Pelbagai kaedah dan jenis baja yang boleh digunakan untuk mendapatkan hasil bunga yang kembang mekar di laman. Sama ada dengan menggunakan bahan organik mahupun kimia, pasti ada hasilnya. Namun kali ini LAMAN IMPIANA nak galakkan anda untuk hasilkan baja penggalak bunga dari buah-buahan atau sayuran yang rosak dari dapur anda. Buahan dan bungaan (250 g setiap bahan):
1. Pisang
2. Labu
3. Lobak merah
4. Tomato
5. Betik
6. Bunga-bungaan
Nota: Kesemua buah-buahan diambil dengan kulit sekali. Lebih ranum buah lebih baik.
Perisa:
1. Gula merah (5 kg)
2. 1 sudu makan EM
3. 1 sudu makan IMO
Ads
Alat:
1. Bekas plastik besar
2. Kain
3. Botol
Ads
Cara pembuatan :
1. Potong semua buah-buahan
2. Masukkan ke dalam sebuah bekas plastik
3. Campur bunga, gula merah, EM dan IMO
4. Kacau dan lenyek dengan menggunakan senduk kayu. Jangan gunakan tangan.
5. Tutup bekas plastik itu dengan kain
6. Peram sekurang-kurangnya 10-14 hari
7. Selepas hari ke 10-14, tapis buahan yang diperam.
8. Hasil cecair disimpan ke dalam botol
9. Hampas tapisan pula boleh diperam untuk kali kedua, dengan tambahan gula merah. Sukatan lebih kurang sama macam peraman kali pertama
Peraman kali kedua bolehlah lebih lama lagi. Terpulang pada anda, tapi peraman kali kedua boleh sehingga mencapai 1 bulan, selepas itu tapis lagi, dan campurkan hasil peraman kali kedua dengan hasil peraman kali pertama.
Ads
Penggunaan:
Nisbah: 1 atau 2 sudu makan dengan 1 liter air.
1. Boleh campurkan bersama EM dan baja ikan.
2. Siram tanah atau sembur pada daun.
3. Kekerapan semburan: 1 atau 2 kali seminggu atau ikut kerajinan anda.
Selamat mencuba.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sejak akhir-akhir ni warna pastel menjadi pilihan ramai diluar sana. Pernah dengar bukan bunga Hydrangea atau orang panggil bunga Siti Zubaidah. Cantik kan bunga ni. Terdetik IMPIANA untuk kongsikan perkara ini apabila terbaca satu rencana oleh Pusat Racun Negara, tumbuhan ini walaupun cantik, ia mempunyai bahaya yang tersembunyi.
Pokok bunga Hydrangea merupakan pokok hiasan yang paling sesuai hidup di kawasan tanah tinggi.
Ia semakin mendapat tempat di hati peminat bunga kerana warna bunganya yang lembut.
Selain daripada itu, keistimewaan bunga ini ialah ia mengambil masa selama tiga (3) bulan untuk mekar sepenuhnya dan warnanya akan bertukar-tukar sepanjang masa tersebut.
Namun, dalam kecantikan itu ternyata ada bahaya yang tersembunyi.
Penggemar bunga perlu tahu bahawa bahagian tumbuhan ini terutama getahnya mengandungi hydrangin (sejenis bahan sianogenik glikosid), febrifugine, hydrangenol dan loganin.
Bahan kimia ini boleh menyebabkan
(*bergantung kepada kuantiti yang terdedah.)
Peminat bunga ini perlu berhati-hati mengendalikannya terutama sekali jauhkan daripada capaian kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan.
Pakai sarung tangan ketika mengendalikan tumbuhan ini dan cuci tangan dan pakaian selepas itu.
1. Macam mana pokok ini beracun? Sentuh je boleh keracunan?
TIDAK, jika terkena cecair / getah baru ada risiko keracunan.
2 . Adkah jika potong pokok ini untuk tanam balik akan keracunan?
Pakai sarung tangan jika berkebun. Segera cuci tangan jika terkena, terutamanya sebelum makan dan minum.
Kebanyakkan rekabentuk rumah baru kini dibina dengan bumbung yang flat atau rata. Dasi segi estetiknya, sudah tentu design sebegini nampak lebih kontemporari dan sleek. Tetapi tahukah anda, terdapat beberapa hal yang perlu dititikberatkan sebelum memutuskan untuk membeli atau membina rumah dengan bumbung rata.
Ramai pembeli masih musykil dan ragu-ragu tentang hal ini jadi Dr. Sr. Nuzaihan Aras Agus Salim dengan besar hatinya ingin berkongsi tips dan nasihat agar para pembeli tidak melakukan kesilapan yang akan memberi impak pada jangka masa panjang. Maklumlah, kos renovasi untuk bumbung sudah tentunya akan memakan belanja yang banyak. Kan rugi nanti.
Nota penulis :Perkongsian ini pada asalnya dikongsikan di laman facebook Sr. Nuzaihan Aras Agus Salim atau Uniey Aras selaku seorang pensyarah Ukur Bangunan di Universiti Sains Malaysia. Artikel ini telah diolah untuk diterbitkan semula dalam laman digital IMPIANA dengan izin beliau.
Jika disoal tentang perihal bumbung rata ini, Dr. Uniey berpesan supaya jangan panik apabila sudah terbeli atau memiliki rumah dengan flatroof kerana tidak semua bumbung rata memberi masalah. Berikut adalah pandangan beliau melalui ciri-ciri rekabentuk bumbung rata dan kesan terhadap penyenggaraan bangunan. Bumbung yang rata ini tidak akan menimbulkan masalah jika:
– Ada sedikit kecuraman pada bumbung.
– Sambungan bumbung rata kepada setiap elemen utama bangunan seperti dinding dan bumbung rata dilihat melalui menggunaan flashing atau tidak nampak dari luaran, bermaksud terdapat lapisan kalis lembap dalam perincian sambungan bumbung rata ke dinding.
– Material yang digunakan melalui perincian elemen bumbung rata atau dikenali sebagai flat roof detailing yang lengkap.
Masalah juga akan timbul sekiranya terdapat kelemahan kualiti dari perkara di atas.
Contohnya:
1. Masalah kualiti lepaan di mana kontraktor tidak memastikan bumbung tersebut dlm keadaan sedikit curam mahupun meratakan permukaan. Akibatnya, bumbung akan menakungkan sedikit air apatah lagi kandungan yang banyak.
2. Kelemahan dibahagian sambungan. Tiada lepaan Damp Proof Course (DPC) dari bumbung ke dinding untuk elakkan serapan air, atau, tiada flashingsheets seperti aluminium diletakkan di sambungan ini untuk mengelakkan air meresap melalui percikan air hujan.
3. Penggunaan material kalis air tidak digunakan bagi mengelakkan serapan air. Serta tidak mempunyai saluran tread di bawah bumbung rata. Tread merupakan satu garisan lurus dan panjang serta mempunyai kedalaman lebih kurang 3mm dan lebar lebih kurang 10mm. Tujuan elemen ini adalah untuk mengelakkan air hujan yang mengalir di tepi bumbung rata lalu melimpah dan mengalir masuk ke bahagian tengah bumbung.
Kerosakan bagi kelemahan di atas, pembeli akan menerima:
1. Siling dan bumbung berkulat akibat dari kelemahan kontraktor meratakan lepaan mahupun tidak membenarkan sedikit kecuraman air.
2. Air turut meresap ke elemen bangunan lain sepert dinding dan siling bangunan utama.
3. Air yang kerap mengalir menyebabkan ‘kebocoran’ di kawasan bawah bumbung rata sekiranya waktu hujan lebat.
Namun begitu, jika kesemua ini telah diambilkira oleh kontraktor dan arkitek, perkara ini tidak akan terjadi atau proses pertumbuhan kulat mungkin boleh dilambatkan. Oleh itu, bagi memastikan bumbung rumah anda ada elemen di atas, apa yang pembeli boleh buat adalah dengan melakukan sedikit ujian keselamatan.
1. Ujian laluan air. Anda perlukan getah paip yang panjang. Alirkan air yang sangat banyak ke atas bumbung kemudian lihat arah air itu mengalir. Jika air tiada arah atau tidak selari, bermaksud bumbung anda tiada kecuraman. Oleh itu, anda ambil spirit water level yang boleh didapati di hardware dengan harga kurang RM10 untuk letakkan di tengah tengah dan tepi bumbung rata tersebut. Lihat spirit level berkenaan. Buih itu duduk di tengah-tengah atau menyenget. Seharusnya ia menyenget. Lihat kecenderungan buih dalam garisan air tersebut. Buih seharusnya keluar dari garisan tengah. Di mana kedudukan buih berada bermaksud di situ kawasan lebih tinggi.
Jika terdapat buih di tengah, anda tunggu sebentar sehingga hampir 70% air mulai kering. Lihat kawasan takungan air. Di mana kawasan air bertakung itu bermaksud, di situ contractor tidak melakukan lepaan rata dengan baik. Pastikan takungan tidak langsung berlaku walaupun kedalaman takungan hanya 1mm. Anda ambil gambar dan majukan kepada kontraktor untuk pampasan. Tetapi boleh tuntut dalam tempoh DLP. Jika tidak, anda perlu baiki sendiri.
2. Ujian kedua adalah melalui pemerhatian. Anda kena lihat di setiap sambungan bumbung rata ke dinding. Ada atau tidak kepingan aluminium sama ada di cat atau tidak, ia seharusnya di situ. Jika tiada, ini sedikit rumit. Anda perlu lihat, jika hujan lebat, ada atau tidak resapan air ke dalam (1) dinding atau siling rumah anda yg saya pasti, kawasan ruang tamu atau bilik utama atau (2) resapan air di bawah siling garaj kereta sambungan ke dinding luar rumah. Ambil gambar untnk tuntutan jika masih di bawah DLP atau puan perlu baiki dengan saranan di atas (No 2)
3. Ujian observation melihat ada ya “tread”. Lihat di bawah bumbung rata di kelilingnya. Pastikan ada satu alur dgn kedalaman 3mm dan jaraknya lebih kurang 100mm dr tepi bumbung rata anda. Dan dari masa ke semasa, anda kena pastikan alur ini tiada kulat, perlu dibersihkan. Jika tidak, air akan melalui di atas kulat berkenaan dan masalah yg sama turut terjadi. Jika tiada tread, tidak mengapa cuma akan ada lembapan kelak. Anda ambil gambar dan buat aduan. Jika tidak, anda terpaksa membuat tread tersebut dgn menebuk lubang siling dan alur berkenaan.
Tambah Dr. Uniey lagi, “Tidak semestinya bumbung rata itu ada masalah. Bagi mata kasar saya, masalah yang berlaku hanya di luar bangunan. Namun begitu, sebagai pembeli anda cubalah jalankan ujian yang saya sarankan tadi.”
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sejak trend warna pastel melanda kembali beberapa tahun yang lalu, obsesi akan warna pastel akan terus kekal lama. Tidak hairanlah,warna pastel mempunyai ciri khas tersendiri yang membuatkan ruang itu rasa nyaman dalam tenang semula jadi. Banyak warna yang anda perlu tahu ia amat sesuai untuk ruang kediaman pilihan. Warna seperti biru muda yang sering dikaitkan dengan ketenangan, ungu pastel pula lebih rasa santai tidak kiralah warna apa yang menjadi pilihan pastel amat sesuai untuk jiwa yang inginkan ketenangan dan kedamaian.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!