Mak Kreatif Dekor Lukis Gambar ‘Hulk’ Sembunyikan Bahagian Pintu Tandas Pecah. Bila anak kecil terkunci dalam tandas, memang cemas dibuatnya. Dalam keadaan panik selalunya memang tak dapat berfikir panjang, asalkan anak dapat diselamatkan dengan cepat.
Menerusi perkongsian di Tiktok momsterlily, tanpa berfikir panjang wanita ini telah menendang pintu tandas di rumahnya sehingga mengakibatkan ia pecah, demi ingin segera menyelamatkan anak keduanya yang terkunci di dalam.
Lukis Gambar ‘Hulk’ Sembunyikan Bahagian Pintu Pecah
Namun perkara yang mencuri perhatian ialah pintu pecah tersebut, tidak ditukar dengan pintu yang baru, sebaliknya wanita ini cukup kreatif dalam mencari solusi yang tersendiri dengan mendekor bahagian tersebut.
Bahagian pintu yang pecah telah dilukis dan diwarnaka dengan karakter kartun Hulk yang berasal dari komik Marvel.Hulk merupakan karakter yang mempunyai fizikal besar, berotot dan kuat, sekaligus simbol kekuatan luar biasa. Memang kreatif dan cukup berseni, jimat kos tak perlu tukar pintu baru, malah bahagian yang pecah pun dapat ‘disembunyikan’!
Ads
Memang terbaik!
Ads
IMPIANA: Kreatif sungguh wanita ini, tak perlu tukar pintu baru, kerosakan pun dapat disembunyikan.
Bilik tidur juga memainkan peranan yang penting dalam emosi seharian kita. Malah, dekorasi juga boleh membangkitkan rasa romantis. Bakal pengantin, pengantin baru atau pengantin lama apa kata cuba ambil masa untuk belajar tukar dekorasi di bilik tidur anda dan pasangan.
Tak perlu lagi ke hotel 5 bintang untuk rasai suasana romantik, dekat rumah pun boleh okay! Mari lakukan 4 tip dekorasi ni…
Warna cat yang paling selamat untuk mengayakan bilik anda. Namun anda kena hati-hati tidak terlalu memonopoli dengan warna-warna ini kerana ia boleh nampak terlalu sarat. Mainkan warna tambahan untuk neutral kembali bilik dari gabungan perabot dan aksesori bilik.
Watak utama dalam bilik tidur semestinya katil. Hiaskan katil anda dengan gaya cadar yang menggunakan fabrik selesa. Cadar romantik biasanya dikaitkan dengan cadar beropol, bercorak kosong dan selimut tebal. Sediakan juga beberapa untuk menarik rasa katil adalah tempat yang selesa dan sempurna romantis.
Nak wujudkan mood romantis perlu menggunakan pencahayaan tepat. Mungkin ada boleh sediakan lampu meja atau lampu lantai yang beri kesan malap dan samar-samar.
Nyalakan lilin aromaterapi atau bauan nyaman sebagai penambah seri bilik. Malah cahaya malap lilin boleh menggantikan lampu-lampu biasa. Konsep sebegini boleh dilakukan pada hari istimewa anda dan pasangan atau memerlukan waktu rileks bersama.
Jadi, cubalah terapkan elemen dan tip yang diberikan ini. Pasti menaikkan mood korang!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sunday Bedding tampil dengan kolaborasi pertama di Malaysia bersama pereka tempatan Shan Shan Lim, mempersembahkan koleksi eksklusif yang meraikan keindahan alam semula jadi dalam gaya lembut dan menenangkan. Dihasilkan dengan penuh teliti, setiap helaian dalam koleksi ini bukan sekadar cantik, tetapi membawa maksud, mengangkat kreativiti anak tempatan sambil mengekalkan keselesaan sebagai keutamaan utama dalam ruang peribadi anda
Sunday Bedding, jenama Singapura yang diasaskan pada tahun 2018 oleh Alex Fan dan Clara Teo, bertekad untuk memudahkan cara orang ramai membeli cadar berkualiti tinggi. Berbekalkan lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang tekstil menerusi latar belakang keluarga Alex, jenama ini menawarkan produk premium yang direka dengan teliti dan disesuaikan mengikut keutamaan tidur individu, daripada set cadar Bamboo dan Linen Perancis sehinggalah ke pakaian santai dan produk gaya hidup.
Sunday Bedding dengan bangganya memperkenalkan koleksi Shapes of Time, satu kolaborasi eksklusif bersama artis ternama Malaysia, ShanShan Lim. Pelancaran berlangsung di Suite17, Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur. Dikenali dengan karya multidisiplinnya di Asia dan Eropah, ShanShan menyuntik koleksi ini dengan warna-warna ceria dan bentuk organik yang mencerminkan ritma semula jadi yang tenang. Ini merupakan kerjasama artis Malaysia pertama Sunday Bedding, satu langkah berani yang mentakrifkan semula bilik tidur sebagai ruang untuk rehat dan refleksi kreatif, tempat seni bertemu ritual tidur harian.
“Kami sentiasa percaya bahawa bilik tidur anda seharusnya mencerminkan bagaimana anda ingin berehat,tenang, berpijak di bumi dan damai,” kata Clara Teo, Pengasas Bersama Sunday Bedding. Dengan koleksi Shapes of Time, kami ingin mencipta cadar yang memperluaskan ruang emosi itu.
