lestari. Kediaman lama ini yang diubah menjadi tempat uji progresif untuk inovasi reka bentuk, penyelidikan & pengembangan, dan percubaan idea dan prinsip yang terus dikembangkan.
Melihat bahan binaan yang digunakan dalam menghasilkan sebuah rumah berkonsepkan lestari atau sustainable house ini banyak meyerapkan bahan yang kurang karbon dan bahan semula jadi.













Tiada Smart TV Di Rumah? Gunakan Alat Mi TV Stick Ini Pada TV Lama Anda Sebagai Penyelamat!

Tidak dinafikan, harga jualan Smart TV yang ada di pasaran tidak murah malah mahal sehingga ada yang terpaksa berbelanja ribuan ringgit bagi untuk memiliki sebuah Smart TV di rumah.
Maka oleh itu, tidak hairan lah jika ada segelintir yang masih lagi menggunakan jenis TV yang biasa tanpa dengan teknologi terkini di rumah.
Namun begitu, TV jenis lama ini masih berada dalam keadaan elok dan berfungsi dengan baik cuma ianya tidak mempunyai teknologi yang terkini.
Jadi, apa kata sebagai penyelamat kepada TV lama yang ada di rumah anda supaya ia masih lagi boleh diguna pakai dengan teknologi yang terkini anda pasangkan alat Mi TV Stick ini pada TV anda.
Dengan menggunakan barangan elektronik ini, TV lama anda akan dilengkapi dengan fungsi dan teknologi yang terkini sama seperti Smart TV.
Kelebihan alat Mi TV Stick ini, ia membolehkan TV lama anda dilengkapi dengan fungsi teknologi seperti aplikasi Netflix, YouTube, paparan resolusi HD penuh (1080) dan banyak lagi. Menarik bukan?
Malah, harga jualan barangan elektronik ini di pasaran tidak begitu mahal dan sangat berpatutan. Anda boleh memilikinya dengan harga serendah RM155 sahaja. Jadi ianya satu pembelian yang sangat-sangat berbaloi untuk anda!
Sekiranya anda mahu mendapatkan alat Mi TV Stick yang sama seperti pada gambar tertera anda boleh membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk membuat pembelian.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Dekorasi Hiasan Dalaman Bertemakan Gaya Ala-Ala New York City, Tampak Lebih Bergaya & Moden Urban
Ini Yang ANda Perlukan Untuk Elak Air Mesin Basuh Melimapah DI Lantai

Siapa ada masalah air mesin basuh melimpah? Saliran keluar air basuhan baju dari mesin kebiasaanya akan dialirkan pada lantai begitu sahaja. Namun, ia mengundang ancaman keselamatan kerana lantai akan licin. Ada juga yang akan salirkan terus ke dalam saluran sedia ada di lantai. Namun menjadi masalah apabila hos yang di letakkan pada saliran lantai akan mengganggu aliran air lantai lain terutamanya jika mesin basuh tersebut terletak di dalam bilik air. Ada juga hos terbabit mungkin mudah tertanggal atau tercabut secara tiba-tiba.
baca juga : Lakukan 4 Perkara Ni Untuk Kalau Nak Mesin Basuh Tak cepat Rosak Dan Tahan Lama
Ni Impiana nak kongsikan cara paling mudah dan jimat untuk atasi masalah air mesin basuh melimpah. Penutup saliran lantai atau floor trap ni dieka khas untuk atasi masalah anda. Boleh beli secara online di shopee. Gunakan link yang disediakan ni https://invol.co/cl75hmg
Mesin basuh air perlahan? Masalah ini kebiasaanya berlaku pada mesin basuh yang dah berusia. Tapi tak mustahil juga bagi yang baru. Walaupun dah bukak tap air maksimum, air yang masuk ke dalam mesin basuh masih perlahan. Kalau dah perlahan, lambat penuh dan lambat lah selesai mencuci. Apa yang perlu anda lakukan?
Wireputus.blogspot.com berkongsi cara-cara mudah dan jimat untuk anda lakukan sendiri. Tak susah pun.
1. Tutup saliran air ke mesin basuh dan bekalan elektrik.
2. Cabutkan hos saliran air pada mesin basuh
3. Cabutkan penapis air pada soket hos. Untuk lebih mudah, gunakan playar tirus. jangan cungkil nanti koyak
4. Kebiasaanya, air tak boleh masuk di sebabkan penapis soket ni dah tersumbat dengan kotoran. Bersihkan dan pasangkan semula. Jika penapis bersih, tapi air masih perahan masuk ke mesin. Boleh ke langkah seterusnya.
5. Buka skru penutup panel bahagian inlet mesin basuh
6. Cabutkan soket elektrik pada water valve. Lain mesin basuh, mungkin lain bentuk valvenya terutama jenis front load. Untuk mesin basuh LG dan Toshiba, bentuk valve sama macam ni.
7. Ini lah bentuk water valve mesin basuh. Komponen ini tidak di skru atau lekat pada badan mesin. Jadi boleh tarik keluar terus
8. Buka skru yang menyambungkan valve dan kotak ai
9. Bawa valve yang telah dibuaka tadi ke kedai alatan ganti . harga lebihkurang RM 30 atau boleh beli online lebih murah (klik sini untuk beli valve RM 19.00)
10. Pasang kan semula semua bahagian seperti asal. SIAP!
Kalau nak upah orang untuk buat, harganya dekat RM 200 ni