Kesan kunyit degil pada tabletop? Ini cara hilangkan tanpa rosakkan permukaan. Setiap kali memasak, terutama masakan berempah seperti kari atau rendang, penggunaan kunyit memang tak dapat dielakkan.
Kesan Kunyit Degil Pada Tabletop? Ini Cara Hilangkan Tanpa Rosakkan Permukaan
Walaupun rasanya menyedapkan hidangan, warna kuning pekat kunyit boleh meninggalkan kesan degil pada permukaan dapur terutamanya di bahagian tabletop jenis kuarza, marmar, atau laminate. Lebih malang, jika tidak dibersihkan segera, kesannya boleh menjadi kekal dan mencacatkan penampilan ruang dapur.
Ramai yang sangka perlu guna bahan peluntur untuk tanggalkan kesan kunyit, tetapi hakikatnya ia boleh merosakkan permukaan tabletop terutama bagi bahan semula jadi seperti batu marmar.
Oleh itu, penting untuk menggunakan kaedah pembersihan yang lembut tetapi berkesan. Jangan risau, ada beberapa teknik mudah yang boleh anda cuba di rumah menggunakan bahan yang mesra permukaan dan selamat untuk dapur.
Langkah-langkah Bersihkan Kesan Kunyit:
Gunakan Baking Soda + Air
*Campurkan 2 sudu baking soda dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
Sapukan pada kesan kunyit dan biarkan selama 15–20 minit.
*Gosok perlahan dengan span lembut atau kain microfiber, kemudian lap bersih.
Ads
Gunakan Cuka Putih + Sabun Cecair
*Campurkan 1 bahagian cuka dengan 1 bahagian air dan titis sabun pencuci pinggan.
*Sembur terus ke atas kesan, biar seketika, kemudian lap dengan kain bersih.
Guna Hydrogen Peroxide (untuk permukaan cerah sahaja)
*Letakkan sedikit hydrogen peroxide pada kapas, tekapkan pada kesan kunyit.
Ads
*Biarkan 5–10 minit dan lap bersih. Elakkan guna pada permukaan gelap atau sensitif.
Pencegahan Juga Penting
*Sentiasa lap tumpahan kunyit serta-merta selepas memasak.
*Gunakan alas atau pelapik ketika mengendalikan kunyit mentah atau serbuk di atas countertop.
Kesan kunyit memang mencabar, tetapi tidak mustahil untuk dihilangkan jika menggunakan kaedah yang betul. Elakkan penggunaan bahan berasid tinggi atau pembersih kasar yang boleh menghakis permukaan dapur.
Ads
Dengan bahan semula jadi seperti baking soda dan cuka, bukan sahaja kesan kunyit hilang, malah dapur anda kekal cantik dan tahan lama. Selamat mencuba, dan jadikan dapur anda kembali bersih bersinar seperti baru!
Ramai salah guna dryer dobi, ini cara betul supaya baju betul-betul kering. Mungkin ramai yang sudah terbiasa menggunakan perkhidmatan dobi layan diri setiap minggu. Biasanya, selepas mencuci pakaian, kita terus masukkan ke dalam mesin pengering untuk dikeringkan.
Ramai Salah Guna Dryer Dobi, Ini Cara Betul Supaya Baju Betul-Betul Kering
Namun, ada masanya pakaian masih lembap apabila sampai di rumah walaupun sudah keringkan lebih 30 minit dalam dryer. Mahu atau tidak, terpaksa juga jemur semula di rumah.
Sebenarnya, ini berlaku kerana ada kesilapan ketika menggunakan mesin pengering yang ramai tak sedar. Menurut perkongsian oleh Salkukhairi Sukor, ada beberapa langkah penting yang perlu diikuti agar pakaian dapat dikeringkan sepenuhnya dalam satu kitaran sahaja.
