DIY ruang laundry dan dapur basah luas 250 kaki persegi, Kos 25 termasuk upah tukang rumah. Ruang ini biasanya untuk kegunaan membasuh dan menjemur kain, memasak serta menyimpan bahan-bahan mentah.
Berikut perkongsian Mohd Shahrulnizam Zuraimi yang berkongsi tip ruang laundry merangkap dapur basah di rumahnya.
Nota: Barang beli sendiri dan upah tukang untuk buat bahagian ini.
“Atap pakai separuh, atap gajah guna kekuda kayu dan separuh tempered glass. Kekuda kayu untuk atap gajah untuk tingkap dan pintu luar.
“Pasang dua unit lampu. Jumlah kos RM25,000 termasuk upah tukang rumah. Barang beli sendiri. Cat banyak beli online. Tip hendak jimat beli barang-barang kasar, bandingkan harga dengan dua kedai hardware. Ambik harga yang terbaik. Tempoh untuk siapkan ruang ini satu bulan.”
Ruang laundry dan dapur basah yang terbuka sebelum ini.
Rumah kebun konsep ‘Rustic Vintage’ 520 kaki persegi, sesuai untuk berehat, solat dan simpan alatan kebun. Bagi golongan pesara selalunya ramai yang memilih untuk menghabiskan masa persaraan dengan berkebun. Ada yang selesa tinggal di kebun beberapa ketika sambil menghirup udara nyaman.
Rumah kebun seakan menjadi trend buat mereka yang memiliki tanah kebun. Sambil berehat dan menikmati hasil kebun, dapatlah berehat-rehat sambil menenangkan fikiran. Tanah kebun ini biasanya ditanam dengan pokok buah-buahan seperti durian, cempedak, nangka dan sebagainya.
Sudah namanya rumah kebun, tentulah aspek keselesaan menjadi keutamaan. Berikut perkongsian pemilik sebuah rumah kebun, Hazian Othman
“Alhamdulillah siap sudah rumah kebun kami berkeluasan 520 kaki persegi dengan konsep ‘rustic vintage.’ Bolehlah untuk berehat, solat, dan simpan peralatan kebun. Kontraktor kami SS RIZKI.”
Tanam kangkung guna kaedah hidroponik, modal RM17 sahaja. Laman rumah sempit atau sudah habis ‘disimen’ bukan alasan lagi untuk tidak bercucuk tanam. Sayur-sayuran sebenarnya boleh ditanam dengan kaedah hidroponik.
Kangkung misalnya, jika beli di pasar, boleh tahan juga harganya. Jadi, tidak salah untuk kita menanam sendiri sahaja sayur-sayuran di rumah. Kaedah hidroponik ini bukan sahaja mudah tetapi juga menjimatkan.
Pengalaman saya sebagai penanam sayuran hidroponik, kedengaran mengatakan hidroponik kos adalah tinggi/mahal. Kebiasaannya apa-apa yang melibatkan kos yang tinggi kita jarang sangat hendak ambil peduli dan cakna untuk mengusahakan sesuatu.
Hari ni saya cuba bantu tuan/puan bagaimana nak bermula hidroponik dengan kos yang sangat-sangat berpatutan untuk menanam sayuran terutamanya kangkung.
Di bawah ini adalah bahan-bahan diperlukan untuk menanam kangkung menggunakan kaedah hidroponik.
1. Baja A/B 500 ml: RM10
2. Benih kangkung Eco: RM2
3. Span akuarium: RM5
4. Air hujan
5. Bekas sabun
6. Cup minuman
Tanpa kita sedar, banyak barang yang boleh dikitar semula (recyle) tapi kita yang terlepas pandang sehingga anggap ia barang yang tidak berguna.
1. Usia baru seminggu selepas tanam.
2. Usia tiga minggu selepas tanam.
3. Potong bahagian atas dan akan tumbuh semula. Jimat benih dan tak perlu semai kembali. Boleh tuai empat kali selagi masih tumbuh! Jimat bukan?
Batu kerikil jadikan laman bajet lebih menarik, paling penting ‘less maintenance.’ Penggunaan batu kerikil sebagai kemasan lantai laman bukan lah sesuatu yang baru. Ia menjadi pilihan bagi pemilik yang inginkan lantai landskap atau laman padu namun masih poros dan mudah diselenggara. Adakalanya, landskap atau kediaman yang dihampari dengan batuan kerikil ini kelihatan lebih menarik walaupun tanpa sebarang perincian.
APA ITU BATU KERIKIL?
Batu kerikil biasanya diperbuat dari pecahan batu granit. Kebiasaanya, saiz batu krikil terdiri daripada 2mm-75m. Ia merupakan salah satu bahan asas yang digunakan untuk pembinaan. Ia juga menjadi pilihan sebagai turapan jalan yang mempunyai penggunaan tidak lasak seperti “drive way” dan lantai landskap
APAKAH KEGUNAAN BATU KRIKIL DI LAMAN?
Selain sebagai lapisan asas permukaan berturap lantai landskap, batu krikil juga sesuai digunkan untuk membuat laluan pejalan kaki, lantai patio, driveways dan pelbagai lagi. Ada juga yang menggunkan batu sebagai sungkupan tanaman. Batu krikil yang digunakan sebagai sungkupan bukan sekadar kemas, malah dapat mengawal pertumbuhan rumpai dan mengekalkan kelembapan
APAKAH TEKNIK TERBAIK UNTUK MEMASANG BATU KRIKIL DI LAMAN?
Berbanding bahan hardscape yang lain, pemasangan batu kerikildi laman lebih mudah. Secara umumnya, tentukan terlebih dahulu ruang yang perlu diletakkan batu krikil. Bersihkan permukaan tersebut dari sebarang rumpai.
Untuk pemasangan batu krikil sebagai laluan, sebaiknya selepas menentukan ruang yang hendak di letakkan, korekkan sedikit tanah dengan kedalaman 6 inci. Lapisan pasir sebagai asas diperlukan antara 1-1.5 inci tebal. Seterusnya baru diletakkan krikil dengan ketebalam 3 inci. Pasir tadi berfungsi menstabilkan kedudukan batu krikil di bahagian atas disamping menjadi kawasan laluan air.
Namun, disibabkan sifatnya yang berderai dan mudah beralih atau bergerak jika menerima tekanan, sebaiknya letakkan sempadan yang kukuh untuk mengelak masalah tersebut. Jika dibiarkan, lama kelamaan kawasan yang dihampar batu krikil akan makin berkurangan
APA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MEMASTIKAN PERMUKAAN KRIKIL SENTIASA CANTIK?
Untuk membersihkan sampah yang terperangkap di atas permukaan krikil, anda hanya perlu gunakan penyembur angin atau pencakar rumput. Teknik ini dapat memastikan batuan krikil yang dihamparkan sentiasa kelihatan baru. Batu krikil tidak mereput, namun lama kelamaan ia akan mendap terutamanya apabila menerima tekanan. Sebaiknya, kawasan yang telah mendap perlu di tambak dengan batu baru sekurang-kurangnya 3-4 tahun sekali
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.