• Pastikan kedudukan tanaman ini digantung pada ketinggian melebihi paras penglihatan tetapi jangan terlalu tinggi bagi memudahkan penyelenggaraan seperti menyiram dan memangkas dahannya. Jika terlalu tinggi,  akan menjejaskan keindahan pokok itu.

 

  • Letakkan pokok gantung di kawasan yang mendapat cahaya yang cukup seperti serambi, anjung, tingkap dan pergola.

Lepas Ikut 8 Tip Ini Tanaman Gantung Pasti Subur

  • Pastikan titisan air daripada pasu gantung itu tidak merosakkan sebarang objek di bawahnya. Gunakan pasu yang mempunyai piring pelapik bagi mengelakkan air melimpah.

 

IKLAN
  • Pokok gantung yang berukuran besar mudah mengotori kawasan persekitaran akibat daripada daun dan bunga yang berguguran. Sentiasa buang daun yang layu.

 

IKLAN
  • Untuk tumbuhan gantung, gunakan campuran tanah yang bersesuaian.

 

IKLAN
  • Pokok gantung memerlukan air yang banyak ketika cuaca panas. Seeloknya siram dua kali sehari.

 

  • Pembajaan  teratur dapat memastikan pokok menerima nutrien yang sesuai untuk pertumbuhan cepat.

Lepas Ikut 8 Tip Ini Tanaman Gantung Pasti Subur

  • Selalu memeriksa  pokok bagi memastikan simptom serangan serangga atau penyakit.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI