DIY kabinet dapur bajet, mampu milik, semua barang beli online. Jika anda belum mempunyai bajet untuk menempah kabinet dapur, anda sebenarnya boleh sahaja buat sendiri kabinet dapur mengikut bajet yang anda ada.
Melalui perkongsian Ila Athilah dilaman Facebooknya, wanita ini berkongsi tip bagaimana dia dan suaminya memasang sendiri kabinet dapur rumahnya. Moga dapat membantu anda yang bercadang untuk memasang sendiri kabinet dapur.
“Kabinet dapur atas dan bawah saya dan suami buat sendiri. Kami custom made dan pasang sendiri. Rangka kabinet semua kami buat sendiri. Rangka kabinet daripada aluminium dan kabinet daripada chipboard.
“Mencabar juga hendak membuatnya mungkin sebab kami kali pertama melakukannya. Alhamdulillah siap juga. Kabinet mampu milik, kabinet dapur bajet. Tak mewah tapi janji sedap mata saya memandang…. Alhamdulillah…
“Mungkin ada kawan-kawan yang nak cuba DIY sendiri. Bolehlah buat rujukan. Chipboard, hinge, skru, handle dan aluminium, semuanya beli online. Taip sahaja, nanti banyak pilihan yang keluar. Tengok dulu product rating, review customer kemudian barulah beli.”
Berikut ‘perjalanan’ daripada mula hingga akhir proses memasang kabinet dapur kami. Moga dapat dijadikan panduan bersama.
Kesilapan yang kerap kita buat dalam bilik air, ramai tak perasan. Pernah tak dengar ungkapan, kalau nak tengok kebersihan seseorang itu, tengok bilik airnya.
Pada pandangan anda, mengapa begitu? Seperti yang kita ketahui, bilik air ialah tempat untuk kita membersihkan diri. Bayangkan jika bilik air pun kotor, bagaimana pula dengan kebersihan diri?
Sebenarnya walaupun bilik air sudah dicuci hari-hari, dan bilik air sentiasa dalam keadaan bersih, ada beberapa perkara yang anda terlepas pandang. Cuba semak beberapa perkara berikut:
TIDAK MENUTUP PENUTUP MANGKUK TANDAS
Sebenarnya, ada sebab kenapa mangkuk tandas duduk dilengkapi dengan penutup. 60% responden tidak menutup mangkuk tandas mereka ketika mengepam (flush). Tabiat ini menyebabkan partikel air dari proses flush tadi akan terpercik keluar dari mangukuk dan mungkin terkena pada bahagian-bahagian lain di dalam tandas seperti berus gigi, sabun dan sebagainya. Menurut kajian dari Dr. Charles Gerba, bakteria yang terbebas boleh berada diudara agak lama sebelum menjumpai habitat yang sesuai. Oleh itu, jika anda seorang yang mementingkan kebersihan, jadikan ia sebagai amalan.
SIMPAN BERUS GIGI DI DALAM TEMPAT BERTUTUP
Mungkin anda rasa kaedah ini dapat menghindari berus gigi yang digunakan dari tercemar dengan bakteria. Hakikatnya, apabila berus gigi yang telah digunakan dan masih basah disimpan terus di dalam bekas bertutup ia lebih menggalakkan pembiakan bakteria. Ini disebabkan, kondisi berus yang masih lembap ketika disimpan tidak dapat kering sepenuhnya dan menjadi habitat pembiakan bakteria.
SIMPAN BARANG MEKAP DI DALAM BILIK AIR
Memang memudahkan anda bersolek jika barang make-up disimpan di dalam bilik air. Sebab itu, ada yang mengambil keputusan menyediakan bekas simpanan barang make-up di dalam bilik air. Sebenarnya, barang make-up anda tak kiralah lipstick atau berus tak sesuai disimpan di dalam bilik air. Kondisi bilik air yang lembap akan menggalakkan pembiakkan bakteria pada barang make-up anda walaupun disimpan di dalam bekas yang bertutup. Hal ini juga akan menyebabkan barang make-up cepat rosak.
SANGKUT TUALA
Sepatutnya tuala disidai bukannya disangkut. “Good rule of thumb” tuala perlu dicuci atau diganti selepas tiga kali digunakan. Itu pun jika anda sidai selepas digunakan. Tapi, jika anda sekadar sangkut atau gantung tuala, kondisinya yang lembap akan menggalakkan pembiakan bakteria. Sebab itulah, tuala mudah bertahi lalat.
HANYA TUKAR LUFFA ATAU BERUS BADAN SETIAP 3-4 MINGGU
Selagi tak lunyai, berus atau penyental badan akan digunakan. Silap tu, lagi kerap anda menggunakannya, lebih kerap ia perlu diganti. Ini disebabkan tekstur penyental yang berserabut terutamanya yang diperbuat dari serat petola menjadi habitat bakteria.
TIDAK BUKA TINGKAP BILIK AIR SELEPAS DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN PENGUDARAAN
Jika bilik air anda dilengkapi dengan sistem pengudaraan tak kisahlah jenis kipas, tingkap atau sebagainya, pastikan ia sentiasa dibuka ketika anda menggunakannya. Sekurang-kurangnya 15-20 minit. Ia bagi mengurangkan kadar kelembapan di dalam bilik air dengan kadar segera.
TIDAK PERNAH CUCI SHOWER CURTAIN
Ini lagi satu masalah yang ramai abaikan. Ada yang sudah bertahi lalat jadinya. Sebaiknya, shower curtain perlu dicuci setiap bulan. Kalau malas sangat, cari sahaja shower curtain jenis mudah dicuci menggunakan mesin basuh.
MEMBAWA TELEFON BIMBIT KETIKA MENGGUNAKAN TANDAS
Mesti ramai mempunyai tabiat membawa telefon bimbit ke dalam bilik termenung kan? Sedar tak ia mudah menjadi tempat pencemaran bakteria. Sebaiknya elakkan daripada membawa dan menggunakan telefon bimbit ketika menggunakan tandas.
Rumah siling tinggi boleh buat loteng, guna setiap ruang sebaik mungkin. Bagi mereka yang memiliki rumah dengan siling yang tinggi dan luas, anda boleh memanfaatkan ruang tersebut dengan membina loteng.
Jangan membazir ruang yang ada, maksimumkan ruang sebaik mungkin. Berikut perkongsian daripada Atam Ayu
“Menjawab isu siling tinggi..rumah saya teres setingkat 4 bilik 2 bilik air berkeluasan 20×70
Binaan rumah 20×50. 2 bilik siling tinggi ukuran 14 atau 15 kaki. Saya buat loteng pada tahun 2021.
“Harga bilik pertama RM2800. Harga bilik kedua RM3200 ( tukar tingkap nakoke tingkap besi terbuka supaya senang untuk keluar/masuk ke tangki air ). Jumlah kos keseluruhan RM6000.
“Tangki air suami ubah dari kedudukan tengah ke bucu. Ruang tengah kami letak rumput karpet, jadikan ruang menonton wayang malam minggu. Tambah atap sikit. Semua suami diy sendiri sahaja. Ruang tangki dibahagian tepi kami buat stor. Jadi dari 4 bilik asal, jadi 7 bilik (2 tambahan loteng + 1 ruang tangki air).”
Berikut dikongsikan gambar-gambar proses sebelum dan selepas loteng dibuat.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.