Dihasilkan dalam rona Dusty Lilac yang menenangkan dan dihiasi dengan motif lukisan tangan ShanShan, koleksi ini menjadikan cadar satu pengalaman yang bersifat sentuhan dan emosi. Dicetak pada fabrik Bamboo Sateen seratus peratus, ia sangat lembut, sedikit berkilau, menyerap lembapan dan tidak mudah berkedut, sesuai untuk mereka yang mudah berpeluh dan mudah dijaga. Ia adalah keselesaan tanpa kompromi, direka untuk membantu anda kembali kepada rehat yang lebih bermakna.”
Diilhamkan daripada residensi seni pereka di Mykonos, rekaan ini menggambarkan bentuk batuan yang tajam, ritma lautan dan ketenangan hidup di pulau.
“Dilukis dengan tangan dan disunting secara digital, ia mengekalkan rasa semula jadi. Saya ingin koleksi ini terasa seperti satu hembusan nafas perlahan, ekspresi visual kepada beristirahat,” kongsi artis ini.
Selain daya tarik visualnya, koleksi Shapes of Time turut mencerminkan komitmen berterusan Sunday Bedding terhadap kelestarian. Setiap helaian diperbuat daripada Bamboo Sateen seratus peratus, fabrik yang dihasilkan daripada tanaman semula jadi yang boleh tumbuh semula dengan cepat menggunakan air hujan sahaja, tanpa memerlukan pengairan atau baja tiruan.
Berbanding kapas, buluh menggunakan 80% kurang air dan menyerap lebih banyak karbon dioksida berbanding yang dilepaskan ketika penuaian, menjadikannya bahan mesra alam yang bersifat karbon-negatif. Semua produk Sunday Bedding juga diperakui MADE IN GREEN oleh OEKO-TEX®, yang memastikan ia bebas daripada bahan berbahaya serta dihasilkan di fasiliti yang bertanggungjawab dari segi alam sekitar dan sosial. Setiap produk turut disertakan dengan ID label unik, membolehkan pelanggan menjejaki perjalanan lestarinya di laman web OEKO-TEX®.
Koleksi Shapes of Time oleh Sunday Bedding berharga antara RM838 hingga RM1208 untuk satu set cadar lengkap, cadar bergetah bermula dari RM250, sarung selimut bermula dari RM450, dan sepasang sarung bantal pada harga RM138. Ia akan mula dijual di laman web rasmi mereka, Shopee MY atau di Unplug bermula 26 Julai 2025.
Fungsi papan pemotong di dapur memang tidak dapat disangkal lagi. Kepentingannya ibarat air dan udara buat manusia. Tetapi malangnya, jangka hayat bagi sesebuah papan pemotong tidak lama. Lebih-lebih lagi jika digunakan setiap hari, papan pemotong akan cepat kotor, tambahan pula ia juga mudah menjadi pusat perkumpulan dan pembiakan kuman!
Jadi bagi menjamin makanan yang disediakan untuk keluarga kita bersih dan selamat, adalah lebih baik jika kita mencuci papan pemotong dengan kerap. Tidak memadai hanya dicuci menggunakan sabun setiap kali selepas diguna, ahli kimia Dr Fatimah Salim ada berkongsi cara mencucinya dengan lebih menyeluruh dan mendalam. Mari kita semak perkongsian bermanfaat ini.
Tahukah anda, papan pemotong merupakan alat penggunaan dapur yang paling kotor?! Jika tidak dibersihkan dengan betul dan kerap, ianya boleh menjadi ‘sarang’ kepada beribu jenis kuman.
Ada banyak petua dan cara membersihkan papan pemotong ini. Namun bergantung kepada tahap kekotoran, kadang-kadang ianya tidak berkesan perlukan lebih masa, usaha dan tenaga (menyental).
Di sini, saya kongsikan cara yang lebih mudah, cepat dan tanpa perlu menyental. Cara ini hanya sesuai untuk mereka yang berani, teliti dan cermat.
• Lap dan keringkan permukaan yang perlu dibersihkan.
• Tuangkan cecair peluntur Clorox secara perlahan-lahan pada bahagian papan pemotong yang kotor. Pastikan seluruh permukaan yang mengandungi kotoran degil berjaya dibasahkan. Boleh gunakan sudu keluli tahan karat untuk ratakan.
• Tinggalkan selama 30 minit untuk tindakbalas yang optimun. Atau lebih lama bergantung kepada hasil yang diperolehi.
• Cuci dan rendam papan pemotong seketika sehingga BAU cecair peluntur hilang. Ini untuk memastikan tiada cecair peluntur yang tertinggal pada papan pemotong.
• Dan gunakan seperti biasa.
1) Cecair peluntur Clorox mengandungi bahan kimia aktif natrium hipoklorit yang bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air.
2) Bahan kimia dalam Clorox ini larut dalam air dan mudah meruap. Maka, dengan merendam seterusnya membasuh dengan air tidak akan meninggalkannya pada papan pemotong ini.
3) Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng kerana cecair peluntur mudah meruap dan menghasilkan bau yang kuat. Ianya boleh menyebabkan komplikasi lain.
4) Pastikan aktiviti ini dibuat dalam ruang yang mempunyai pengudaraan yang baik contoh ruang terbuka atau ada tingkap.
Nota: Tidak perlu tuang banyak cecair peluntur ini. Cukup sekadar rata ke permukaan yang perlu dibersihkan. Jimat dan kurang bau yang tidak menyenangkan.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.