
Rumah bukan sekadar tempat untuk pulang selepas seharian bekerja. Ia juga ruang yang mencerminkan personaliti, rutin dan tahap keselesaan seseorang.
Sebab itu, perubahan kecil pada susun atur atau dekorasi kadangkala sudah cukup untuk memberikan suasana baharu tanpa perlu melakukan renovasi besar-besaran.
Dalam masa yang sama, ramai juga semakin berhati-hati berbelanja. Keinginan untuk memiliki kediaman yang kemas dan bergaya perlu diseimbangkan dengan bajet, terutama apabila kos kehidupan harian terus menjadi keutamaan.
Atas sebab itu, pendekatan dekorasi hari ini semakin bergerak ke arah pilihan yang lebih praktikal, mudah digabungkan dan mempunyai nilai jangka panjang.
SSFHOME menerusi kempen “New Style, Big Value” turut membawa idea yang sama, iaitu menjadikan proses menaik taraf ruang kediaman lebih mudah dengan pilihan perabot, dekorasi dan aksesori yang sesuai untuk pelbagai gaya serta bajet.
Sebagai sebahagian daripada kempen ‘New Style, Big Value’, SSFHOME turut menawarkan pelbagai produk pilihan bulanan pada harga istimewa dan nilai terbaik khas untuk ahli SSFHOME VIP.

Mulakan Dengan Satu Ruang Dahulu
Antara kesilapan paling biasa ketika mahu mengubah suasana rumah ialah cuba melakukan semuanya serentak.
Sebaliknya, pilih satu ruang yang paling kerap digunakan seperti ruang tamu, bilik tidur atau ruang makan.
Untuk ruang tamu, sofa yang lebih sesuai dengan saiz ruang boleh terus mengubah keseluruhan suasana. Tambahkan karpet, lampu atau kusyen dalam warna tertentu untuk memberikan identiti yang lebih jelas.

Bagi bilik tidur pula, perubahan pada langsir, lampu sisi atau susunan kabinet kadangkala sudah cukup untuk menjadikannya terasa lebih tenang.
Pendekatan begini bukan sahaja membantu mengawal perbelanjaan, malah memudahkan kita melihat apa yang benar-benar diperlukan sebelum membeli item seterusnya.

Gabungkan Fungsi Dengan Estetika
Rumah yang cantik tidak semestinya penuh dengan barangan dekorasi.
Kadangkala, item yang paling berguna juga boleh menjadi sebahagian daripada elemen visual ruang.
Kabinet misalnya boleh berfungsi sebagai ruang simpanan sambil membantu memastikan rumah kelihatan lebih tersusun. Meja makan pula bukan sekadar tempat makan, tetapi boleh menjadi titik tumpuan dalam ruang terbuka.

Menurut kenyataan SSFHOME, koleksi mereka merangkumi sofa, meja makan, kabinet, lampu hiasan, langsir, karpet serta pelbagai aksesori dekorasi yang direka untuk memenuhi keperluan gaya dan fungsi.
Ini seiring dengan satu prinsip asas dekorasi yang cukup penting, iaitu setiap item sebaik-baiknya mempunyai sebab untuk berada dalam ruang tersebut.
Jangan Takut Campur Gaya
Satu lagi cara menjadikan rumah lebih menarik ialah tidak terlalu terikat kepada satu tema.
Gaya moden boleh digabungkan dengan elemen kayu, tekstur fabrik atau aksesori yang lebih klasik. Begitu juga dengan ruang minimalis yang boleh diberikan karakter melalui satu atau dua item yang lebih menonjol.
Yang penting ialah keseimbangan.
Jika sofa mempunyai warna atau bentuk yang kuat, elemen lain boleh dibuat lebih neutral. Jika ruang sudah mempunyai banyak tekstur, pilih aksesori yang lebih ringkas supaya keseluruhan ruang tidak terasa terlalu sibuk.
Bajet Masih Perlu Jadi Keutamaan
Menaik taraf rumah tidak sepatutnya menjadi alasan untuk berbelanja di luar kemampuan.
Cara paling mudah ialah menetapkan bajet mengikut ruang dan memilih item mengikut keutamaan.
Mulakan dengan perabot utama yang memberi kesan besar kepada fungsi ruang. Selepas itu, barulah tambah aksesori seperti lampu, karpet atau dekorasi dinding secara berperingkat.

Anda mungkin berminat dengan
Pendekatan ini lebih praktikal berbanding membeli terlalu banyak item kecil yang akhirnya tidak benar-benar menyelesaikan masalah ruang.
SSFHOME sendiri menekankan idea bahawa kediaman bergaya tidak semestinya mahal, dengan koleksi yang menggabungkan reka bentuk moden, fungsi dan harga yang lebih mudah disesuaikan dengan bajet pengguna.
Menerusi kempen “New Style, Big Value”, pengguna turut boleh menikmati pelbagai promosi termasuk diskaun sehingga 50 peratus bagi produk terpilih. Mereka yang sedang merancang untuk menukar perabot atau menambah dekorasi boleh menyemak tawaran terkini menerusi ssfhome.com atau mengunjungi cawangan SSFHOME berhampiran.
Promosi tersebut tertakluk kepada terma, syarat dan tawaran semasa.
Rumah Yang Baik Ialah Rumah Yang Selesa Didiami
Akhirnya, rumah yang cantik tidak semestinya rumah yang mengikut setiap trend.
Apa yang lebih penting ialah ruang itu sesuai dengan cara hidup penghuninya.
Ada rumah yang memerlukan lebih banyak ruang simpanan, ada yang memerlukan meja makan lebih besar dan ada juga yang hanya perlukan pencahayaan lebih baik untuk terasa lebih selesa.

Selepas lebih 30 tahun dalam pasaran tempatan, SSFHOME terus menawarkan pilihan kepada pasangan baharu, keluarga mahupun mereka yang mahu menaik taraf kediaman tanpa mengubah keseluruhan rumah.
Apa pun gaya yang dipilih, prinsipnya tetap sama: ubah secara berperingkat, utamakan fungsi dan berbelanja mengikut kemampuan.
Kadangkala, satu sofa yang lebih sesuai atau satu lampu yang diletakkan di tempat betul sudah cukup untuk membuatkan ruang lama terasa seperti baharu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

