Pokok belimbing buluh atau nama saintifiknya Averrhoa belimbi linn, berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan. Ia banyak dijumpai di kawasan kampung dan kawasan perumahan kerana pokok ini mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Buahnya boleh digunakan untuk berbagai-bagai tujuan terutamanya masakan.

Khasiat Belimbing Buluh Yang Ramai Tak Tahu,  Berupaya Menghilangkan Jerawat Dan Melembutkan Kulit Muka

Antara khasiat belimbing buluh ialah:

1. Daunnya apabila digiling halus dan dilumurkan pada muka berupaya menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit muka. Selain itu juga, ia melegakan sakit-sakit sendi serta menghilangkan panau sama ada pada muka mahupun badan

IKLAN

2. Untuk mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam, anda hanya perlu minum air rebusan yang dicampurkan beberapa bahan lain. Bahan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan ini adalah seperti berikut:

IKLAN
  • Segenggam bunga belimbing buluh
  • Sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk
  • 2 biji bawang merah
  • 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking
  • 2 cawan air
    Cara: Rebus semua bahan sehingga air menjadi separuh dari kuantiti yang asal. Tapiskan dan diminum hangat bersama sedikit madu 3 kali sehari setiap hari

3. Untuk anda yang ada darah tinggi, ambil 3 biji buah belimbing buluh. Cuci dan bersihkan kemudian di potong nipis-nipas lalu direbus bersama 2 cawan air. Rebus sehingga air tadi etrsisa satu cawan atau separuh dan diminum selepas sarapan pagi setiap hari

4.
Untuk mengurangkan panas badan ketika demam, ambil beberapa pelepah daun belimbing buluh yang masih segar. Ramaskan daun tadi di dalam air sehinggga lumat. Ambil sehelai kain dan basahkan dengan air yang telah di lumatkan daun belimbing buluh tadi. Lap pada badan dan muka pesakit, akhir sekali letakkan kain basah tadi pada dahi. Ulang beberapa kali

IKLAN

Khasiat Belimbing Buluh Yang Ramai Tak Tahu,  Berupaya Menghilangkan Jerawat Dan Melembutkan Kulit Muka

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI