Ramai yang mengidamkan kediaman selesa yang sentiasa kemas dan teratur. Salah satu konsep yang sering menjadi pilihan pemilik adalah konsep Minimalis. Tetapi untuk mencapai dan merealisasikan konsep ini bukan lah sesuatu yang mudah seperti 1,2,3. Ia memerlukan ketelitian dan pemerhatian yang tajam.
Seni bina minimalis berpegang kepada konsep “less is more” dan hanya menekankan pada hal-hal yang penting seperti fungsi dan kualiti. Tetapi ini tidak bermakna kediaman minimalis perlu dibiar kosong dan tanpa perhiasan.
Sebagai contoh, kediaman ini yang berkeluasan 145 sqm telah mengambil elemen jepun yang sememangnya sudah sinonim dengan konsep minimalis dan menampilkan perincian yang ringkas tetapi cukup essential untuk sebuah kediaman yang selesa.
EXTERIOR
COURTYARD
RUANG TAMU/ RUANG MAKAN/ DAPUR
TINGKAT ATAS/BILIK TIDUR
SUMBER : Hometrends
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Benarkah Kejatuhan Harga Tanah Kini Lebih Teruk Berbanding 1998
Harga hartanah yang diramal merosot dari 10% hingga 15% berikutan wabak COVID -19 dan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi dunia. Penurunan harga hartanah ini dijangka lebih teruk jika dibandingkan pada tahun 1998, ketika Malaysia berhadapan dengan krisis kewangan asia.
Peluang ini adalah kelebihan untuk pelabur hartanah dan pembeli rumah pertama. Tetapi ia tetap merungsingkan kerana masa depan ekonomi negara membuatkan pasaran sewa hartanah kurang menarik atas kebimbangan hilang punca pendapatan dan pekerjaan.
Pasaran hartanah sebenarnya banyak bergantung pada pertumbuhan ekonomi negara. Apa yang boleh dikatakan di sini, bagi yang mempunyai wang untuk melabur di dalam hartanah haruslah bijak. Manakala yang baru ingin membeli kediaman pertama, rebutlah peluang ini.
Apa pun pastikan anda membeli harga rumah yang mampu dengan duit poket anda. Agar tidak menjerat diri. Rancang sesuatu sebelum melakukannya. Miliki rumah sendiri lebih baik dari menyewa. anda membayar sewa beli akhirnya rumah itu menjadi milik anda. Jika anda menyewa ia tidak menjamin untuk masa depan anda. Renung dan pertimbangkan, jika mampu langsungkan niat anda untuk memiliki rumah sendiri.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Zahirah Macwilson Kongsi Banyak Cabaran Realisasi Rumah Idaman, Berharga Lebih RM3 Juta!
Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza sedang sibuk melakukan pembinaan rumah baru mereka, seperti yang dikongsikan oleh Zahirah di laman Instagramnya.
Seperti kebanyakan pasangan suami isteri, mereka juga mengimpikan kediaman idaman yang sempurna.
Di dalam video tersebut, pelakon, model cantik ini berkongsikan detik-detik untuk menyiapkan rumah mewahnya itu dari tahun lepas selepas menangani pelbagai cabaran yang dihadapinya.
@zahirahmacwilsonWhen designing, take your time. Don’t rush. There are alot of technical factors to consider so it’s important to think of all concerns and possible outcomes before confirming what you want to do.
Walaupun pelbagai cabaran yang dihadapinya, namun Zahirah Macwilson dan suami masih berjuang untuk menyiapkan sepenuhnya rumah idaman mereka itu. Rumah tersebut dibina kerana mereka ingin anak-anak mempunyai kenangan yang terindah ketika mendiami rumah tersebut yang akan mengingatkan mereka ketika dewasa kelak.
Harga Rumah Lebih 3 Juta?
Walau bagaimanapun, harga rumah tersebut termasuk kos menyiapkan segalanya masih menjadi rahsia, namun netizen membuat spekulasi bahawa pasti ianya melebihi RM3 juta.
Apa-apa pun, semoga urusan Zahirah Macwilson dipermudahkan, serta semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Tak sabar nak lihat rumah mewah Zahirah Macwilson ni siap 100%, mesti cantik kan!
Mesti Baca:Belum Mencecah Usia 30 Tahun, Daiyan Trisha Berjaya Miliki Rumah Pertama
Baca Lagi Di Sini:Empat Bulan Berniaga Atas Talian, ORANG ASLI Bangga Miliki Rumah Impian
Artikel Menarik:Zahirah MacWilson & Aiman Hakim Tak Sabar Tunggu Rumah Impian Siap, Turun Padang Tengok Progress Kerja Kontraktor
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
10 Perkara Wajib Tahu Sebelum Membina Ruang Dapur
Bina kabinet dapur perlulah ambil tahu 10 perkara ini agar anda mendapat dapur idaman.
Ramai di antara kita mempunyai masalah dapur bersaiz kecil dan tidak tahu bagaimanakah untuk design dapur agar mampu kelihatan luas dan dapat mengisi pelbagai keperluan peralatan dapur kita. Ini checklist yang mampu membantu anda untuk bina kabinet dapur dengan lebih baik.
- Pelan lantai
Pastikan pelan lantai anda cukup untuk ruang kabinet yang dirancang. Adakala kita terlalu bercita-cita tinggi sehingga, angan-angan melebihi realiti. Senaraikan apa yang anda perlu dari sebuah dapur. Bukan yang anda mahu. Ini termasuklah ruang untuk dapur basah dan dapur kering.
Di sesetengah pelan lantai, ruang mencuci juga sebahagian daripada dapur basah. Jadi saliran air masuk dan keluar perlu anda tahu. Begitu juga jika membuat pengubah suaian. Jangan alpa mengenai aliran udara masuk dan keluar kerana ia merupakan faktor keselamatan yang sangat penting. Malah anda yang kidal juga perlu memberi tahu pereka agar lokasi memasak anda tidak menjadikan anda kekok di dapur.
- Jenis Material Yang Anda Mampu
Benar bila bercakap soal dapur, siapa yang tidak mahu sebuah dapur yang mewah dan cantik. Di bina kabinet dapur dengan material paling unggul. Namun kita perlu berpijak di bumi nyata. Tidak salah kita memilih material yang kurang mahal tetapi nampak cantik dan serasi pula dengan konsep kediaman. Cuma, jangan malas bertanya kepada kontraktor anda kelebihan dan kelemahan material yang anda pilih.
Jadi dengan ini memudahkan anda untuk menjaga material tersebut sebaik mungkin. Malah jika bijak menjaga ia bukan sahaja tahan lama malah kekal cantik. Biar pun anda memiliki kemasan atau material dapur yang bagus, namun itu tidak bermakna anda bebas mengabaikan dapur anda. Jika permukaan dapur anda sudah kusam, tidak mengapa jika anda menghabiskan masa sekitar dua hari hanya untuk mencanai permukaannya agar kembali bersinar.
- Bahagian Penstoran Yang Sesuai Dengan Peralatan Anda
Bila mereka bentuk sebuah kabinet , kita boleh merancang rekaan kabinet yang kita mahu. Apakah perkakas dapur yang banyak dalam koleksi. Adakah periuk besar atau koleksi set teh mahu pun spatula yang banyak. Jadi anda boleh menempatkan segala perkakas ini dengan kemas dan tersusun rapi.
Ada kabinet dapur yang direka sehingga aras 7’ tinggi sahaja , tetapi ada juga tuan rumah yang mahu kabinetnya tinggi sampai mencecah aras siling. Jadi ia lebih kemas menutupi keseluruhan dinding. Malah kini pereka juga berkongsi idea dengan rekaan dapur terselindung terutama di kediaman ruang terhad. Dapur dilengkapkan dengan pintu berpangsi dan boleh ditutup jika tidak digunakan. Jadi ruang yang sempit ini nampak cantik, kemas dan tidak mengganggu aktiviti lain.
- Fungsi dan Fantasi
Kita acap kali mengimpikan sebuah dapur yang sempurna, sama seperti di dalam iklan. Namun realitinya kita terpaksa berhadapan dengan ruang yang ada di kediaman sendiri dan fitrah diri kita sendiri. Ragam kita apabila di sebuah dapur. Gerak kerja kita dan bagaimana boleh kita memanipulasi sebuah dapur.
Ada di antara kita lebih senang memasak sahaja di dapur dan mempunyai kamar membasuh sendiri atau pun ruang membasuh. Ada juga yang suka menggabung semua aktiviti yang memasak, menggosok baju dan membasuh baju di ruang dapur. Jadi anda perlu tahu bagaimana susunan semua peralatan ini agar memudahkan kerja anda di dapur dengan fitrah diri anda terutama jika anda seorang kidal atau kurang upaya.
- Pilihan Kemasan Yang Sesuai
Sesebuah rekaan dapur. Ini merupakan antara langkah yang penting. Anda perlu tahu kemasan yang paling sesuai dengan dapur anda. Baik dari segi harga mahu pun gaya hidup anda. Adakah anda suka memasak atau tidak. Begitu juga adakah anda jenis yang agak comot bekerja atau seorang yang cermat.
Kemasan memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi nilai estetika kepada sesebuah konsep dapur. Sama ada legap, high gloss, matte, berkaca kabut dan lain-lain, kemasan ini membentuk karakter yang tersendiri. Ada di antara kemasan ini mudah dibersihkan atau juga yang akan meninggalkan kesan jika tidak dicuci berkali-kali. Anda malas atau rajin, tepuk dada tanya selera.
- Pemilihan Penyendal
Ia bagaikan aksesori kepada rekaan dapur. Malah ia juga membentuk sesebuah karakter dapur. Daripada klasik ke moden, ia memberi nilai estetika yang berbeza dan harganya juga berbeza. Jadi fahamkan dengan betul apakah konsep dapur anda dan keserasiannya dengan tombol pintu kabinet anda. Ada juga pintu yang tidak memerlukan tombol dan direka begitu sofistikated dengan menggunakan tekanan jari.
Fahami pelan lantai dapur anda. Adakah ia gelap atau terang? Adakah anda memerlukan langsir nipis atau langsir senteng atau lebih sesuai bidai? Adakah anda memerlukan pencahayaan di bawah kabinet atas ? Adakah anda memerlukan pencahayaan lebih kerana warna kabinetnya gelap? Adakah kabinet anda juga memerlukan pencahayaan struktur yang ditempatkan di dalam kerana menggunakan kaca kabut?
Jika anda mahu melaram dapur kering anda, mungkin boleh ditambah down light atau halogen . Jadi rekaan istimewa dapur kering anda lebih menarik dan menyerlahkan ruang utama kediaman. Namun jika sekadar untuk membuat kerja-kerja dapur, pencahayaan asas sudah memadai.
- Permukaan kaunter
Permukaan yang dimaksudkan adalah permukaan kaunter dapur anda. Adakah ia diperbuat daripada bahan padu, tahan lasak atau sekadar kayu mampat yang lebih murah. Kini terdapat beberapa permukaan yang lebih tahan lasak, mudah dibersihkan dan menyenangkan apabila disentuh. Ia merupakan satu permainan psikologi pada deria sentuhan kita.
Malah anda sendiri perlu bijak memilih warna material permukaan kaunter dapur anda agar lebih hidup dan menyenangkan. Jangan pula hanya kerana dapur anda hitam , habis sampai permukaan kaunter anda dihias dengan rona hitam. Tidakkah ia bahaya semasa memasak? Padanan seumpama ini juga perlu anda belek berkali-kali dengan kabinet dan kelengkapan lain agar tidak nampak asing dan canggung apabila siap kelak.
- Aksesori
Tiada lain yang cukup indah pada sebuah dapur selain aksesori yang menarik. Bekas gila, garam, segala rempah ratus. Begitu juga pengisar makanan , ketuhar dan lain-lain lagi. Bukan sekadar pelengkap gaya tetapi menyerikan dapur anda. Pengeluar perkakas dapur juga banyak yang menyediakan rekaan ranggi untuk menghidupkan dapur para pengguna. Malah kebanyakan kelengkapan elektronik dan manual disempurnakan dengan rekaan kreatif pelbagai warna agar serasi dengan pilihan warna dapur idaman anda.
- Kemasan
Bercakap soal kemasan, sekali lagi anda perlu bijak memilih corak dan warna. Kini pereka suka menemukan dua budaya atau dua zaman di dalam sebuah ruang. Bayangkan kabinet moden ringkas bebas corak aksesori kecil, diserlahkan dengan jubin Belanda yang popular di kediaman kolonial.
Belek juga permukaannya. Adakah sesuai dengan diri anda. Berkilau mungkin cantik namun jika anda gemar memasak menggunakan minyak yang banyak, ia mungkin memberi pengaruh kepada kesan lantai dapur anda. Mungkin jubin seperti slate atau granit matte mahu pun terracota sesuai untuk mereka yang cemerkap dan berusia. Apa pun biarlah ia sepadan dengan tema rekaan anda dan mudah dibersihkan. Bina kabinet dapur anda dengan citarasa anda.
Artikel berkaitan: Idea Rekaan Dapur Sempit Untuk Ruang Dapur Kondo
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI