Dewasa ini, banyak kita lihat pemilik kediaman yang melakukan sendiri ubahsuai pada kediaman. Ia bukan sahaja menjimatkan, tetapi proses ubahsuai juga akan menjadi lebih mudah dan singkat, memandangkan tuan rumah sudah tentunya tahu apa yang dimahukan.
Seperti pasangan Puan Laila Salleh dan suami yang hanya membelanjakan lebih kurang RM500 sahaja untuk makeover 3 buah bilik air di kediaman mereka. Kos ini termasuklah dengan harga barang yang Puan Laila gunakan untuk mencantikkan semula lantai tandas yang hambar/Jom kit aikuti perkongsiannya.
Ubahsuai kediaman ini hanya memakan masa 2 minggu sahaja, hasilnya yang cukup mengujakan membuatkan ramai terpegun. Hanya dalam tempoh dua minggu sahaja, sebuah kediaman lama bertukar menjadi baru, tiada apa yang mustahil.
Kediaman 3 tingkat yang dibina sejak tahun 2000 ini sudah tidak lagi menarik dan berfungsi dengan baik sebelum tuan rumah membuat keputusan untuk mengubahsuai tingkat dua bangunan ini kepada sebuah apartmen moden dengan fasiliti yang lengkap.
Dengan ruang terhad yang ada pada pelan asal, arkitek perlu bijak dalam membentuk sebuah kediaman yang lengkap serba-serbi. Jadi, dengan persetujuan tuan rumah, balkoni kediaman ini telah ditukar menjadi sebuah ruang versatile yang menempatkan dapur kecil, ruang makan dan juga laundry area. Selain mempunyai pemandangan mengadap kejiranan yang nyaman, ruang ini juga mendapat simbahan cahaya semulajadi paling ideal.
Keseluruhan kediaman ini diserikan dengan warna putih serta rona hangat (warm) dari elemen kayu di lantai serta kemasan lain yang.
Bilik tidur utama yang bersambung terus dengan balkoni. Menggunakan sepenuhnya ruang sedia ada untuk penstoran disamping memberi keselesaan optimum kepada pemilik.
Tandas/bilik air juga diubahsuai sesuai dengan konsep keseluruhan kediaman ini yang tampak lebih moden dan selesa.
Ubahsuai rumah yang telah didiami bukan lah satu perkara yang mudah kalau tiada perancangan. Jarang kali kita mendengar kerja renovasi mampu disiapkan dengan sempurna dalam masa 2 minggu.
15 tahun tinggal di rumah kebajikan, ibu teruja beraya di rumah baru anak beli. Pastinya raya tahun ini menjadi lebih bermakna buat ibu ini kerana bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri di kediamannya sendiri selepas tinggal di rumah kebajikan selama 15 tahun di Singapura, lapor laman berita AsiaOne hari ini.
Anak Sulung Beli Rumah 2 Bilik
Rasima Yunos, 61, kini mampu meraikan hari gembira itu di rumah baharu yang dibeli oleh anak lelaki sulungnya.
Menurut akhbar Shin Min Daily News, Rasima dan seorang lagi anak lelakinya berpindah ke pangsapuri dua bilik di Sengkang, semalam.
Tak Mampu Bayar Pinjaman Perumahan
Keluarga itu kehilangan rumah pada 2009 selepas suami Rasima meninggal dunia.
Wanita itu tidak mampu membayar balik pinjaman perumahan dan dia tiada pilihan selain menjual pangsapuri empat bilik milik mereka.
Dia kemudian berpindah ke rumah kebajikan, manakala anak lelakinya dihantar ke Rumah Anak Yatim Darul Ihsan.
IMPIANA: Alhamdulillah, Ramadan dan Syawal pada tahun ini pastinya menjadi lebih bermakna apabila dapat berkumpul bersama keluarga dan dapat tinggal di rumah sendiri yang baru di beli.
Pernah tak rasa terbeban nak bayar duit pinjaman rumah? Ada tu sampai tertunggak berbulan-bulan lamanya. Kenapa perlu berlaku demikian sedangkan ada solusi yang paling mudah dan cepat. Jika anda seorang pencarum KWSP, wang di dalam akaun ke-2 boleh digunakan untuk tujuan melunaskan bayaran bulan pinjaman perumahan. Ada tu, boleh setel lebih dari setahun. HA! terkejut dan terujakan?
sebenarnya, kaedah ini ramai yang tak tahu. Kepala diasak setiap hujung bulan untuk lunaskan pinjaman perumahan. Jadi lebih meruncing apabila wang banyak digunakan pada bulan tersebut seperti perbelanjaan anak nak masuk sekolah, raya dan lain-lain. Dengan baki minima RM 600, anda dah boleh mohon untuk keluarkan duit KWSP untuk tujuan pembayaran pinjaman perumahan. Selain KWSP, buat perbandingan loan dengan cepat dan mudah di iMoney. Antara syarat-syarat lain:
KELAYAKAN MEMOHON 1. Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP. Umur maksimum yang dibenarkan ialah 54 tahun 6 bulan; DAN 2. Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM600.00 di dalam Akaun 2 3. Ahli yang layak memohon adalah:
i. Warganegara Malaysia; ATAU
ii. Bukan warganegara Malaysia yang: Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
SYARAT- SYARAT PENGELUARAN 1. Ahli seorang pembeli sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar ATAU Pembina DAN peminjam atas / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ / ‘service apartment’ / ‘townshouse’ / SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman
2. Mempunyai baki pinjaman perumahan daripada insititusi yang dibenarkan bagi tujuan membeli atau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman berikut:
Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta
PerkhidmatanKewangan Islam 2013
Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
Majikan ahli
Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
3. Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP Simpanan yang dikeluarkan adalah untuk membayar pinjaman ansuran bulanan sebenar yang telah bermula
4. Pembiayaan semula (‘re-finance’)
Baki pinjaman yang diambilkira adalah merujuk kepada baki pinjaman perumahan asal yang diambil daripada pemberi pinjaman pertama atau mengikut baki pinjaman terkini, yang mana terendah
Jika melibatkan beberapa pemberi pinjaman, surat tebus hutang akan dibandingkan dengan baki terkini bagi menentukan amaun yang layak diambilkira untuk pengeluaran
Permohonan ahli tidak layak jika baki pinjaman asal telah selesai
5. Pengeluaran ini boleh dibuat untuk mana-mana rumah di Malaysia tertakluk kepada sebuah rumah bagi setiap ahli.
Pengeluaran seterusnya (sekiranya masih ada baki pinjaman) hanya boleh dibuat bagi rumah yang sama
6. Boleh membuat pengeluaran dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh ansuran bermula. Bagaimanapun, bayaran pengeluaran hanya akan bermula selepas tarikh ansuran sebenar berkuatkuasa
7. Boleh membuat pengeluaran seterusnya (sekiranya masih ada baki pinjaman) pada bila-bila masa dan paling awal 30 hari sebelum tarikh pembayaran ansuran bulanan yang terdahulu selesai
8. Boleh membuat pengeluaran secara serentak sama ada untuk Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan mengikut jenis pengeluaran sedia ada DAN Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
9. Tempoh bayaran bulanan yang dipohon adalah tidak melebihi umur 55 tahun
10. Ahli yang mempunyai tunggakan pinjaman perumahan yang berstatus NPL (’Non Performing Loan’) dibenarkan untuk memohon Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan (PABPP) dengan syarat bayaran dibuat kepada pemberi pinjaman
11. Bagi ahli yang sedang menerima bayaran bulanan di bawah PABPP dan didapati mempunyai tunggakan pinjaman perumahan, permohonan PABPP ahli tidak dibatalkan tetapi kaedah bayaran ditukar kepada pemberi pinjaman
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.