Rata- rata pemilik rumah masa kini mempunyai masalah keluasan rumah yang agak terhad. Sebenarnya ruang yang terhad tidak perlu menjadi halangan dalam mana-mana kediaman. Sebagai pemilik yang bijak perlulah tahu apa konsep dan idea yang perlu diketengahkan dalam sebuah rumah yang lengkap dan harmoni. Rumah bukan sahaja perlukan dekor yang lengkap dan sarat sehingga ia tidak selesa untuk didiami. Rumah adalah tempat yang dipenuhi dengan rasa selesa untuk diduduki.
Jika, kita melihat rekaan masa kini kebanyakkan lebih memilih gaya yang minimalis atau lebih mudah gaya yang lebih ringkas tetapi praktikal. Dalam definasi menghias ia adalah satu subjektif. Tidak kisah apa sahaja gaya dan konsep yang diminati dan menjadi ikutan dalam mendekor. Paling utama yang perlu di titik beratkan adalah keselesaan penghuni itu.
Ads
Jom kita lihat hasil pengkongsian kediaman ini yang mungkin boleh dijadikan salah satu inspirasi dalam kediaman anda yang mempunyai ruang terhad. Lihat pemilihan saiz perabot yang cukup tepat dengan saiz rumah ini. Lengkap sempurna dalam setiap perincian. Dalam olahan warna juga pemilik ini bijak memberi satu tarikan dengan menggunakan satu warna terang dalam ruang yang diberi sentuhan ini agar ruang tersebut nampak menonjol dan tidak terlalu hambar.
Mewah betul dekorasi rumah Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Macam Hotel Lima Bintang. Segenap ruang dihias indah. Awal dan Acha ternyata cukup bijak memilih jenis perabot, susun atur dan warna kediaman mereka mengikut tema yang dipilih.
Awal Ashaari yang merupakan seorang pelakon dan hos pernah berkongsi koleksi foto ber’OOTD’ mereka sekeluarga. Awal juga ada berkongsi video memaparkan dekorasi rumahnya yang dihias cantik dengan warna putih melatari segenap ruang rumah.
Kelihatan juga perabot-perabot berjenama mewah, chandelier, pasu dan gubahan bunga-bungaan. Pencahayaan di segenap ruang rumah menjadikan suasana kediaman seperti di hotel bertaraf lima bintang.
Dekorasi kediaman pasangan ini adalah hasil ilham mereka bersama. Jom kita jamu mata tengok dekorasi rumah pasangan yang terkenal dengan jolokan ‘ikon fesyen’ ini.
Kediaman hari ini, semakin terhad ruang yang ditawarkan demi harga yang agak mahal. Malah gaya hidup ruang kompak juga ditawarkan bagi mereka yang tinggal sendirian atau berdua. Gaya hidup kota yang serba pantas dan sibuk, sememangnya serasi dengan kediaman seumpama ini.
Persoalan mula timbul, bagaimana caranya untuk kita menghias ruang yang sekangkang kera ini? Terdapat beberapa kaedah dan idea boleh kita pilih. Di samping memilih perabot dwi fungsi,ia sememangnya sangat berkesan dan menjimatkan ruang.
Kita juga boleh memilih perabot potongan ringkas dan tirus runcing, yang memberi ilusi ringkas serta tidak menyesakkan pandangan.
Di samping memilih kabinet binaan dalam yang samar dengan persekitaran dan yang memberi ilusi ruang, khalayak juga ditawarkan pilih warna selamat seperti nude yang cantik dan tidak keterlaluan. Biarlah aksesori seperti gambar atau lukisan, ada sebuah tetapi cukup besar dan strategik.
Anda yang memilih ruang kompak untuk tempat tinggal, jangan sesekali menolak elemen hidup seperti pokok hiasan semula jadi. Ia sangat penting dalam memberikan suasana damai, terapi dan oksigen. Selain dari penghawa dingin, dapatkan penyegar udara agar suasana ruang kecil anda segar, tidak lekas berbau dan terjaga. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kediaman yang cantik, selesa dan praktikal untuk didiami sudah tentu menjadi idaman bagi ramai individu. Tidak perlu terlalu mewah, cukup sekadar dapat menampung isi rumah dengan nyaman dengan dekorasi yang memenuhi citarasa pemilik.
Walaupun kediaman yang hanya disewa, perkara tersebut tidak wajar dijadikan alasan untuk mengetepikan elemen dekorasi dan nilai estetika ketika menghias. Malah, inilah masanya untuk anda bereksperimentasi dengan konsep dan tema yang sesuai dengan gaya hidup anda.
Baru-baru ini telah viral dekorasi rumah sewa yang begitu menarik untuk dikongsi. IMPIANA berpeluang menemuramah pemilik, Nur Diyana tentang idea dan inspirasinya menatarias setiap ruang yang tampil selesa dan menarik.
Q: Mengapa dekorasi di rumah dianggap penting? D: Dekorasi rumah dianggap penting kerana setiap keluarga mengimpikan suasana persekitaran yang selesa untuk hidup bersama. Benarlah, rumahku,syurgaku. Namun, dekorasi di rumah sewa sebenarnya bergantung pada budi bicara dan kebenaran dari tuan rumah. Bagi saya, ini sangat penting bagi tidak menimbulkan apa apa masalah kelak. Ambil kira segala kerja pembaikan yang dilakukan bila mahu meninggalkan rumah kelak, jangan sesekali tinggalkan dinding yang berlubang, cat semula jika perlu dan tidak tinggalkan rumah yang kotor. Sentiasa pulangkan rumah dalam keadaan yang terbaik.
Q: Apakah konsep yang digunakan di rumah sewa? D: Saya seorang yang fleksibel apabila melibatkan konsep. Kami sepakat memilih rona kelabu bagi penataan seluruh ruang dari ruang tamu,bilik tidur sehinggalah ke dapur. Namun,setiap ruang ditatarias dengan elemen dekorasi yang berbeza walaupun berkongsi warna yang sama. Misalnya, saya menggunakan peralatan kayu dan rotan serta beberapa warna neutral di bahagian bilik tidur utama. Ini adalah texture bagi mencipta konsep seakan Urban Boho. Penggunaan peralatan rustic di dapur pula membawa kepada tema rumah ladang (farmhouse). Kami sendiri masih melakukan eksperimen dalam pemilihan tema yang digemari sebagai persiapan untuk rumah sendiri nanti.
Q: Berapa lama masa yang diambil untuk persiapan rumah sewa? D: Kami sudah mula mengumpul peralatan dekorasi selama setahun sebelum menyewa bersama. Persediaan untuk rumah sewa juga termasuk dalam persiapan perkahwinan. Kami percaya – beli sedikit sedikit dahulu jadi tidaklah bajet dikeluarkan dalam kadar besar sekaligus dalam satu masa.
Q: Anggaran bajet? D: Saya dikenali oleh rakan rakan di media sosial kerana perkongsian ‘’dekorasi bajet’’. Alatan deko yang dibeli hampir kesemuanya di dapati di jualan perabot terpakai atau di beli semasa jualan penghabisan stok. Sejulah bajet yang dikeluarkan hanya pada pembelian cat dan perabot besar. Yang lainnya saya dapatkan dengan harga serendah RM 1.00 – Bila balik ke rumah saya akan lakukan kerja kerja DIY sendiri bagi membaik pulih peralatan dan menjadikan ianya sebagai alat dekor di rumah.
Q : Pesanan kepada semua yang mungkin masih berfikir untuk dekorasi rumah sewa?
D: Dalam masa sekarang, sudah ramai rakan rakan dalam group dekorasi di Facebook yang berkongsi tentang tatarias rumah sewa mereka. Saya juga rasa teruja dengan hasil kerja mereka. Antara tips yang boleh diamalkan adalah pastikan perabot yang dibeli praktikal untuk di bawa berpindah kelak, terhadkan perabot yang menjadi keperluan sahaja dan berbelanjalah dengan bijak. Untuk pulangan modal, barang barang yang sudah tidak dipakai selama tiga bulan berturut turut bolehlah dijual semula atau disedekahkan. Rumah sewa yang lapang tanpa barang yang banyak pasti memudahkan urusan untuk berpindah kelak. Jaga rumah sewa seperti rumah sendiri. InsyaAllah tiada siapa yang akan rugi.
Puan Diyana juga ada berkongsi hasil dekorasi kediaman sewa yang didekor beliau. Jom kita cuci mata!
RUANG TAMU/ RUANG MAKAN
DAPUR
BILIK TIDUR
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.