
Maman Pantai Boleh Buat Baja Nitrogen Khas Untuk Daun. Orang kata , untuk dapatkan hasil atau buah yang banyak dan berkualiti daun pada pokok perlu sihat. Jadi, untuk memastikan kesihatan daun terjami ia memerlukan baja foliar atau lebih mudah kata baja yang tinggi Nitrogen.
Sekali lagi petani muda berjaya, Nur Amirul Nur Azmi berkongsi respi penghasilan baja organik yang tinggi dengan Nitrogen
Bahan-bahan:
– 1 kg kangkung
– 1 kg Maman Pantai
– 2 kg gula merah
– 2 liter air tanpa klorin
– 1 sudu kecil kapur makan
– 1 butir ragi.
Cara-cara:
1. Kisar semua bahan-bahan yang di senarikan kecuali ragi
2. Masukkan bahan yang telah di kisar halus ke dalam bekas perapan dan taburkan ragi yang telah dihancurkan menjadi serbuk di bahagian atas
3. Tutup mulut bekas perapas dengan kain dan pastikan penutup balang ketat
4. Peram bahan-bahan tadi selam 2 minggu
Cara penggunaan, bancuh 20ml – 50ml untuk satu liter air. Sembur dibahagian daun
Baca: Cara Betul Baja Indoor Plant Kalau Nak Pokok Sentiasa Sihat Dan Cantik
Pokok maman pasir atau mak akak panggil maman pantai ( Cleome gynandra L) ini sering ditemui tumbuh liar dikawasan berpasir dan bertanah liat dikawasan tropika.
Ini Jenis Dan Cara Baja Yang Betul Kalau Nak Cepat Tuai Hasil Tanaman

Untuk dapatkan hasil tanaman yang optimum dan cepat, pembajaan bukan sahaja perlu dilakukan apabila pokok mencecah usia matang. Malah dari peringkat semaian segala nutrisi perlu dibekalkan secukupnya.
Melihat perkongsian di Facebook Liyana Mohd Poad, memang semua tertanya-tanya apa rahsia semaiannya mempunyai saiz lebih besar berbanding usia sebenar dan pokok bendi pun suadh mengeluarkan hasil sebelum usia 1 bulan.
Liyana Mohd Poad berkongsi teknik betul pembajaan dan jenis baja yang diperlukan tanaman mengikut usia
Minggu 1-tinja ayam proses setgh sudu kecil.
Minggu 2-tinja ayam proses stgh sudu kecil.
Minggu 3-tinja kambing proses stgh sudu kecil.
Minggu 4-Baja kopi.
Minggu 5-Baja kopi.
Minggu 6-Baja Ikan.
Minggu 7-Baja Ikan.
Minggu 8- sampai last-baja ikan.
Sebelum tanam anak pokok, gaulkn tanah dgn tinja ayam dulu. Biarkn selama dua hari atau 4/5 hari dahulu spy tanah sebati dgn baja kemudian baru tanam.Tapi yg guna tanah ready made 6+,8+,10+ ,tanah sawit, x perlu tunggu bbrp hari, blh tanam terus, baja letak kemudian.Sebaiknya tanam baja di dlm tanah utk proses penyerapan yg cepat dan tidak diganggu semut atau lalat.
Banyak faedah Berkebun Ikut “Konsep Tanaman Peneman” Yang Anda Tidak Tahu

Companion plant atau tanaman peneman adalah satu konsep di mana beberapa jenis tanaman yang sesuai ditanam secara berdekatan dan setiap satunya memberi kebaikan. Namun ia kurang diamalkan di Malaysia. Mungkin karana kurang nya pendedahan atau pengetahun terhadapat teknik tanaman peneman ini.
Namun tidak semua pokok atau tumbuhan sesuai dijadikan sebagai companion plant. Silap padan, tanaman tadi megancam dan membunuh antara satu sama lain.
Terdapat banyak kebaikkan companion plant ni. Antranya ialah:
1. Membolehkan anda menanam banyak jenis tanaman dalam satu ruang yang kecil dan berlapisan.
Sebagai contoh, ada 3 lapisan tanaman.
Lapisan Pertama (Paling Tinggi): Pokok Cukur Manis dan Mealy Cup Sage (Paling kanan)
Lapisan KeDua (Pertengahan) : Pokok Chili (Bucu Bawah Kanan) dan Daun Ketumbar (Bawah paling depan)
Lapisan KeTiga (Tutup Tanah) : In between pokok Cukur Manis tu saya tanam Arugula (Salad Rocket) yang berfungsi sebagai ground cover.
Dari di atas kita lihat dalam ruang yang sekecil ini kita mampu menanam 32 kumpulan tanaman. (Saya panggil kumpulan kerana satu lubang tu ada 2 tiga pokok yang sama)
2. Mengusir Serangga Perosak.
Contoh di atas, Pokok ketumbar (Boleh digantikan dengan Daun Sup, Parsely, daun bawang) dan pokok Mealy Cup Sage (Anda boleh gantikan dengan Basil/kemangi/Selasih) adalah pokok berbau yang kurang di sukai oleh kebanyakan serangga.
Ditanam di sekeliling kumpulan ini sebagai barrier supaya serangga perosak tidak masuk.
3. Mengawal rumput Liar.
Ground cover seperti Arugula/Salad Rocket tu nanti akan menutup semua tanah. Cahaya tak masuk dan rumput lain pun tak boleh le nak tumbuh. So no more weeding.
4. Menyokong tanaman.
Tanaman tinggi berkayu boleh di jadikan sokongan kepada tanaman lain di bawahnya. So tak perlu stacking.
Untuk ini anda contohnya boleh tanam tomato atau kacang di sokong oleh Pokok Cukur Manis.
5. Membekalkan nutrient.
Sekirangnya dalam kumpulan itu ada jenis kekacang, tanaman ini boleh bertindak sebagai pembekal nitrogen kepada kumpulannya (Nitrogen Fixer)
6. Sebagai pelindung Matahari.
Tanaman tinggi boleh bertindak sebagai pelindung matahari kepada tanaman di layer bawah.
Dalam kes ini option lain adalah menanam ‘Indian Borage’ dibawah Cukur Manis. Ini kerana pokok Indian Borage ni tak suka matahari direct. Nanti daun dia kuning, tapi tak mati.
7. Sebagai Pelindung Angin.
Ya, kalau kawasan tanaman selalu di tiup angin kuat. Boleh menanam tanaman berkayu di sekeliling sebagai pelindung angin.
Menarik Polinator/agen pendebunga.
Di Sebelah kanan tu saya tanam Mealy Cup Sage. Tanaman import yang amat di sukai oleh Lebah, rama2 dan mungkin juga kelulut.
Kumpulan tanaman menjadi cantik.
Dalam kes ni, Mealy Cup Sage tu nanti akan berbunga Biru. So tak ada lah boring area tu dengan warna hijau semata2.
Umpan ‘Bunuh Diri’, Sacrificial baits.
Kes ini saya hadapi secara tak sengaja. Di kawasan lain, daun chili saya habis di makan serangga. Tetapi anak2 chili yang di tanam berdekatan dengan Kantan selamat. Instead, Daun kantan tu yang teruk di makan serangga. Since daun kantan tu rimbun dan banyak. Maka dengan ini dipersilakan makan daun kantan tu sampai kenyang. Selamat anak2 chili saya kat depan tu.
Radar atau Signal Masalah/Penyakit dan sebagainya.
Sebagai contoh, di Dusun Bandar kebanyakkan pokok buah yang sensitif kekurangan air saya temankan dengan Pokok Basil. Pokok Basil ni kalau kekurang air daun dia akan cepat kelihatan layu. So Tanda kekurangan air akan di tunjukkan oleh Basil sebelum memberikan kesan buruk kepada pokok (Unless anda melakukan proses Water Stress). Keadaan ini pernah menyelamatkan saya, Basil dah layu, berpunca dari Timer Kehabisan Bateri.
Menggemburkan dan Menyuburkan Tanah.
Ya benar, bagaimana berfungsi? Contoh, Basil yang di tanam di sekitar pokok selalunya hanya berumur tidak sampai setahun sebelum dia mati dan digantikan oleh anak-anaknya. So apabila pokok basil yang dah tua mati, akarnya yan dah jauh ke dalam akan mereput. Pereputan akar ini lah yang menyumbang kepada penggemburan tanah dan akar yang reput akan menjadi baja organik secara tidak langsung.
Pastikan anda sentiasa memberikan baja untuk menggantikan nutrient yang diambil oleh companion plant tadi.
Nak tahu jenis tumbuhan yang sesuai di padanakan sebagai tanaman penanam [klik sini]
Sumber: http://dusunbandar.com/
Buah Cermai Kawal Kolesterol Darah Secara Semula Jadi

CERMAI (Phyllanthus accidus Skeels) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga PHYLLANTHACEAE atau EUPHOBIACEAE yang terdapat di Malaysia.Pohon cermai menghasilkan buahnya sepanjang tahun. Selain buahnya di jadikan sebagai jeruk atau halwa, ia juga di proses menjadi jus yang enak.
Kajian daripada beberapa buku menunjukkan setiap 100 gram buah mengandungi 95.9 g air, Protin (0.155 g), Serat (0.18 g), Lemak (0.12 g), Ash (0.51 g), Kalsium (5.4 mg), Posforus (17.6 mg), Ferus (3.25 mg) ,Karotin (0.019 mg), Thiamine (0.029 mg), Riboflavin (0.013 mg) dan Niacin (0.0292 mg). Cermai didapati mengandungi 4.6 mg asid askorbik.
Antara khasiat cermai kepada kesihatan adalah seperti:
1. Antioksidan
Antioksidan dapat melawan radikal bebas dan melindungi sel-sel tubuh yang sihat. Cermai mengandung banyak antioksidan seperti vitamin C, polifenol dan tanin.
2. Menjaga kadar kolesterol darah
Cermai mempertahankan kadar kolesterol darah dengan menghambat oksidasi LDL (kolesterol jahat). Cermai juga mencegah aterosklerosis (penumpukan plak di arteri) karana memiliki antioksidan yang kuat, sehingga dapat melindungi Anda dari penyakit jantung.

3. Diabetes
Cermai mengandung tingkat polifenol yang tinggi yang dapat melindungi tubuh dari sifat oksidatif gula darah yang tinggi dan mencegah resistensi urine. Selain itu, buah ini juga dapat membantu dalam penyerapan insulin yang berupaya membantu penurunan gula dara
4. Vitamin
Cermai juga dikemas dengan vitamin A yang penting dalam penghasilan kolagen. Kolagen amat diperlukan oleh kulit untuk tetap muda dan anjal. Bila dikonsumsi saat perut kosong, kandungan nutrisi dalam cermai dapat melambatkan kerosakan kolagen, secara tidak langsung ia melambatkan proses penuaan kulit.
5. Anti-kanser
Dikemas dengan sifat antioksidan, cermai dapat membantu tubuh melawan efek berbahaya dari bahan kimia yang bersifat karsinogenik (sifat kanser). Buah ini juga dapat menghambat pertumbuhan sel kenser dan mengurangi kesan berbahaya dari radiasi dan kemoterapi.
6. Kesehatan seksual
Minum jus cermai sekali sehari dapat membantu meningkatkan kesihatan seksual lelaki. Buah ini juga dapat meningkatkan motilitas (kemampuan sperma untuk berenang), kualiti dan produksi sperma pada lelaki yang menderita Oligospermia (suatu kondisi di mana seorang lelaki mempunyai jumlah sperma yang rendah)
7. Serat
Cermai kaya serat, polifenol dan air. Oleh itu, buah ini berupaya menajdi penawawr keapda meraka yang mengalami masalah sembelit. Disamping itu kandungan anti-inflamasi di dalam buah menajdi penawar kepada mereka yang kerap mengalami sakit perut. Pengambilan satu sudu teh jus cermai setiap hari ketika perut masih kosong berupaya mengawal kadar asid di dalam perut.
8. Melindungi hati
Cermai dapat digunakan untuk melindungi hati dari kerusakan oksidatif yang disebabkan oleh bahan kimia atau alkohol.