Lepas dapat kunci rumah, bukan terus cuci dan masuk, ada perkara lebih penting kena buat. Antara perkara yang perlu dilakukan sebelum masuk rumah baru ialah memeriksa terlebih dahulu kecacatan dan kerosakan pada rumah tersebut.
Sungguhpun rumah baru tetapi anda perlu memeriksa dengan terperinci kerana ada kemungkinan berlakunya kecacatan dan kerosakan pada bahagian dinding rumah seperti retak, cat tanggal, plaster tanggal, tiles lompong, bocor dan lain-lain lagi.
Kebiasaannya pihak pemaju akan memberi tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk kita membuat inspection pada rumah dan kita boleh complaint apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada baik di dalam atau di luar rumah.
Semua ini adalah hak-hak kita sebagai pembeli maka periksalah sebaik-baiknya keadaan di dalam rumah. Tetapi sekiranya anda buat major renovation, maka pemaju takkan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah.
PERALATAN:
Masking tape – Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
Marker Pen – Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape.
Kertas A4 – Tuliskan senarai kecacatan atau defect tu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.
Kamera/Handphone berkamera – Ambil gambar kecacatan rumah
BERIKUT ANTARA PERKARA PENTING YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS DAPAT KUNCI RUMAH BARU:
AZAN
– Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda.
– Masuk rumah dengan lafaz basmallah, bagi salam dan pergi tingkat atas sekali, berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.
PERIKSA PINTU
– Buka dan tutup pintu berkali kali. Periksa juga tombol pintu & kuncinya sekali.
PERIKSA (JUBIN) TILES LOMPONG
– Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu.
– Tandakan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecah dan tampalkan yang baru dengan elok.
– Cara nak kenal pasti tiles yang lompong adalah ketuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat.
– Ketuk pada setiap kepingan tile tu dan ketuk keliling perimeter tiles, sebab di tengah-tengah selalunya ada simen, yang tiada simen selalu di bahagian tepi tiles. Biasanya tiles dipasang di dapur dan juga bilik air.
ELEKTRIK
– Untuk periksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya.
– Pastikan periksa setiap punca elektrik dan soket.
METER AIR
– Apabila meter air sudah dipasang, sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan dengan sempurna.
– Buka semua pili air anda serentak. Periksa saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat.
– Periksa juga kepala paip dan kepala shower. Periksa sambungannya betul, tiada yang tercabut atau pun longgar.
– Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor.
– Apabila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti. Jika tidak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.
TINGKAP DAN SLIDING DOOR
– Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna.
– Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.
TANGGA
– Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. Kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.
BILIK AIR TINGKAT ATAS BOCOR
– Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya, ambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar.
– Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Lepas seminggu, periksa ada kesan air bocor atau tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah anda.
– Sekiranya ada, tunjuk dengan wakil pemaju dan sila minta kontraktor pemaju pecah semula lantai toilet tu dan pastikan letak sealer toilet dengan sempurna.
– Selalunya lepas letak sealer ni kena tinggalkan sehari bagi kering. Periksa sealer tu penuh atau tidak.
DINDING RETAK
-Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.
KUNCI UTAMA
-Seterusnya adalah kunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik.
-Selepas dapat kunci rumah, pemaju takkan bertanggungjawab sekiranya ada berlaku kes kecurian kabel.
Bila dah siap betulkan defect ni, barulah boleh buat renovation rumah dengan senang hati. Sekian.
Dengan penggunaan kreatif, cermin bukan sahaja boleh dijadikan medium untuk kita memeriksa penampilan malah ia juga boleh dijadikan alat pantulan cahaya, dan secara amnya meningkatkan mutu deko sesuatu ruang. Selain itu, cermin juga terkenal dengan fungsinya yang mampu memberikan ilusi ruang yang lebih luas serta menonjolkan lagi aksesori atau perhiasan kegemaran anda melalui pantulan yang dapat dilihat dari sudut yang berbeza. Dengan penggunaan yang betul dan sesuai cermin dapat membangkitkan perasaan elegan serta dapat membentuk karakter sesuatu ruang.
Ini adalah senarai idea penggunaan cermin bagi membantu anda memberi life terhadap kediaman anda.
Pencahayaan Semulajadi
Apabila anda meletakkan cermin di tempat yang betul di dalam bilik, ia mewujudkan peluang untuk anda mengoptimumkan penggunaan cahaya semulajadi. Untuk berbuat demikian, letakkan cermin bersebelahan dengan tingkap untuk menangkap cahaya matahari dan melantun pada keseluruhan bilik dengan sempura.
Menambah Tekstur
Cermin boleh digunakan untuk menambah tekstur pada ruangan dengan dua cara. Yang pertama adalah dengan memasang bingkai cermin bertekstur yang dramatik bagi menampakkan ilusi tiga dimensi pada dinding. ia juga boleh berfungsi sebagai focal point dalam mana-mana bilik. Cara kedua untuk menambah tekstur pada ruang adalah dengan meletakkan cermin pada posisi di mana ia mencerminkan objek bertekstur dalam ruang tersebut seperti pasu kristal atau meja kopi rustic.
Ciptakan Ilusi Ruang
Lebih besar cermin, lebih banyak ilusi ruang yang akan tercipta. Fikirkan dengan teliti tentang sudut bilik yang anda mahu highlight. Sebagai contoh, leletakkan cermin bertentangan dengan tingkap dan ia mampu memantulkan kedua-dua cahaya semula jadi serta kehijauan ke dalam ruang yang lebih kecil. Dalam ruang berkumpul seperti ruang makan atau ruang tamu, cermin yang lebih besar boleh meningkatkan suasana ceria dengan memberikan ilusi lebih tetamu.
Hiasi Hallway Yang Hambar
Hallway atau laluan masuk utama akan serta merta kelihatan lebih welcoming dengan kehadiran cermin besar memenuhi dinding. Ia juga dapat membangkitkan perasaan teruja selain menjadi pelengkap aksesori lain dalam kediaman.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Untuk memiliki ruang dapur yang cantik dan bersih sebenarnya tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Anda hanya perlu rajin untuk mengemas dapur anda, namun permasalahan tiada ruang penstoran atau kabinet dapur menyukarkan aktiviti mengemas dapur. Jangan risau, sebenarnya anda boleh buat sendiri kabinet dapur anda.
Shuhaimi Zulkefli telah menghasilkan sebuah kabinet dapur yang istimewa buat isteri tersayang. Shuhaimi tidak menggunakan barang yang mahal tetapi hanya menggunakan rak buku sedia ada dan akhir diubah menjadi kabinet dapur. Ruang dapur pasti akan kelihatan kemas dengan kabinet ini. Jom kita hasilkan, sangat mudah dan menjimatkan.
20 Khasiat Madu Kelulut Untuk Kecantikan Yang Ramai Tak Tahu. Berdasarkan kajian yang dilakukan di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman dari USM menyatakan bahawa madu kelulut mampu menurunkan paras glukos pesakit diabetes dan berkesan untuk mencegah kanser dan gout. Kajian awal yang dilakukan oleh Pusat Penyeledikan Teknologi Makanan, MARDI menunjukkan Asid Fenilpropanaoik, Asid Protocatechuik dan Asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti terkandung di dalam madu kelulut. Selain itu juga, pengambilan madu kelulut juga dapat membantu seseorang untuk kekal bertenaga sepanjang hari selain meningkatkan metabolisma tubuh
Selain itu juga, beberapa kajian khasiat madu kelulut telah di hasilkan di dalam Malaysian. Untuk ketahu apakah kahaist yang tealh teruji dan terbukti merawat beberapa penyakit [kliki sini]
Secara ringkasnya, Madu kelulut asli teruji dan disahkan mampu mencegah dan merawat 20 penyakit ini:
1. Mencegah serangan strok 2. meningkatkan daya tahan tubuh 3. Melancarkan peredaran darah 4. Memperkuatkan fungsi otak 5. Meningkatkan pengeluaran hormon 6. mengendurkan urat-urat yang tegang 7. memperbaiki sel tubuh yang rosak 8. Menghilangkan rasa letih 9. Meningkatkan metabolisma badan 10. boleh dinikmati pesakit diabetis 11. Meningkatkan kecerdasan anak 12. Membantu masa penyembuhan selepas pembedahan 13. Mencegah dan mengawal sel kenser 14. Membantu penyembuhan luka diabetes 15. Mengurangkan resedung 16. Merawat batuk, selesema dan sakit kerongkong 17. Mengurangkan lelah/asma 18. Melancarkan penafasan 19. Merendahkan tahap kandungan gula dalam darah 20. Membantu menurunkan tahap tekanan darah 21. Mencegah pembentukan batu karang
Menyegarkan badan pada waktu pagi
Ambil beberapa sudu madu kelulut di waktu pagi
Menyembuhkan luka dan kesan terbakar (disebabkan api atau air panas)
Sapukan madu kelulut di tempat yang terbakar atau luka. Madu bertindak sebagai antiseptik yang amat mujarab
Melegakan sakit tekak dan batuk
Ambil campuran air limau nipis/lemon suam dan campurkan sesudu madu
Membasmi parasit
Campurkan air, cuka dan madu dalam jumlah yang sama untuk ketiga-tiga bahan. Minum campuran tersebut, ia mampu mencegah parasit di dalam sistem perkumuhan
Melembutkan kulit
Sapu madu kelulut pada bahagian kulit yang kering seperti siku dan biarkan dalam tempoh 30 minit sebelum dibilas bersih
Pelembut rambut
Madu adalah pelembut rambut yang asli. Campurkan 1 sudu teh kedalam shampu yang biasa digunakan dan basuh kepala seperti biasa atau boleh campurkan madu kelulut dengan minyak zaitun. Kemudian ia disapukan pada rambut dan dibiarkan 30 minit sebelum dibilas
Bahan untuk mandi bunga
Bancuh 2 sudu makanan madu bersama dengan 1 cawan air suam. Selepas 10 minit, apabila madu sudah larut sepenuhnya, tuangkan ke dalam air takungan mandi bersama beberapa titik minyak pati lavender
Menghilangkan jerawat
Lumur sedikit madu pada jerawat dan tutup dengan band aid. Biarkan 30 minit selepas itu di buka dan basuh bersih
Sumber; https://www.kelulutborneo.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.