
Bahan-bahan
- Batu kerikil halus (pebble wash)
- Bancuhan konkrit
- Acuan batu pemijak (1 kaki x 1 kaki atau mengikut saiz yang diingini)
- Peralatan pembinaan
- Span dan berus lembut
Langkah-langkah:
- Sediakan bancuhan simen dengan nisbah dua bahagian pasir dan satu bahagian simen. Air disukat berdasarkan kadar kepekatan bancuhan.
- Sediakan acuan yang diperbuat daripada 4 keping kayu bersaiz 2 inci lebar. Letakkan di atas permukaan rata seperti papan bagi membentuk permukaan dan dasar sekata.
- Masukkan bancuhan simen ke dalam acuan. Ratakan.
- Kemudian taburkan batu pebble dengan rapat dan rata. Tekan perlahan-lahan sehingga batu pebble ditutupi lapisan nipis bancuhan simen sepenuhnya.
- Biarkan di bawah cahaya matahari selama 1 jam.
- Seterusnya, condongkan papan yang mendasari acuan membentuk batu pemijak tersebut. Dengan menggunakan span yang dipenuhi air, lap permukaan dengan lembut batu pemijak tersebut.
- Menggunakan berus cat, berus permukaan batu pemijak secara lembut untuk menyucikan permukaan nipis simen daripada batu pebble. Setelah permukaan nipis simen selesai di sapu, keringkan batu pemijak selama sekurang-kurangnya 36 jam di bawah matahari penuh.
- Batu pemijak batu pebble sedia digunakan!
Info
- Bancuhan konkrit cair akan menyebabkan batu pemijak menjadi lebih ringan
- Bancuhan konkrit pekat akan menghasilkan batu pemijak yang lebih berat dan padat.
- Permukaan dasar yang tidak rata dan acuan tidak bersudut tepat menyebabkan batu pemijak gagal statik ketika pemasangan serta boleh menyebabkan keretakan.
- Selain batu pebble halus, batu pebble bersaiz sederhana sesuai dijadikan salah satu kemasan batu pemijak serta boleh digunakan sebagai laluan refleksologi.