Pintu bilik kebiasaan nya plain sahaja nak jenis rumah kos rendah dan sederhana. Kalau nak buat renovation keseluruhan rumah, mestilah pintu pun perlu diganti. Tapi nak beli pintu yang bercorak-corak ni mahal lah pulak. Apa kata kita makeover je pintu lama tu guna kaedah wainscoting.
Bila bayi anda mula merangkak atau berjalan, sudah pasti ini lah saat yang paling sukar untuk dikawal. Paling yang anda khuatir adalah isu keselamatan. Paham-paham je lah, habis semua hendak dicapai. Selagai nampak benda yang menarik, mesti nak sumbat dalam mulut.
Sebab itu, ada antara ibu bapa akan sediakan satu ruang atau bilik khas untuk letak anak mereka bermain dan terhindar dari sebarang ancaman bahaya. Kalau sebelum ni, Impiana ada tunjuk seorang bapa bina pagar untuk elak anak nya bermain di tangga dengan menggunakan kayu pallet [klik sini untuk artikel lanjut] kali ni,kita tengok pula cara Mohd Herman buat kid playpen dari batang paip PVChanya dengan modal RM 148.00 untuk saiz 5 kaki x 5 kaki.
Bahan-bahan:
6 batang 15 kaki panjang PVC paip 20mm (RM 9 × 6 btg = RM54) 1 batang 10 kaki panjang PVC paip 15mm (RM 0.40/kaki x 10 = RM 4.00) 8 biji Sesiku PVC 20mm (RM 0.60×8 biji = 4.80) 72 biji PVC tee 20mm (RM 0.60×72=RM 43.20) 6 meter Net Hitam RM 6/m x 6 =RM 36 100pcs Cable tile 8 inci (RM 6)
TOTAL= RM 148.00
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Macam fenomena pulak LAMPU BULAN ni. Kalau tengok dekat pasaran, ada pelbagai saiz dan harganya boleh tahan juga lah MAHAL. Geng deko yang teringin sangat lampu ni, apa kata kita buat sendiri je. Tak susah dan tidak memerlukan bahan yang mahal atau rumit. Yang penting anda perlu kreatif untuk hasilkan tekstur permukaan lampu tu macam bulan. Nak tahu macam mana? Jom tengok video ni
Adakah anda mencari idea untuk menghias ruang balkoni seperti sebuah laman? Anda mampu miliki balkoni yang cantik seperti sebuah laman hanya dengan bajet yang rendah. Lelaki ini telah kongsikan bagaimana dia menghias balkoni kediamannya dengan pemasangan rumput tiruan. Hasilnya sangat memuaskan dan indah
Tahukah anda rumput tiruan kini semakin menjadi pilihan ramai. Ia mempunyai beberapa kelebihan buat ruang kediaman anda, antaranya;
Cara pemasangan rumput tiruan untuk ruang balkoni.
1. Kenal pasti ruang yang hendak di pasang dan pastikan ia sesuai untuk pemasangan rumput tiruan.
2. Bersihkan kawasan yang hendak diletakkan rumput tiruan daripada sebarang kotoran. Alih dan kosongkan kesemua perabot yang terdapat pada ruangan tersebut.
3. Ukur ruang balkoni anda dengan pita pengukur supaya ukuran yang dibuat lebih tepat. Selain itu, pastikan lantai anda sama rata.
4. Bentangkan rumput tiruan memenuhi ruangan yang telah ditetapkan. Dan potong lebihan rumput tiruan. Sangat mudah anda hanya perlu memotongnya menggunakan pisau pemotong.
5. Setelah mendapat bentangan yang tepat, gunakan gam dunlop untuk melekatkan rumput tiruan pada lantai. Tuang gam dan ratakan gam pada keseluruh ruang lantai. Kemudian hamparkan rumput tiruan tadi.
6. Untuk mencatikkan lagi ruang balkoni anda, letakkan batu putih seperti batu sungai pada sepanjang sudut tepi balkoni.
Mudah kan? Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!