“Kecil-kecil cili api”. Mungkin ramai yang rasa terlalu mahal untuk membeli semburan pencegah serangga Fumakilla Vape ni. Namun ramai tak tahu, hasilnya memang memuaskan. Tambahan baunya tidak terlalu menusuk ke hidung seperti semburan pencegah serangga yang biasa. Dengan sekali semburan pada lokasi yang menjadi habitat nyamuk dan lipas, anda boleh lihat keberkesanannya serta merta.
Hal ini trut dikongsikan oleh seorang ibu bernama Khushairi Borhanudin. Namun, kali ini puan Khushairi berjaya membasmi lipas di dalam kederaan. Lihatlah hasilnya.
Sekadar berkongsi perasaan puas.
Kereta ada anak kecik macam ni la. Kinderjoy la, cekedis la, aiskrim tumpah lah. Semua diadun sebati atas seat & lantai kereta. Maka datanglah makhluk halus berbondong-bondong buat kenduri kemudian.
Saya beli fumakilla vape ni dekat speedmart. RM7.90 lebih kurang. Sembur dua tiga das bawah seat kereta. Buat waktu malam sebelum tidur.
Pagi-pagi collect hasil. Puas hati kutip sekor-sekor. Banyak juga saya jumpa yang tengah bertelur
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
“Semua Beli Dekat Shopee Bagi Je Ukuran & Kuantiti Papan Nak Pakai”… Zaman Online Semua Main Oder Je Kongsi Lelaki Ini
Memilih untuk membuat sendiri kabinet dapur adalah satu cabaran yang cukup hebat bagi yang mungkin tidak ada basic dalam pertukangan. Tetapi lelaki ini gigih untuk meyiapkan sebuah kabinet dapur bagi melengkapkan ruang dapur untuk ratu hatinya. Jika membaca latar belakang Dauz Zeze ini beliau mempunyai pengalaman dalam kerja tangan ini kerana dia pernah menuntut di IKM Lumut, Perak.
Dengan lukisan tangan untuk rekaan kabinet dapur yang cukup sempurna ini sudah dapat dilihat beliau pastinya mempunyai pengalaman dalam pertukangan dan elektrikal. IMPIANA cukup banga dengan hasil kerja beliau. Jom IMPIANA kongsikan bersama anda pula bagaimana beliau berjaya menyiapkan sebuah kabinet dapur yang lengkap dan sempurna ini.
Cerita Dauz Zeze:
Alhamdulillah siap jugak kabinet dapur pkp 3.0 hehe. semuanya buat sendiri dari design sampailah pada pemasangan.dari sekecik2 brg mcm skru smpai la papan melamine board ni pun semua beli dkt shopee.bg je ukuran & kuantiti papan yg kita nk pakai.zaman online ni semua main oder je.nk kata senang sgt buat kabinet ni pun xjugak tp yg penting kena rajin dan byk bersabar hehe.tambah2 rumah yg ada anak kecik mmg kena ada tahap kesabaran yg tinggi sbb semua kerja2 buat dkt ruang tamu haha.semua blajar dari youtube dan google je.ni pun first time main kayu,last buat projek kayu masa form 1 buat tempat sangkut kunci .tp Alhamdulillah la ada jugak rupa kabinet dapur ni.kos utk buat kabinet ni total lebih kurang rm900++ la jugak.kos tu utk buat 2 kabinet.kabinet panjang size 210cm x 80cm & satu lg 80cm x 40cm nk letak atas peti ais.kalau panggil org kabinet xpasti harga market skrg tp bg yg mana ada kewangan lebih & xnk pening kepala upah je org hehe.yg mana nk try buat sendiri kt bawah ni ada simple tutorial & link shopee utk beli brg.
Hmmmm…. apa kata anda? Dah baca apa Dauz cerita macam mana nak buat kabinet dapur DIY ni? Kalau nak seribu daya kalau tak nak seribu dalih.
Mula2 kena ada design. buat design ikut panjang dan tinggi kabinet mengikut kesesuaian dapur sendiri. Lepastu kena kira ukuran papan dan barang2 nk pakai.kena ingat tebal papan melamine ni 15mm. so kena ambil kira ukuran tu dlm design takut oversize pulak.kalau silap size boleh potong sendiri tp nnti jadi xcantik la sbb bila potong dah xde la laminated putih balut papan tu.tp kalau lepastu nk wrapping dgn wallpaper xde masalah.
Ini contoh papan melamine yang siap laminate putih di semua sudut.
Papan dah smpai boleh la try susun-susun dulu mmacam main lego
Untuk tutup belakang kabinet tu just guna papan playwood je. Yang ni playwood tebal 3mm size 4ft x 8ft dijual pada harga rm28 sekeping.potong mengikut size kabinet dan wrapping dgn wallpaper sebelum paku. playwood ni beli dkt hardware area rumah je.
Bagi yg nk pintu kabinet ada frame ala2 english style kena la buat kerja lebih sikit. guna papan mdf batten wall size 2 inci tebal 9mm. potong mengikut ukuran pintu. sapu gam kemudian paku.ada gap antara batten wall tu ttup guna wood filler dan gosok dgn kertas pasir bagi rata.harga batten wall ni rm2.50 seunit untuk panjang 4ft. link shopee mdf batten wall DI SINI
Dah siap skru semua boleh la start wrapping. Macam-macam design dan warna wrapping ada jual dekat shopee. Pilih je yang mana berkenan. Nak tukar warna kabinet setahun sekali pun boleh.
Ni hasil pintu yang dah siap buat frame dan wrapping. Nak hasil yang kemas dekat setiap bucu sudut dlm frame tu guna dryer utk panaskan wallpaper tu sambil tekan.
Kemudian pasang handle pada pintu. Macam-macam jenis dan bentuk handle ada jual dekat shopee. Yang macam ni RM6.43 seunit oder dari China. Kualiti ok berat. ada yg lg murah dari tu tapi ringan la sikit. Terpulang pada individu nk beli ikut bajet masing2. Ini link shopee utk handle tu KLIK DI SINI.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Simpan Daun Sup, Lengkuas, Serai Dan Cili Ikut Cara Ini, Tahan Berbulan Lamanya!
Antara masalah yang sering dihadapi di dapur adalah apabila bahan yang dibeli tidak tahan lama dan terpaksa dibuang kerana sudah layu atau lembik. Kadang-kadang, tak sempat guna pun!
Pasti ramai yang pernah berhadapan situasi begini. Kita ingat beli semua bahan sekali, tak perlu lah nak ulang alik ke pasaraya setiap hari. Tapi malangnya, agak sukar nak kekalkan kesegaran sesetengah bahan seperti daun sup, lengkuas, serai dan cili.
Melalui perkongsian Puan Suhana Mat Rasu ini, beliau tunjukkan rahsia cara penyimpanan bahan mentah tersebut agar tahan lama sehingga berbulan-bulan!
Menarik kan? Jom lihat selanjutnya..
SENANG, SEGAR, JIMAT
Cara penyimpanan yang berkesan untuk tempoh masa lama bagi bahan-bahan masakan yang mesti ada di dapur tapi kadang kita guna sikit je
1.Daun Sup
-Pokok daun sup perlu di simpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan diletakkan didalam peti ais
-Caranya..potong 2 botol minuman..masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting utk memastikan air diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR sahaja.Air yg banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk
-Pokok yg disimpan dengan kaedah ni dapat bertahan lebih dari sebulan
2.Lengkuas dan Serai
– Disimpan di dalam botol kaca dan di isi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut
-Air boleh ditukar 2 minggu sekali atau ikut keperluan
-Perlu disimpan dalam peti ais dan mampu bertahan berbulan lamanya
3.Cili Api dan Lada Merah
-Cili api dan lada merah perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan utk mengelakkan tangkai menjadi lembik sekaligus menyebabkan cili dan lada menjadi busuk
-Disimpan dalam bekas bertutup yg di alas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar
-Setiap kali menggunakan bahan ini..rajin2 kan diri utk lap penutup bekas simpanan cili supaya wap2 air hilang dan salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah
-Simpan dalam peti sejuk InshaaAllah akan tahan lama
Bahan2 yg disimpan dengan cara yg betul akan dapat bertahan lama. Di samping memudahkan dan mengelakkan pembaziran, duit belanja dapur kita juga dapat dijimatkan. Selamat mencuba
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ciri-Ciri Rona Hijau Yang Sesuai Sebagai Pelengkap Setiap Ruang
Cuaca mungkin boleh berubah-ubah, tetapi warna hijau sentiasa menjadi salah satu pilihan popular apabila tiba masa untuk mendekorasi semula kediaman. Warna yang sinonim dengan alam semulajadi ini merupakan simbol pertumbuhan, keharmonian, kesegaran, dan kesuburan. Dari sudut hiasan dalaman, warna hijau sentiasa boleh diguna pakai tidak kira apa gaya dan bajet anda. Bermacam pecahan warna hijau yang kita pernah dengari contohnya, hijau pucuk pisang, hijau zaitun serta hijau lumut. Dengan pilihan yang luas ini anda hanya tinggal pilih mana satu yang sesuai dengan ruangan anda. Satu fakta menarik, mata manusia boleh membezakan warna hijau lebih banyak berbanding warna-warna yang lain. Hebat kan?
Walaupun begitu, janganlah terlalu ghairah menghias dengan warna hijau tanpa meletakkan sebarang limitasi kerana jika keterlaluan sakit juga mata nak melihatnya. Jadi jika anda sedang memikirkan bagaimana untuk menghiasi kediaman dengan warna hijau, anda telah datang ke tempat yang betul. Sudahkah anda bersedia untuk membawa makna baru pada kediaman dengan idea-idea reka bentuk menarik digabungkan bersama warna hijau yang menawan.
MENGAPA PILIH WARNA HIJAU?
Hijau adalah warna yang paling sesuai untuk dibawa ‘masuk’ ke dalam rumah kerana ia adalah warna yang melambangkan keseimbangan dan keharmonian. Ia juga warna yang memberi tenaga dan menjanjikan pembaharuan. Untuk benar-benar menikmati kesan positif warna hijau ini pada interior anda, pilihlah warna hijau yang bersesuaian dengan mood yang ingin dikecapi.
RUANG TAMU
Cukup hanya dengan memfokuskan kesebuah perabot kerana dalam ruangan ini ia mampu menjadi tumpuan dan juga sebagai focal point ruang tamu. Biarkan dinding polos tetapi berkarakter bagi mendapatkan latar belakang yang sempurna. Lengkapkan gaya ruang tamu dengan memilih aksesori seperti pasu dan tumbuhan botani agar lebih menyerlah dan nyaman.
RUANG MAKAN
Langsir hijau digantung buat penambah seri ruang makan yang dipenuhi warna-warna neutral kayu. Tumbuhan hijau dalam vase kaca yang polos diletakkan diatas meja sebagai aksesori tambahan.
DAPUR
Dua rona hijau digabungkan pada kabinet dan dinding dapur. Aksesori dan kemasan putih buatkan dapur nampak lebih rapi serta menjamin kesegaran yang mampu bertahan seiring trend semasa.
Kabinet hijau dengan counter top putih amat sepadan digandingkan dengan pemegang berwarna emas. Selain itu karpet oriental vintaj dihamparkan memberikan lebih tekstur pada dapur anda.
BILIK TIDUR
Bilik tidur memerlukan aura yang menenangkan serta nyaman dan ia memang mudah untuk dicapai sekiranya anda mengambil kira penggunaan warna hijau. Kepala katil hijau baldu ini di neutral kan dengan meja sisi kayu dan pasu berbelang hitam putih.
BILIK MANDI
Umumnya, tandas atau bilik mandi adalah tempat yang terkecil dalam keseluruhan rumah. Jadi ia merupakan ruang yang paling sesuai buat anda yang ingin bereksperimentasi dengan warna. Warna hijau digabungkan dengan dinding bata merah dibiar kasar agar tampak jelas kontras antara dua permukaan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI