
Kenapa terung yang di tuai permukaan tak secantik yang dibeli dari kedai? Betuknya tak menentu, ada bahagian kulit seperti berkudis atau berkerak. Betul tak? Hal ini kebiasaanya berlaku kepada anda yang menanam terung disekitar rumah atau sebagai hobi.
Sebenarnya masalah itu disebabkan oleh penyakit Colletotrichum fruit rot yang berpunca daripada fangus Colletotrichum melongenae.. Penyakit ini juga dikenai dengan nama anthracnose fruit rot. Keadaan ini kebiasaanya berlaku pada tanaman terutamanya ketika musim lembap dan tengkujuh. Namun, masalah atau penyakit ini hanya menyerang buah-buah yang lemah atau masih muda. Penyakit ini lebih mudah merebak apabila musim panas
Cara untuk tangani masalah atau penyakit ini adalah penjagaan optimum kepada tanaman. Sebaiknya, elak medium tanaman terlalu lembap. Ini kera keadaan lembap yang menjadi punca kulat perosak ini menjadi aktif.
- Pastikan air siraman tidak bertakung pada medium dan pastikan untuk siraman seterusnya, medium telah kering sepenuhnya sebelum disiram.
- Elak terung terlalu masak untuk dituai. Ini kerana jangkitan kulat perosak ini lebih mudah berlaku pada buah yang telah terlebih masak
- Segera musnahkan buah yang telah dijangkiti, Tidak permu musnahkan tanaman kerana kulat ini hanya menggangu terung
- Kawal buah dnegan menggunakan racun rumpai organik sekurang-kurangnya seminggu sekali. Jika ada kelapangan, semburan racun serangga organik boleh di lakukan setiap hari di waktu petang.
Ini Cara Yang Betul Untuk Cat Dinding Luar Rumah Kekal Lebih Lama

Cat dinding pada bahagian luar rumah ternyata lebih cepat mengalami kerosakkan. Ianya seperti warna menjadi pudar dan rekahan cat terkupas kerana terdedah dengan panas matahari dan air hujan. Malah, perubahan iklim yang tidak menentu juga menyebabkan dinding luar rumah anda ditumbuhi oleh kulat kerana suhu yang basah dan lembab.
Oleh kerana itu, dinding luar rumah anda perlu dirawat dan di cat menggunakan cara yang betul.
1. Bersihkan Dinding yang Hendak Dicat
Sebelum memulakan proses mengecat, anda perlu pastikan dinding dalam keadaan bersih dan tidak ada kotoran atau debu tebal yang melekat. Jika tidak dibersihkan, kotoran yang terdapat pada dinding dapat membuat cat mengelupas dan tertanggal apabila ia kering.
Jika dinding anda dipenuhi dengan lumut, anda tembak sahaja air paip dengan semburan yang maksima sehingga lumut-lumut itu tertanggal.
2. Pilih Cat Khas Untuk Outdoor
Cat khas untuk outdoor biasanya sudah diformulasikan untuk mengecat dinding bahagian luar sehingga lebih kuat dan tahan lama untuk melindungi dinding dari perubahan iklim. Salah satu ciri cat dinding luar rumah biasanya mencantumkan keunggulannya seperti weather proof atau weather resistance.
Selain itu, kandungan cat ini juga boleh mencegah timbulnya lumut dan kulat akibat rembesan air hujan. Cat dinding yang baik biasanya akan bertahan tanpa kerosakan dan mengelupas selama hampir empat tahun.
3. Sesuaikan Cat dengan Jenis Dinding
Cat yang biasa digunakan untuk dinding tembok biasa tentu akan berbeza dengan cat yang dipakai untuk dinding kayu atau batu alam. Cat tembok biasanya memiliki tekstur lebih tebal dibandingkan cat dinding batu atau kayu agar lapisan simen di bawahnya tidak terlihat.
4. Pilih Warna Cerah
Pemilihan warna juga penting. Warna cerah disarankan kerana memiliki pigmen lebih sedikit dibandingkan cat warna gelap sehingga risiko untuk pudar lebih sedikit dibandingkan bila anda menggunakan warna pekat. Beberapa warna yang disarankan adalah kuning, hijau muda atau warna putih.
5. Mengecat Dinding di Saat Cuaca Cerah
Pemilihan waktu pengecatan juga penting. Mengecat rumah di saat cuaca cerah pastinya dapat membantu proses pengeringan cat. Bila mengecat di saat musim hujan maka lapisannya akan mudah rosak kerana terbawa air.
Perhatikan juga kondisi dinding rumah sebelum mulai dicat. Dinding yang memiliki permukaan lembab atau basah boleh membuat cat tidak terserap dengan sempurna.
6. Gunakan Teknik Pegecatan yang Tepat
Teknik pengecatan pun harus diperhatikan kerana bila salah akan membuat permukaan tembok tidak halus. Oleh itu, sebaiknya mula sapu dahulu bahagian yang sukar seperti sudut dinding dan bahagian yang dekat dengan atap.
Laman Belakang Rumah Muafakat Dari Lapan Jiran Bersatu Hati

Laman belakang rumah yang dinamakan Garden 8 di Taman Perwira di sini berjaya dihasilkan oleh lapan jiran yang memegang prinsip jiran sepakat membawa berkat. Presiden Garden 8, Encik Iqmal Fajri Danial berkata, idea mengindahkan landskap belakang rumah itu tercetus ketika pandemik Covid-19 dengan modal RM15,000.
Menurutnya, sebelum Garden 8 dihasilkan, dia bersama keluarganya telah memulakan projek kebun dan gaya hidup lestari di rumahnya sebelum idea itu dikembangkan bersama jiran-jiran terdekat.
“Projek Garden 8 dimulakan pada 29 September lalu melalui perbincangan sebelum mencapai kata sepakat bersama tujuh jiran paling dekat iaitu empat rumah di Jalan Berlian dan sebahagian lagi dari Jalan Zamrud untuk membangunkan kebun kejiranan.
“Kawasan ini di duduki sejak 55 tahun lalu dan terbiar begitu sahaja. Kami merancang untuk menghidupkan kawasan tersebut tanpa mengganggu urusan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) atau mana-mana perkhidmatan awam seperti bomba serta IWK. Malahan Garden 8 direka untuk lebih memudahkan urusan-urusan tersebut dijalankan.

Puan Aida Haniza yang dihubungi oleh IMPIANA untuk merealisasikan impian melihat keindahan lorong belakang rumah Garden 8 ini tercapai apabila Puan Aida berbesar hati menerima kunjungan IMPIANA. Beliau adalah isteri kepada Encik Iqmal yang sangat bersemangat dengan laman mini pada lorong belakang rumah mereka.
“Bermula dengan bercucuk tanam di halaman rumah pada musim PKP lalu membuatkan saya dan suami mula berkongsi minat dengan jiran tetangga yang turut mempunyai minat untuk menghasilkan tanaman yang bukan sahaja hiasan malahan adalah sumber makanan untuk mereka semua”, kata Puan Aida. Apabila jiran yang lain juga turut memberi sokongan dan semangat untuk berbakti pada halaman belakang rumah mereka yang terbiar usang tanpa sebarang penjagaan rapi ini yang menghasilkan satu konsep yang cukup baik dan sempurna untuk di contohi.
Menurut beliau, banyak manfaat mereka peroleh tersebut sejak Garden 8 diwujudkan termasuk hasil tanaman organik selain mengeratkan hubungan kejiranan serta menikmati persekitaran yang nyaman. Inisiatif untuk mengindahkan kawasan belakang rumah itu adalah idea bersama suaminya, Iqmal Fajri Danial, bagi mengisi masa terluang jiran tetangga sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Kata Puan Aida Haniza, kerja mengindahkan kawasan lorong belakang itu, bagaimanapun hanya bermula tiga bulan lalu dan selepas kontraktor menyiapkan laluan pejalan kaki dan beberapa kerja utama, mereka lapan keluarga mula menghiaskannya.
“Kami menanam pelbagai jenis tanaman bunga, sayur-sayuran dan herba bagi memanfaatkan sepenuhnya ruang yang ada.
“Selain itu, untuk menceriakan lagi kawasan kebun taman ini, kami turut memasang rumput karpet, membina pintu gerbang serta pelbagai dekorasi menarik lain seperti papan tanda penunjuk arah bandar utama dunia, stesen cuaca, orang-orangan sawah padi dan banyak lagi.

“Alhamdulillah, berkat kerjasama semua lapan keluarga, kebun taman itu kini menjadi kawasan yang indah dan tempat kegemaran seisi keluarga untuk bersantai,” katanya.
Menurut Aida Haniza lagi, lebih menarik Garden 8 itu juga mempraktikkan gaya hidup hijau dengan menggunakan sistem pengumpulan air hujan (SPAH), mengitar semula sisa makanan rumah dan kebun untuk dijadikan baja kompos serta mengitar semula 3R (plastik, tin dan kertas).
Mereka juga menggunakan tenaga solar untuk lampu yang dipasang di kebun taman itu bagi menerangi kawasan berkenaan pada sebelah malam. Kini Garden 8 itu bukan sahaja tempat mereka lapan keluarga mengukuhkan ukhuwah sesama jiran tetangga, malah menjadi tempat mengeluarkan peluh dengan aktiviti berkebun pada waktu lapang.
“Kebun taman ini juga memberi manfaat kepada kami apabila tanaman sayur-sayuran seperti petola, timun, tomato, asparagus, bendi, ulam raja, seria, bunga kantan, kacang panjang, terung, kobis, cili dan banyak lagi sudah mula berbuah.
“Tanaman herba seperti herba Inggeris (daun basil, rosemary), herba untuk perubatan dan herba untuk masakan juga sudah boleh dipetik.
“Berkat berbudi kepada tanah, hasil tanaman sayur-sayuran dan herba di laman di belakang rumah ini sedikit sebanyak mengurangkan belanja dapur kami semua,” kata Aida Haniza yang suaminya turut meraih tempat kedua dalam Anugerah Kejiranan Hijau 2021 (Kategori Individu) sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia anjuran Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLAN Malaysia), tahun lalu.
Katanya, mereka turut mengalu-alukan mana-mana pihak untuk berkunjung ke Garden 8 itu bagi mengambil ilham untuk membangunkan kebun kejiranan di kawasan masing-masing. “Harapan kami semoga Garden 8 ini dapat memberi inspirasi pada sesiapa sahaja untuk membangunkan kebun kejiranan di kawasan rumah mereka.
“Semuanya bergantung kepada usaha, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. “Apapun, jika memiliki kawasan kejiranan yang indah sememangnya satu bonus kerana ia memberi keselesaan dalam kehidupan kita seharian,” katanya.
IMPIANA berbesar hati kerana kunjungan lalu banyak memberi makna kepada IMPIANA dan followers yang lain. Bagi anda yang memiliki lorong kediaman yang terbiar dan kurang rapi ini adalah salah satu teknik dan cara untuk anda dan jiran-jiran anda mula merancang untuk menghasilkan sebuah laman mini yang terbaik seperti ini.
Terima kasih kepada warga Garden 8, IMPIANA amat menyokong hasil inspirasi kebun moden ini untuk dijadikan modul pada taman perumahan yang akan datang. TAHNIAH!
Iqmal Fajri Danial, Aida Haniza Adnan, Rafiah Mohamed, Normazwin Jamaluddin, Abdul Latiff Mohamed, Norsiah Abu Samah, Hafidah Hassan, Azri Shamsul, Fazillah Kamar, Arockiamary Selvanathan dan Fatinah Sulaiman.
Saksikan :
House Tour Setia Alam Sari Kajang Buat Ramai Terpegun
Bina “Vertical Garden” Mudah Tapi Cantik

Kehadiran vertical garden pada tembok kediaman sama ada interior mahupun exterior bukan sahaja menambah nilai kualiti dekorasi sesuatu kediaman, Ia juga dapat melembutkan struktur konkrit yang keras. Namun, ramai beranggapan verticle garden ini memerlukan sistem khas dan modal yang banyak untuk membinanya. Hakikatnya, ada cara atau kaedah lain yang boleh dilakukan dan menariknya hasilnya lebih cantik dari menggunakan sistem verticle garden yang mahal: