
Pernahkah anda mendengar atau menggunakan lampu jenis kalimantang T5 & T8 di rumah anda. Jika anda ingin tahu sebenarnya terdapat dua jenis lampu kalimantang (Fluorescent Fitting) yang terdapat di pasaran dan sering digunakan secara meluas iaitu jenis T8 dan T5.
Lampu Kalimantang jenis T8 telah digunakan secara meluas terutama di premis kediaman sejak dari awal tahun 80-an. Cahaya yang dipancarkan pula ialah jenis cerah putih (daylight) atau kekuningan (warmlight).
Secara teknikalnya, lampu kalimantang jenis T5 adalah menggunakan ballast (choke) jenis elektronik dan lampu kalimantang jenis T8 pula menggunakan ballast (choke) jenis magnet (magnetic).
Walaubagaimanapun, kos lampu kalimantang jenis T5 adalah lebh mahal sekitar 25% sehingga 40% berbanding lampu kalimantang jenis T8 bergantung kepada jenis kualiti pembuatan dan pengeluar seperti Phillips, OSRAM, GEC dan sebagainya.
Perbezaan fizikal lampu T5 dan T8 ialah ianya lebih kecil kurus (slim) dan pastikan anda membaca label T5 atau T8 pada tiub lampu sebelum membelinya.
Oleh yang demikian, anda sebagai pengguna elektrik digallakkan untuk menggunakan lampu kalimantang dari jenis T5 bagi tujuan langkah-langkah penggunaan elektrik berhemah dan penjimatan penggunaan elektrik jangka panjang.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Langkah Mudah Untuk Basmi Hama Tilam Dan Kuman Merbahaya

Tahukah anda apa itu pepijat? Pepijat atau hama tilam merupakan mimpi ngeri buat semua penghuni rumah. Jadi mari kita kenali musuh dalam selimut ini ;
- Saiz pepijat dewasa adalah kira-kira 1/5 inci panjang, bersayap, berbentuk bujur, leper dan berwarna coklat seperti karat.
- Mereka telah wujud beribu-ribu tahun lamanya dan terdapat di seluruh pelusuk dunia.
- Mampu menghisap darah sehingga 6 kali ganda daripada berat mereka.
- Pepijat mempunyai mulut yang berjarum kecil untuk mencucuk mangsa bagi menghisap darah. Pepijat yang kekenyangan kelihatan besar sedikit dan menjadi kurang leper.
- Tanda gigitan mereka boleh disalah anggap sebagai gigitan nyamuk.
- Mereka keluar hanya pada waktu malam dan bersembunyi di siang hari.
- Bukan sahaja tinggal di tempat yang kotor tetapi boleh membiak dengan jayanya walaupun dalam keadaan bersih dan rapi.
Jika sekali rumah anda telah diserang makhluk perosak ini, memang amat susah untuk hapuskannya. Pepijat katil boleh hidup dalam apa jua keadaan. Badan yang leper membolehkan mereka untuk masuk ke celah-celah dan lubang-lubang kecil pada perabot serta tilam. Walaupun pepijat tidak membawa penyakit merbahaya, mereka meninggalkan kesan merah yang amat gatal daripada gigitan yang boleh membangkitkan perasaan tidak selesa dan amat mustahil untuk tidur dalam keadaan gatal-gatal sebegitu.
Tetapi tunggu dulu! – sebelum anda buang tilam yang telah dijangkiti pepijat, ikuti langkah ini ;
LANGKAH 1
Buat pemeriksaan secara menyeluruh untuk mencari kawasan yang bermasalah. Pepijat katil biasanya boleh ditemui berhampiran dengan kawasan tidur anda. Sukar untuk terima kenyataan ini, tetapi manusia (dan haiwan) adalah sumber makanan mereka! Mulakan dengan katil anda, periksa semua sarung bantal, tilam dan di sekitar bingkai katil. Jangan lupa periksa juga perabot yang terletak berdekatan, seperti meja sisi katil dan kusyen pada sofa.
Apa yang perlu dicari semasa proses pemeriksaan :
- kotoran berwarna coklat bersaiz sangat kecil seperti pin pada cadar atau tilam yang disebabkan oleh pepijat katil yang telah mati terpenyek.
- bintik-bintik hitam seperti percikan dakwat pen menandakan kesan najis pepijat.
- telur kuning pucat dan kulit telur, juga bersaiz sangat kecil seperti pin.
- pepijat yang masih hidup.
Selepas mengenalpasti kawasan bermasalah, segera rancang pelan kawalan menghapus pepijat. Dan jika anda tinggal di rumah sewa, maklumkan pada tuan rumah, terutamanya jika perkara ini menjejaskan kawasan kejiranan.
LANGKAH 2
Mulakan proses penyingkiran pepijat katil. Untuk menangani kes-kes serius, terdapat banyak rawatan kimia yang kasar dan merbahaya. Tetapi sebagai alternatif menggunakan bahan yang lebih selamat, anda boleh pertimbangkan salah satu cara ini. Pindahkan barang yang diserang pepijat kedalam beg plastik supaya ia tidak merebak ke kawasan lain sebelum memulakan langkah penghapusan dengan bahan-bahan dibawah ;
Haba : Ambil kesemua kain pelapik katil serta bantal termasuk yang berada disekitar katil dan perabot dan masukkan ke dalam mesin basuh. Gunakan air bersuhu panas sehingga 70 darjah celcius dan tetapkan kitaran selama lebih kurang 45 minit. Setelah selesai, masukkan pula kesemuanya kedalam mesin pengering selama 30 minit pada tetapan yang tinggi. Ini akan membunuh mana-mana telur pepijat yang bersembunyi di dalam linen anda.
Beku : Masukkan item yang dijangkiti ke dalam beg plastik dan letakkan beg tersebut dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 10 jam. Suhu yang rendah higga tahap beku juga boleh membunuh pepijat.
Baking Soda: Tuangkan baking soda ke dalam mangkuk dan gunakan berus cat untuk menyapu soda kekawasan yang mungkin didiami pepijat. Ratakan juga pada katil dan biarkan selama seminggu sebagai usaha untuk membunuh pepijat dan telurnya
LANGKAH 3
Vacum keseluruhan kawasan dengan teliti bagi memastikan pepijat benar-benar sudah dihapuskan. Vakum kesemua tempat sekitar katil dan perabot anda dengan kuat di kesemua lapisan, lipatan, celahan dan retakan yang ada. Selepas vacum, segera bawa keluar dari rumah kandungan vakum tersebut untuk dibuang di luar rumah. Jangan lupa curahkan air panas mendidih pada sisa vacum yang dibuang tadi.
Lakukan aktiviti ini sekerap yang mungkin sehingga tiada lagi pepijat yang selamat.
LANGKAH 4
Selepas sesi penghapusan pepijat katil, jangan lupa dengan langkah-langkah pencegahan.
- Pastikan terdapat jarak antara katil dengan dinding atau meja sisi
- Beli sarung tilam anti pepijat, kemaskan setiap penjuru dan elakkan sarung dari menyentuh lantai.
- Pasangkan perangkap pepijat disekitar kediaman.
Jika perkara ini terlalu berat dan memudaratkan anda sekeluarga, dapatkan bantuan dengan menghubungi pihak yang lebih professional. Semoga berjaya!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hilangkan Kesan Conteng Anak Pada Dinding Dengan 4 Bahan Ini

Bukan senang mahu hilangkan kotoran dan kekalkan kekemasan rumah jika ada anak yang masih kecil. Lebih-lebih lagi si cilik yang berusia sekitar 2 ke 5 tahun. Ada saja benda nak diusik dan diteroka. Maklumlah, sel-sel otak mereka kan sedang berhubung, jadi memang susah nak dikawal ditambah pula dengan perasaan ingin tahu mereka yang sedang meluap-luap. Sabar je lah..
Dinding yang dipenuhi contengan mungkin sudah menjadi sesuatu yang normal untuk rumah yang ada anak kecil. Salah satu tip yang boleh anda cuba bagi mengelakkan dinding rumah dipenuhi ‘mural’ kreatif dari si kecil ialah, sediakan kertas atau papan melukis buat mereka. Tetapi jika anak-anak masih minat nak berkarya diatas dinding, ini antara bahan yang anda boleh gunakan untuk hilangkan kesan contengan tersebut dengan mudah :
Bahan #1
SODA BIKARBONAT
Guna kain bersih dan celupkan dengan soda bikarbonat yang telah dicampur sedikit air. Kemudian gosokkan perlahan-lahan pada dinding yang diconteng sehingga hilang. Atau anda juga boleh taburkan soda pada span yang lembab sebelum mengelap dinding.
Bahan #2
CUKA
Celup berus gigi yang sudah tidak digunakan kedalam cuka dan berus pada kesan conteng di dinding sehingga hilang. Kemudian bilas.
Bahan #3
UBAT GIGI
Pastikan anda guna ubat gigi yang biasa (bukan jenis gel). Letakkan sedikit pada berus gigi yang sudah tidak diguna, berus dinding yang kotor dengan cermat. Kemudian bilas denga air atau lap dengan kain lembap. Cara ini juga membantu hilangkan kesan permenent-marker dengan mudah.
Bahan #4
MAYONIS
Sapu mayonis pada kesan contengan dan biarkan untuk beberapa minit. Kemudian lap menggunakan kain bersih dalam pergerakan circular dan bilas dengan air.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bantal Punca Muka Berjerawat! Gadis Ini Kongsikan Tip Untuk Pastikan Bantal Kekal Bersih.



- MENCEGAH KELEMBAPAN
- KEKAL KUALITI BANTAL
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI