
Macam-macam hal dan perangai penyewa ni. Susah nak dapat penyewa yang betul-betul jaga rumah yang disewa macma rumah sendiri. Lebih pening apabila penyewa lari dengan tak berbayar tunggakkan sewa dan bil utility. Bila bekas penyewa meninggalkan rumah dengan bil utiliti tertunggak, tuan rumah lah jadi mangsa.
TNB telah memperkenalkan Skim Penukaran Penghuni Sementara untuk melindungi pemilik rumah dari masalah tersebut. Namun, sebelum ini penukaran nama tersebut perlu di lakukan secara menual. Namun, arus perubahan teknologi kini segalanya di hujung jari. Penukaran nama tersebut boleh dilakukan secara atas talian. Hazwan Abdullah berkongsi cara penukaran nama aats bil TNB secara atas talian. Memang mudah.
https://www.facebook.com/hazwan.abdullah.5/posts/3622246537803556?__cft__[0]=AZXrvgZOPi-7j0mOJ_efymPkt84WlvPheNF6mMCgbZoeopSkBboRofN_rof0-4XdLsdKTf2zZJwTvBQ1LMs-Tb0L4QkJNXtacwUQ3y0GEYilt-Xxrkgqfhq_5U-zu0FlAnPOgzfLJQhueNjOQrtUDNOi&__tn__=%2CO%2CP-y-R
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Anda Pasti Anda Tahu Segalanya Tentang Sliding Door? Tidak? Baca Artikel Ini Untuk Mengetahuinya.

Sliding door ini adalah sejenis pintu yang bergenerasi baru di dunia sekarang. Semua yang mempunyai sliding door dirumah, pasti adalah orang yang kaya atau orang dulu kata, orang ada-ada. Terdapat semakin banyak jenis pintu yang tersedia untuk digunakan dalam reka bentuk rumah. Pintu sliding adalah salah satu daripadanya atau orang Malaysia kini lebih mengenali sebagai sliding door. Apakah sebenarnya sliding door? Sliding door, seperti namanya, adalah pintu yang dibuka dan ditutup dengan gelongsor ke sisi. Sliding door ini berbeza daripada yang lain kerana ia dibuka dan ditutup dengan menarik atau menolak daun pintu. Untuk membuka dan menutup pintu ini, anda mesti mengalihkannya ke sisi. Walaupun pintu itu nampak seperti canggih, tetapi ia mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Kini, saya akan menceritakan apa kelebihan dan kekurangannya.
Pertama sekali adalah kelebihannya.
Mampu Menjimatkan Ruang
Kelebihan terbesar sliding door ialah ia boleh menjimatkan banyak ruang. Ruang yang diperlukan untuk membina sliding door ini adalah lebih kecil daripada pintu tradisional. Jika pintu biasanya memerlukan lokasi yang ditetapkan untuk ayunannya, ia berbeza daripada sliding door yang tidak. Pintu ini boleh disembunyikan dengan menggelongsorkannya ke dinding seterusnya. Akibatnya, ruang yang diperlukan tidak keterlaluan kerana ia hanya sebaris.
Ketahanan Lebih Kuat
Pintu konvensional selalunya disimpan bersama hanya dengan engsel. Ini mengurangkan ketahanannya. Tidak seperti sliding door, yang memerlukan bingkai tertentu. Bingkai ini, selain berfungsi sebagai tempat duduk, boleh membantu untuk menambah baik pembinaan sliding door. Kehadiran bingkai juga bermanfaat dalam meningkatkan kekuatan dan ketahanan sliding door ini. Akibatnya, sliding door lebih selamat kerana ia lebih sukar untuk rosak dari luar.
Bagaimana pula dengan kekurangannya? Kedua adalah kekurangannya pula.
Permasangannya adalah sangat rumit.
Adakah anda ingin menggunakan sliding door? Adalah disyorkan untuk mendapatkan bantuan profesional untuk memasangnya. kenapa? Kerana pemasangan sliding door ini agak rumit. Sliding door, berbanding dengan pintu konvensional, memerlukan proses pemasangan yang berbeza. Dalam siaran berikut, kami akan cuba memberikan arahan langkah demi langkah untuk memasang sliding door.
Tidak boleh tutup dengan rapat.
Satu lagi kelemahan sliding door ialah ia tidak boleh ditutup sepenuhnya. Sebenarnya, dengan menggunakan kaedah tertentu, nampaknya pintu ini mungkin tertutup rapat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jurang yang ditinggalkan oleh sliding door ini di sisi yang berkaitan dengan bingkai. Apabila memasang sliding door di bilik tidur atau bilik mandi, anda mesti memberi perhatian kepada perkara ini. Berhati-hati anda menggunakan aksesori tambahan untuk menutup celah di bahagian tepi.
Jadi, ini adalah apa kelebihan dan kekurangan sebuah sliding door. Jadi, jikalau anda inginkan sliding door di rumah anda, buat lah permikiran jauh terlebih dahulu atau bertanya kepada pakar.
Sumber: ARAFURU (https://arafuru.com/material/10-kelebihan-dan-kekurangan-pintu-geser-anda-wajib-tahu-sebelum-beli.html)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Jemur Pakaian Ketika Hujan, Agar Cucian Cepat Kering Dan Tidak Berbau Hapak

Musim hujan kadangkala mendamaikan, dengan suhu yang dingin terasa menyejukkan. Namun terdapat beberapa hal dan urusan harian yang boleh terbantut akibat hujan. Selain perlu sentiasa bersedia dengan payung, hal lain yang akan terganggu akibat hujan adalah jemuran di luar rumah.
Bagi yang mempunyai mesin pengering di rumah, mungkin hal ini tidak menjadi masalah. Tetapi bagaimana pula untuk yang tiada? Bagaimana nak pastikan pakaian cepat kering?
TIP MENJEMUR PAKAIAN KETIKA HUJAN
Ketika hujan, basuhan akan lambat kering dan boleh membuat pakaian berbau hapak atau kepam. Disamping itu, keadaan yang lembab juga boleh menyebabkan timbulnya tahi lalat pada baju.
Jadi, jom kita semak 6 cara untuk menyidai pakaian ketika musim hujan agar permasalahan tadi tidak berlaku.
1.GUNAKAN PEWANGI/ PELEMBUT PAKAIAN KETIKA MENCUCI
Ini adalah bagi memastikan baju tidak berbau busuk walaupun dalam keadaan lembab. Tuangkanlebih sedikit dari biasa, biar bau wangi ini melekat.
2.ASINGKAN PAKAIAN TEBAL DAN NIPIS
Sudah tentu pakaian yang lebih tebal akan mengambil masa yang lebih lama untuk kering, jadi seeloknya asingkan siap siap supaya mudah untuk diuruskan.
3.KIBAS PAKAIAN SUPAYA TIDAK RENYUK DAN BERLIPAT
Sejurus keluar dari mesin basuh, kibas pakaian sehelai demi sehelai. Ini bagi memastikan tiada bahagian yang terlipat. Kerana bahagian yang terlipat mungkin akan melambatkan proses pengeringan.
4.GUNAKAN PENYANGKUT BAJU/ HANGER
Lebih mudah jika gunakan hanger. Kemudian jarakkan ruang antara jemuran agar aliran udara mudah masuk untuk mengeringkan setiap helai jemuran.
5.SIDAI DI TEMPAT TERBUKA
Elakkan menyidai didalam tempat tertutup yang tiada aliran angin/ udara langsung. Kerana jika tiada aliran udara di tempat menyidai, basuhan akan lebih lambat kering.
6. MANFAATKAN KIPAS ANGIN
Tetapi jika tiada pilihan untuk tempat yang terbuka,boleh juga gunakan kipas angin sebagai alat membantu mengeringkan pakaian.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
DIY Pantry Ini Akan Menyelesaikan Masalah Kelaparan Waktu Malam Anda

Anda mempunyai rumah yang dalamannya sangat kecil dan sempit? Mari saya beri satu idea yang menarik bagi seseorang yang anda ruangan kecil di dalamnya, iaitu, membuat diy sendiri pantry. Pantry yang saya maksudkan ini adalah tempat letak makanan yang anda boleh senang untuk di ambil dan kebiasaannya pantry ini, orang suka letak makanan-makanan ringan macam snack atau jajan ke. Itulah yang kebiasaannya pantry digunakan. Tapi kan, persoalannya, macam mana nak buat pantry tu? Apa Langkah-langkahnya yang betul dalam membina sebuah pantry? Mari saya kongsikan kepada anda.
Pertama sekali adalah mencari ruangan yang sesuai. Ini penting kerana anda perlu memikirkan ruangan yang statik untuk anda senang mengambil dan mencapai makanan tersebut. Kalau saranan saya, lebih baik hanya tambah sedikit ruangan di dapur untuk asingkan kawasan pantry sahaja. Itu saja sudah memadai sebenarnya.
Selepas itu, anda mesti ada almari atau membina sebuah tempat letak makanan tersebut, yang simple-simple sahaja. Tetapi dalam simple itu pun, lagi bagus kalau ia nampak minimalis atau megah. Walaupun ia nya sebuah pantry, jika kita membinanya dengan betul dan cantik, ia boleh menceriakan dan mencatikkan ruangan rumah kita.
Dan yang terakhir adalah, memasang langsir untuk menutupi ruangan pantry tersebut. Seperti mana saya katakan tadi, jika kita pandai mencantikkan sesuatu seperti ia hanyalah sebuah pantry, ia dapat memeriahkan ruangan dalaman rumah kita. Jadi, pemasangan langsir ini juga boleh menambahkan lagi kecantikkan dan kemegahan pantry ini. Walaubagaimanapun, ini hanyalah rekomendasi.
Maka dengan itu, selesailah saya dalam memberi tips untuk diy pantry di rumah. Anda boleh cuba dahulu jika berminat. Kalau jadi, boleh sarankan kepada rakan-rakan anda.
Sumber: Kongsi Resepi (https://kongsiresepi.my/shopee-check/nak-dapur-kemas-buat-pantry-sendiri-yang-simple-macam-ni-boleh-jimat-dari-buat-kabinet.html)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI