Negara Morocco terletak jauh di Afrika Utara dan merupakan salah satu daripada tiga negara yang mempunyai pantai dikedua-dua Atlantik dan Mediterranean. Ia sering menjadi subjek fantasi indah yang romantis dan mewah. Reka bentuk dalaman dengan ciri morocco dapat mencerminkan kekayaan tradisi, budaya dan sejarah negara tersebut menjadikan ia satu konsep yang digemari untuk kediaman di serata dunia.

Dalam posting kali ini kita ingin meninjau sebuah kediaman yang terletak di Bandar Bersejarah Melaka, Atlantis Residence Kota Syahbandar milik Puan Irene Faridah Ismail dan pasangannya Dr Maznisham Mohd Su’ud. Konsep kontemporari morocco yang menjadi pilihan pasangan ini telah diilhamkan sejak zaman pengajian Puan Irene di Universiti Islam Antarabangsa lagi selain dipengaruhi dengan kunjungan ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah dua tahun yang lalu.

Menurut pemilik, rumah kondominium berkeluasan 1,265 kaki persegi ini baru sahaja didiami semenjak Januari yang lalu. Kedudukan yang agak tinggi iaitu di aras 32 menjadikan proses pengubahsuaian agak mencabar tatapi mujur segalanya berjalan dengan lancar berkat dari kerjasama dan kata sepakat pasangan ini. Pemilik telah melakukan perancangan awal yang teliti sebelum mula menghias rumah dengan menyediakan pelan serta lakaran deko bagi memudahkan lagi proses mendeko yang telah dipersetujui bersama.

Walaupun kos keseluruhan yang agak besar namun hasilnya amat menarik dan memuaskan hati. Kawasan ruang tamu menjadi kegemaran pemilik, mahligai indah ini juga dilengkapi dengan 2 bilik tidur dan satu bilik air. Panel pembahagi ruang bermotifkan geometrik morocco serta lampu-lampu perhiasan morocco yang menghiasi ruangan itu telah menjadi daya penarik yang sukar untuk pengunjung lupakan.

Di sini IMPIANA kongsikan beberapa keping gambar kediaman indah untuk tatapan pembaca, semoga terinspirasi dan terus bersemangat untuk mendeko. Semoga berjaya!

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

IKLAN

 

Kediaman Tema Morocco Inspirasi Yang Di Bawa Pulang Dari Umrah

Kediaman Tema Morocco Inspirasi Yang Di Bawa Pulang Dari Umrah

Kediaman Tema Morocco Inspirasi Yang Di Bawa Pulang Dari Umrah

IKLAN

Kediaman Tema Morocco Inspirasi Yang Di Bawa Pulang Dari Umrah

Kediaman Tema Morocco Inspirasi Yang Di Bawa Pulang Dari Umrah

Kediaman Tema Morocco Inspirasi Yang Di Bawa Pulang Dari Umrah Kediaman Tema Morocco Inspirasi Yang Di Bawa Pulang Dari Umrah Kediaman Tema Morocco Inspirasi Yang Di Bawa Pulang Dari Umrah Kediaman Tema Morocco Inspirasi Yang Di Bawa Pulang Dari Umrah Kediaman Tema Morocco Inspirasi Yang Di Bawa Pulang Dari Umrah Kediaman Tema Morocco Inspirasi Yang Di Bawa Pulang Dari Umrah Kediaman Tema Morocco Inspirasi Yang Di Bawa Pulang Dari Umrah Kediaman Tema Morocco Inspirasi Yang Di Bawa Pulang Dari Umrah Kediaman Tema Morocco Inspirasi Yang Di Bawa Pulang Dari Umrah Kediaman Tema Morocco Inspirasi Yang Di Bawa Pulang Dari Umrah Kediaman Tema Morocco Inspirasi Yang Di Bawa Pulang Dari Umrah Kediaman Tema Morocco Inspirasi Yang Di Bawa Pulang Dari Umrah Kediaman Tema Morocco Inspirasi Yang Di Bawa Pulang Dari Umrah  Kediaman Tema Morocco Inspirasi Yang Di Bawa Pulang Dari Umrah

 

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI