Untung kalau dapat rumah sewa “partly furnished” tapi biasa harganya akan “up” sikit. Kalau dapat rumah sewa yang kosong atau asas sahaja? bahagian dapur hanya ada sinki sahaja. Nak buat macam mana? boleh cuba tiru idea Adiha Adib ni. Hanya guna meja banquet.
Buntu tak kalau dapat dapur rumah sewa yang kecil? Lepastu hanya ada sinki. Tenang je gais!
Ini la hasil, Sebelom & Selepas Cara susun atur & bagaimana kami DIY Meja Banquet Dengan harga mampu milik
Hari Pertama Masuk, Hanya ada Sinki Sahaja.
Seminggu pindah, dah la bulan puasa masa ni. Masak pun main-main je.
DIY Meja Banquet Menjadi ala Kabinet Mewah dengan Harga Mampu Milik:
1) Pastikan ada meja banquet yg muat untuk ruang dapur yg diperlukan (contoh Gambar bersaiz: 76 x 122 x 45 cm)
Meja banquet:
• Carousell : Rm45 (Nak beli baru, boleh beli online je RM 70 dekat link ni https://invol.co/cl2at9i )
2) Beli kayu terpakai yg sama lebar dengan Sinki.
(Take Note Ketebalan Kayu, contoh: 1.2cm)
Ads
Panjang kayu mengikut yg diperlukan.
Contoh: Dari dinding ke Sinki
Kayu:
• Kayu Terpakai Meru : 2 keping Rm25
3) Tinggikan Meja Banquet selaras dengan Sinki, menggunakan besi yang beli di kedai hardware
(8 batang untuk 2 meja banquet)
Ukur siap2 Panjang Besi yg diperlukan,
Baki Ketinggian yg diperlukan =
Ketinggian Sinki – (Tinggi Meja Banquet + Ketebalan Kayu)
Ads
Panjang besi =
Baki Ketinggian yg diperlukan + Panjang Asal
Besi
• 8 batang RM17
4) Hantar weld besi tadi untuk lebih kukuh Upah : RM60
Kemasan langsir pada meja bouquet:
Tampal Velcro (belah kanan) menggunakan GAM. GAM Dunlop RM3+ beli dekat kedai DIY
• Langsir meja + Velcro : RM83 beli online dekat link shopee ni je https://invol.co/cl2ate6
Tinggi Sinki: 92.5cm
Panjang: <<600cm
Skirting Miety Zain Rak (Lerberg): RM69 Ikea
Memang sedap makan makanan ketika hangat. Mak-mak dulu pun selalu pesan, kalau makanan dah sejuk, panaskan dulu sebelum makan. Tapi, ada satu makanan yang lebih sesuai dimakan ketika sejuk. Sejuk di sini tidak lah bermaksud sejuk beku. Tapi sejuk pada suhu bilik.
Sekali lagi, Fatimah Salim berkongsi tip makanan di dalam group Makmal Makanan (MaMa). Kali ini, mengenai kebaikkan makan nasi sejuk
Berita baik kepada penggemar nasi sejuk. Tahukah anda nasi yang disejukkan akan berkurangan nilai kalorinya?
Asasnya, beras mengandungi karbohidrat berstruktur komplex (aka kanji) iaitu amylose dan amylopectin. Kedua kanji ini terbentuk daripada rantaian gabungan ratusan ribu molekul kecil glukosa.
Dapatan kajian membuktikan menyejukkan nasi sebelum makan dapat menukarkan sifat kanji kepada kanji degil (resistant starch) yang bermaksud sukar untuk dicernakan oleh enzim pencernaan. Ini kerana, apabila nasi disejukkan, kanji akan mengalami proses penyusunan semula struktur rantaian molekul glukosanya menjadi lebih padat daripada struktur kanji yang asal. Proses ini dikenali dengan retrogradation.
Keadaan ini akan menyebabkan proses pencernaan menjadi lebih sukar di mana susah bagi enzim tadi untuk memecahkan kanji kepada molekul kecil glukosa. Dengan berkurangnya molekul glukosa yang terhasil, maka berkuranglah molekul glukosa yang diserap ke dalam darah, maka rendah kesan glisemiknya dan kuranglah hasil kalorinya ke atas badan.
Apakah yang berlaku kepada kanji degil ini?
Disebabkan kanji degil ini tidak mampu dicernakan oleh enzim yang berkaitan dalam sistem penghadaman, maka ianya akan ditolak ke dalam usus besar dan akan difermentasi oleh bakteria di sana. Proses penguraian oleh bakteria ini akan menghasilkan gas hidrogen, metana dan asid lemak. Asid lemak akan digunakan oleh badan, manakala gas hidrogen dan metana ini jika tidak dikeluarkan (dalam bentuk kentut) boleh menyebabkan kembung atau lebih dikenali dengan istilah ‘angin’.
Disebabkan rendah indeks glisemik, nasi sejuk bagus untuk mengurangkan risiko kencing manis dan kegemukan. Namun, mereka yang menghadapi masalah ‘kembung’ tidak digalakkan disebabkan kebarangkalian pengumpulan gas dalam usus besar. Dan yang paling penting, JUMLAH HIDANGAN harus diambil kira untuk mendapatkan kesan ini. Walaupun makan nasi sejuk, jika kuantiti yang diambil adalah banyak, tiada manfaatnya juga.
Nota: Nasi sejuk yang dimaksudkan di sini ialah nasi yang TIDAK basi ya. Cara untuk menentukan nasi sudah basi atau belum ialah dengan melihat perubahan dari segi rupa, warna, tekstur dan rasa. Sekiranya nasi masih lagi berkeadaan baik, maka bolehlah dimakan. Jika tidak, boleh buang, bagi haiwan ternakan atau dijadikan baja tumbuhan saja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cawan, gelas dan balang kaca yang sudah makan tahun dan kerap digunakan lama kelamaan akan mula kusam. Kebiasaanya, ia disebabkan oleh sisa bahan yang melekat pada dinding kaca yang suakr dilihat dengan mata kasar dan tidak mudah dibersihkan begitu sahaja. Kebiasaanya, ramai pengguna menggunakan bahan peluntur untuk menanggalkan lapisan kerak tersebut.
Tahu kah anda, bahan peluntur tersebut terut mengundang bahaya walaupun tealh di bilas bersih? Ada cara atau kaedah lain yang lebih efektif dan mudah boleh dilakukan.
Bahan-bahan: Kapur masakan
Span
air
Cara-cara: 1. Adun kapur masakan dengan sedikit air menjadi seperti pes ubat gigi
2. Lumurkan pes kapu pada keseluruhan cawan atau balang kaca yang hendak dibersihkan
3. Basahkan span dan gosok perlhan-lahan permukaan kaca
4. Cuci bersih cawan atau balang kaca dan lap dengan kain bersih sehingga kering
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Walaupun ruang tamu itu sudah diperhiaskan dengan pelbagai cara design yang menarik, ada perabot-perabot yang lawa dan cantik, tetapi ia tidak akan cukup juga kalau kita tidak memperhiaskan dinding di ruang tamu itu. Jikalau kita hias dinding ruang tamu itu dengan banyak cara atau banyak benda yang kreatif, pasti ruang tamu kita akan nampak lebih meriah. Oleh kerana itu, hari ini saya akan memberi tips, apa yang perlu anda buat untuk menghias dinding di ruang tamu anda.
SULAMAN JARUM TEBUK
Sulaman jarum tebuk adalah salah satu teknik sulaman yang selalu digunakan untuk menghasilkan permaidani yang gebu, dan ia telah menjadi bualan penggemar sulaman dan kraf sepanjang tahun. Pelbagai tekstur yang dihasilkan oleh jarum pukulan ini menjadikan hasil jahitan anda satu-satunya. Tekstur sulaman ditentukan oleh saiz jarum berlubang dan jenis benang yang digunakan. Semakin tebal benang atau bulu yang boleh digunakan, semakin besar saiz jarum. Kaedah paling mudah untuk memulakan projek sulaman jarum tebuk ini ialah mendapatkan kit jarum tebuk, yang merangkumi jarum tebuk pelbagai saiz, gelung kayu sulaman, benang atau bulu dalam pelbagai warna, dan kain bersulam.
MAKRAME
Simpulan Juraian dan makrame ialah dua cara menarik untuk menghiasi dinding rumah anda. Prosedur menghasilkan makrame bergantung pada tahap kecekapan anda. Jika anda baru bermula dengan makrame, mulakan dengan ikatan dan simpulan yang mudah. Penghiasan makrame hanya memerlukan dua bahan iaitu kayu panjang dan benang yang kuat. Benang makrame terdiri daripada pelbagai gentian. Benang kapas dan sintetik antaranya. Ternyata sesiapa yang pernah menjadi ahli organisasi pengakap semasa di sekolah menengah mendapat manfaat daripada mengetahui cara mengikat benang makrame.
HIASAN GANTUNG TANAH LIAT POLIMER
Aksesori hiasan dari tanah liat polimer ini, sudah banyak kita nampak dijadikan sebagai anting-anting atau rantai leher. Jadi, apa salahnya jikalau kita ambil idea ini, kita memperhias dinding ruang tamu dengan sebuah hiasan yang bergantung. Bergantung pada jenama, tanah liat polimer hanya akan menjadi pejal apabila dibakar pada suhu tertentu. Tanah liat polimer ini lazimnya digunakan sebagai hiasan tambahan kepada konsep rumah bohemian dan umumnya bertemakan rona bumi seperti coklat, merah, dan kelabu untuk hiasan dinding ruang tamu. Cara membuatnya senang sahaja, dan tidak rumit, malah, tidak mahal. Anda hanya perlukan penggelek, acuan kuih bergantung kepada kreatifiti anda, tali makrame, serta oven.
Jadi, itu sahaja tips-tips yang saya boleh berikan untuk menghiasis dinding ruang tamu anda. Jikalau anda berminat, anda boleh cubanya dan sarankan kepada rakan-rakan anda.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.