

Panduan Lengkap Tanam Kelapa Matang Untuk Hasil Yang Lumayan

Kelapa MATAG antara tanaman yang dikategorikan sebagai viral lah juga sebab ramai yang sibuk nak cari benih kelapa matag ni. Kenapa nama dia kelapa matag? Nama matag berasal dari pada “MA” (Malayan) dan “TAG” (Tangnan). Ia merupakan kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tagnanan. Ketinggian pokok MATAG boleh mencapai 15 meter. Daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau atau jingga pucat, bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya.
Pokok ini menjadi buruan disebabkan oleh saiznya rendah dan hasilnya banyak. Bagi mendapatkan hasil kelapa hibrid MATAG sebenar, petani perlu memastikan benihnya tulen iaitu hasil pendebungan antara Tagnanan dengan MRD atau MYD atau istilah saintifiknya dipanggil Generasi F1.
Keperluan Asas Tanaman
- Suhu: 27-28 oC
- Taburan hujan: 1300-2300 mm/tahun.
- Kelembapan relatif: 80-90%
- Altitud: kurang dari 100 meter daripada aras laut.
- Jenis tanah: Pada umumnya, tanaman kelapa memerlukan tanah yang rata, bersaliran baik, berprofil dalam, berstruktur lom berpasir dan subur.
Penyediaan Kawasan
- Kawasan terbuka yang telah dibersihkan.
- Menanam kekacang penutup bumi. Campuran jenis kekacang yang sesuai ialah 3 bahagian Calapogonium mucunoides, 2 bahagian Pueraria phaseoloides dan 1 bahagian Ceutrosema pubescens.
- Tanaman kekacang ditanam di kawasan selebar 2m di antara tiap baris anak benih kelapa.
Penyediaan Induk
- Kriteria penting dalam memilih pokok induk Tagnanan (jantan) mesti berusia lapan tahun ke atas kerana pengeluaran buahnya sudah seragam.
- Pemilihan pokok induk MRD (betina) mesti mencapai usia lima tahun ke atas bagi memastikan ia berkualiti.
- Pendebungaan dibuat dengan menyapukan debunga jantan Tagnanan pada bunga betina yang matang kemudian di balut/ tutup dengan plastik telus cahaya.
- Pendebungaan pada setiap bunga betina diulang setiap hari selama lima hingga tujuh hari atau sehingga stigma berwarna hitam.
Penyediaan Anak Benih
Benih yang berjaya didebungakan akan dibuka plastik penutup dan dibiarkan sehingga 6-8 bulan untuk menjadi buah kelapa hibrid.
Penyediaan Anak Benih di Tapak Semaian
- Buah yang telah matang di tuai dan yang berkualiti sahaja di susun dalam tapak semaian.
- Semaian selama 4-5 bulan ditapak semaian sehingga daun pucuk 3-5 helai keluar.
- Kemudian dibuat pemilihan (culling) sama ada ianya F1 (MATAG) atau jadi seperti MRD/MYD atau Tagnanan.
- Anak benih terpilih mestilah mempunyai warna sama pada pangkal pelepah dan lidi daun (hijau, keemasan, jingga kemerahan).
- Proses pengeluaran benih kelapa hibrid MATAG yang bermula daripada proses pendebungaan, semaian dan mencapai standard anak benih memakan masa sekurang-kurangnya 1 tahun 4 bulan.
Penanaman di Ladang
Anak benih kelapa hibrid MATAG yang berusia 4-12 bulan boleh dipindahkan ke ladang untuk penanaman.
Cara menanam:
1. Saiz lubang tanaman kelapa berukuran 0.45m x 0.45m x 0.45m perlu disediakan. Seterusnya 200 gm baja fostat dimasukkan ke dalam lubang dan gaulkan bersama-sama tanah.
2. Selepas dua minggu, anak-anak pokok kelapa ditanam ke dalam lubang tersebut.
3. Padatkan tanah dengan memijak-mijak di sekeliling pangkal anak kelapa. Elakkan daripada memijak akar pokok.
Jarak Tanaman:
Sistem penanaman tiga segi sama (8.1 m x 8.1 m (178 pokok/ ha) atau sistem empat segi (152 pokok/ha).
Pengurusan Air
- Siram anak pokok sebelum di tanam di ladang.
Pengurusan Perosak
- Kumbang Jalur Merah (Rhynchophorus schach)
Simptom: Larva memakan pucuk sehingga boleh menyebabkan pokok mati.
Kawalan kimia: Monocrotphos / methamidosphos sebanyak 5-10 ml/pokok. Bagi pokok kecil 3-4 butiran carbofuran pada lubang di pucuk pokok
2. Rama-rama Artona (Artona catoxantha)
Simptom: Larva memakan daun kelapa daripada bawah dan meninggalkan kesan makan yang berlajur-jalur di atas daun. Daun yang teruk diserang akan kelihatan seperti terbakar.
Kawalan kimia: Racun monocrotophos (azordin) atau metamidophos (tamaron) pada kadar 5-10 m/pokok.
3. Ulat Beluncas (Setora nitens)
Simptom: Larva memakan daun daripada tepi ataupun tengah sehingga tembus
Kawalan kimia : monocrotophos atau metamidophos pada 5-10 ml/pokok
Pembajaan
Baja 12:12:17:2 digunakan dengan kadar 100-150 gram sekali sebanyak 4 kali setahun.
Kutipan Hasil
- Mula berbuah seawal berumur 3 tahun.
- Buah melebihi 25,000 biji sehektar setahun.
- Buah yang matang boleh dikenali dengan perubahan warna kulit daripada warna hijau kepada warna keperangan dan terdengar bunyi kocakan air apabila buah digoncang.
- Sepohon pokok boleh terjual RM 25-50.
Sumber: https://harizamrry.com
Tanam Kangkung Macam Ni, Tak Perlu Siram Dan 3 Minggu Dah Boleh Tuai

Ramai yang minat dan teringin sangat nak tanam sayur sendiri kan? Tapi ada beberapa perkara yang sentiasa menjadi alasan dan halangan. Antaranya ialah, tak ada masa, tak sempat nak siram, nanti pokok mati, peralatan nak berkebun mahal, tak ada ruang dan macam-macam lagi lah.
Ni, IMPIANA nak ajak semua tanam kangkung dengan tidak menggunakan modal yang tinggi, paling mudah di tanam, tak perlu ruang yang luas, tak perlu siram hari-hari dan yang paling penting, cepat dituai.
Berikut adalah langkah-langkah untuk tanam kangkung hanya dengan menggunakan besen dan penapis yang telah disediakan oleh Baja AB Plus Premium
1) Sediakan bekas untuk menakung air baja di bahagian bawah
2) Sediakan satu bekas berlubang-lubang kecil untuk bubuh biji benih kangkung. Pastikan saiz bekas tersebut lebih kurang sama.
3) Isikan air baja AB Plus sehingga melepasi sedikit dari dasar bekas yang berlubang-lubang. Taburkan benih-benih kangkung seperti di dalam gambar.
4) Tutupkan dengan kain gelap beberapa hari sehingga akar dan pucuk kangkung keluar (seperti taugeh)
5) Apabila pokok kangkung sudah mempunyai daun, pokok kangkung sudah boleh diletakkan kepada cahaya matahari. (pastikan paras air kena kepada akar pokok)
6) Keadaan pokok kangkung apabila diletakkan di cahaya matahari secara terus.
8) Apabila sudah 3 ke 4 minggu pokok kangkung sudah boleh dituai dimasak belacan
Sumber:Baja AB Plus Premium
Hanya Guna 2 Bahan Untuk Buat Teh Thai Bagi Merawat Sakit Lutut dan Detox Darah

Zaman moden ni pun ramai sudah back to nature. Lebih gemar cara hidup yang sihat dengan mengamalkan pemakanan organik dan sebagainya. Hal ini termasuklah dalam perubatan. Ramai lebih gemar mengamalkan perubatan tradisional dari pengambilan pil atau ubatan yang diambil dari farmasi.
Sebelum ini, Laman Impiana ada kongsi beberapa resepi atau petua orang dulu-dulu untuk merawat beberapa penyakit antaranya ialah:
Hasilkan Sendiri Minyak Rawatan Sendi Menggunakan Ramuan Habatussauda
4 Bahan Semulajadi Sebagai Rawatan Alternatif untuk Merawat Gout
Kali ni, Laman Impaian nak ajak anda untuk cuba satu lagi resepi dari Thailand yang hanya menggunakan dua bahan untuk mengubati sakit lutut, menurunkan kadar asid urik dalam badan dan secara tidak langsung, bagi pengamalanya ia berupaya detox darah anda.
Teh herba thailand ini sangat ringkas, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:
4-5 batang serai
2-3 helai daun pandan
2 liter air
Cara-cara:
1. Rebus kesemua bahan selama 15 minit dengan api yang perlahan. Pastikan bekas atau periuk yang digunakan untuk merebus ditutup
2. Selesai merenih selama 15 mini, tutupkan api dan biarkan ia sejuk selama 15 minit
3. Minum air rebusan ini ketika masih hangat
Anda akan mengalami lawas yang kerap. Oleh itu, anda tidak digalakkan untuk ambil air rebusan ini 2 jam sebelum tidur. Jadikan minum rebusan ini sabagai amalan hari selama seminggu untuk melihat hasilnya.