Suasana kediaman dengan udara yang segar, kicauan burung berterbang dan pepohon nyiur melambai di tengah kesunyian pastinya dapat merawat hati dan minda yang sedang keletihan. Namun di tengah kota raya yang dikelilingi dengan dinding konkrit ini, agak sukar untuk mencari tempat yang mendamaikan untuk melepaskan lelah selepas seminggu bekerja. Pastinya hujung minggu atau masa yang terluang banyak dipenuhi dengan berkunjung ke pusat membeli-belah dan sebagainya.

Bagi Encik Sayuti, walaupun menetap di bandar sebolehnya dia ingin suasana desa dapat di zahirkan di laman rumah yang telah dibeli sejak 10 tahun yang lepas. “Kami berdua berasal dari kampung, isteri saya orang Perak manakala saya pula orang Kelantan. Kekangan masa menyebabkan saya jarang pulang ke kampung. Oleh itu, untuk mengurangkan kerinduan terhadap kampung halaman, saya cuba cipta suasana kampung dengan menerapkan pelbagai elemen-elemen kayu dan tumbuhan tropika,” ulas pemilik.

Kerana Rindukan Kampung Pemilik Sanggup Bina Laman Konsep Desa Ke Rumah Sendiri

Kerana Rindukan Kampung Pemilik Sanggup Bina Laman Konsep Desa Ke Rumah Sendiri

Reka bentuk profil bumbung yang unik menggabungkan campuran budaya antara Cina dan Jawa jelas kelihatan pada binaan ini. Gazebo yang beratapkan singhora (bumbung tanah liat) berbentuk bull nose dengan hujung bumbung yang melentik dengan ukiran ekor naga menampilkan ciri-ciri reka bentuk Cina. Untuk memberi keselesaan optimum, pangkin yang dibina dilengkapi dengan penyandar.

IKLAN

Apa yang dapat diperhatikan oleh penulis, pemilik bijak mengolah komposisi lantai tamannya. Ruang lantai laman yang tidak ditumbuhi rumput akibat daripada kekurangan cahaya matahari tidak di biarkan begitu sahaja. Pemilik akan meletakkan batuan gravel supaya ia lebih kemas seperti yang dilakukan di bawah pangkin gazebo dan appron rumah.

Melengkapkan lagi suasana taman, selain gazebo pemilik menggabungkan dengan binaan anjung. NBS Corporation telah dipertanggungjawabkan untuk membina struktur tambahan yang  bersambung dengan sisi rumah untuk memudahkan akses dari ruang tamu. Kayu cengal berkualiti tinggi telah digunakan untuk membina struktur ini. Keseluruhan idea dan ilham reka bentuk diberikan oleh pemilik dan NBS Corporation berjaya menterjemahkan idea dan ilham tersebut dalam bentuk realiti. Pemilik telah memilih kayu cengal sebagai lantai anjung untuk membangkitkan lagi suasana desa.

IKLAN

Kerana Rindukan Kampung Pemilik Sanggup Bina Laman Konsep Desa Ke Rumah Sendiri

Anjung yang dibina separuh enclosed ini memberi keselesaan optimum dan tidak panas kerana ia menggunakan bumbung asphalt yang tidak menyerap haba. Sebagai perincian reka bentuk fascia bord bermotifkan flora diletakkan pada cucur atap menyerlahkan lagi konsep tradisional yang cuba di ketengahkan. Bagaikan satu kemestian kepada setiap produk atau reka bentuk NBS Corporation Sdn. Bhd stain glass digunakan untuk memberi suntikan rona pada keseluruhan struktur kayu supaya ia tampil lebih menarik.

IKLAN

“Setelah setahun struktur anjung ini siap, ia menjadi ruang kegemaran kami seisi keluarga. Ada kalanya di hujung minggu kami akan makan seisi keluarga di ruang ini. Selain itu juga ruang ini menjadi entertaining space kepada tetamu yang berkunjung. Jika ada sebarang majlis kenduri, saudara mara lebih gemar duduk di anjung berbanding di dalam rumah”, ulas pemilik sambil tersenyum puas kerana anjung yang dibina dapat memberi manfaat kepada semua.

Kerana Rindukan Kampung Pemilik Sanggup Bina Laman Konsep Desa Ke Rumah Sendiri

Kerana Rindukan Kampung Pemilik Sanggup Bina Laman Konsep Desa Ke Rumah Sendiri

Bagi tujuan penyelenggaraan binaan anjung, cukup sekadar mengelap permukaan kayu sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengelakkan dari habuk melekat pada permukaan kayu. Selebihnya, pemilik hanya akan melakukan recoating yang telah dicadangkan oleh pereka apabila kayu mula kelihatan pudar atau bila perlu sahaja.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI