
Bila musim hujan, tanaman paling mudah diserang kulat. Faham sahaja lah kan kalau tanaman diserang kulat bukan sahaja rosak, salah tempat boleh mati terus. Namun, tidak bagi sebahagian masyarakat di Maxico terutamanya diwilayah Ixtlahuaca.
Kulat yang menyerang tanaman jagung dianggap sebagai satu hidangan yang istimewa dan mereka akan berpesta dengan menu kulat tersebut. Kulat yang di panggil Cuitlacoche oleh masyarakat tempatan atau Corn smut akan tumbuh apabila tiba musim hujan yang berpanjangan.
Ia tumbuh apabila air hujan diserap oleh tombol jagung. Kelembapan hujan di antara biji akan menghasilkan kulat yang akan tumbuh di celah biji jagung. Ia berpunca daripada patogen yang dipanggil Ustilago maydis.
Terdapat pelbagai menu hidangan yang boleh disediakan dengan menggunakan cendawan kelabu ini dan ia menjadi makan istimewa masyarakat di Ixtlahuaca. Kini, cendawan kelabu ini juga mudah didapati di pasaran. Ia di jual sebagai makana di dalam tin dan ada juga dalam bentuk kering.
Tinggi Vitamin C, Ini Khasiat Lain Buah Kundang Yang Mungkin Anda Tak Tahu

APA ITU BUAH KUNDANG?
Buah kundang, buah setar, temia, rembunia atau nama saintifiknya Bouea macrophylla dari keluarga Anacardiaceae merupakan tumbuhan asal Malaysia dan di kebanyakan negara Asia. Ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Ma Prang (Thailand), ramania atau gandaria (Indonesia), mayun thee (Burma) dan thanh tra (Vietnam).
Pokoknya berkanopi besar yang boleh mencecah ketinggian sehingga 18 meter. Boleh dibiak menggunakan biji benih atau cantuman mata tunas. Pembiakan menggunakan biji benih memakan masa 6-8 tahun untuk berbuah dan 4-5 tahun jika dibiak menggunakan mata tunas.
SUMBER FOTO : GOOGLE
Apa yang pasti buah ini tergolong dalam kategori buah nadir yang jarang ditemui lagi di Malaysia, tetapi berbeza bagi negara Thailand yang telah mula mengomersilkan buah ini dengan menonjolkan varieti yang lebih baik dan manis.
KHASIAT BUAH KUNDANG :
• Makanan Pencegah Kanser
• Disebabkan rasanya yang masam. Buah kundang kaya dengan vitamin C yang merupakan antioksidan yang terbaik yang mampu untuk mencegah kanser serta mengelakkan sel-sel kulit menjadi rosak.Mengurangkan Simptom Demam….Kandungan Vitamin C yang terdapat pada buah kundang juga dapat mengurangkan kesan akibat demam seperti loya, sakit-sakit badan dan selsema.
• Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
Disebabkan buah ini mengandungi antioksidan yang tinggi, buah ini dapat memelihara kesihatan jantung dengan mengembangkan saluran darah untuk menjauhkan penyakit atherosclerosis.
• Ubat Sakit Kepala
Ini adalah penyediaan tradisional. Ambil daunnya dan tumbuk lumat. Kemudian tepekkan dikepala seperti menampal koyok untuk mengurangkan rasa kesakitan sebelum mendapat rawatan dari pakar yang bertauliah.
• Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi
Apa-apa sahaja makanan yang memberi kebaikan kepada jantung, automatik makanan tersebut baik untuk tekanan darah dengan memberi bukaan (pengembangan yang baik) kepada salur darah dan dapag mengurangkan tekanan darah tinggi.
• Buah kundang tinggi dengan vitamin C. Ternyata buah kundang mempunyai banyak khasiat bukan sahaja dari buahnya sahaja, malahan termasuk juga daun dan tangkai. Pucuk daun kundang yang masih muda dan berwarna ungu boleh dijadikan ulam-ulaman.
SUMBER : Jabatan Pertanian Malaysia
Buah Nona Penyejuk Badan Semulajadi Dan Mujarab Hentikan Cirit Birit

Seingat penulis berpuluh tahun yang lepas ketika masih lagi di zaman kanak-kanak, buah nona antara buah kegemaran yang masih lagi tersimpul kemas dalam nostalgia. Masa berjalan seiring usia, buah ini semakin hari semakin pupus daripada penglihatan lantaran kesukaran mendapatkannya di pasaran. Ia bukan lagi sebagaimana mangga atau epal yang mudah didapati di mana-mana dan pada bila-bila masa. Mungkin kanak-kanak zaman sekarang yang seusia dengan penulis dahulu ramai tidak pernah tahu tentang buah nona ini dan bagaimana pula rasanya.
Annona squamosa atau panggilan tempatannya buah nona tergolong dalam famili Annonaceae serta mempunyai persamaan dengan durian belanda. Bentuknya bujur, bersaiz sederhana sebesar tapak tangan serta diameter di antara 6cm hingga 10cm , permukaan kulit buah berbonggol-bonggol. Isi buahnya manis, wangi, berwarna putih krim dengan tekstur dan rasa kastard. Ia dianggap buah paling sedap di dalam genusnya. Buah kebiasaannya dimakan segar, atau digunakan untuk membuat minuman jus atau serbet dan merupakan sumber nutrien yang baik seperti zat besi, kalsium, dan fosforus ( Morton 1987).
Pokok Annona squamosa ini berketinggian di antara 10 hingga 20 kaki (3m-6m) tinggi, dikategorikan sebagai renek separa malar hijau atau pokok teduhan bersaiz kecil, sesuai hidup di kawasan beriklim tropika tanah rendah di seluruh dunia. Antara negara tersebut ialah selatan Mexico, Amerika Selatan dan Tengah, Afrika tropika, Australia, Indonesia, Polynesia, Hawai dan Florida. Selain itu ia dilaporkan telah diperkenalkan oleh Portugis dan Sepanyol pada abad ke-16 di India dan Filipina dan telah ditanam di sana sejak itu.
Spesies pokok ini mampu mengeluarkan bunga dan buah dalam tempoh dua hingga tiga tahun selepas penanamannya. Pengeluaran buahnya pula agak lebat andai taburan hujan mencukupi iaitu sekitar >70 cm atau 27 inci setahun dengan purata berat di antara 100-230 gram serta mempunyai biji yang lonjong. Manakala ia sesuai hidup di kawasan bersaliran baik serta akarnya tidak merebak jauh ke dalam tanah kerana ia mempunyai sistem akar yang pendek. Pokok ini juga hanya memerlukan permukaan tanah yang cetek untuk mencengkam.
Kebiasaannya pokok yang berumur lebih kurang lima tahun boleh menghasilkan sekitar 50 biji buah nona. Manakala pokok yang telah berusia pula jarang mengeluarkan buah melebihi 100 biji setiap pokok.
Sebagaimana tumbuhan yang lain, Annona squamosa juga tidak terkecuali dengan senarai panjang kebaikan yang terkandung di dalam setiap buahnya. Sifat-sifat penawar yang dimiliki andai diamalkan dalam kuantiti bersesuaian akan memberi manfaat kepada manusia untuk tempoh jangka panjang.
Kegunaan dan Kebaikan Annona Squamosa
- Kulit kastard pokok epal boleh digunakan untuk menghentikan cirit-birit pada kanak-kanak dan orang dewasa. Di samping itu, tumbuhan ini juga berkesan dalam merawat kencing manis.
- Buahnya digunakan untuk membuat tonik rambut di beberapa kawasan di India.
- Tumbuhan ini menunjukkan beberapa ciri-ciri perubatan yang luar biasa, seperti berfungsi sebagai racun serangga , antikulat dan abortifacient .
- Biji benih boleh digunakan pada rambut untuk menghilangkan kutu. Walau bagaimanapun, pastikan ia tidak bersentuh pada mata kerana boleh mengakibatkan kerengsaan dan seterusnya menyebabkan buta.
- Buah nona boleh merawat pedih luka akibat melecur kerana ia adalah penyejuk yang berkesan.
- Di India daunnya dilumatkan dan diguna dalam merawat histeria dan jampi.
- Rawatan ulser, luka, disentri dan penyakit lain juga dirawat dengan menggunakan ekstrak daun.
(VIDEO) Memang Menjadi Biak Hydrangea Dari Keratan Batang

Hydrangea atau bunga Siti Zubaidah adalah antara tanaman wajib bagi taman berkonsepkan inggeris. Pun begitu, ramai beranggapan hydrengea hanya sesuai di tanam di dalam iklim sejuk. Sebenarnya ada Jenis yang sesuai untuk ditanam dalam iklim tropika Malaysia
Antara jenis yang sesuai dengan iklim Malaysia adalah seperti Hydrangea macrophylla. Ia mempunyai bunga berwarna putih, biru keunguan dan merah muda. (Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada pH tanah di mana tanah yang lebih berasid, bunganya akan berwarna biru, manakala tanah beralkali akan menghasilkan bunga merah muda.)
Kapur Dan Sulfur – Teknik Tukar Warna Bunga Hydrangea Yang Perlu Anda Cuba
Di pasaran, pokok hydrangea dijual pada harga RM 30-50 bergantung kepada saiz. Selain itu juga, hydrengea mudah dibiakkan dari keratan batang. berikut antara langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk:
1. Pilih induk yang betul-sihat dan berkualiti
2. Pilih Dahan yang matang dan potongkan ia di waktu pagi untuk tujuan pembiakkan. Gunakan pisau atau gunting yang tajam dan strillkan dengn jus limau untuk mengelak berlaku penyebaran penyakit yang berpunca daripada kulat atau bakteria.
3. Panjang dahan keratan diperlukan adalah 4 helai daun maatang dari pucuk dan lebihkan 1 inci panjang dahan dari daun ke-4
4. sebelum mengambil keratan batang untuk tujuan pembiakkan, pastikan bahan keperluan lain seperti bekas semaian, medium semaian dan sebagainya telah disediakan (semaian perlu dilakukan terus selepas dahan yang dipilih untuk pembiakkan telah dipotong)
5. Buangkan kesemua daun kecuali 2 helai di bahagian pucuk.
6. Isi kan medium di dalam pasu semaian dan sedikan lubang sebesar jari kelingking dengan kedalaman 1-1.5 inci dalam
7. Celupkan bahagian batang yang dikerat kedalam hormon penggalak akar. Sebagai pilihan, boleh gunakan belacan yang dicampurkan sedikit air
8. Semburkan permukaan medium dengan air untuk siraman.
9. Simpan hydrengea yang selesai disemai ke dalam bekas bertutup lutsinar dan simpan di kawasan separa teduhan
10. Semaian tidak perlu disiram setiap hari tetapi kelembapan nya perlu sentiasa dipantau. (Bekas berttup menyebabkan air atau wap yang terperangkap di dalam medium membantu melembapkan semaian)
11. Dalam tempoh seminggu jika 2 helai daun yang ditinggalkan masih segar, ini menunjukkan semaian anda berjaya. Namun sebaliknya.
12. Biarkan dalam tempoh 3-4 minggu sehingga daun baru keluar sebelum ia dipindahkan ke dalam pasu atau tapak tanaman kekal
Ini Yang WAJIB Anda Lakukan Apabila Hydrangea Yang DI Tanam Dah Bertahun Tak Berbunga
Penyakit Utama Yang Kerap Mengancam Hydrangea dan Langkah Untuk Atasinya