Mesin Basuh Letak Dalam Bilik Air. Mesin basuh antara barang elektronik yang sangat membantu memudahkan dan mempercepatkan kerja mencuci pakaian. Kalau tak, memang baju yang dicuci pagi, sampi ke petang belum tentu lagi kering.
Disebabkan masin basuh mencuci melibatkan air, ramai yang memilih untuk meletakkan ia di dalam bilik air. Tapi, adakah sesuai mesin basuh diletakkan di dalam bilik air?
Pendedahan kompas.com, memaparkan hakikat mesin basuh sebenarnya tidak boleh bahkan dilarang diletakkan di dalam bilik air. Mesin basuh yang diletakkan di dalam bilik air lebih cepat dan mudah rosak walaupun saiz bilik airnya besar dan jauh dari percikkan air ketika mandi.
1. MUDAH BERLAKU RENJATAN
Tidak semua bahagian mesin basuh direka kalis air. Oleh sebab itu, apabila mesin mudah dan kerap terdedah kepada air, ia akan menyebabkan badan atau body mesin basuh mudah terhasil renjatan. Sebab itu, sesetengah mesin basuh kita rasa ada sedikit renjatan apabila memegang bahagian tertentu
Akabat terdedah kapada kondisi yang lembap sepanjang masa di dalam bilik air, ia akan menggalakkan pertumbuhan kulat dan bahagian badan mesin basuh cepat berkarat
Ads
Ni Impiana nak kongsikan cara paling mudah dan jimat untuk atasi masalah air mesin basuh melimpah. Penutup saliran lantai atau floor trap ni dieka khas untuk atasi masalah anda. Boleh beli secara online di shopee. Gunakan link yang disediakan ni https://invol.co/cl75hmg
Ads
3. DINAMO MESIN CUCI MUDAH BERKARAT DAN ROSAK
Dinamo mesin basuh terletak di bahagian bawah. Jika ia mudah terkena air, akan menyababkan berkarat dan akhirnya terbakar. Hal ini boleh mengakibatkan mesin basuh anda terhenti secara tiba-tiba
TEMPAT YANG DISARAN UNTUK MELETAKKAN MESIN BASUH
Mesin basuh sebaiknya diletakkan ditempat yang rata, kering dan tidak terkena cahaya matahari. Lokasi anda meletakkan mesin basuh memberi kesan terkhadap daya tahannya sama ada dari segi komponen mahupun strukturnya.
Jadi, sebaiknya elak letak mesin basuh di dalam bilik air.Mesin Basuh Letak Dalam Bilik Air
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kumpulan LBS Bina Berhad (“LBS atau “Syarikat”) menjangkakan pencapaian yang lebih baik di tahun 2022. Pada tahun 2021, LBS telah melepasi sasaran jualan RM1.2 bilion dengan jumlah jualan yang diraih pada penghujung tahun sebanyak RM 1.575 juta.
Pada taklimat media tahunan LBS yang diadakan hari ini, Syarikat mengumumkan rancangannya untuk melancarkan 14 projek baharu pada 2022 – yang bakal meliputi kawasan Lembah Klang, Johor, Pahang dan Perak – berjumlah 3,733 unit dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM1.77 bilion.
Secara keseluruhan bagi Lembah Klang, yang menyumbang jualan tertinggi 2021, LBS berhasrat melancarkan 2,604 unit hartanah dengan jumlah GDV RM1.11 bilion. Khusus bagi perbandaran KITA @ Cybersouth, LBS akan melancarkan 2,128 unit hartanah dengan nilai GDV sebanyak RM853 juta dengan menyasar untuk membangunkan pangsapuri servis KITA Sejati, rumah teres satu dan dua tingkat di KITA Bestari serta rumah bandar dua tingkat pada tahun 2022. LBS turut merancang untuk melancarkan fasa baharu pangsapuri servis Melodi Perdana di perbandaran LBS Alam Perdana yang terdiri daripada 321 unit hartanah dengan jumlah GDV sebanyak RM120 juta serta sejumlah 155 unit Astella di D’Island Residence dengan jumlah GDV RM132 juta.
Bagi kawasan lain, projek baharu termasuk pangsapuri Bayu Hills di Genting Highlands (642 unit dengan jumlah GDV RM492 juta); rumah kluster satu tingkat di Taman Kinding Flora dan rumah teres di Chemor, Perak (248 unit dengan jumlah GDV RM 64 juta), rumah teres satu tingkat Emerald Garden 3, rumah Semi-D dua tingkat Royal Garden dan rumah teres dua tingkat di Laman Bayu 4, Bandar Putera Indah, Johor. (239 unit dengan jumlah GDV RM108 juta)
Sebagai perbandingan, pada 2021 LBS telah melancarkan sejumlah 3,344 unit hartanah bernilai RM1.6 bilion. Pelancaran ini merentasi pembangunan di Lembah Klang merangkumi KITA @ Cybersouth, LBS Alam Perdana, Bukit Jalil dan Prestige Residence di Seri Kembangan. Pelancaran lain termasuk rumah teres di perbandaran Bandar Putera Indah di Batu Pahat dan fasa baharu di Taman Kinding Flora, Chemor.
LBS turut menyokong penuh inisiatif Kerajaan Selangor bagi segmen pembangunan rumah mampu milik untuk rakyat. Ini dibuktikan menerusi usaha sama LBS dengan Kerajaan Negeri Selangor di dalam membangunkan projek MBI Rumah Selangorku Idaman dengan pembinaan 7,210 rumah mampu milik di 6 lokasi, dengan jumlah GDV sebanyak RM2.01 bilion. Pada 2022, LBS turut menyasar untuk melancarkan 4 buah projek Rumah Selangorku Idaman MBI iaitu Idaman BSP (Bandar Saujana Putra), Idaman Cahaya (Shah Alam), Idaman Sari (Puchong) dan Idaman Melur (Cybersouth). Manakala, pembinaan bagi Idaman KITA (Cybersouth) dan Idaman Perdana (Bandar Puncak Alam) dijadual untuk dilancarkan pada 2023.
Ketika ini, LBS mempunyai 18 buah projek pembangunan yang sedang berjalan dengan anggaran GDV sebanyak RM5.3 bilion.Sehingga 31 Disember 2021, simpanan tanah masa depan LBS dianggarkan berjumlah 2,744 ekar, dengan unjuran bagi memastikan Syarikat kekal relevan untuk tempoh 10 hingga 15 tahun. Di samping itu, mereka juga mempunyai jualan belum dibil kira-kira RM 2.304 bilion, dijangka memberikan impak pendapatan yang jelas untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan datang. Di sebalik cabaran pandemik 2021, LBS berjaya memperoleh jualan hartanah yang kukuh dengan bantuan inisiatif pemasaran digital, penggunaan sistem pratuang IBS, dan pembangunan Laman Hartanah Maya serta pelancaran beberapa kempen digital seperti Ox-picious 8, Raikan Rezeki Bersama LBS, Vacci-Nation Bonanza dan Cabutan Bertuah Fabulous 20-21.
Usai taklimat media, Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, “LBS mencatatkan prestasi yang memberangsangkan pada 2021 walaupun ianya merupakan tahun yang sukar bagi kebanyakan perniagaan. Bukan sahaja kami telah melepasi sasaran jualan hartanah 2021 sebanyak 31%, kami juga berjaya menyerahkan milikan kosong sebanyak 2,570 unit dengan nilai RM1.3 bilion. Ianya amat bermakna apabila kami berupaya menyediakan rumah mampu milik kepada masyarakat dan melihat wajah-wajah gembira apabila menerima kunci rumah baharu mereka.
Melangkah ke hadapan, pemaju ini kekal mengadaptasi norma baharu di samping menerapkan pendigitalan dalam perniagaan serta bekerja keras untuk mencapai matlamat kami. Bagi memulakan tahun ini, LBS telah melancarkan kempen ‘Bring Happiness Home’, yang bakal memberi ganjaran Angpau Tahun Baru Cina sebanyak RM438,888 kepada pembeli rumah dari 1 Januari 2022 hingga 28 Februari 2022. Di bawah kempen ini, kami turut menawarkan pakej perabot, yuran tempahan yang rendah, ganjaran kesetiaan, skim pembayaran flexi dan yuran keluar sifar. Di samping itu, kami akan mengenepikan yuran guaman dan duti setem ke atas perjanjian pinjaman bagi semua pembeli rumah apabila mereka membeli hartanah kediaman terpilih. Sebagai Pemaju Rakyat, kami terus komited untuk menyokong inisiatif perumahan kerajaan dan berharap para pembeli rumah terdorong untuk memiliki rumah seiring dengan usaha kami.
Sementara itu, peningkatan nilai pemegang kepentingan tetap menjadi keutamaan dan kami akan terus mengekalkan dasar dividen dengan kadar pembayaran sekurang-kurangnya 30% daripada keuntungan selepas cukai. Kami optimis dan berharap agar pemegang saham akan teguh bersama kami.
Untuk maklumat lanjut mengenai projek-projek LBS, layari https://lbs.com.my/ .
Hasil seni kreatif anak muda ini memang tidak dapat disangkal. Juara Pereka Muda Milik Pelajar UIAM & City University Of Malaysia (AYDA). IMPIANA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada kedua pelajar yang mempunyai bakat menzahirkan sebuah rekaan terbaik.
Muhammad Afzal Hasmi dari kategori Seni Bina dan Amirah Afiqah Abdullah dari kategori Reka Bentuk Dalaman, diumumkan sebagai pemenang emas Anugerah Pereka Muda Asia 2021 (AYDA) ke-14 untuk kedua-dua kategori berkenaan.
Pengumuman itu dibuat pada majlis kemuncak anugerah yang disiarkan secara maya baru-baru ini.
Anugerah AYDA 2021 dianjurkan oleh Nippon Paint Malaysia bersama rakan kerjasama syarikat IJM Land Berhad. Sebanyak 1,276 penyertaan diterima dari kedua-dua kategori Seni Bina dan Reka Bentuk Dalaman pada tahun ini.
AYDA 2021 bertemakan ‘FORWARD: Amplifying Empathy Through Design’ dan mencabar generasi pereka muda untuk melangkaui batasan reka bentuk di luar ruang satu dimensi.
Ia juga menilai permintaan pelanggan yang kian berubah menurut zaman di samping mengambil kira kemampanan dan penjagaan alam sekitar.
Pengarah Urusan Kumpulan Nippon Paint Malaysia, Yaw Seng Heng, berkata reka bentuk pada masa kini perlu menerokai pemahaman emosi pada tahap yang kian meningkat.
“Pereka seni bina dan reka bentuk dalaman bukan sahaja perlu meningkatkan nilai komersial rekaan mereka tetapi juga memelihara alam semula jadi dan memahami emosi manusia.
“Pemenang kami berjaya menyampaikan objektif tema di dalam rekaan mereka dengan penyelesaian reka bentuk yang berkesedaran dan merangkumi kemampanan serta mangambil kira faktor sosial dan emosi,” katanya.
Muhammad Afzal dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dianugerahkan pemenang emas bagi kategori Seni Bina dengan projeknya yang bertajuk `Pusat Komuniti Sejahtera’.
Rekaan seni binanya mempunyai kemudahan yang inovatif dan bertujuan memperkasakan keusahawanan tempatan agar rezeki mata pencarian dan keperluan sosial rakyat dapat dikekalkan pada `norma baharu’ demi mencapai komuniti sosio ekonomi yang harmoni dan berdaya tahan.
Manakala Amirah Afiqah dari City University Malaysia muncul sebagai pemenang emas untuk kategori Reka Bentuk Dalaman dengan projeknya yang bertajuk ‘Bakau’.
Rekaan ini berikhtiar membangunkan hab pertanian dengan pelbagai aktiviti harian seperti komersial, sosial, pendidikan dan pusat pemeliharaan agar manusia dapat hidup di alam sekitar ekosistem kehutanan paya bakau yang mampan.
Kedua-dua pemenang membawa hasil rekaan mereka dan mewakili Malaysia ke pusingan akhir di peringkat antarabangsa di mana mereka akan bersaing dengan barisan pemenang emas dari 16 negara yang lain.
Pemenang hadiah utama untuk kedua-dua kategori tersebut berpeluang menghadiri program Design Discovery selama enam minggu yang dibiayai penuh pada tahun 2022 di Universiti Harvard Graduate School of Design di Boston, Amerika Syarikat dan bernilai ASD10,000.
Pengarah Urusan IJM Land Berhad, Dato’ Edward Chong, pula berkata reka bentuk pemenang anugerah adalah penuh dengan pembaharuan.
“Kami percaya usaha kerjasama syarikat kami dengan AYDA dapat terus menggalakkan pelajar Seni Bina dan Reka Bentuk Dalaman untuk cemerlang dan memperkasakan kebolehan mereka sebagai pemangkin yang boleh mempengaruhi persekitaran masa hadapan.
“Sudah lapan tahun kami bekerjasam dengan AYDA. Ia adalah satu perjalanan yang sungguh hebat dan kami berharap dapat terus menjalinkan kerjasama ini bersama AYDA,” katanya.
Ini adalah tahun kedua pertandingan AYDA dikendalikan secara maya oleh kerana COVID-19.
Bagi menambahkan pengalaman yang unik kepada para peserta AYDA, Nippon Paint Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menyediakan beberapa sesi interaksi dan bimbingan secara digital dan maya demi memastikan peserta dapat berinteraksi dengan mentor dan jurulatih industri.
10 Petua Dapur Segar Hanya Dengan kelebihan Lemon. Penggunaan bahan kimia secara berlebihan mungkin akan memberi kesan kepada kesihatan isi rumah, jadi untuk mendapatkan kediaman yang suci bersih tanpa membahayakan kesihatan, mari kita cuba gunakan bahan semulajadi yang mempunyai pelbagai kelebihan dan kegunaan ini.
Kelebihan buah lemon bukan sahaja mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi malah ia juga boleh digunakan sebagai bahan alternatif untuk pembersihan kediaman.
Seperti yang dikongsi Fyza Shah, ini antara kegunaan lemon untuk dapatkan dapur yang segar lebih lebih lagi ketika di musim perayaan :
10 Teknik Buat Dapur Segar Berkilat Guna Lemon
Semalam Kak Fyza duk belek majalah Impiana keluaran Jun lepas. Baru perasan ada teknik bagus ni. Lagi -lagi kita nak sambut raya korban tak lama lagi. Mesti ruangan dapur berkecah dan kuat bau daging kan.
Kak Fyza percaya pada bahan asas semulajadi semua berguna janji kita tahu dan ada ilmunya. Lepas ni korang beli lemon selain untuk masakan atau buat air detox, sebaiknya tidak terus dibuang lebihan lemon tu. Banyak sangat kegunaan.
Boleh #Share tips dapur berkilat dengan lemon ni, mudah dan yang penting kita tak bazirkan lebihan lemon kita dah guna.
1- Segarkan peti sejuk
Lemon di potong dua, kulitnya kita kikis dan masukkan ke dalam peti sejuk
2- Loyang karat
Gosok lemon pada loyang yang berbau atau untuk hilangkan kesan karat
3- Pisau dan spatula
Cuci dengan lemon, sebab pisau dan spatula rupanya tak sesuai terlalu kerap kita basuh dengan sabun.
4- Jari kuning berkunyit
Yang ni campurkan lemon dengan baking soda, buat macam doh. Uli kat jari tangan sampai kesan kunyit hilang
5- Jendela berdebu
Ambil lemon kemudian campurkan pada baking soda, tambah air secukupnya. Basuh jendela dengan air campuran tadi. Berkilat memancar cermin tu nanti.
6- Kilatkan lantai
Campurkan lemon dan cuka, mop la sampai lantai bersih. Berkilat kilat lantai dapur.
7- Kulit lemon kau jangan buang, letak dalam kabinet, segar je udara dalam kabinet. Tak hapak.
8- Kalau lantai masih hanyir bau ikan daging, lepas kau siap mop, kau perah lemon sebagai penyudah.
9- Lebihan lemon kau ambil dan gosok cuci papan pemotong supaya tak lekat bau ikan daging
10- Kalau cawan kau ada kesan kopi hitam hitam tu, kau gosok je dengan lemon dan bilas. Memang hilang.
Ini rupanya sebab yang Kak Fyza cari sendiri macam mana lemon memudahkan kerja kita kat dapur.
Kelebihan lemon:
1- Mampu menjadi agen pembersih yang sangat bagus dan hebat sama macam cuka
2- Bauan sitrus dari lemon memberi kesegaran dan kesan energetik pada kita
3- Asid didalam lemon bersifat anti bakteria, anti septik dan merupakan pencerah semulajadi .
4- Minyak yang terdapat pada lemon boleh mencuci dengan bersih dan memberi kesan kilatan. (Konsep hanya minyak menarik kotoran berminyak)
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!