Tahniah diucapkan kepada Putri Ariani yang kini mencipta nama di persada antarabangsa apabila berjaya memduduki tempat keempat dalam pertandingan pencarian bakat terkenal, America’s Got Talent baru-baru ini.
Sebelum ini tular di media sosial pendedahan tentang kediaman mewahnya yang dikongsikan di saluran Youtube MAIA ALELDUL TV menyaksikan kedua-dua Youtuber berkenaan terpesona malah cukup kagum dengan rumah agam yang didiami Putri.
Mewah, luas dengan bernuansa rona putih, rupa-rupanya kediaman itu bukanlah milik Putri Ariani seperti yang digembar gemburkan. Kediaman mega persis istana itu sebenarnya milik usahawan tersohor Indonesia, Rudy Salim yang mengakui menyediakan kediamannya tersebut untuk memudahkan urusan Putri untuk berlatih.
Ads
Terletak di kawasan Pluit, Jakarta Utara jelas Rudy, “Ini merupakan kemudahan yang disediakan untuk Putri bersama keluarga sebagai tempat tinggal sementara yang digunakan bagi mempersiapkan Putri untuk konsert Wanita Hebat yang diadakan pada 14 Julai 2023 yang lepas.”
Kediaman gah dengan tiga tingkat itu yang unggul dilihat cukup menawan disimbah warna putih selain pemilihan konsep klasik moden kontemporari yang cukup menyejukkan mata yang memandang.
Di sudut ruang tamu pula, kelihatan tidak banyak perabot yang diletakkan, hanya ada sofa dan kerusi namun cahaya yang melimpahi sudut tersebut menerusoi jendela menyaksikan kediaman tersebut mendapat pencahayaan yang natural, melengkapi sudut ruang tamu berkenaan.
Ads
Ruang tangga pula dilihat antik dihiasi oleh besi-besi yang diukir digabungkan dengan lantai seramik bermotif berwarna krim dan coklat tampak mewah dan menawan. Kediaman ini juga dikhabarkan memiliki roof top yang luas.
Ads
Untuk rekod, menurut Wikipedia Rudy Salim merupakan usahawan Indonesia berketurunan Tionghoa-Indonesia dan merupakan presiden perusahaan otomotif Prestige Motorcars. Rudy bersama Raffi Ahmad merupakan pemilik kelab sepak bola RANS Nusantara FC.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan, ada segelintir pasangan suami isteri yang berkongsi kata laluan atau kod nombor PIN ATM akaun bank masing-masing antara satu sama lain setelah sekian lama mendirikan rumah tangga bersama.
Mungkin dilihat jarang-jarang terjadi di sekeliling rakan-rakan atau keluarga terdekat anda, namun situasi sedemikian sememangnya berlaku di sekeliling masyarakat kita.
Bagi anda yang sudah berkahwin dan baru sahaja selepas kematian suami, mungkin situasi seperti ini sangat berkait rapat dengan diri anda khususnya bagi mereka yang sememangnya mengetahui kod nombor PIN ATM akaun bank kepunyaan arwah suami.
Maka, perkara ini sudah semestinya menjadi persoalan kepada balu adakah mereka dibenarkan untuk mengeluarkan duit arwah suami dan digunakan oleh si isteri?
Foto sumber: Sabah Post
Menerusi satu perkongsian seorang individu di laman media sosial Twitter, ada memberikan penerangan berhubung perkara tersebut kepada orang ramai.
“Suami saya meninggal dunia..Saya tahu no pin ATM arwah.. Boleh ke saya nak keluarkan sikit duit dari akaun suami saya? Untuk kes macam ni dibenarkan atau tidak?,” tulisnya.
Jelas pemilik akaun yang bernama Zaidi Nordin ini, ada beberapa perkara yang perlu untuk para isteri tahu khususnya bab pengurusan dan pembahagian harta selepas kematian suami.
Antara beberapa perkara yang para isteri perlu tahu adalah seperti berikut;
1) Wang simpanan dalam akaun melebihi RM10,000.
Jika LEBIH daripada nilai RM 10,000, perintah atau surat daripada pihak berauthoriti diperlukan. Perintah atau surat ini dinamakan “Surat Kuasa”. Ingat, jangan sesekali keluarkan duit si mati melalui ATM atau ‘online transfer’. Semua ni akan direkodkan.
Berbalik kepada situasi pertama ni, waris kena pergi ke setiap bank (kalau boleh) untuk double confirm arwah ada tak memiliki akaun bank kat situ.
Lepas tu waris kena pergi ke Pejabat Tanah untuk minta surat kuasa untuk keluarkan duit dari akaun arwah. Tapi pejabat tanah akan ambil masa beberapa bulan utk proses.
Lepas surat kuasa dikeluarkan, waris kena datang collect balik di pejabat tanah & submit dekat bank tersebut. Bank akan proses dan barulah duit arwah akan direleasekan ke Amanah Raya.
Amanah Raya akan buat pengiraan dan kenal pasti semua hutang2 si mati termasuk tunggakan cukai LHDN (Jika Ada).
Jika sudah selesai atau tiada tunggakkan cukai LHDN, dan hutang-hutang arwah lain seperti loan kereta, loan rumah, kad kredit, personal loan & sebagainya. Barulah lebihan dari wang tersebut akan dibahagikan mengikut pembahagian faraid.
2) Wang simpanan dalam akaun kurang RM10,000.
Ada segelintir pasangan keluarkan sebahagian duit sebelum akaun si mati dibekukan sama spt soalan di awal thread. Untuk kes begini, kalau waris si mati yang lain (yang layak dapat bahagian faraid) tahu pasal ni, mereka ada hak untuk tuntut bahagian dorang dalam jumlah duit yang dah dikeluarkan tadi.
Kita kena faham, jika ada salah satu dari harta kita yang difaraid telah terguna pakai sebelum perbicaraan & ada tuntutan dari waris faraid lain,selagi itulah harta tersebut & harta2 arwah yang lain akan dibekukan..Masalah pembahagian harta mengikut faraid takkan selesai.
Pasal bergaduh bab harta ni orang dah tau kan… tapi sekarang ni kalau tak gaduh pon nak cairkan harta ni pun lama… antara sebab:
Andaikan ada 10 waris bekerja kena ambil cuti untuk ke pejabat berkaitan utk settlekan harta pusaka. Berapa hari je yg semua waris sanggup ambil cuti setiap tahun? Perbicaraan tetap akan berjalan sehingga semua waris hadir & tiada perbalahan pendapat mengenai portion faraid.
Tukar nama kene bayar stamp duty. Waris takde duit nak bayar stamp duty. Stamp duty tak murah.. bergantung pada harga asset.
Waris dah ada kerja dan asset sendiri jadi asset harta pusaka tu dibiarkan sahaja – walhal benda ni kalau taknak pon boleh la jual dan manfaatkan org lain. Atau duit penjualan boleh disedekahkan atas nama si mati.
Solusinya dengan mengambil pelan hibah yang ada manfaat wang pengurusan harta pusaka
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Acara Fiesta Homebakers Usha-Usha Biskut Raya anjuran Mingguan Wanita bersama penaja utama Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (Gula CSR) serta penaja bersama marjerin Adela dan rakan kerjasama lain Fruttose, Ever Miracle Solutions (barangan Tupperware Brand, Cadbury dan penaja belon dekorasi, Omeiluth Party Expert berlangsung penuh meriah di Setia City Mall, pada Ahad lalu.
Biarpun hanya sehari sahaja, namun fiesta yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajjah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hadir bersama CEO NU Ideaktif, Syamil Fahim dan CFO Gula CSR iaitu Mohd Azahar Mohd Salleh bersama isteri memberi kenangan manis buat semua peserta.
Menghimpunkan 40 vendor usahawan biskut raya dengan hampir 10 ribu kupon sampel biskut raya diberikan secara percuma kepada pengunjung, dalam ucapan perasmian YB Hajjah Aiman Athirah berkata, usaha dilakukan Mingguan Wanita ini sangat disokong kerana membantu golongan wanita menerusi kempen Bangkit Wanita.
“Golongan B40 dan M40 antara yang terkesan dengan pandemik sebelum ini. Jadi usaha menghimpunkan golongan wanita dalam fiesta begini dengan bermula dari rumah menghasilkan biskut, ternyata ia satu usaha sangat baik kerana ia selari dengan usaha KPWKM yang turut mempunyai kempen Wanita Bangkit.
“Negara kita menyediakan banyak dana dalam membantu golongan wanita berpotensi untuk mencapai kejayaan dari segi ekonomi dan golongan wanita boleh merebut peluang memajukan diri dalam perniagaan menerusi dana disediakan,” katanya yang turut mengalu-alukan Mingguan Wanita datang ke Kementerian berbincang untuk program Bangkit Wanita.
Sementara itu, CEO Nu Ideaktiv, Syamil Fahim memaklumkan, selama lebih 40 tahun Mingguan Wanita berada di pasaran dengan jualan majalah dahulunya mencecah 160 ribu seminggu serta lebih 4 juta pembaca setia untuk media sosialnya terkini berjaya membawa suara wanita ke persada gemilang.
“Kempen Bangkit Wanita yang kita usahakan sejak 3 tahun lalu, dijayakan dengan pelbagai aktiviti menghimpunkan 40 pengusaha biskut raya dan moga usaha begini berterusan,” katanya semasa ucapan alu-aluan.
Dalam fiesta sehari semalam, selain promosi jualan dan tempahan biskut raya, banyak aktiviti pentas interaktif bersama pengunjung telah diadakan.
Menampilkan Hanif sebagai pengacara yang penuh lincah, penaja utama CSR turut memberikan pelbagai hadiah menarik di booth mereka. Dengan hanya follow laman sosial mereka, pengunjung menerima beg hadiah menarik di mana pelbagai produk Gula CSR diberikan secara percuma buat pengunjung bertuah.
Persembahan fiesta semalam dihangatkan dengan persembahan bertenaga dari penyanyi Marsha Milan Londoh yang menyampaikan dua buah lagu iaitu Girls On Fire selain lagu popularnya, Kembali Terang.
Selain persembahan pentas dari Marsha, ada banyak aktiviti pentas berlangsung seperti demo bancuhan topping dekorasi biskut bersama pengasas Gula Cakery, Nor Arieni Adriena, pertandingan tekan-tekan semperit biskut raya, demo biskut raya kurang manis oleh pengasas Easy Bake Lab iaitu Cik Dayang, pertandingan susun-susun biskut raya, pertandingan tekan biskut semperit raya bersama Puan Hanani yang datang jauh dari Terengganu, happy hour dan banyak lagi.
Turut diadakan, acara biskut raya terbesar oleh para pelajar kulinari dalam Pertandingan Biskut Raya Gergasi. Sebanyak tiga universiti / kolej memasuki pertandingan ini terdiri dari Food Institute Of Malaysia (FIM), Saito University dan Institut Kemahiran Belia Negara Kemasek Kemaman Terengganu. 9 kumpulan telah bertanding melibatkan 36 penyertaan pelajar.
Kumpulan juri yang diketuai oleh Puan Norhayati dari Taylor Universiti, Puan Nor Arieni Adriena dari Gula Cakery dan Marsha sepakat memilih kumpulan Zucchero dari IKBN yang menghasilkan biskut Giant Golden Flakes seberat 15 kg.
Kumpulan Zucchero memenangi hadiah utama sebanyak RM700 serta nilaian RM10,000 bagi artikel mengenai sekolah masakan terbaik, hadiah iringan serta sijil penyertaan.
Pemenang kedua dan ketiga dimenangi oleh pelajar dari Food Institute Of Malaysia yang menerima wang tunai RM500 dan RM300. Bagi saguhati, hadiah sampingan dan sijil disediakan buat kesemua pelajar yang bertanding.
Fiesta diteruskan dengan pelbagai aktiviti bermula seawal jam 10 pagi dan menghampiri kemuncak acara pada jam 9 malam bila mana penganjur utama Gula CSR menawarkan hadiah lumayan sebanyak 36 kg gula Better Brown kepada vendor yang memenangi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu vendor Paling Aktif Promosi Di Sosial Media, vendor Sampel Biskut Paling Laris dan vendor Booth Tercantik.
Fiesta yang penuh kemeriahan dan warna-warni ini dijangka akan dianjurkan sekali lagi dengan tema yang berbeza pula. Hingga jumpa lagi di fiesta akan datang.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan pelawak Joey Daud? Seorang yang tidak loket dengan gelak dan tawa bersahaja beliau membuatkan ramai yang menyenangi sifat beliau. Joey atau nama penuh beliau Zulfikli Daud, 49, tidak menyangka, air tangan lukisannya telah mendapat perhatian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Alhamarhum Sultan Iskandar sehingga dia kemudiannya diberikan lagi tawaran untuk melukis 15 buah mural lagi di sekitar bandar Muar, Johor.
Inilah yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Pelakon dan juga pelawak ini sering melakukan kerja-kerja freelance selama ini tidak menyangka sama sekali lukisan pada dinding atau mural yang dilukisnya mendapat perhatian Sultan Selangor.
Tahniah IMPIANA ucapkan kepada Joey, kerana mampu berkarya dan bakal memperindahkan lagi bandar Tangkak dengan lukisan mural beliau.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.