5 Tip Guna Mesin Pengering Supaya Pakaian Kering Sepenuhnya
1. Elak terus campak baju dalam dryer
Ramai yang terbiasa mencampakkan terus pakaian yang masih basah dan berpuntal-puntal ke dalam mesin pengering. Cara ini salah kerana ia menyebabkan pakaian tidak dapat berkembang dengan baik semasa proses pengeringan. Akibatnya, bahagian tebal seperti pinggang dan kaki seluar akan kekal lembap walaupun masa pengeringan sudah lama.
2. Kibas dan perah pakaian terlebih dahulu
Sebelum masukkan ke dalam mesin, pastikan anda perah dan kibas pakaian terlebih dahulu. Ini akan mengurangkan sisa air pada kain dan bantu pakaian untuk tidak melekat atau terbelit antara satu sama lain.
3. Susun sehelai demi sehelai
Masukkan pakaian satu persatu ke dalam mesin dalam keadaan terbuka dan kembang. Susun secara berlapis supaya terdapat ruang antara pakaian yang membolehkan udara panas bergerak dengan lebih efisien.
4. Kering lebih cepat dan jimatkan kos
Apabila pakaian tersusun dengan betul, pengeringan akan lebih sempurna dan boleh siap dalam masa sekitar 30 ke 35 minit sahaja — cukup untuk satu bakul pakaian. Ini bukan sahaja jimat masa, malah jimat duit kerana tidak perlu tambah syiling untuk panjangkan masa.
5. Pakaian tak berkedut, mudah lipat
Kelebihan lain bila ikut cara ini, pakaian akan keluar dari mesin dalam keadaan kurang berkedut dan lebih senang dilipat terus tanpa perlu diseterika.
Kalau anda selalu berdepan masalah pakaian tak kering di dobi, cuba amalkan teknik ini setiap kali guna dryer. Hasilnya pasti berbeza, tak perlu jemur semula atau buang masa dan duit.
Bagi kebanyakkan orang, pisau merupakan salah satu item paling penting untuk digunakan ketika memasak di dapur. Tetapi akibat dari reaksi kimia antara iron (besi) dengan air dan udara, pisau boleh berkarat dan mungkin membahayakan kesihatan.
Mengikuti perkongsian dari saudara Abdul Rashid Abdul Manaf di akaun Facebooknya, ini langkah paling mudah untuk menghilangkan karat. Hanya dengan bahan yang boleh didapati di dapurini, pisau berkarat akan kembali bersinar seperti baru. Selamat mencuba!
Tip Membersihkan Karat
Apa yang anda perlukan :
1. Sebotol cuka makanan
2. Minyak masak/minyak pelincir
Caranya :
Rendam pisau yang berkarat kedalam cuka makanan selama 24 jam
Kemudian bilas dengan air sehingga yakin bersih
Akhir sekali, sadur pisau dengan minyak masak atau minyak pelincir
Drill dinding untuk gantung perhiasan, rak dan sebagainya antara yang biasa kita lakukan sendiri. Kerja mudah, memang boleh sangat DIY saja.
Cuma waktu nak buat kerja ini kena tengok masa juga takut ganggu jiran dengan bunyi bising. Kadang-kadang buat waktu cuti pun ada jiran merungut kerana kerja menggerudi dinding akan menyebabkan kebisingan.
Tapi ada tip yang boleh kita guna untuk mengurangkan bunyi serta menjadikan kerja menebuk dinding lebih mudah. Berkongsi tip ini, menurut Wak Saien caranya adalah dengan memastikan mata drill yang kita guna betul.
Boleh guna mata drill yang dicadangkan oleh beliau ini.
Jika mahu menggantung frame, penyangkut baju, mudah sangat. Tiada masalah kalau orang perempuan sendiri nak buat. Bunyi tak bising, tak ganggu jiran, tangan sebelah pun boleh. Malah harga pun murah tak sampai RM10.
Info: Mata ini digunakan untuk ceramic dan tiles namun boleh juga untuk tebuk dinding konkrit dan simen. Cuma ia mungkin haus kalau tebuk banyak lubang, boleh standby mata ganti. Tapi berbaloi sebab mudahkan kerja dan tak bising.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!