Nak dekor rumah nampak baru, tak semestinya perlu beli perabot dan aksesori tambahan. Yang sedia ada di rumah tu kita boleh diperbaharui atau baik pulih. Seperti yang dilakukan oleh Intan Nasirah. Meja lama yang masih kukuh di beri nafas baru dnegan menggunakan marbel vinyl yang di beli online. Berikt item yang digunakan oleh Intan untuk makeover meja makan
Saja nak share saya buat DIY meja makan.. asal meja nie owner lama punya. Sebab masih kukuh dan elok rasa sayang plak nak buang. Jadi saya transform bagi nampak baru
Sebelum
Ads
Selepas
Ads
Cat kaki meja dengan lebihan cat cinding
Balut dengan wallpaper marbel
Lapik dengan PVC table cloth
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ruang simpanan mampan memang menjadi keutamaan lebih-lebih lagi bagi anda yang tinggal dalam kediaman bersaiz kompak. Dalam banyak ruang, dapur adalah tempat yang paling kritikal memerlukan ruang simpanan yang banyak. Selagi ada ruang yang boleh diguna kosong, perlu dimanfaatkan. Secara tidak langsung, ia memebri keselesaan walaupun dapur bersaiz kecil.
Seperti yang dilakukan Reezal Jelita. Ruang kabinet bawah sinki dijadikan tempat simpanan periuk dan kuali untuk memasak. Yang paling menarik, ia mudah disimpan dan diambil semula. Cara-caranya seperti di bawah
1. Drawer Slide boleh beli kat shoppe sepasang dalam RM10. Kayu tu boleh pakai apa-apa kayu yang sesuai.
Nak tukar langsir dari jenis hook ke eyelet, tapi sayang pula langsir lama. Takkan nak buang pula. Tambahan pula jenis langsir yang ada eyelet ni mahal. Tak jadi masalah, langsir lama tu kita boleh ubah jadi langsir eyelet. Nak tahu macam mana cara mudah pasang eyelet ring pada langsir? jom ikut cara Lyns han ni
KITA BELI LANGSIR NI DEKAT KAISON. TAPI JENIS CANGKOK BIASA. LEPAS TU RASANYA MACAM LEBIH CANTIK KALAU LANGSIR NI JENIS EYELET RING. TERHASIL LAH IDEA DARI ABAH KU SAYANG. JADI, SIAPA-SIAPA YANG ADA LANGSIR LAMA TU, NAK TUKAR KE STYLE EYELET NI BOLEHLAH CUBA MACAM NI. SENANG SAHAJA
1. Beli ring secukupnya mengikut rekabentuk yang sesuai dengan corak atau konsep langsir
Sejak kebelakangan ini, tidak dinafikan memang ramai yang sudah mula menjinak-jinakkan diri untuk bercucuk tanam di rumah. Tidak kurang juga yang membela pokok hiasan dalam pasu sebagai salah satu langkah pembersihan udara dalam rumah selain sebagai penaik seri sesebuah ruang.
Tetapi tidak semua kediaman mempunyai kawasan laman yang lapang. Lebih-lebih lagi buat mereka yang tinggal di kediaman jenis apartmen atau kondominium. Balkoni sekangkang kera itu sajalah yang boleh dijadikan ruang untuk berkebun.
Perkongsian kali ini memberi solusi buat masalah tersebut. Melalui posting Abdul Hadi dalam group KKDIY. Bagi memenuhi keinginan isteri yang mahukan rak pasu untuk tanaman hiasannya, Encik Hadi telah bina sendiri rak dari paip PVC. Sangat kreatif dan jimat! Mari ikuti perkongsiannya.
Salam semua KKDIY. Kali ni nak share rak pasu diy dari paip pvc permintaan isteri tersayang.
Sambung2 paip pvc, alaskan kayu spin terpakai dan skru. Jadi lah rak pasu bunga ni. Sesuai untuk pasu yang agak kecil dan ringan.
Pemasangan fitting ni agak ketat. Memng tak guna gam langsung. Cuma kayu tu kita skru kan ke paip untuk lebih kukuh. Ada kayu yang disusun melintang, ada yang menegak untuk pastikan bahagian kiri, kanan, depan & belakang secure.
Cuma bab nak angkat kene pastikan hati-hati. Boleh tercabut kalau berat sebab tak gam
Next time nak adjust tinggi atau extend mana-mana bahagian, boleh cabut semula.
Dan boleh juga kalau pasangkan roda untuk mudah alih. Supaya lebih selamat, ikatkan pada dinding belakang supaya tak mudah tumbang ke depan.
Fittting tu semua online kat shoppe saiz 3/4 inchi. Semoga bermanfaat.
p/s ; Anda juga boleh cuba spray rak pvc ini bagi mendapatkan efek lebik menarik dan kemas.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!