Makeover tandas rumah lama, modal RM500 je, terus dapat tandas ‘lawa.’ Mungkin anda sudah bosan dengan keadaan tandas yang kurang menarik pandangan mata. Ini tandanya anda perlu melakukan sedikit perubahan pada ruang tandas. Tak perlu modal banyak pun. Hasilnya anda boleh dapat cantik yang ‘elok.’
Menurut pemilik kediaman, sudah lama dia berhajat untuk melakukan renovasi untuk tandaskecil di rumahnya. Walaupun rumah lama namun pemilik kediaman mahukan sesuatu yang baru untuk tandasnya yang berkeluasan terhad.
Dalam masa yang sama, pemilik kediaman hanya memperuntukkan sejumlah kecil wang untuk proses renovasi tersebut.
Berikut dikongsikan proses renovasi tandas kecil (jenis tandas cangkung). Moga dapat membantu mereka yang ingin membuat renovasi ruang tandas.
Total kos RM5++ sekali hiasan bagai tapi kalau takat nak cat sahaja dalam RM3++ pun sudah cukup.
KOS BARANG LEBIH KURANG:
⚒️Cat tile RM237
⚒️Cat dinding biasa putih RM26
⚒️Cat dinding biasa hitam RM25
⚒️Kayu wainscoating RM40
⚒️Kertas pasir RM2
⚒️Simen putih RM2.5 x 2= RM5
⚒️Peralatan Cat RM15
⚒️Gam wainscoating RM8.90
⚒️Shower dispenser RM29.49
⚒️Stencil RM16.46
⚒️Toilet brush RM19.88
⚒️Cermin Kaison RM3+ tak ingat
⚒️Sangkut baju DIY RM2+ tak ingat
⚒️Barang kedai eco RM10
DIY ruang laundry dan dapur basah luas 250 kaki persegi, Kos 25 termasuk upah tukang rumah. Ruang ini biasanya untuk kegunaan membasuh dan menjemur kain, memasak serta menyimpan bahan-bahan mentah.
Berikut perkongsian Mohd Shahrulnizam Zuraimi yang berkongsi tip ruang laundry merangkap dapur basah di rumahnya.
Nota: Barang beli sendiri dan upah tukang untuk buat bahagian ini.
“Atap pakai separuh, atap gajah guna kekuda kayu dan separuh tempered glass. Kekuda kayu untuk atap gajah untuk tingkap dan pintu luar.
“Pasang dua unit lampu. Jumlah kos RM25,000 termasuk upah tukang rumah. Barang beli sendiri. Cat banyak beli online. Tip hendak jimat beli barang-barang kasar, bandingkan harga dengan dua kedai hardware. Ambik harga yang terbaik. Tempoh untuk siapkan ruang ini satu bulan.”
Ruang laundry dan dapur basah yang terbuka sebelum ini.
DIY kabinet dapur bajet, mampu milik, semua barang beli online. Jika anda belum mempunyai bajet untuk menempah kabinet dapur, anda sebenarnya boleh sahaja buat sendiri kabinet dapur mengikut bajet yang anda ada.
Melalui perkongsian Ila Athilah dilaman Facebooknya, wanita ini berkongsi tip bagaimana dia dan suaminya memasang sendiri kabinet dapur rumahnya. Moga dapat membantu anda yang bercadang untuk memasang sendiri kabinet dapur.
“Kabinet dapur atas dan bawah saya dan suami buat sendiri. Kami custom made dan pasang sendiri. Rangka kabinet semua kami buat sendiri. Rangka kabinet daripada aluminium dan kabinet daripada chipboard.
“Mencabar juga hendak membuatnya mungkin sebab kami kali pertama melakukannya. Alhamdulillah siap juga. Kabinet mampu milik, kabinet dapur bajet. Tak mewah tapi janji sedap mata saya memandang…. Alhamdulillah…
“Mungkin ada kawan-kawan yang nak cuba DIY sendiri. Bolehlah buat rujukan. Chipboard, hinge, skru, handle dan aluminium, semuanya beli online. Taip sahaja, nanti banyak pilihan yang keluar. Tengok dulu product rating, review customer kemudian barulah beli.”
Berikut ‘perjalanan’ daripada mula hingga akhir proses memasang kabinet dapur kami. Moga dapat dijadikan panduan bersama.
Rumah idaman terbengkalai, usahawan wanita, Aleeya Zailan kecewa ‘termakan’ janji manis kontraktor. Siapa yang tidak sedih bila rumah idaman yang sepatutnya siap dan boleh diduduki tidak siap dibina seperti yang dijanjikan.
Keadaan inilah yang berlaku pada Aleeya Zailan merupakan seorang usahawan dan juga pengasas Avenys dan Vitalicia.co. Rumah yang sepatutnya siap dalam tempoh 10 minggu seperti yang dipersetujui oleh pihak kontraktor umpama mimpi.
Baru-baru ini, Aleeya Zailan memuat naik satu video di laman youtube miliknya. Dalam video tersebut Aleeya menjelaskan kenapa rumah barunya yang dibina di Melaka lambat disiapkan dan tidak seperti yang dijanjikan.
Jelas Aleeya, dia dan suaminya telah dijanjikan oleh pihak kontraktor yang rumah baru mereka akan siap dalam jangka masa 10 minggu. Pihak kontraktor juga menjanjikan 25 orang pekerja bagi menyiapkan rumah tersebut.
Rumah tersebut sepatutnya siap sebelum raya tahun ini. Sebagai persediaan hari raya, tentulah Aleeya Zailan dan suaminya telah membeli barangan rumah. Barang-barang dihantar mengikut tarikh seperti yang dijanjikan mengikut progres pembinaan rumah itu (seperti yang dijanjikan dengan pihak kontraktor). Pada akhirnya barang-barang yang dibeli terpaksa diletakkan di luar kerana rumah tersebut belum siap dibina.
HALANGAN YANG ALEEYA HADAPI SEMASA PROSES PEMBINAAN RUMAH:
“Rumah ini telah dipersetujui untuk disiapkan oleh pihak kontraktor dalam tempoh 10 minggu. Bagaimanapun perjanjian ini tiada hitam putih. Hanya cakap mulut sahaja. Kontraktor berjanji 10 minggu mesti boleh siap.
“Saya kata kalau lambat, kena bayar, kontraktor kata ok. Kontraktor berjanji akan bagi 25 orang pekerja malangnya setiap kali saya datang melawat tapak, di Melaka hanya seorang, dua sahaja pekerja yang ada. Kadang-kadang tiada langsung pekerja.
“Saya beri tahu, sempat ke nak siapkan rumah saya seba saya lihat banyak lagi kerja yang belum disiapkan. Kontraktor berjanji akan buat kerja 24 jam untuk siapkan rumah itu mengikut tempoh seperti yang dijanjikan.
“Saya datang pukul 12.00 malam, tiada seorang pekerja pun di situ. Kerap juga saya berulang alik ke tapak pembinaan untuk melihat sendiri proses pembinaan rumah saya,” jelas Aleeya.
Kontraktor juga berjanji untuk menaikkan ‘bumbung’ sebelum bulan puasa. Rumah tersebut sepatutnya siap seminggu sebelum hari raya.
“Tapi sampai habis bulan puasa pun bumbung belum habis buat. Bumbung rumah pun ada banyak isu juga sehingga terpaksa di buka semula selepas dipasang. Macam-macam masalah terjadi termasuklah dinding senget. Pendek kata banyak halangan yang terpaksa saya lalui.
“Saya tidak faham kenapa perkara ini boleh terjadi sedangkan kita mahu bekerja sama secara baik dan menjaga persahabatan. Ini tidak, cakap lain, tapi buat lain. Janji macam-macam tapi tak dikotakan. Bila jadi begini, kita rasa sudah tidak seronok lagi untuk bekerjasama. Saya bab bekerja ni saya memang tegas. Bayangkan selepas raya, rumah saya masih belum siap lagi.
“Masalah pembinaan rumah saya ini juga bukan sahaja dengan kontraktor tetapi juga dengan arkitek dan konsultan. Saya bayar arkitek mahal-mahal tapi hasilnya menyedihkan.
“Ada yang bertanya dengan saya kenapa saya hantar barang sedangkan rumah tidak siap. Saya sentiasa berhubung dengan kontraktor. Saya maklumkan kepada mereka tarikh barang akan sampai contohnya barang-barang untuk dapur. Malangnya pada tarikh tersebut semuanya jadi lain.
“Semua orang yang saya berurusan dengan saya tidak sabar untuk melihat rumah saya. Ada juga pihak yang nak sponsor barang untuk rumah saya. Pada akhirya kami juga yang menjadi mangsa ‘kemarahan’ pihak -pihak yang menghantar barang. Kami dituduh tidak memberi info yang betul. Saya kesal sebab orang lain yang menipu, kami pula yang mendapat masalah. Kami pula dikatakan menipu. Kami dimarahi kerana kononnya tidak ‘check’ betul-betul ‘progress’ kerja-kerja di tapak pembinaan.
“Bukti melalui ‘whatsapp’ semua ada, kononnya kontraktor boleh menyiapkan ikut ‘timeline.’ Yang menjadi masalah bila kontraktor tidak mengikut ‘timeline’ seperti yang telah dijanjikan.
IMPIANA: Walau apa pun, kita doakan agar urusan membina kediaman impian Aleeya Zailan dipermudahkan. Moga kediaman tersebut dapat disiapkan secepat mungkin.
Berikut video penuh tentang isu tersebut yang dikongsikan oleh Aleeya Zailan:
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.