Masakan terhangit? walaupun hanya pada dasar periuk atau kuali sahaja, namun aroma hangit mengganggu selera. Walaupun bahagian hangus telah di asingkan, namun aroma hangit tetap menjejaskan masakkan atau makanan. Terdapat 4 cara mudah dan praktikal untuk hilangkan bau hangit pada makanan
1. CILI KERING
Letakkan beberapa batang cili yang dah dibuang tangkainya dan dibasuh bersih terlebih dahulu dalam periuk. Tutup periuk dan biarkan seketika. Lepas tu keluarkan semula cili tersebut. Kalau takut pedas, buang dulu biji cili tau. Tak ada cili biasa, gantikan dengan cili kering pun boleh.
Ads
2. KENTANG
Basuh bersih kentang dan potong kecil. Letakkan dalam periuk dan tutup rapat. Nanti bau hangit tadi akan diserap kentang.
Ads
3. DAUN PANDAN
Aroma pandan pembangkit selera. Nak masak nasi biasa kalau diletakkan beberapa helai daun pandan, aromanya sangat wangi. Selain itu juga, pandan sesuai menghilangkan aroma hangit.
Ads
4. KEPINGAN ROTI
Asingkan bahagian yang hangus dan letakkan beberapa keping roti pada makanan tidak hangus tadi. Tutupkan bekas makanan tersebut dalam tempoh 15-20 minit untuk memberi peluang roti menyerap aroma hangus tadi
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Peti sejuk, bukan sahaja tempat menyimpan makanan malah menjadi habitat terbaik pembiakkan bakteria jika salah diurus. Oleh itu, untuk mengalak peti sejuk anda menjadi tempat pembiakkan bakteria, ia perlu sentia bersih. Sudah pasti, salah satu faktor utama untuk memastikan petia sejuk anda bersih, pastikan ia keams tersusun. Nak lebih mudah, gunakan wadah khas. Berikut 10 item bawah RM 10 untuk peti sejuk yang setiasa kemas dan bersih. BELI ONLINE LAGI MURAH
2.Tapis gantung
Sama seperti bekas gantung tadi, cuma yang ini jenis bakul yang sesuai untuk menyimpan bahan yang memerlukan pengudaraan seperti buah-buahan (klik sini untuk https://invol.co/cl1ea57)
7. Ziplock bag
Kebiasaanya, ziplock bag nipis dan pakai buang. Tapi, ziplock bag ni sesuai untuk simpan cecair dan boleh dipakai berulang kali (Klik sini untuk beli https://invol.co/cl1eakj)
Ramai yang alami masalah, tanam pokok buah dah bertahan-tahun matang tapi masi kedekut berbuah. Betul tak? Almaklumlah, kita ni bukan petani hebat yang penuh dengan trik dan tip berkebun. Baja pun ikut cadangan kawan-kawan je.
Sebenarnya, pembajaan bukanlah antara faktor utama memastikan pokok anda berbuah. Ada perkara yang lebih penting dilakukan iaitu dari pering penanaman. Mohd Ikwan Hussin berkongsi langka-langkah yang perlu dilakukan untuk tanam pokok agar cepat berbuah.
Alhamdulillah, pokok cempedak yang di tanam 6 tahun lalu dah masuk 3 musim berbuah.
1. Gali lubang lebih besar dari poli beg. Lebih besar lagi bagus. Kalau tanah di lokasi keras, lebih besar lubang tanaman perlu lebih besar untuk membolehkan akar stabil apabila matang.
2. Sebelum letak anak pokok, masukkan dulu tanah hitam di bahagian bawah. Ia pentig bagi memastikan kesuburan akar
3. Masukkan anak pokok dan kambus semula lubang tanaman sehingga penuh
4. Sediakan sungkupan pada pangkal anak pokok yang baru ditanam. Boleh guna sabut kelapa, daun kelapa atau apa sahaja yang bersesuaian. Ia penting bagi mengekalkan kelembapan pada tanah untuk tempoh yang lama
5. lakukan siram secukupnya.
TIP PENTING: Lakukan proses penanaman di waktu petang. Ia memberi peluang keapda akar untuk beradaptasi dengan persektaran baru tanpa gangguan terik mentari yang boleh melayukan pokok yang baru ditanama. Lebih teruk, terik mentari akan menyebabkan tanaman mati kerana cepat terhidrasi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah mencetuskan kebimbangan global. Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan Malaysia bagi menyekat penularan wabak ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha menyebarkan informasi sebagai panduan seluruh rakyat Malaysia.
Antara langkah-langkah pencegahan yang disyorkan adalah mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan dan memakai pelitup muka bila berada di tempat-tempat awam.
Atas dasar ini juga, Karangkraf Medicare mengambil inisiatif untuk menghasilkan pelitup muka yang terjamin dari segi kualiti dan cara pembuatannya.
Pelitup muka Karangkraf setakat ini telah mencapai standard ujian parameter EN14683:2019. Ujian yang dijalankan oleh Eurofins Lab ini membuktikan pelitup muka Karangkraf Medicare mencapai tahap penapisan tinggi dengan BFE ≥98% dan PFE ≥95%, sekali gus melayakkan pelitup muka yang dihasilkan mencapai gred ‘MEDICAL’.
Tagline ‘Suci dan Bersih’ diguna pakai sebagai langkah bagi memperkuatkan lagi jenama pelitup muka Karangkraf Medicare. Malah, Karangkraf Medicare diperakui mempunyai ruang pembuatan yang bersih dan terjamin dari segi pembuatannya.
Istimewanya, pelitup muka Karangkraf Medicare ini terletak pada ‘Hygiene Case’ yang didatangkan bersama set Karangkraf Plus.
Tujuan utama diperkenalkan ‘Hygiene Case’ ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam betapa pentingnya menjaga kebersihan pelitup muka di samping mendidik masyarakat agar sentiasa mengamalkan cara penyimpanan dan pembuangan pelitup muka yang betul.
Rata-rata, rakyat Malaysia tidak mengambil berat cara menyimpan pelitup muka dengan betul. Tabiat ini akan menyebabkan kuman tersebar sekali gus memudaratkan kesihatan.
Berikut adalah 6 tema menarik ‘design’ bagi ‘Hygiene Case’:
Di pasaran, pelitup muka Karangkraf Medicare ini didatangkan dalam dua set iaitu set KARANGKRAF dan set KARANGKRAF PLUS.
Set KARANGKRAF:
– Mempunyai 30 keping pelitup muka dalam satu kotak.
– 6 pilihan ‘design’ kotak.
– RM24 sekotak
Set KARANGKRAF PLUS:
– Mempunyai 10 keping pelitup muka dalam satu kotak.
– Ada 6 pilihan ‘design’ kotak
– Disertakan bersama 10 keping ‘Hygiene Case’. Setiap pelitup muka dipek dengan teliti di dalam ‘Hygiene Case’ yang berasingan.
– Ada 6 ‘design’ ‘Hygiene Case’ (diberi secara rawak di dalam setiap kotak).
– Berharga RM10 sekotak
Pelitup muka Karangkraf kini boleh didapati secara online di :
www.karangkrafmall.com
atau boleh datang sendiri ke Karangkraf Mall di Seksyen 15, Shah Alam.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.