Kaunter pulau ibarat satu keperluan terutama bagi anda yang mempunyai kediaman jenis apartmen dengan konsep open kitchen. Ia bukan sahaja menjadi ruang serbaguna, malah sebagai pembahagi ruang dapur.
Ramai lebih gemar menggambil kontraktor untuk bina kaunter pulau mengikut rekaan dan saiz yang dikehendaki. Namun, kosnya boleh cecah ribuan untuk kaunter pulau itu sahaja. Seperti biasa, masyarakat Malaysia semakin kreatif dan rajin DIY, untuk jimat kos apa kata kita buat sendiri seperti yang dilakukan Atam Ayu.
Percaya tak kome kos kaunter table bar maktam ni kos tak sampai pun 150.00? Meh maktam share
Sebenarnya maktam dah lama teringin nak buat bar table ni kat rumah singgah maktam ni. Duk riki kaunter pulau ikea ok gak. Tapi ikea jauh lepastu maktam takde transport pula nak bawak top dia sebab saiznya besar
So maktam buat la sendiri..berbekalkan imaginasi maktam dan paktam realisasikan. Biasalah isteri sentiasa jadi mandor.
Ok ni bahan-bahan yang diperlukan
Papan playwood 12mm 2×4 = 17.50
2 batang kayu inci 2×1 panjang 6kaki= 5.00
5 shelves compactment = 59.90 tesco
Kaki sofa = 2.50/ beli 4 = 10.00
Wallpaper marble jenis pvc = 6.60 semeter
Sesiku L = 2.00 untuk lekat hujung meja ke dinding
Cat kayu =36 .00
Total = 137.00 sahaja..
Gara-gara minat yang mendalam terhadap dekorasi dalaman serta membela ikan hiasan, pasangan petugas Teknologi Maklumat ini ‘menanam‘ aquarium ke dalam dinding rumah mereka dan ia dipadukan dengan hiasan rumah bertemakan modern contemporary.
Menurut Pn Nurlailah Khadijah, idea hiasan sebegini banyak merujuk di laman perkongsian gambar atas talian iaitu Pinterest. Rancangan untuk menanam akuarium dijalankan kerana apabila meletakkannya, pasti menggunakan ruang yang besar, maka terciptalah idea ini iaitu menanamnya dalam dinding dan hasilnya ia tidak menggunakan banyak ruang dalam rumah.
Konsep pilihan pasangan ini dapat dilihat dalam penataan warna emas di perabot manakala contemporarynya pula amat jelas kelihatan di bahagian dinding iaitu pemasangan wainscoating yang menghiasi feature wall ruang tamu kediaman yang berkeluasan 1800 kaki persegi ini.
Jika diteliti segenap ruang dalam rumah ini, tidak banyak ruang kosong dapat dilihat kerana ia telah dihias dengan pelbagai jenis aksesori termasuk tumbuhan artificial dan pelbagai lagi. Pasti bermain difikiran, kanak-kanak tidak ganggu segala hiasan ini?
Menurutnya, satu perjanjian telah dibuat antara mereka sebagai ibu bapa dan anaknya, iaitu si ibu akan menyediakan sebuah playroom untuk tiga orang anak mereka dengan syarat agar mereka berjanji untuk tidak menyentuh segala barangan hiasan yang dipamerkan di ruang tamu.
Penulis memuji tindakan ibubapa ini, walaupun nampak tegas, ia adalah win-win situation diantara ibubapa dan anak-anak.
Dalam kita pening kepala nak memikir konsep deko ruangan dapur, pasti banyak perkara yang bermain di fikiran seperti pilihan material counter top, pilihan warna kabinet, berapa banyak kabinet dapur nak letak untuk ruangan simpanan dan pelbagai lagi. Perasan tak semakin lama kita buat rujukan dan kajian dekorasi dapur, perkara yang paling penting adalah penetapan warna utama. Tidak kira apa pilihan konsep yang anda mahukan seprti moden minimalist, rustic chic, monokrom, dan pelbagai lagi, tema ini akan mengikut pilihan warna anda dan susunan lain akan menyusul mengikut kesesuaian.
Usah pening dan gusar, ikuti panduan 6 pilihan warna yang sesuai untuk dekorasi dapur rumah anda.
Kuning Matahari
Seperti sinaran mentari yang menerangi segenap isi alam semesta, warna ini melambangkan sikap optimis pemilik serta elemen keriangan yang dimilikinya. Selain itu, tona ini juga mampu merangsang selera makan dan secara tidak langsung berupaya menerangi ruang kelam di dapur anda. Padankan warna kuning dengan putih untuk tampilkan dekorasi yang seimbang. Antara bahagian dapur yang sesuai untuk ditekap warna kuning ini adalah kerusi bar, dinding accent atau backsplash, pilihan warna putih dan kuning juga sesuai diletakkan di pintu kabinet atau di permukaan counter top.
Biru Navy
Jika anda sukakan ketenangan, biru navy adalah pilihan yang tepat. Namun, pilihan rona ini jarang sekali dipraktikkan. Itu tidak bermakna anda tidak boleh mencubanya, gambar di bawah ini sudah memberi bukti nyata yang ia amat sesuai untuk digunakan di dapur.
Kelabu cerah dan putih adalah warna yang sesuai untuk dipadankan dengan biru navy. Jika pilihan wall panel serta backsplash warna kelabu industri, tatahkan kabinet anda dengan warna biru navy, pasti anda akan berpuas hati dengan hasilnya.
Metallic Megah
Kalau anda cuba untuk menambah elemen glitz dan elegan, pilihan bijak adalah warna metallic. Ianya kerana keadaan warnanya yang bling-bling menampakkan gaya mewah di dapur anda. Penataan warna metallic haruslah hadir bersama pilihan accent tembaga dan perak (pilihan material untuk paip singki dan lampu proofread yang digantung di atas island kitchen.
Material tembaga bangkit semula sebagai warna accent yang sesuai untuk digunakan di dalam rumah. Di dapur anda boleh gantikan segala perkakas krome dengan warna tembaga, percayalah dapur anda dari biasa kepada luar biasa serta bertambah menarik. Tambah lagi dengan pilihan teko serta cawan warna tembaga.
Warna kelabu
Adalah tidak wajar untuk katakan warna kelabu adalah pilihan yang membosankan. Tona kelabu akan membuatkan dapur anda lebih elegan dan bersih serta mudah untuk dipadankan dengan pelbagai material seperti kayu dan pelbagai lagi kemasan biasa kita lihat di dapur.
Di bahagian dapur, warna kelabu sesuai untuk dipadankan dengan warna perak. Kalau peti sejuk warna perak, saluti ruang simpanannya dengan warna kelabu, sama juga apabila dapur masak warna perak, hiasi kabinet serta laci kelilingnya dengan warna kelabu.
Kita sudah tidk jauuh dari tarikh tahun baru dan meninggalkan 2017. Dalam dunia dan segala macam dugaan yang telah kita tempuh, bukan semua di antara kita yang mengecapi bahagia sepanjang tahun. Nama pun kehidupan dan yang pasti ramai di antara kita pasti merancang untuk membina kehidupan baru, memilih insan baru dalam hidup, menerima insan lahir dalam kehidupan dan sebagainya. Malah sudah pasti ramai yang merancang untuk berpindah ke kediaman baru untuk sebuah rasa bahagia.
Hidup ini sudah cukup sarat dengan pelbagai dugaan.Tak perlu kita kusutkan suasana kediaman dengan pelbagai perhiasan yang tidak perlu. Biarlah yang lain mengatakan kediaman kita tidak semewah yang lain atau tidak gah dengan perhiasan kelas 1. Apa yang penting peranan kediaman itu cukup memberi rasa kebahagiaan dan rasa senang juga memudarkan rasa sakit hati jika punya.
Pilihan warna pucat, mungkin masih lagi relevan bagi kita. Melahirkan suasana tenang dan tenang. Kita adakala terlepas pandang apabila menghias kediaman. Jujur pada diri kita dan ikhlas menyediakan ruang itu untuk kita.Mudah disuai padan dan bersifat ever green. Maksudnya tidak perlu berlumba dengan yang lain . Biarlah segenap ruang yang ada memberi rasa lapang dan keindahannya merupakan identiti personaliti kamu. Rona pudar, sentuhan lembut namun memberi kekuatan kita menerimanya. Ruang tampil luas dan umpama berbisik.
Buka carta cat, cari pilihan warna di bawah katagori shades of white. pelbagai biasan rona dalam rona putih boleh anda pilih sebagai latar pada ruang. Dari kekuningan, kebiruan, kehijauan mahu pun kemerahan… Atau jika mahu sedikit rona yang lebih terang, barisan rona pastel pudar dapat memberi kepuasan pandang pada anda. Ia umpama magis, makin dipandang makin mahu kita melihatnya. SImple-simple je di IMPIANA.
Pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ruangan peribadi di bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami...