PINTU
Pandangan pertama terhadap pintu menafsirkan cita rasa penghuni di dalamnya. Maka, pastikan reka bentuknya menampakkan anda seorang yang peramah dan sudi menerima kehadiran tetamu. Wujudkan suasana menarik dan inviting di muka pintu supaya anda ada dorongan untuk bersegera pulang ke rumah. Jika mampu, bila laluan memudahkan mereka ke muka pintu daripada membiarkan tetamu berjalan berhimpit-himpit di sisi kereta.
Susun pasu berisi pokok bunga berbilang warna dan haruman di sepanjang jalan ke muka pintu, supaya anda berasa dihargai setiap kali pulang ke rumah. Tulis alamat rumah dalam tulisan paling menarik, kemudian paparkan di tepi pintu pagar.
RUANG TAMU
Ruang tamu, ibu kepada semua ruang. Pastikan ruang tamu bersifat mesra kerana bukan anda sekeluarga berada di situ tetapi juga tetamu. Dahulukan kemasan dinding dan lantai sebelum anda membeli perabot. Pastikan perabot yang dibeli berpadanan dengan keluasan dan tema ruang. Bagi rumah berkeluasan terhad, anda tidak perlu membeli kerusi tamu dalam bilangan lengkap. Jangan sesekali menempatkan perabot kecil bersebelahan perabot besar bagi mengelakkan ketidakseimbangan penataan. Perabot utama di ruang tamu adalah tempat duduk, tidak kira sama ada kerusi, sofa atau hamparan kusyen lantai selain meja kopi, meja sisi, kabinet hiasan dan kabinet televisyen. Tinggalkan sedikit ruang bagi membolehkan ruang tamu anda bernafas dan keindahan reka bentuk perabot dapat dihayati. Ingatkan diri anda untuk memperagakan perhiasan tambahan di dalam jumlah berpasang-pasangan seperti pasu atau kaki lilin demi kestabilan penataan.
Ads
RUANG MAKAN
Tona jingga dan merah lebih sesuai di ruang makan kerana kemampuan mempengaruhi emosi, membangkitkan selera makan dan mempercepatkan kadar metabolisma. Biru dikatakan boleh mematikan selera makan kerana itu, amat sedikit ruang makan berkemasan cat atau dipasang kertas dinding berwarna biru. Jika ingin menyuntik suasana mewah di ruang makan, tukarkan sahaja meja makan kepada kayu bertona gelap seperti rosewood atau mahogany. Kemudian sarungkan kerusi dengan fabrik berwarna biru nilam.
Bagi ruang makan yang keluasannya terhad, tampung kekurangan itu menerusi penggunaan meja makan yang boleh dibesarkan dan dilipat bila tidak diperlukan.
RUANG DAPUR
Ruang dapur lebih sesuai dipasang lampu kalimantang dan bukannya halogen. Pasangkan juga penutup lut cahaya lampu kalimantang supaya senang anda hendak mencucinya nanti. Pastikan mendapat banyak pencahayaan semulajadi di situ, jika tidak, terangi dengan pencahayaan tambahan. Kerusi makan bersarung menyuntik seri di ruang dapur anda. Selain boleh menjamin kerusi tahan lama, sarungnya juga boleh ditukar ganti.
Jika anda terlihat gambar ruang dapur yang menarik minat, cuba fikirkan bagaimana ruang dapur berkenaan dapat disempurnakan di ruang dapur kediaman anda. Buku resipi pun boleh menjadi bahan hiasan sampingan yang berguna di ruang dapur. Susunkan buku itu dengan cara menegak atau baringkan di atas meja kerja. Bawakan suasana luaran ke dalam rumah. Gantunglah sepasu dua tanaman di dala ruang dapur. Tukar suasana ruang dapur dengan menukar warna pintu kabinet atau pemegang pintu.
Ads
BILIK TIDUR
Jika cat putih pilihan, anda sebenarnya masih boleh mengolah bilik tidur kepada tema tertentu menerusi perhiasan dalam tona lain. Tona merah, oren, biru dan hijau serasi dipadukan di bilik tidur bertema putih. Sebaik-baiknya padankan dua warna seperti merah dan oren atau biru dengan hijau dalam satu masa. Menggantung lukisan abstrak di kepala katil sememangnya menarik tetapi jangan menggantung di semua dinding. Gayakan langsir sesuai dihias di tingkap bilik tidur. Langsir sebenarnya mempunyai dua kegunaan, pertama menegaskan fungsi jendela dan kedua untuk menghalang kemasukan cahaya matahari.
Memang membimbangkan dari segi keselamatan diri bila kawasan rumah berhampiran semak, kebun mahupun hutan. Ini kerana ia berpotensi serangga dan binatang berbisa seperti ular, lipan serta kala jengking masuk ke dalam rumah.
Dalam keadaan panik mahupun kecemasan, adakalanya kita buntu untuk buat apa, sebelum menghubungi jabatan penyelamat seperti Bomba untuk mendapatkan bantuan.
Sebenarnya sebagai langkah persediaan, kita boleh beli siap-siap dan simpan satu semburan racun Baygon di rumah. Ini merupakan pesanan dan tip yang digunakan oleh pihak bomba sendiri untuk menghalau ular.
Pesanan BOMBA, simpan satu semburan racun Baygon jenis ini di rumah. InsyaAllah ia berkesan untuk halau Ular, malah kadang kadang mampu untuk membunuh ular.
Semalam memang dia sembur di kawasan yang dikatakan tempat persembunyian ular untuk halau ular keluar. Bomba pun pakai yang ini je katanya. Berdesup keme keluar pergi beli, iyele atenye ulornye tak dijumpai semalam.
Pesanan kakyong: Bermakna semburan racun ini agak ‘kuat’, maka berhati hati ya guna. Takut sesak nafas. Atee ulor pun boleh kiok..apetah lagi kita kita ni.
IMPIANA: Jadi boleh beli sesiap racun semburan Bygon ni, simpan dekat rumah. Manalah tahu waktu kecemasan, ada serangga atau binatang berbisa seperti ular, kita tak panik dan boleh digunakan nanti.
Terbaca satu perkongsian yang cukup baik untuk dikongsikan bersama tentang pengering baju atau dryer. Ramai pemilik rumah menggunakan pengering baju kerana
tak sempat untuk menyidai pakaian dek masa yang terlalu mencemburi dengan jadual kerja yang padat. Pengering baju juga sangat berguna tatkala musim hujan dan juga sesuai untuk rumah yang mampunyai keluasan yang sempit atau terhad.
Apakah 3 Fungsi & Kelebihan Dryer tersebut yang dikongsikan oleh Rose Dafeeya
1. Vented – harganya murah juga. RM800 lebih boleh dapat. Cuma jenis ni kena letak dekat luar. Sebab nak alirkan wap air. Kalau letak dalam rumah, kena sediakan satu saluran untuk tujuan keluarkan air tu.
2. Condenser – harganya boleh tahan. RM1200 ke atas. Jenis ni tak perlu letak luar rumah. Sebab wap akan ditukar menjadi air dan disimpan dalam bekas yang ada dekat mesin ni. Cuma, setiap kali lepas keringkan baju, kita kena buang air tu. Dari segi penggunaan elektrik pula, saya dah semak dekat bill calculator TNB. Akan ada tambahan RM15 hingga RM20 jika kita guna setiap hari. Masih dikira okay lah kan.
3. Heat pump – konsepnya masih sama dengan condencer. Tapi lebih power dan padu. Harganya kayangan sikit. Sepanjang pencarian, semuanya lebih RM2000. Saya tak reti sangat nak ulas tentang heat pump ni. Sebab saya bukan orang elektrik. Tapi, memang padulah. Terutamanya penggunaan elektrik. Lepas saya cek, sekali penggunaan 800 watt. Kalau saya guna setiap hari, akan ada kenaikan bil sebanyak RM5 saja. Kalau dua hari sekali, RM2.50 saja bil dryer ni sebulan. Bapak murah. Patutlah Samsung claim, kos elektrik hanya RM30 setahun (kalau saya salah tolong betulkan)
“Kalau abang beli Heatpump, harganya memang mahal. Tapi elektrik murah. Cuba kira balik condencer dengan heatpum dalam jangka masa setahun mana yang lebih untung? Biar beli mahal sekali tapi jimatnya berpanjangan. Daripada beli murah tapi bil mahal.”
Lepas basuh, masukkan dalam dryer. Picit-picit, tunggu 3 jam. Siap. Kering boi.
Lamanya 3 jam. Kemon. Penggunaan elektrik murah, kot. Lagipun, siapa yang nak tunggu 3 jam tu? Lepas klik start, buatlah kerja masing-masing. Nak tidur ke, tengok tivi ke. Lepastu, bila teringat, barulah keluarkan baju dari mesin.
Tak kedut ke? Ada sesetengah dryer, dia ada anti wrinkle. Baju keluar dari mesin, takkan kedut. Bukanlah tak kedut langsung. Tapi tak berkedut macam kita pakai dryer dobi layan diri.
Paling best, dia boleh memerangkap habuk. Lepas basuh, kita boleh buang habuk yang terkumpul dalam filter. Baju bukan setakat bersih tapi lebih bersih. Ha gittewww.
Kalau tanya saya, puas hati tak beli? Jawapan saya puas hati gila.
Berbaloi tak beli yang Heatpump? Sangat berbaloi.
Alah membeli, menang memakai.
Senang tak pakainya? Senang sangat. Sampai dah terlupa cara nak sidai baju macam mana
Sofa dengan kemasan fabrik kapas atau kain memberi keselesaan optimum jika dibandingkan dengan jenis PU atau kulit. Namun, yang menjadi masalah adalah ia mudah menyerap kotoran. Hal ini menjadikan mak-mak fobia terutamanya jika isi rumah jenis aktif terutamanya si cilik yang sibuk meneroka sesuatu yang baru. Bukan sahaja ada tumpahan makanan yang meninggalkan kesan. Silap hari bulan, sofa empuk boleh jadi tempat lakaran seni si cilik,
Hal ini tak menjadi masalah, terdapat syarikat yang menawarkan perkhidmatan mencuci sofa. Sediakan sahaja duitnya. Tapi, ada cara yang diberi nama “kaedah poket tak bocor” yang mudah dan boleh dilakukan sendiri. Hanya, menuntut masa dan sedikit masa untuk anda lakukan.
APA YANG PERLU ANDA SEDIAKAN?
Vakum
Baking soda
syampu rambut
Air
Tuala microfiber
CARA-CARA:
1. Bersihkan dulu keseluruhan sofa dengan menggunakan vakum
2. Tabur rata baking soda pada permukaan sofa dan biarkan 15-30 minit
4. Vakum semula sofa dan pastikan tidak tertinggal sisa baking soda yang ditabur tadi
5. Campurkan syampu bersama air
6. Basahkan Tuala microfiber tadi dan perah. Gosok pada permukaan sofa. Ulang langkah ini beberapa kali sehingga kotoran hilang.
7. Keringkan sofa di bawah teduhan atau letakkan di bawah kipas agar ia kering secara perlahan-lahan dan tidak merosakkan fabrik
Untuk lebih detail, boleh lihat video yang disediakan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...