Setiap pasangan suami isteri yang telah mendirikan rumah tangga bersama sudah pastinya akan menghadapi transisi perubahan fasa hidup masing-masing.
Bukan itu sahaja, setiap pasangan suami isteri yang telah berkahwin juga bakal mengalas tanggungjawab besar untuk melayari bahtera perkahwinan yang bahagia dan harmoni.
Namun begitu, apabila berbicara soal tanggungjawab antara pasangan suami isteri dalam menguruskan rumah tangga, ia sering menjadi satu isu topik yang hangat di kalangan masyarakat sekeliling.
Menerusi program rancangan bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran langsung di saluran TV3 sebelum ini, telah membincangkan serta mengupaskan isu tersebut bersama tetamu jemputan iaitu Perunding Motivasi, Encik Amin Idris.
Ketika sesi perbincangan bersama hos rancangan program bual bicara berkenaan, Encik Amin telah menjelaskan perkara tersebut bersama para penonton.
Jelasnya, ada terdapat beberapa sudut perpektif yang berbeza mengenai soal tanggungjawab pasangan suami dalam menguruskan kerja rumah.
“Isu ini kita kena lihat dari tiga sudut dimensi yang berbeza. Pertama, dari sudut budaya, adab dan masyrakat, kedua pula dari sudut undang-undang dan yang ketiga adalah dari segi agama.
“Sebelum kita nak sentuh tentang tanggungjawab isteri ni, kita kena sentuh dahulu bab mengenai tanggungjawab seorang suami. Untuk maklumat semua, suami ni ada tiga benda kewajipan yang dia kena buat iaitu ‘Makan’, ‘Malbas’ dan ‘Mataab’.
“Istilah ‘Makan’ ni bukan seperti tingkah laku makan itu tetapi sebenarnya adalah tanggungjawab suami untuk menyediakan tempat tinggal untuk isteri, mana ‘Malbas’ pula tanggungjawab menyediakan pakaian dan ‘Mataab’ menyediakan makanan.
“Sebab itu haram hukumnya seorang suami guna duit isteri untuk bayar bil eletrik, haram ambil duit isteri untuk bayar duit kereta. Itulah dia kewajipan seorang suami,” jelasnya.
Dalam pada itu, Encik Amir Idris berkata manakala dari sudut agama pula, kesemua para ulamak mengatakan pendapat bahawa golongan para isteri ini tidak wajib untuk menjalankan tanggungjawab mengemas rumah.
“Dalam bab agama, semua majoriti para ulamak dan juga empat mazhab mengatakan isteri tidak wajib menguruskan kerja rumah. Namun demikian, perbincangan itu agak sukar untuk ditentukan kerana terdapat berbeza pandangan antara mazhab,” katanya lagi.
Ingin ikuti perbincangan lanjut mengenai topik ini? Sila tonton video penuh pada pautan di bawah:
Sumber: YouTube Wanita Hari Ini, TV3
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Tidak Rela Dipoligami, Para Isteri Boleh Menuntut Keadilan Hak Nafkah, Harta Sepencarian Di Mahkamah Tinggi Syariah
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI