Landskap dan taman bukan sekeping lukisan yang boleh dilakarkan di atas kanvas, ia adalah ruang tiga dimensi yang sentiasa berubah dan boleh mewujudkan pelbagai emosi serta imej tersendiri. Elemen yang dirasakan tidak menarik perhatian bagi sesetengah orang, mungkin memberikan keterujaan dan membangkitkan emosi kepada yang lain. Oleh sebab ini juga, container atau pasu mampu memainkan peranan menjadi titik fokal dan menyuntik impak segera visual taman.
Adakah container perlu disertakan tanaman untuk menarik perhatian dan berfungsi sebagai titik tumpu? Jawapannya adalah tidak. Sebagaimana arca atau pokok unik yang mampu menarik pandangan, container juga mampu menjadi titik tumpu, malah mungkin lebih efektif. Ayuh kita berfikir di luar kotak untuk mempertimbangkan penggunaan dan tarikan yang boleh dicetuskan oleh elemen ‘bersendirian’ ini.
Jika anda perhatikan kebanyakan elemen yang dipaparkan tidak disertakan tanaman di dalamnya. Tanpa jambangan tanaman yang ketara dan boleh mengalih perhatian, pasu atau tempayan ini memberikan peluang kepada pemerhati, contohnya pembaca untuk memandangnya sebagai sebuah hasil seni. Tindak balas ini tidak hanya terhad kepada bentuk monumen container, objek kecil dan unik juga dapat menarik perhatian.
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Rekaan pasu yang cantik dengan saiz yang mampu membuatkan ramai teruja dengan keindah laman dengan pasu yang menawan. Ia akan menjadi satu main point dalam sudut laman anda.
Jika anda bijak mencari pasu yang cantik dan besar ini, pasti akan dapat dengan harga yang murah dan lebih menarik. Kena rajin berjalan kalau nak dapat barang murah dan berkualiti.
Pasu ini adalah salah satu elemen penting dalam sesebuah laman. Tanpa hiasan ini di laman anda akan kelihatan hambar. Kadang kala pasu yang besar ini tidak semestinya digayakan dengan pokok di dalamny. Anda hanya mampu membiarkan sahaja tanpa perlu menambah dengan hiasan lain.
Tanggungjawab memastikan kediaman sentiasa bersih dan bebas habuk bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tidak putus-putus. Jika tidak dilakukan dengan kerap, persekitaran di rumah boleh menjadi tidak sihat dan boleh merbahayakan kesihatan lebih-lebih lagi kepada pengidap asthma. Antara kawasan yang paling senang habuk berkumpul ialah pada kipas. Tak kira lah kipas siling mahupun kipas berdiri, semua bilah dan celah celah jaring penutup pasti akan dipenuhi habuk jika kita tak bersihkan selalu. Kerana makin dibiar, makin banyaklah habuk yang akan terkumpul. Jadi dalam perkongsian kali ini, pemilik akaun fb Puan Alosnida Musa ada memberikan tips bagaimana nak elakkan kipas daripada cepat habuk dengan menggunakan TIGA bahan yang amat murah dan mudah. Selamat mencuba!
Caranya:
1. Bersihkan dan buang semua habuk pada bilah dan jaring kipas seperti biasa.
2. Campurkan pelembut pakaian, cuka dan air kedalam bekas kosong yang lain. Nisbah campuran ialah 1:1:1 untuk setiap bahan.
3. Kacau sebati kesemua bahan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol spray yang bersih supaya lebih mudah untuk digunakan.
4. Semburkan campuran tersebut pada permukaan bilah dan jaring kipas sehingga rata.
5. Biarkan cecair pada kipas selama 5 minit sebelum di lap dengan kain yang lembap.
6. Kemudian keringkan kipas yang telah di lap tadi dan kipas sudah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat.
7. Ulangi semula langkah-langkah diatas antara 2 atau 3 bulan sekali. Semoga berjaya!
Apabila bercakap mengenai kebersihan, rata-rata dari kita sudah faham bahawa ia adalah perkara dituntut dalam islam. Bila dalam keadaan bersih, ia bukan sahaja sangat berkait rapat dengan kesihatan, malah ia memudahkan anda melakukan ibadah.
Namun, ramai tidak nampak impak kebersihan dengan punca rezeki. Reiki Alamia berkongsi mengapa dan bagaimana hanya disebabkan oleh bilik air yang tidak bersih manjadi antara punca rezeki terhalang. Jom ikuti kupasannya
Hari ini saya nak share bab bilik air. Saja nak share walaupun saya tahu bilik air rumah anda cantik dan bersih.
PERTAMA
Apa yang kita perlu lakukan adalah pergi tengok kat BILIK AIR (TANDAS) DALAM rumah kita. Mesti bilik air dalam rumah. Kalau bilik air di luar rumah – kita termasuk dalam zon selamat.
KEDUA
Tolong baca sampai habis kenapa BILIK AIR PUNCA REZEKI TERSEKAT.
Dalam Islam memang kita tahu bahawa Bilik Air adalah tempat tinggal SETAN & JIN. Malah di situ jugalah mereka beranak-pinak. Adakah bilik air kita ada ciri-ciri seperti di bawah?
Tandas kotor
Lantai & Mangkok Tandas Kotor Kekuningan?
Bila pijak lantai rasa licin sebab dah berlumut hijau, hitam?
Sinki dalam bilik air berkerak?
Bau bilik air anda setaraf tandas awam?
PINTU BILIK AIR SENTIASA TERBUKA?
Bila bilik air kotor, Setan & Jin akan bersuka ria membiak dan beronggeng sakan. Bila pintu bilik air sentiasa terbuka, maka seronoknya Setan & Jin keluar dan berjoget lambak dalam rumah kita.
Bilik Air Kotor Jadikan Rezeki Payah Masuk
Maka dari situ punca REZEKI KITA TERSEKAT! Setan dan Jin akan meruntuhkan KASIH SAYANG yang juga rezeki dalam sebuah keluarga. ANAK JADI BIADAP, ISTERI HILANG HORMAT PADA SUAMI, SUAMI PEMALAS! SIFAT-SIFAT NEGATIF – akan banyak dalam diri kita contohnya – IRI HATI, CEPAT SENTAP, RASA DIRI SELALU BETUL ORANG LAIN SALAH, SOMBONG, BONGKAK, LUPA ALLAH (Tak solat, puasa dan berzakat).
BILA KITA MELAKUKAN SESUATU PERNIAGAAN, EMOSI KITA HARUSLAH STABIL. Bila emosi tak stabil, mental lemah & sifat malas berkuasa. Macam mana nak berniaga?
BERMULA HARI INI – KENA RAJIN BASUH BILIK AIR.
Dalil berkaitan TANDAS tempat tinggal JIN.
Dari Zaid bin Arqam, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi WaSallam bersabda: “Sesungguhnya tandas-tandas itu dihuni oleh Jin. Oleh itu, apabila seseorang di antara kalian masuk tandas, maka katakanlah: Allahumma inni audzubika minal khubutsi wal khabaits (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari gangguan jin laki-laki dan jin perempuan” (HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
Landskap halaman rumah yang tenang, barulah seronok lepak minum kopi. Sekarang ramai yang mula berminat untuk menghias halaman rumah dengan membuat taman mini atau lebih dikenali sebagai landskap.
Walaupun ruang keluasan yang terhad, itu tidak menjadi halangan kepada tuan rumah untuk mewujudkan landskap yang indah.Konsep atau pun idea yang ditonjolkan oleh tuan rumah yang kreatif dapat menghasilkan suasana yang damai dan tenang.
Bagaimanapun ada beberapa aspek yang perlu diambil kira jika anda berhajat untuk memiliki halaman rumah dengan hiasan Lanskap yang indah. Jangan sia-siakan ruang yang ada. Berikut perkongsian fakta seperti yang dikongsikan oleh Minah Kontraktor
Ada salah tanggapan tentang lanskap halaman rumah bahawa semakin banyak pokok, semakin cantik halaman.
Ini bukan perkara tepat dalam seni hiasan landskap, kerana susun atur dan kualiti pokok yang digunakan lebih penting.
Apatah lagi jika anda tidak banyak masa untuk merapikannya atau halaman rumah tidak luas. Jadi pilihan terbaik anda adalah gaya minimalis Scandinavian.
Gabungan pokok menjalar dengan permukaan konkrit dilengkapi dengan set kerusi rehat atau meja makan berona semulajadi sebenarnya sudah mencukupi.
RUMPUT PILIHAN RAMAI
Kemasan berbatu untuk landskap rumah mungkin bukan pilihan ramai, kerana suasana laman hijau sekeliling rumah lebih mengasyikkan.
Jadi, pemilihan rumput yang sesuai perlu dilakukan supaya masalah penjagaan tidak timbul. Pening kepala kalau rumput yang ditanam memburukkan halaman pula.
Untuk cuaca Malaysia, antara jenis rumput yang jadi pilihan ramai ialah Japanese carpet grass, Philippines carpet grass, cow grass dan pearl grass. Setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, terpulang kepada kehendak anda.
Misalnya, cow grass dan pearl grass lebih murah dan tahan lasak tetapi teksturnya lebih kasar. Sementara Japanese carpet grass dan Philippines carpet grass pula lebih mahal dan perlukan penjagaan rapi, tetapi rasanya lebih lembut dan nampak mewah.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan rumput tiruan yang lebih murah dan lebih mudah dijaga. Walaupun begitu, ada beberapa kelebihan dan kekurangan menggunakan jenis ni.
Antara kelebihan rumput tiruan ialah menjimatkan air, tidak toksik, tiada risiko alahan, tahan lasak, dan selamat untuk haiwan peliharaan dan kanak-kanak.
Kekurangannya pula adalah ia ada risiko kepanasan dan boleh rosak sekiranya terdedah kepada barangan panas dan bahang kuat matahari. Jadi, tepuk dada tanya selera, guna yang asli atau tiruan.
Landskap halaman terasa tidak lengkap tanpa air, baik dalam bentuk kolam atau pancuran. Banyak jenis kolam atau pancuran yang anda boleh pilih, tetapi pastikan ia dibuat dengan betul, jangan nanti jadi tempat membiak nyamuk pula!
Antara impian ramai orang adalah kolam ikan koi, kerana ia boleh menjadi lambang status pemiliknya. Harga seekor ikan koi dari Jepun dalam pasaran boleh mencecah ribuan Ringgit!
Jika anda bukan peminat ikan kerana faktor penjagaan dan penyeliaan kolam yang mahal dan rumit, anda juga boleh meletakkan pancuran air di halaman rumah. Bunyi air mengalir dalam rimbunan hijau juga boleh beri ketenangan selepas sibuk bekerja.
RIMBUNAN HIJAU
Bagi mereka yang sukakan kehijauan merimbun di halaman rumah, boleh juga menggunakan konsep Taman Bali.
Berbanding hanya menanam pokok tanpa susun atur dan membiarkannya tumbuh merimbun, konsep Taman Bali menekan aspek lapisan struktur dan tumbuhan.
Lima aspek utama Taman Bali yang anda boleh cuba terapkan adalah:
– Tumbuhan hijau
– Batu dengan warna asli atau gelap
– Arca hiasan
– Perabot kayu
– Kolam/takungan air
– Konsep Taman Bali ini boleh dilakukan tanpa mengira saiz halaman anda, asalkan lima aspek utama di atas dipenuhi, anda sudahpun mempunyai halaman bergaya Taman Bali.
Memilih kerusi dan sofa untuk kediaman bukanlah satu perkara yang mudah. Apabila berhadapan dengan ruang sempit, kita perlu tahu teknik menghias dengan betul agar yang dibeli boleh dipakai, selesa dan ruang tampil ideal serta sedap mata memandang.