Reka Bentuk Landskap Seremban 2 Memupuk Semangat Komuniti Dalam Kalangan Penduduk.

Kini pembeli bukan sekadar membeli rumah untuk diduduki, malah persekitaran yang dapat memberi ketenangan turut dipertimbangkan. Pada asasnya, persekitaran rumah atau dengan kata lain reka bentuk landskap merupakan aspek penting selain dengan bangunan itu sendiri demi menjadikan sesebuah bandar itu berjaya. Sebagai salah sebuah bandar yang paling progresif dan berjaya di Negeri Sembilan, Seremban 2 yang dipelopori IJM Land telah berjaya dibangunkan sejak dua dekad lalu dengan perancangan landskap yang luar biasa sehingga dikenali di negara ini.

Bersama Ruang dan Alam Semula Jadi Pemaju yang terbaik perlu mempunyai perancangan landskap sebelum menjalankan projek pembinaan kediaman. Walaupun Seremban 2 berjaya menarik pembeli atas faktor lokasi, kemudahan, keselamatan dan kualiti, penduduk di bandar ini menghargai landskap yang berjaya mendorong mereka untuk bertemu dan berkumpul demi memupuk semangat kejiranan yang erat dalam kehidupan masyarakat. Dengan keluasan 3,800 ekar, reka bentuk landskap di Seremban 2 telah mengalami beberapa tahap evolusi dengan mengambil kira faktor alam semula jadi. Walau bagaimanapun, ruang yang luas dan kaya dengan kehidupan alam semula jadi menjadikan ia suatu pengalaman bermakna dalam kehidupan masyarakat Seremban 2. “Sebagai pemaju, menggabungkan elemen reka bentuk hijau dan inovasi dalam landskap adalah sangat penting kerana ia telah membuktikan bahawa perancangan dan reka bentuk landskap yang tepat, ditambah dengan faktor kelestarian, membantu mewujudkan persekitaran yang menggembirakan penduduk.

Selain itu, landskap menawarkan peluang untuk menjana lebih banyak nilai kepada pembeli rumah dan mengubah persepsi terhadap perbandaran, ”kata Pengurus Besar Kanan (Wilayah Tengah) IJM LAND, Dato’ Hoo Kim See. Perkara pertama yang dapat diperhatikan ketika memasuki bandar Seremban 2 adalah kelebaran jalan utamanya sehingga 132 kaki dan jalan perkhidmatan dalaman selebar 50 kaki. Selain itu, bahu jalan serta laluan pejalan kaki dan basikal berukuran 2.4 meter dibina mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Dengan ruang yang lebih besar, IJM Land telah berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif hijau dalam perancangan landskapnya. Merancang dan Menanam Inisiatif hijau seperti taman di atas bumbung, taman rekreasi dan tempat perlindungan hijau telah memasuki industri pembangunan tempatan sejak beberapa dekad kebelakangan ini. Selain menjadi faktor tarikan jualan yang menarik, seni bina hijau dan pembangunan lestari juga adalah salah satu cara mampan untuk mewujudkan ruang hijau yang semakin berkurangan di bandar.

Melalui perancangan landskap yang luas, Seremban 2 dapat menghiasi jalan dan ruang hijau dengan lebih 40,000 pokok dan tumbuh-tumbuhan yang tidak hanya menyuntik suasana desa malah dapat disesuaikan dengan iklim setempat. Tanaman tidak berduri, tidak beracun dan tidak berbuah serta penjagaan minimum dipilih mengikut kriteria yang ditetapkan oleh PBT. Pokok yang dipilih juga boleh meredupkan kawasan setempat dan tahan lasak serta mampu hidup walaupun ditanam dalam tanah yang keras, air bertakung, kekurangan nutrien dan air. Selain itu, ia hanya memerlukan penjagaan minimum. Antara pokok yang boleh ditemui di sekitar bandar ini termasuk pokok doa, pelangi, ‘River Bed Gum’ dan bungor. Salah satu tanaman yang paling menonjol dan unik di Seremban 2 adalah pokok mempari (Pongamia Pinnata). Selain memiliki bentuk menarik, akarnya mampu menukar gas nitrogen di atmosfera kepada sebatian nitrat yang bertindak sebagai baja kepada tumbuhan lain dan menyuburkan tanah. “Pokok yang ditanam di Seremban 2 mengikut panduan yang diberikan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dengan mengambil kira setiap pembangunan perlu dilindungi oleh minimum 10% kawasan hijau. “Walaupun perancangan landskap dilakukan mengikut panduan khusus, kami masih menerapkan unsur yang dapat memperlihatkan keperibadian Seremban 2 termasuk dengan penggunaan pohon pelangi (Rainbow Red Gum) dan batai laut (Yellow Flame) untuk menonjolkan suasana desa,” , ” kata Dato Hoo.

Memupuk rasa menghargai dan memiliki oleh kerana pembangunan landskap menjadi bahagian penting dalam sektor hartanah di Malaysia, perbandaran akan datang perlu memperuntukkan tanah yang mencukupi untuk ruang hijau dan taman. Di Seremban 2, Taman rekreasi Hill Park seluas 30 ekar dan S2 City Park seluas 15 ekar menjadi mercu tanda perbandaran yang menjadi lokasi tumpuan untuk aktiviti komuniti sekali gus menjadi tarikan antara keseimbangan alam sekitar dengan manusia sendiri. “Selain memberikan kehidupan yang berkualiti dan persekitaran yang tenang, perancangan landskap seharusnya menjadi pertimbangan pertama dalam setiap pembangunan untuk memastikan kemajuan yang konsisten. Potensi sebenar reka bentuk landskap terletak kepada kemampuannya menanam rasa bangga dan memiliki dalam kalangan penduduk terhadap kawasan kediaman yang diduduki, ” kata Dato’ Hoo.

Untuk maklumat lanjut mengenai Seremban 2, sila lawati di sini.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI