
Ada atau tidak di kalangan anda mempunyai barangan elektrik yang telah rosak? Malah, pelbagai cara telah dilakukan namun punca masalah kerosakan masih belum diketahui dan tidak dapat di atasi.
Tahukah anda, sebenarnya berkemungkinan barangan elektrik di rumah anda tidak lagi dapat berfungsi dengan baik oleh hanya kerana masalah kecil seperti wayar putus. Jika wayar putus tersebut dibaiki, barangan elektrik anda masih lagi boleh diguna pakai dengan baik.
Jadi, bagaimana caranya untuk memeriksa wayar pada barangan elektrik anda sama ada putus atau tidak? Anda ingin mengetahui bagaimana caranya? Mari bersama IMPIANA belajar bagaimana cara untuk melakukannya!
Dalam episod Tip Impiana bersama Sis Letrik, kami tampilkan Cik Aqilah, pengasas dan pemilik Aiszzy Electronics Enterprise untuk berkongsi tip dan cara mudah untuk memeriksa wayar putus pada barangan elektrik di rumah anda dengan menggunakan satu peralatan elektrik iaitu Digital Multimeter.
Sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana caranya untuk membaikinya, anda boleh tonton video penuh pautan di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Bertemakan Konsep Scandinavian, Zulin Aziz Hanya Berbelanja Dalam RM50,000 Untuk Dekorasi Dalaman Rumah
10 Tip Basuh Langsir WAJIB Tahu, Langsir Sentiasa Nampak Baru

Ramai yang salah langkah apabila mencuci langsir. Sebab tu, langsir anda mudah rosak atau kelihatan buruk selepas dicuci. Sebenarnya, untuk mencuci langsir bergantung kepada jenis material kain tersebut sama ada ia boleh dibasuh dengan mesin basuh ataupun tidak. Sebagai contoh, material kain langsir yang lebih ringan adalah sesuai untuk pembasuhan di dalam mesin basuh manakala jenis material berat, tidak digalakkan. Berikut ialah teknik – tekniknya;
1. Jika mesin basuh anda dilengkapi dengan kitaran basuhan untuk fabrik lembut, pilih untuk menggunakan sistem itu. Jika sebaliknya, pilih penggunaan kitaran cool wash ataupun slow spin.
2. Tuangkan pencuci fabrik harian anda di dalam mesin basuh lebih kurang dua penutup.
3. Sekiranya kain langsir terlekat kotoran degil, sebelum membasuh dengan menggunakan mesin basuh rendamkan terlebih dahulu kain langsir lebih kurang 15 – 30 minit di dalam sebatian baking soda dan cuka putih. Kemudian bilaskan kain langsir dan masukkan ke dalam mesin basuh.
4. Jika anda bimbang kain langsir merenyuk, jangan ambil risiko membasuhnya dengan menggunakan mesin basuh. Lakukan dengan basuhan tangan sahaja.
5. Untuk mengekalkan langsir yang cantik dan bebas bau yang kurang menyenangkan, gunakan vakum ataupun berus lembut untuk menyingkirkan habuk dan kotoran. Serta semburkan dengan haruman fabrik.
10 TIP CUCI LANGSIR IMPIANA
1. Sheer curtain anda menjadi kelabu? Jangan bimbang, rendam sahaja langsir anda dan biarkan semalaman. Kemudian basuh dan bilas seperti biasa. Jika keadaannya masih agak kekuningan disebabkan oleh kesan kimia cahaya matahari, tukarkan fungsinya kepada hiasan katil seperti kelambu atau pembahagi ruang. Paling penting dengan cucian sempurna ia bukan sahaja berbau wangi dan segar, malah bersih serta masih boleh dikitar semula.
2. Kucing anda semburkan ‘haruman’ pada langsir anda? Jangan panik! Anda boleh rendamkan bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda itu sahaja atau memilih untuk merendamkan keseluruhan langsir. Sebelum merendamkannya ke dalam cecair cucian, sapukan bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda dengan ubat gigi. Biarkan dalam sejam dua. Kemudian terus merendam ke dalam cecair pencuci agar bau kencing kucing hilang, malah tidak boleh dihidu oleh kucing anda.
3. Bagi langsir yang menggunakan kain tebal, anda boleh menggunakan bulu yam atau fabrik pembasmi habuk. Anda boleh lap debu atau habuk yang melekat pada langsir. Lakukan seminggu sekali terutamanya jika anda menetap di kawasan bandar. Manakala bucu langsir pula boleh disedut dengan menggunakan penyedut hampagas. Ada kalanya debu-debu seumpama inilah yang menjadikan fabrik nampak kotor dan kelabu terutamanya bagi anda yang memilih fabrik daripada jenis renda kasar.
4. Bagi yang menggunakan renda, anda juga boleh merendam seketika dengan air panas bersama serbuk pencuci agar rongga jalinan terbuka dan membebaskan kotoran pada celah-celah jalinan benang.
5. Awas! Jika anda menggunakan fabrik sheer halus yang eksklusif, pastikan anda menggunakan mesin basuh daripada cucian lembut supaya ia tidak merosakkan kain.
6. Pastikan anda hanya mencuci langsir sahaja di dalam satu bekas cucian terutamanya jika anda membasuh langsir yang berwarna gelap. Ini bagi mengelakkan warnanya tidak berbelak atau luntur .
7. Anak anda suka menepek gula-gula getah pada langsir? Tentu anda sakit hati bukan? Tenang ya! Anda boleh terus menggosok gula-gula getah tersebut dengan air batu sehingga keras. Kemudian anda boleh menariknya dengan mudah.
8. Jika langsir anda mempunyai tiga panel, anda boleh menukar bahagian panel yang anda mahu dan gantikannya dengan fabrik baharu yang bersesuaian terutamanya di bahagian bawah yang selalunya lebih kotor daripada bahagian atas.
9.Elakkan membasuh swag dengan mesin basuh terutamanya jika anda menggunakan swag daripada jenis satin polos. Ini boleh menjadikan juraian kain langsir anda berkedut dan amat payah untuk anda menggosokkannya nanti.
10.Bagi yang memilih langsir klasik, tali ikatan dengan tassel jangan dibasuh dengan menggunakan mesin basuh. Seandainya kotor, memadai dengan merendamkan tassel tersebut semalaman. Gunakan berus gigi terpakai untuk menyental lembut segala kekotoran jika perlu.
Buntu Pilih Material ‘Backsplash’? Ini 4 Jenis Material Terbaik Jadikan Dapur Lebih Menonjol

Backsplash atau kemasan dinding pada bahagian belakang sinki adalah satu perkara yang selalu kita pandang remeh ketika dalam proses renovasi rumah khususnya di dapur. Fungsi utama backsplash adalah bagi menghalang dan mengelak dinding dari terkena air seterusnya mengotorkan bahagian tersebut. Ia tidak perlu terlalu dominan dan menyakitkan mata, namun jika ia terlalu hambar, anda pasti akan tertanya-tanya mengapa ruang dapur anda kelihatan kusam..
Kaca
Material kaca sesuai digunakan untuk dapur yang berkonsepkan minimalis dan moden. Material kaca mudah dibersihkan selain buat dapur anda nampak lebih clean dan elegant . Sifat reflektif kaca juga dapat memberikan efek luas pada dapur yang kecil. Penggunaan material kaca harus sering dibersihkan agar kaca backsplash tetap terjaga rapi dan tidak dikotori kesan minyak atau makanan.
Batu Marmar
Marmar adalah antara material pilihan popular untuk backsplash. Selain mudah dibersihkan material ini juga menciptakan aura elegan dan mewah. Marmar juga sangat keras dan tidak mudah pecah menjadikannya antara bahan yang bagus untuk jangka masa panjang. Selain untuk dinding anda juga boleh gunakan marmar untuk material counter top anda.
Stainless Steel
Stainless steel merupakan material anti-karat yang mudah dibersihkan. Kotoran hanya perlu dilap dengan kain lembap tanpa perlu bersusah payah. Material stainless steel sesuai untuk dapur yang bertema industrial dan moden. Stainless steel sebagai backsplash juga sering digunakan di dapur-dapur profesional seperti hotel atau restoran.
Jubin Seramik atau Porselin
Material paling common yang kita lihat untuk backsplash ini menjadi pilihan ramai kerana ia amat versatail dan mudah disesuaikan denagn konsep mengikut kehendak pemilik. Dan dari aspek kos pula, harganya berubah ubah bergantung pada saiz, ketebalan dan bentuk yang anda pilih. Tetapi jangan risau, terdapat ribuan pilihan jubin yang sesuai dijadikan lapisan pada dinding, anda hanya perlu pilih yang kena denga bajet dan gaya sahaja.
Cara Selamatkan Barang Elektrik dan Kereta Ketika Banjir

Tip hadapi banjir saat musim hujan perlu diketahui semua anggota keluarga, agar ketika banjir datang semua anggota keluarga berupaya mempersiapkan diri dan barang-barang yang harus diselamatkan. Berikut adalah 7 perkara yang perlu anda lakukan segera apabila amaran banjir peringkat awal diterima:
1. Hindarkan alat elektronik dari air
Tutup dan cabut semua perkakas elektrik anda. Pastikan tiada wayar elektrik yang terjuntai mahupun berselirat di atas lantai. Karang tak pasal-pasal terkena renjatan pulak. Lebih elok, padamkan terus bekalan elektrik keseluruhan rumah pada main box.
Kalu ada barang-barang di dlam peti sejuk.. keluarkan semua dan letakkan di tempat yang tidak terkena panas matahari. Kalu tak nanti satu hal pulak anda nak kemaskan barang-barang yang telah rosak di dalam peti ais tu.
langkah ini bukan sekadar menyelamatkan harta diri anda dari terkene renjatan elektrik, malah mampu mengawal ia dari rosak tau.
2. Selamatkan dokumen penting
Perkara ke-2 yang wajib anda lakukan adalah selamatkan dokumen penting antaranya sijil-sijil sama ada sijil beranak akedemik dan sebagainya. tak payah pilih-pilih, angkut jer semua. jangan lupa juga, gran tanah dan kerete. simpan dalam satu palastik yang sama. Kalau boleh plastik kalis air. Dan baru simpan dalam beg.
3. Cabut Bateri Kereta dan Motor
Air dah mula naik, namun kenderaan anda masih tak di alihkan. Ada yang berani, dalam keadaan banjir tue nak redah jugak untuk selamatkan kenderaan. Tahu tak, walaupun dalam ketinggian air 9 inci, ia pon boleh menggerakkan kenderaan. Jadi untuk atasinya, anda cabutkan sahaja bateri kereta tu seperti yang disarankan oleh pelajar ini.
4. Hindar keluar di malam hari
Waktu malam penglihatan terbatas. secara tidak langsung ia menyukarkan pergerakkan anda. Duduk jer diam-diam dirumah melainkan jika keadaan amat mendesak dan anda telah menerima arahan pihak berkuasa untuk berpindah.
5. Jangan bermandi manda dalam banjir pulak
Banjir antara waktu paling mengembirakan bagi kanak-kanak. Sebab masa tue die orang rasa macam rumah tepi sungai je. Dalam tak sedar, tiba-tiba bah air banjir datang dan boleh menghanyutkan kanak-kanak tadi. Oleh itu, ibu bapa harus mengawasi dan pantau anak-anak mereka.
6. Pakai kasut ketika meredah banjir
Ramai beranggapan perkara ini remeh. Lebih kepada khutir kasut di hanyutkan air dan basah. Sebab tu mereka lebih suka menanggalkan kasut ketika berjalan dalam air. Seklai tak sedar, terpijak benda-benda tajam. Kan dah masalah lain jadinya.
7. Jaga kebersihan
Ketika musim banjir nilah wabak mudah merebak. Dengan keadaan yang sentiasa lembap, tambahan pula kebersihat tidak dijaga. Pathogen penyakit ni mudah membiak dan cepat. Oleh itu, elak ambil sumber air dari banjir dan pastikan air yang diminum telah dimasak. Makan perlu sentiasa bertutup dan tempat tinggal perlu bersih.