Kebiasaanya, tandas atau bilik air bertemakan emas ni selalu dapat dilihat di hotel-hotel mewah. Tapi, kalau anda berkunjung ke pusat kecergasan Ola Fitness Gym, Pemiliknya En. Faizal mempunyai telah memilih tema hitam dan emas untuk “makeover bilik air di gym nya.
Tanpa ada pengalaman dan kemahiran profesional dalm ubahsuai, En Faizal telah berjaya menyiapkan transformasi bilik air tersebut dalam tempoh 5 hari bersama pakciknya. Ia termasuk kerja-kerja pecah lantai, potong jubin, plumbing dan sebagainya di lakukan sendiri.
Ads
Ads
Ads
Saya pilih konsep tu sebab saya suke sesuatu yang menarik perhatian customer thats toilet for gym
Kos keseluruhan dalam dekat RM 3k saje. Untuk set tandas duduk tu sahaja RM 1400. Tambah paip gold mozek simen lampu smua exhaust fan rse nye dekat RM 3k saje
Musim panas ni, air-cond memang on 24 jam lah jawabnya. Nak-nak ketika waktu tidur. Kalau tak on air-con tu nanti, alamatnya, tidur baju basah dek peluh. Tapi, sebenarnya untuk sejuk kan bilik tidur bukan sahaja anda perlu menggunakan air-cond atau kipas. Tapi, ada beberapa perkara lain juga yang turut membantu. Antaranya:
Pemilihan wara cat yang gelap terutamanya hitam hanya akan menyebabkan permukaan dinding bilik memerangkap haba. Jadi, sebaiknya gunakan warna-warna yang lembut seperti putih dan tidak terlalu terang contohnya kuning dan oren. Ini kerana rona oren dan kuning adalah rona panas.
Hampir 30% punca peningkatan suhu paans di adlam sesebuah ruang atau bilik adalah disebabkan oleh pengamatan cahaya matahari yang diterima dari tingkap. Sebaiknya, tutup tingkap dengan langsir jenis tebal atau dim-out terutamanya disiang hari
Lampu adalah antara sumber yang menyumbang kepada peningkatan suhu di dalam bilik. Sebaiknya, tutup lampu jika tidak digunakan dan ketika tidur untuk mengurangkan kadar kepanasan di dalam bilik
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bagi yang mendiami rumah bertingkat atau mempunyai strata seperti flat, apartmen, town house dan sebagainya, masalah siling bocor bukanlah sesuatu yang pelik. Yang menjadi isu adalah siapa yang harus dipertanggung jawab atau bagaimana cara untuk menguruskan isu ini lebih-lebih lagi jika tak dapat kerja sama dari unit atas?
Peguam hartanah En. Salkukhairi Abd Sukor berkongsi langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh unit yang terkesan.
Apa yang patut dilakukan jika pemilik mendapati terdapat kebocoran pada siling rumah strata mereka?
1. Buat aduan kepada pihak pengurusan (atau pemaju jika masih lagi dalam waranti).
2. Pemeriksaan akan dijalankan oleh pihak pengurusan/ pemaju di unit anda untuk mencari penyebab kebocoran dan siapa yang harus dipertanggungjawabkan. (Peraturan 57).
3. Seksyen 142 Akta Pengurusan Strata 2013 menyatakan, jika kebocoran terdapat pada siling rumah anda, maka unit di atas yang harus dipertanggungjawabkan jika tiada bukti yang menunjukkan sebaliknya.
4. Ini bukan bermakna automatik unit di atas yang mengakibatkan kebocoran. Justeru itu, pihak pengurusan boleh menjalankan pemeriksaan lanjut di unit tersebut demi mempercepatkan proses siasatan.
5. Bagaimana pula jika pemilik rumah enggan unitnya diperiksa oleh pihak pengurusan?
Menurut Peraturan 63, Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata 2015, sekiranya pemilik unit di atas anda tidak memberi akses ke unitnya untuk pemeriksaan, maka pemilik berkenaan boleh didapati bersalah dan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.
6. Jika berlaku kebocoran tersebut, daripada siapa kita boleh tuntut kerugian tersebut?
Ini bergantung sama ada harta tersebut masih dalam tempoh liabiliti kecacatan atau tidak.
Jika belum tamat tempoh liabiliti kecacatan, maka pemajulah yang perlu bertanggungjawab ke atas kerosakan itu manakala sekiranya sudah tamat tempoh liabiliti kecacatan dan terbukti unit di atas anda yang menyebabkan kebocoran, pemilik unit tersebutlah yang bertanggungjawab.
7. Kalau si pemilik unit tersebut gagal membaiki kebocoran itu sehingga menyebabkan pihak pengurusan terpaksa membaikinya, maka pihak pengurusan boleh tuntut kos pembaikan itu ditanggung oleh si pemilik unit itu.
Kalau nak tahu kupasan lebih lanjut, boleh baca terus pada perkongsian asal yang disertakan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dapur atau ruang meamsak jenis terbuka kebiasaanya menjadi amalan masyarakat dahulu. Ia lebih mudah diurus dan selesa untuk melakukan sebarang aktiviti. Tambahan, masyarakat melayu popular dengan teknik memasak yang lebih lasak dan renyah.
Walaupun kini ia bukan lah trend, namun masih ramai memilih menggunakan dapur berkonsepkan terbuka seperti yang dikongsikan oleh Puan Norfaezawati Wahid
Ruang memasak tu memang buat macam tu senang. lepas guna terus cuci.
Dapur dalam rumah memang ada & guna hari-hari setakat masak tak banyak untuk kami sekeluarga. Tapi suka guna yang luar ni bila datang mood masak berlebih tu kite gune la yang kat luar ni nak-nak yang menu mengoreng
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!