Cawan seramik mahupun kaca, bila kerap digunakan akan menyebabkan wujudnya lapisan kerak yang melekat dan sukar untuk tanggalkan. Lapisan tersebut terkesan oleh pewarna yang hadir di dalam minuman seperti teh dan kopi. Ia sangat sukar untuk ditanggalkan jika hanya dengan menggunkan bahan pencuci pinggan biasa. Jika di biarkan, permukaan kerak terbentuk semakin gelap. Bukan itu sahaja, ia akan menjadi habitat kepada organisma yang berbahaya.
Untuk menghilangkan permukaan kerak tebal di dalam cawan, ramai menggunkan peluntur. Memang lah bersih, tapi tanpa anda sedari ia mengundang atau memberi ancaman lain kepada kesihatan. Peluntur tersebut berkemungkinan akan menyebabkan tidak balas terhadap bahan yang digunakan untuk membuat cawan seperti lapisan kalis air dan sebagainya.
Ads
Sebenarnya, ada cara paling mudah dan tidak melibatkan bahan kimia untuk mencuci kerak di dalam cawan. Apa yang anda perlukan adalah garam. Untuk cara mencuci kerak tersebut sila tonton video yang disediakan
Pam Mangkuk Tandas Ada Dua Butang, Jangan Tekan Dua-Dua Serentak. Kebanyakan tandas sekarang menggunakan mangkuk tandas jenis duduk. Perasan tak, pam mangkuk tandas ni ada yang jenis 2 butang. Satu besar dan satu kecil. Kenapa ye? ke anda pakai tekan je mana-mana?
Menjawab persoalan tersebut, Jamban King Steve melalui akaun TikTok miliknya ‘membongkar’ fungsi dua butang jamban ni. Video yang dimuatnaik Jamban King Steve mendapat perhatian warga net dan ditonton sebanyak 445.8 ribu kali di TikTok setakat ini.
Melalui video unggahannya, lelaki ini menerangkan bahawa kedua butang pada tangki simbah mangkuk jamban ni berbeza fungsinya. Kalau korang tekan butang kecil, tangki simbah akan keluarkan tiga liter air ke dalam mangkuk jamban, manakala butang yang lebih besar pula akan keluarkan enam liter air.
Jadi, sekiranya korang buang air besar, disarankan untuk tekan butang besar. Kalau buang air kecil pula, tekan butang kecil dah memadai.
Namun, ada juga yang menekan ke dua-dua butang tersebut. Betul tak? Sebenarnya sikap tersebut akan menyebabkan belakunya pembaziran dan butan pum lebih mudah cepat rosak. Sebab tu, kalau eprhatikan ada je butang pum tandas ni yang tinggal sebelah je.
Pam Mangkuk Tandas Ada Dua Butang, Jangan Tekan Dua-Dua Serentak
Bagi ramai pencinta gaya dan susun atur kemas, memiliki walk-in wardrobe adalah satu impian yang sangat diidamkan. Ia bukan sekadar tempat menyimpan pakaian, kasut atau aksesori malah jadi ruang eksklusif yang memberi rasa tenang dan terurus setiap kali melangkah masuk.
Walk-in wardrobe membawa aura tersendiri. Bayangkan setiap helaian tersusun ikut kategori dan warna. Kasut, beg tangan, jam tangan hingga tudung semuanya punya tempat khas. Lebih menarik, susun atur yang strategik boleh memudahkan proses bersiap, malah jimat masa setiap pagi.
Fungsi + Gaya = Kepuasan Maksimum
Walk-in wardrobe bukan hanya untuk rumah besar. Kini, ramai pemilik rumah teres atau apartmen bijak memaksimakan ruang untuk memiliki versi mini wardrobe mereka sendiri. Kuncinya ialah reka bentuk yang praktikal dan fleksibel, serta penggunaan perabot built-in atau sistem modular.
Kombinasi rak terbuka, laci tersembunyi, ruang gantung berketinggian berbeza dan cermin penuh adalah asas kepada ruang ini. Pencahayaan pun memainkan peranan besar, lampu LED tertanam, warm lighting atau sensor lighting memberi efek mewah dan selesa.
Satu hal yang menjadikan walk-in wardrobe lebih istimewa ialah elemen personalisasi. Ada yang gemar gaya mewah seperti butik fesyen, ada pula suka minimal dan clean. Pilihan warna, bahan kabinet (melamine, plywood, kaca kabur), susunan rak, semuanya boleh disesuaikan ikut gaya hidup dan jumlah barangan.
Kerusi ottoman, karpet bulu lembut, diffuser beraroma lembut dan sedikit dekor seperti frame atau cermin vintage akan menaikkan lagi mood dalam ruang ini. Ia bukan lagi sekadar tempat menyimpan, tapi ruang ‘me time’ paling peribadi.
Sebelum membina walk-in wardrobe, ambil kira:
– Jenis pakaian & aksesori yang dimiliki: banyak baju gantung atau baju lipat?
– Saiz ruang: adakah berkongsi dengan bilik tidur, atau ada ruang khas?
– Bajet: pilih material yang tahan, mudah bersih dan sepadan dengan bajet.
– Gaya hidup: adakah wardrobe perlu ruang bersiap, cermin penuh, atau hanya simpanan?
Jangan lupa, rujuk pada pakar rekaan dalaman atau tukang kabinet yang berpengalaman. Perancangan awal yang betul boleh elak kesilapan seperti ruang tak cukup, pencahayaan tak sesuai, atau susun atur tak praktikal.
Walk-in wardrobe bukan lagi simbol kemewahan, tapi keperluan untuk kehidupan yang lebih teratur dan menyenangkan. Dengan perancangan bijak dan cita rasa yang jelas, setiap orang boleh memiliki ruang impian ini, tidak kira besar atau kecil.
Sebab kadangkala, bahagia itu datang dari ruang kecil yang buat kita rasa cukup. Dan walk-in wardrobe, bila dibuat ikut jiwa sendiri, memang antara ruang yang paling disayang dalam rumah.
IMPIANA: Bahagia melihat perjalanan kehidupan terkini Natasha Hudson ini. Berpeluang menjalani hidup serba sederhana, lebih tenang namun penuh bermakna.
Nak buat dapur kering dan dapur basah, nah ini info kena tahu. Reka bentuk dapur yang baik bukan sahaja mencerminkan gaya hidup pemilik rumah, malah mempengaruhi rutin harian dan tahap keselesaan semasa memasak.
Dalam dunia hiasan dalaman moden, konsep dapur dua fungsi iaitu dapur basah dan dapur kering, semakin mendapat tempat. Idea pemisahan dapur ini membolehkan aktiviti memasak yang berat tidak mencemari kawasan yang lebih kering, bersih dan teratur.
Ini amat penting terutama bagi keluarga yang kerap memasak di rumah dan mahukan ruang dapur yang lebih sistematik. Dapur basah biasanya digunakan untuk kerja memasak berat seperti menggoreng, menumis, merebus atau mencuci bahan mentah. Ia dilengkapi dengan sistem pengudaraan seperti hood dan hob, sinki besar, serta permukaan tahan haba dan air.
Manakala dapur kering pula berfungsi sebagai ruang penyediaan makanan ringan, tempat membuat kopi atau teh, dan adakalanya menjadi sudut sarapan keluarga. Ia cenderung menampilkan konsep lebih kemas dan elegan kerana sering berada berhampiran ruang makan atau ruang tamu.
Oleh itu, pemilik rumah selalunya memilih bahan yang lebih estetik seperti kabinet moden, countertop marmar, serta lampu gantung dekoratif untuk dapur kering.
Kelebihan membina dapur basah dan dapur kering bukan hanya pada aspek kebersihan, malah dari sudut keselesaan dan nilai jangka panjang. Aktiviti memasak yang kerap boleh menyebabkan wap panas, minyak, dan bau masakan tersebar ke seluruh rumah.
Dengan adanya dapur basah yang tersorok dan mempunyai ventilasi baik, masalah ini dapat dikurangkan. Dapur kering pula kekal bersih dan selesa, sesuai dijadikan tempat menjamu tetamu tanpa perlu risau tentang kotoran atau bau.
Malah, jika ada majlis kecil atau kunjungan mengejut, dapur kering boleh berfungsi sebagai ruang penyediaan pantas tanpa perlu ke dapur utama.
Dari aspek reka bentuk, pemilik rumah juga boleh lebih kreatif dalam susunan dan pembahagian ruang. Dapur basah boleh diletakkan di bahagian belakang rumah atau ditutup dengan pintu gelangsar, manakala dapur kering boleh direka secara terbuka bersebelahan ruang makan.
Pemisahan ini bukan sahaja memudahkan aliran kerja semasa memasak, malah meningkatkan nilai estetik keseluruhan rumah. Selain itu, dengan adanya dapur kering, anak-anak boleh belajar menyiapkan sarapan sendiri atau membantu menyediakan hidangan ringan tanpa perlu masuk ke ruang dapur yang lebih berisiko.
Letakkan dapur basah di bahagian belakang rumah atau bersebelahan ruang utiliti agar mudah mengalirkan bau dan asap ke luar. Dapur kering pula sebaiknya diletakkan berhampiran ruang makan atau ruang tamu untuk akses cepat semasa menjamu tetamu atau ahli keluarga.
Gunakan pintu gelangsar kaca, partition kayu moden atau pintu lipat sebagai pemisah antara dapur basah dan kering. Ini membantu mengurangkan bunyi bising, bau masakan, serta mengekalkan privasi dan kebersihan.
Di dapur basah, simpan alatan berat dan bahan mentah seperti periuk besar, pengisar, kuali serta barangan basah. Di dapur kering, fokuskan pada mesin kopi, pembakar roti, microwave dan rak sarapan pagi.
Gunakan susunan segitiga dapur – iaitu kedudukan sinki, peti sejuk dan dapur memasak dalam bentuk segitiga – bagi memudahkan pergerakan. Konsep ini amat berguna dalam dapur basah.
Gunakan kabinet tertutup di dapur kering untuk kekemasan visual, manakala dapur basah boleh dilengkapi dengan kabinet terbuka atau rak logam yang lebih tahan lasak.
Cadangan Material Untuk Dapur Basah dan Dapur Kering
*Lantai: Jubin anti-gelincir atau homogeneous tiles yang tahan air dan mudah dibersihkan.
*Kaunter: Granite atau kuarza – tahan haba dan calar.
*Kabinet: Material seperti aluminium, melamine, atau plywood kalis air.
*Sinki: Sinki stainless steel berkembar untuk cucian lebih efisien.
*Dinding: Wall tiles penuh untuk tahan minyak dan mudah dilap.
*Lantai: Vinyl, laminated wood, atau jubin matte – lebih estetik dan selesa dipijak.
*Kaunter: Top permukaan solid surface, marble, atau kuarza berwarna cerah untuk tampil moden.
*Kabinet: Material kayu panel (MDF, chipboard atau nyatoh) dengan kemasan matte atau glossy.
*Pencahayaan: Gunakan lampu gantung (pendant light) atau strip LED bawah kabinet untuk mood pencahayaan yang lembut.
*Dinding: Cat kalis lembap atau backsplash kaca untuk elemen hiasan moden.
Dengan perancangan yang betul dan pemilihan material yang sesuai, dapur basah dan dapur kering bukan sahaja memudahkan kerja harian, malah menjadi ruang idaman yang kemas, selesa dan tahan lama.
Kesimpulannya, membina dapur basah dan dapur kering adalah satu pelaburan bijak untuk jangka masa panjang. Ia bukan sahaja meningkatkan tahap kebersihan dan keselesaan ketika memasak, tetapi juga menjadikan rumah lebih teratur, moden dan menarik.
Jika anda sedang merancang pengubahsuaian atau membina rumah baharu, konsep dapur dua fungsi ini wajar dijadikan pertimbangan utama demi gaya hidup yang lebih praktikal dan tersusun.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!